Anda di halaman 1dari 1

Panduan Video Infografik – Penilaian Tidak Bersemuka

UNIT LATIHAN INDUSTRI


JABATAN LATIHAN MENGAJAR & LATIHAN INDUSTRI
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

PANDUAN VIDEO INFOGRAFIK – PENILAIAN TIDAK BERSEMUKA

1. Panduan ini dibuat bagi memberi penerangan kepada pelatih dan penyelia berkenaan penyediaan
video infografik perlaksanaan latihan industri bagi tujuan penilaian tidak bersemuka. Secara umum
terdapat 3 perkara yang akan dinilai oleh penyelia pada 2 minggu terakhir sebelum latihan industri
pelatih tamat. Perkara tersebut adalah:
1. Buku log
2. Laporan Akhir
3. Video infografik
Bagi buku log dan laporan akhir, panduan penyediaan telah dijelaskan dan boleh didapati pada Buku
Panduan dan Log Latihan Industri, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UTHM.

2. Panduan penyediaan video infografik.


Setiap pelatih WAJIB menyediakan video infografik dengan tujuan utama membentangkan kepada
penyelia perlaksanaan latihan industri mereka sepanjang 10 minggu. Bahagian dalam video tersebut
merangkumi sekurang-kurangnya perkara yang disenaraikan dibawah.

1. Pengenalan
a. Pelatih
b. Syarikat/organisasi latihan industri
c. Jabatan ditempatkan
d. Skop tugas sepanjang latihan industri
2. Butiran latihan industri yang melibatkan pelatih (dipecahkan sekurang-kurangnya kepada 3
perkara utama, contoh seperti di bawah):
a. Perkara Umum: Pengurusan/Pentadbiran
- Mesyuarat pembelian bahan, kursus pentadbiran, program organisasi (Hari
Pelanggan etc.)
b. Perkara Teknikal : Projek A
- Installation, Test Run, Commissioning, Troubleshoot etc.
c. Perkara Lain : Miscellaneous
- Customer Service, Market Claim etc.
3. Refleksi
a. Penyelia Industri terhadap penilaian keseluruhan pelatih seperti (prestasi,
kemahiran, sikap etc.)
b. Pelatih terhadap perlaksanaan latihan industri kepada mereka sendiri.
4. Kesimpulan
5. Penghargaan
a. Penyelia Industri dan Organisasi
b. Penyelia fakulti dan JLMLI fakulti

Kreativiti dan inovasi dalam membentangkan hasil video ini adalah bebas. Penyampaian dilaksanakan
secara rakaman dan gubahan video dengan sokongan bahan-bahan lain (flash video,powerpoint dan lain-
lain).

Panjang masa video pelatih adalah minimum 7 minit. Selain itu:

1. Video (softcopy;*.flv/*.avi/*.mp4; minimum 7 minit editting bebas selagi mana content


bermaklumat dan bernilai).
2. Video ini dihantar bersama 2 lagi perkara iaitu buku log dan laporan akhir setelah 2 minggu
tamat latihan industri. Video hendaklah di cd (compact-dsic) kan dan dihantar bersama.

Anda mungkin juga menyukai