Anda di halaman 1dari 6

BAB 8

KOMPETENSI DALAM
KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan takrifan kompetensi
2. Menghuraikan komponen-komponen asas kompetensi dalam
komunikasi antarabudaya.
3. Membincangkan masalah dan pennyelesaian komunikasi
antarabudaya.

8.1 PENGENALAN

Kita telah mengenalpasti tentang kepentingan komunikasi antarabudaya.


Keperluan tersebut semakin berkembang dan maju,namun kita juga perlu
mengambil kira sensitiviti dan norma-norma hidup masyarakat seluruh
dunia.Sebelum kita melihat teknik-teknik yang khusus untuk menjadi
kompeten dalam komunikasi antarabudaya eloklah kita mendefinasikan
kecekapan komunikasi antarabudaya (kompetensi) dan seterusnya
membincangkan beberapa komponen asas.

8.2 DEFINISI KOMUNIKASI ANTARABUDAYA YANG


KOMPETEN

Spitzberg (seperti dipetik dalam Samovar, Porter dan McDaniel,


2007)menyatakan komunikasi antarabudaya yang kompeten ialah
tingkahlaku yang sesuai dan berkesan dalam sesuatu konteks.
Komunikasi yang kompeten juga merujuk kepada keseluruhan kebolehan
diri seseorang individu terhadap cabaran-cabaran yang terdapat dalam
komunikasi antarabudaya seperti perbezaan budaya dan ketidakbiasaan
dengan orang orang tertentu atau kumpulan-kumpulan luar dan
berkebolehan menangkis stres (Kim, 1991). Kedua-dua definasi itu
menyatakan sekiranya hendak mencapai taraf kompeten berkomunikasi
antarabudaya bermakna kita perlu mempunyai kebolehan menganalisa
situasi dan memilih tingkahlaku yang bersesuaian mengikut keadaan.

121
8.3 KOMPONEN-KOMPONEN ASAS KOMUNIKASI
ANTARABUDAYA YANG KOMPETEN

Kebanyakan penyelidikan dalam bidang komunikasi yang kompeten


mengekalkan pemilihan dari aspek kesesuaian aksi atau tingkahlaku.
Porter, Samovar dan McDaniel (2007) memberi empat komponen
penting untuk dikenalpasti sekiranya kita hendak menjadi seorang
komunikator yang berkesan dalam komunikasi antarabudaya. Berikut
dibincangkan empat komponen:

1. Motivasi

Motivasi dikaitkan dengan kecekapan seseorang komunikator yang ingin


berkomunikasi atau berinteraksi dengan seseorang dari lain budaya.
Sekiranya kita melayan perasaan kerisauan, etnosentrik dan prejudis
menguasai aksi kita,maka sudah tentu kita kurang bermotivasi yang
diperlukan untuk menjadi komunikator antarabudaya yang berkesan.
Sebaliknya kita perlu komited kepada keseluruhan proses komunikasi.

2. Pengetahuan

Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai kompetensi


komunikasi bermakna kita kaya dengan maklumat mengenai orang lain
dan budayanya. Sebagai contoh boleh kita lihat bagaimana seorang
jururawat terpaksa merawat pesakit yang terdiri dari pelbagai bangsa dan
budaya. Sekiranya jururawat tersebut tidak mempunyai pengetahuan
mengenai perbezaan budaya maka beliau menghadapi risiko
menginterpretasi pesakit-pesakit yang berkomunikasi dengannya.
Mengikut Morreale, Spitzberg dan Barge (2001), kita memerlukan dua
jenis pengetahuan untuk menjadi kompeten – kandungan pengetahuan
(content knowledge) dan pengetahuan prosedur (procedural knowledge).
Pengetahuan dari sudut kandungan melibatkan memahami topik-topik,
perkataan-perkataan, makna dan sebagainya yang diperlukan dalam
sesuatu situasi. Manakala pengetahuan prosedur ialah tahu bagaimana
hendak menyusun,merancang dan membuat persembahan dari
kandungan pengetahuan dalam sesuatu situasi. Kita perlu kedua-dua
pengetahuan tersebut untuk membolehkan kita mengatur strategi
komunikasi, protokol yang betul, dan adat serta tatatertib yang perlu
diberi perhatian.

