Anda di halaman 1dari 19

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

HBEC2503
MATHEMATICS IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
SEPTEMBER 2022 SEMESTER

NO. MATRIKULASI : 950110126560002


NO. KAD PENGENALAN : 950110-12-6560
NO. TELEFON : 0149593693
E-MEL : ranieran@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 1.0 Pengenalan 3

2 2.0 Penghuraian dua teori dalam 5


pembelajaran matematik.

3 3.0 Kesimpulan 8

4 4.0 Rujukan 9

5 Soalan 2 (Perancangan Pelajaran) 10-16

6 Bahagian II OCP 17-19


1.0 Pengenalan

Pendidikan matematik awal kanak-kanak adalah aspek yang sangat penting dalam
Pendidikan awal kanak-kanak. Ia memainkan peranan penting dalam
pembelajaranmatematik pada masa akan datang. Namun ironinya ,berbanding dengan
peringkat Pendidikan matematik yang lain,pembentukan kurikulum serta pelaksanaan
amalan pengajaran dan pembelajaran masih di peringkat awal. Ini menunjukkan bahawa
kurangnya usaha pengawalan dan pengawasan Pendidikan awal kanak-kanak di tadika-
tadika di negara ini. Tadika diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membentuk program
matematik awal kanak-kanak mereka sendiri. Matematik awal kanak-kanak mungkin
kelihatan sangat mudah bagi guru, pendidik dan juga ibu bapa. Namun pengajaran
matematik awal kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai satu tugas yang mudah. Ia
memerlukan guru-guru yang mempunyai gabungan pengetahuan dan kemahiran pedagogi
serta atitud yang baik untuk membentuk ativiti pembelajaran yang berkesan untuk kanak-
kanak. Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses
konstruktif,sesuatu proses di mana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam
bidang matematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan
ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Antara perkara yang perlu diambil kira
dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanak-kanak ialah konteks
pembelajaran, peringkat perkembangan kognitif dan interaksisosial yang berlaku semasa
pembelajaran(NCTM, 1989). Konsep pembelajaran matematik berdasarkan penghafalan
dan penyaluran ilmu dari guru kepada anak murid semakin tidak popular kerana kaedah
ini menunjukkan bahawa walaupun murid-murid mungkin dapat menyelesaikan soalan
ujian, tetapi mereka gagal mengaplikasikan kemahiran mereka di luar bilik darjah.
Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran
matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan
pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang matematik
dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah (NCTM, 1989).
Dari zaman Piaget lagi, kajian dalambidang pemikiran awal kanak-kanak dalam
matematik popular dikaji. Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan
pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-
peringkat, di mana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-
peringkat yang tertentu (Piaget, 1952). Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan
limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan
dalam teorinya. Walaubagaimanapun, pengkaji selepasnya mempunyai pandangan yang
berlainan tentang kenapa kanak-kanak menunjukkan limitasi tersebut (Donalson , 1978).
Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan
persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak melakukan
beberapa kemahiran yang telah dicadangkan oleh Piaget. Perkembangan awal dalam
bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan
mereka. Bagi tujuan kerta sini, kita akan membincangkan perkembangan pada peringkat
pra-sekolah keatas sahaja. Fokus pada peringkat ini bermula dengan kemahiran
mengenali angka, membilang dan mengira angka-angka pada kuantiti yang lebih
kecil( Grffin, Case & Siegler, 1994.Ramai pengkaji mencadangkan kemahiran
menyatakan bilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah kemahiran asas
kanak-kanak yang dipelajari dan dibina (konstruk) oleh kanak-kanak semasa berumur 5
ke 6 tahun( Resnick, 1989; Gelman&Gallistel, 1978; Starkey, 1992). Gelman (1978)
mendapati dalam kajiannya bahawa kanak-kanak pada peringkat pre-sekolah lagi telah
mempunyai pengetahuan yang baik tentang kuantiti dalambentuk angka dan membilang
objek dengan tepat. Beliau juga menyimpulkan bahawa belajar membilang adalah asas
kepada kemahiran menggunakan angka bagi kanak-kanak.
Walaupun berbagai kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-
kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak jelas kalau kemahiran ini
merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau prosedur (Siegler, 1991;
Gelman dan rakan-rakan, 1978). Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu
dalam bentuk konseptual dan ilmu dalam bentuk prosedur berinteraksi adalah penting
dalam mengetahui bagaimana kanak-kanak belajar membilang dan mengira (Hiebert &
Lefevre, 1986). Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah menjadi
perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak. Sebagai
contoh, ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur untuk
membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu (Gelman
&Gallistel, 1978; Gelman & Meck,1986). Prinsip ini termasuk pengetahuan bahawa nama
bilangan angka perlu dipasangkan dengan satu objek sahaja dan nama angka yang disebut
adalah penting. Ada pula pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak akan
menghafal pengetahuan prosedur ini, dan baru kemudian membina pengetahuan tentang
aspek konseptual secara tidak formal (Broody & Ginsburg, 1986). Pada peringkat ini,
masih belum jelas kemahiran prosedur atau konseptual yang diperolehi tetapi yang jelas
adalah kedua-dua kemahiran ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan
kefahaman kanak-kanak dalam matematik. Bukti menunjukkan bahawa kedua-dua
kemahiran tersebut memainkan peranan dalam kefahaman dan penggunaan makna angka
di dalam konteks persekolahan dan di luar bilik darjah. Maka itu adalah penting untuk
menekan kedua-dua kemahiran tersebut semasa mengajar kanak-kanak.

