Anda di halaman 1dari 2

BAB 8

KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM

8.1 DEFINISI SEKTOR AWAM

- agensi yg bertanggungjawab utk bri pkhdmtn kpd org rmai brdsrkn tnttn & khndak ngra. Sma
sprti ngra lain, lbih mrjuk kpd pyediaan kprluan spt kselmtn mrgkumi tntera, polis. Kperluan
pndidikn sprt skolh, kolej. Sbg agnsi mmbri prkhdmtn tnpa byrn spt lmpu jln,

8.2 CABARAN PMIMPIN


Sesebuah organisasi memerlukan lebih banyak pilihan atau idea yang baru bagi mewujudkan
seorang pemimpin yang berinovasi, pelaksana dan juga berkaliber. Keupayaan untuk lebih
berpandangan jauh dalam menetapkan matlamat organisasi haruslah diberi penekanan yang
sewajarnya. Salah satu daripada cabaran yang bakal dilalui oleh para eksekutif di sektor awam
ialah cara menjadikan organisasi memiliki sistem urus tadbir yang baik. Corporate governance
sangat relevan dengan penambahbaikan sistem pentadbiran dan penekanan terhadap unsur-unsur
kepimpinan yang terbaik, pengurusan proses perubahan yang terancang, berlaku adil,
demokratik, transparen dan bertanggungjawab terhadap keperluan awam. Pemimpin sektor
awam juga berhadapan dengan cabaran dari segi penggunaan teknologi. Rungutan terhadap mutu
perkhidmatan awam juga menjadi cabaran kepada sektor awam. Karenah birokrasi masih dilihat
sebagai satu tembok yang sukar untuk dipecahkan dalam jabatan-jabatan atau agensi-agensi
kerajaan. Oleh yang demikian, peranan pemimpin dalam sektor awam amat besar bagi
memastikan kerajaan mampu untuk memenuhi tuntutan semasa rakyat.

8.3 5 AMALAN KPIMMPINN EKSEKUTIF

(i) Tahu hala tuju organisasi - Eksekutif yang berkesan haruslah memiliki kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang tinggi bagi memastikan objektif dan hala tuju organisasi dapat ditentukan.

(ii) Melihat kepada hasil - Pengurus eksekutif harus memberikan tumpuan kepada pulangan
terhadap organisasi berbanding kerja yang dilakukan.

(iii) Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki - Kepimpinan yang berkesan memberi
kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

(iv) Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja - Eksekutif harus
meletakkan sasaran pencapaian lebih tinggi daripada kebiasaannya

(v) Hanya keputusan terbaik dihasilkan - Kepimpinan eksekutif perlu peka dan sensitif
terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan.

8.4 INTEGRITI
menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran. Integriti memainkan peranan besar dalam
meningkatkan kepercayaan rakyat dengan tahap ketelusan yang tinggi dalam perkhidmatan
awam. Berteraskan prinsip ini jelas membuktikan kepada kita bahawa ketelusan sesebuah
pentadbiran penting dalam menjamin kualiti perkhidmatan. Justeru itu, penerapan nilai integriti,
telus dalam membuat keputusan, amanah dan pelbagai nilai-nilai murni perlu dititikberatkan
dalam perkhidmatan awam kerana ia merupakan permulaan kepada pembangunan nilai dalam
diri penjawat itu sendiri.

8.5 BUDAYA KERJA SKTOR AWAM


Pengurus yang baik akan sentiasa melihat ke hadapan dengan penuh keyakinan tanpa sebarang
perasaan ragu. Pemimpin dalam agensi awam haruslah bersifat berani untuk melakukan
perubahan dengan memperkenalkan beberapa program atau aktiviti dengan tujuan meningkatkan
kualiti perkhidmatan yang disediakan. Antara program yang dilaksanakan ialah program 5S, Hari
Kualiti, Piagam Pelanggan, Sijil Piawaian ISO dan sebagainya. Program ini dilaksanakan bagi
membentuk budaya kerja yang lebih tersusun dan sistematik dalam kalangan agensi awam.
Kerajaan juga turut membudayakan dan memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti melalui
Total Quality Management (TQM).

Anda mungkin juga menyukai