3. Kemahiran

Kemahiran ialah aplikasi yang sebenar mengenai tingkahlaku tertentu


yang membolehkan kita mencapai matlamat komunikasi. Ini
diperjelaskan lagi oleh Morreale, Spitzberg, dan Barge apabila mereka

122
melihat bahawa kemahiran ialah matlamat yang diarah semestinya
direkabentuk untuk mencapai sesuatu. Mengikut Smith dan Bond (1994)
kemahiran perlu diadaptasikan mengikut peraturan interaksi yang sesuai
terhadap budaya tuan rumah. Kita telah pun mempelajari kemahiran
kemahiran tertentu dalam keseluruhan hidup kita maka kita boleh
berfungsi secara efektif sebagai ahli dalam budaya kita. Walau
bagaimanapun segala kemahiran yang berjaya dalam sesuatu kumpulan
tidak semestinya bersesuaian dengan budaya yang telah lama kita
amalkan. Sebagai contoh masyarakat Jepun tidak senang sekiranya kita
bercakap bertentang mata.

4. Perwatakan

Idea disebalik perwatakan adalah mudah- sekiranya kita tidak dilihat oleh
orang yang berkomunikasi dengan kita sebagai orang baik budi pekerti
maka peluang untuk terus berkomunikasi akan berkurangan. Dalam
banyak segi perwatakan kita dipengaruhi oleh sejarah hidup kita dan
bagaimana kita mempamerkan diri dari sejarah itu. Kata seorang ahli
falsafah Amerika P.B. Fitzwater “Perwatakan ada campuran dan jumlah
pilihan seseorang.” Ini bermakna kita memilih bagaimana kita perlu
berkelakuan apabila kita berinteraksi dengan seseorang dari budaya lain.
Mungkin perkara yang paling mustahak yang dapat dikaitkan dengan
perwatakan seseorang ialah kebolehpercayaan.Perwatakan ini sering
dikaitkan dengan intergriti, hormat, keikhlasan, dan perasaan muhibah
antara kaum.

8.4 MASALAH YANG BERPOTENSI BERLAKU DALAM


KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Kita telah lihat komponen-komponen untuk mencapai matlamat


komunikasi antarabudaya yang kompeten iaitu kita perlu dimotivasikan
dan mempunyai pengetahuan serta menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu, dan memelihara perwatakan yang baik. Sekarang kita sudah
bersedia untuk bercakap bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut.
Kita akan bermula dengan membincangkan sebahagian dari beberapa
masalah besar yang berkemungkinan menjadi penghalang terhadap usaha
kita mencapai matlamat menjadi seorang komunikator antarabudaya yang
kompeten. Sebelum membincangkan masalah eloklah kita melihat tiga
perkara mustahak yang di kemukakan oleh Porter, Samovar dan
McDaniel (2007). Pertama mereka menyatakan dalam banyak keadaan
masalah komunikasi berlaku dalam pelbagai keaadaan dan sebab.
Sekiranya kita naik marah secara tiba-tiba sewaktu berbual dengan
sahabat kita, perlulah kita mengkaji diri samaada sebab kemarahan itu
munkin berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin kita sudah lama
menyimpan perasaan dendam.Kedua manusia mempunyai sifat

123
semulajadi yang kompleks dan ketiga dapat dilihat dari teori-teori
tertentu dalam komunikasi antarabudaya. Samovar menyatakan dalam
tiap tiap budaya terdapat agenda yang tersembunyi dan ini boleh
mempengaruhi cara manusia menerima dan berinteraksi dengan dunia.
Marilah kita melihat beberapa potensi yang boleh menjadi masalah
kepada komunikasi antarabudaya. Masalah ini telahpun dibincangkan
dalam bab bab awal.

8.4.1 Mencari Persamaan

Kebanyakan manusia suka mendekati orang-orang yang mempunyai


persamaan dari segi pandangan hidup, kebiasaan dan sifat-sifat
keperibadian yang mirip dengan kehidupan peribadinya.. Sekiranya kita
disoal siapakah kumpulan yang kita suka bersama,,maka tentu sekali
orang yang mempunyai ciri-ciri persamaan.Ini membolehkan kita
berbincang dengan selesa tanpa kerisauan. Dalam komunikasi antara
budaya persamaan ini menjadi sukar dan kompleks. Masalah ini sekiranya
dilihat secara global tentu sekali boleh menyusahkan kita kerana
persamaan yang dicari itu semakin jauh malah terdapat ketidaksamaan
dari segi etnik,agama,ekonomik,dan idelogi.Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi maka berkemunkinan orang-orang tertentu akan menarik
diri dari terus berinteraksi.