2.0 Penghuraian dua teori dalam pembelajaran matematik.


Terdapat banyak teori Pendidikan dan pembelajaran yang member itumpuan kepada
bagaimana kanak-kanak belajar diperingkat awal. Teori ini dikenali sebagai teori
perkembangan awal kanak-kanak yang juga digunakan didalam pelbagai bidang
termasuklah dalam matematik. Antara dua teori nya ialah Teori tiga mod perwakilan dan
teori perkembangan sosial.

Teori tiga mod perwakilan Jerome Bruner.

Bruner (1960) menyatakan bahawa ilmu dalam pelbagai mata pelajaran boleh
diaplikasikan menggunakan pengajaran yang berkesan pada peringkat pembangunan
kanak-kanak yang berbeza dengan cara-cara yang tertentu. Kanak-kanak tidak
mempunyai kebolehan yang sama seperti rakan-rakannya yang lain dalam memahami
sesuatu konsep matematik (Kamii&Rummelsburg, 2008). Kebolehan dan perkembangan
yang berbeza menyebabkan murid akan ketinggalan dan guru perlu meneruskan
pengajaran dengan mengabaikan sebilangan daripadanya yang membawa kepada
kegagalan dalam system pendidikan. Perkara pentinga dalah memastikan kefahaman
semua murid sebelum bergerak kepada konsep seterusnya (Rains, Kelly, & Durham,
2008). Bentuk yang berbeza dalam perwakilan atau konsep tunggal mungkin lebih sesuai
untuk kanak-kanak di pelbagai peringkat dan konsep pembelajaran daripada yang lain
(Bruner, 1960). Bruner (1966a) menekankan bahawa pengalaman yang dilalui akan
dikodkan dan diproses untuk memudahkan persekitaran kita. Setiap peringkat adalah cara
maklumat atau pengetahuan yang disimpan dan dikodkan dalam ingatan (Tajfel & Turner,
1979).
Bruner telah memperkenalkan tiga mod perwakilan yang terdiri daripada enaktif, ikonik
dan simbolik (Fyfe et al., 2014). Enaktif adalah peringkat yang pertama dikuti ikonik dan
simbolik. Peringkat atau mod enaktif mempunyai perkaitan dengan konkrit dan
melibatkan kaedah amali yang jelas. Kanak-kanak cuba menggunakan deria motor nya
untuk berinteraksi dengan persekitaran bagi memahami sesuatu yang berlaku. Pada
peringkat enaktif, aktiviti yang dilakukan adalah mengikut kepada perubahan dan
pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri dalam cuba mempelajari sesuatu dengan
perlu menghadapi kekangan terhadap komunikasi yang belum dikuasai. Pergerakan dan
sentuhan dilakukan bagi membolehkantafsiran dilakukan terhadap pengalaman
memegang objek tersebut.Sebagai contoh,kanak-kanak mungkin telah belajar daripada
pengalamannya bahawa mengoncang botol plastik yang mengandungi pasi rakan
menghasilkan bunyi.Pada peringkat ini kanak-kanak belajar dengan melakukan perbuatan
bukan dengan pemahaman.
Peringkat yang kedua adalah ikonik dan berlaku ketika usia satu hingga enam tahun.