8.4.2 Pengunduran

Bila kita bercakap tentang pengunduran,kita juga bercakap pengunduran


interpersonal antara budaya dan juga peringkat internasional. Masalah
berlaku apabila kita menarik diri dari bersemuka atau Negara-negara
mengundur diri dari komuniti dunia. Sejarah telah membuktikan bahawa
Negara-negara engan berkomunikasi sesama sendiri. Sebagai contoh kita
membaca dan mendengar melalui media bahawa Korea Utara dan Korea
selatan, India dan Pakistan Israel dan Mesir, Cuba dan Amerika Syarikat
pernah menarik diri dari berkomunikasi sesama sendiri. Dalam zaman
sekarang apa saja yang berlaku di mana–mana tempat di dunia boleh
mempengaruhi Negara-negara lain. Jelas disini pengunduran tidaklah
begitu baik. Ahli filosofis Flewelling pernah menyatakan “Neither province,
parish, nor nation; family, nor individual, can live profitably in exclusion from the
rest of the world.”

8.4.3 Ketidakpastian dan Kerisauan

Seperti yang disebut sebelum ini ini tahap ketidakpastian dan kerisauan
yang tinggi boleh menjejaskan kelancaran komunikasi antara budaya.
Kerisauan boleh menjejaskan keupayaan memproses maklumat. Seorang
ahli psikologi Herman dan Schield (1961) merumuskan “The immediate

124
psychological result of being in a new situation is lack of security.” Rasa tidak
selamat boleh menyebabkan kita mengalami kerisauan.Manakala Barna
(1991) pula menyatakan “For most people it takes insight,training,and sometimes
an alteration of long-standing habits or cherished beliefs before progress can be
made.The increasing need for global understanding and cooperation,however,makes the
effort worthwhile.” Barna menekankan bahawa kepertluan latihan sangat
diperlukan. Secara ringkasnya tugas kita ialah mencuba mengurangkan
ketidakpastian dan kerisauan untuk menghasilkan komunikasi antara
budaya secara berkesan.

8.4.4 Stereotaip dan Prejudis

Stereotaip dan prejudis adalah dua faktor utama yang berkait rapat
dengan proses komunikasi antara budaya. Kedua-duanya boleh menjadi
penghalang besar kepada komunikasi antara budaya yang berkesan.
Stereotaip menjadi kompleks kerana manusia mengkategori seseorang
mengikut fahamannya dan pengalamannya sendiri. Dari sudut psikologi,
manusia bertindak demikian kerana dunia terlalu besar dan kompleks
untuk memahami secara mendalam sesuatu fenomena. Stereotip dan
komunikasi antara budaya adalah hasil dari kebolehan yang terhad,malas
dan persepsi yang salah. Prejudis merujuk kepada reaksi dan emosi
negatif terhadap orang lain.Prejudis merupakan satu proses di mana kita
menghakimi seseorang dari luaran semata-mata seperti penampilan dan
warna kulit tanpa usul periksa.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah takrifan komunikasi antarabudaya yang


kompeten?
2. Berikan empat (4) komponen asas komunikasi
antarabudaya yang kompeten
3. Jelaskan masalah-masalah dalam komunikasi
antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Fikirkan apakah masalah-masalah yang anda hadapi


apabila berkomunikasi dengan mereka yang berlainan
budaya dalam kehidupan anda.

125
8.5 RUMUSAN

Dalam bab ini, kita telah membincangkan takrifan kompetensi,


komponen-komponen asas dalam membina kompetensi dalam
komunikasi antarabudaya dan masalah dalam komunikasi antarabudaya
serta penyelesaiannya. Untuk memperoleh kompetensi dalam komunikasi
antarabudaya, kita hendaklah mengenalpasti masalah yang mungkin
timbul apabila kita berkomunikasi dengan mereka yang berlainan budaya
seperti sikap prejudis mahupun stereotaip terhadap sesebuah budaya.
Dengan cara ini, kita akan mampu membentuk komunikasi yang positif
untuk berinteraksi dengan mereka yang berbeza latarbelakang budaya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan maksud kompetensi dalam komunikasi antarabudaya

2. Jelaskan empat(4) komponen asas yang perlu diketahui oleh


seseorang yang ingin menjadi kompeten dalam komunikasi
antarabudaya

3. Jelaskan beberapa potensi yang membolehkan berlakunya


masalah dalam komunikasi antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Komunikasi antarabudaya yang kompeten bermaksud


komunikasi yang kompeten ialah keseluruhan kebolehan diri
seseorang individu terhadap cabaran-cabaran yang terdapat dalam
komunikasi antarabudaya seperti perbezaan budaya dan
ketidakbiasaan dengan orang orang tertentu atau kumpulan-
kumpulan luar dan berkebolehan menangkis tekanan.

2. Komponen-komponen asas dalam komunikasi antarabudaya


yang kompeten ialah motivasi, pengetahuan, kemahiran dan
perwatakan.

3. Masalah-masalah yang berlaku dalam komunikasi antarabudaya


ialah mencari persamaan, ketidakpastian dan kerisauan,
pengunduran dan, stereotaip dan prejudis.
126

Anda mungkin juga menyukai