Peringkat ini juga dikenali sebagai pictorial dan melibatkan imej atau visual lain bagi
mewakili keadaan konkrit pada peringkat enaktif. Pictorial atau gambaran boleh menjadi
persembahan audio visual, pemerhatian demonstrasi dengan manipulative benda konkrit
yang dilakukan oleh orang lain, atau gambar dalam bahan bercetak (Rains et al., 2008).
Mod ikonik adalah hasil daripada perubahan terhadap perlakuan konkrit atau pemehatian
terhadap bentuk konkrit dan diterjemahkan kedalam gambar. Peringkat ini melibatkan
perwakilan dalaman diberikan dalam bentuk imej dan ikon pada objek-objek konkrit yang
berada di dunia sebenar. Maklumat bersifat konkrit disimpan secara gambaran di dalam
fikiran. Gambaran atau imej yang disimpan itu perlu dikeluarkan dan dilukis di atas
kertas. Peringkat pembangunan atau pembinaan idea baru yang dilihat atau diterima
secara lisan diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi bagi memperkukuhkan maklumat itu.
Ikonik menyokong mod enaktif dengan pembinaan perwakilan visual seperti melukis
bentuk atau rajah yang difahami setelah proses manipulasi objek selesai.
Perkembangan pada peringkat ini boleh dikembangkan dengan memperbanyakkan
bentuk, gambar rajah dan graf. Kanak-kanak itu tertarik pada gambar dan dikawal oleh
cirri asas pada keadaan serta boleh menyalin apa yang dilihat tetapi tidak boleh
mengubahnya, contoh nya jika dia melihat bikar berisi air pada tahap yang sama, dia akan
mengatakan bahawa isi padunya adalah sama dan Jika kandungan dicurahkan kepada
bekas yang lebih tinggi dan lebih nipis, kanak-kanak itu mengatakan bahawa ada
kandungannya tidak untuk diminum dalam kedua-dua gelas (Bruner, 1966a).
Mod simbolik atau abstrak pula adalah penggunaan perkataan-perkataan dan symbol
terhadap pengalaman yang lalu (enaktif dan ikonik). Kanak-kanak boleh melampaui
benda yang dilihatnya pada peringkat simbolik (Sutherland & Knight, 1987). Peringkat
ini adalah yang terakhir dan mengambil imej dari peringkat kedua (ikonik) dan
mewakilinya menggunakan perkataan dan simbol. Penggunaan perkataan-perkataan dan
simbol membenarkan murid untuk menyusu nmaklumat dalam minda dengan mengaitkan
konsep bersama-sama (Brahier, 2009). Peringkat yang mengubah maklumat di simpan
kepada bentuk symbol atau kod.Peringkat simbolik membolehkan pelbagai maklumat
yang telah di kod, diterjemahkan kepada gambar di simpan sebagai suatu system simbol
yang berbeza seperti symbol matematik atau perkataan.Bruner (1966a) menyatakan
bahawa ketiga-tiga peringkat atau mod yang dinyatakan ini adalah penting dalam
perkembangan kanak-kanak apabila diperkenalkan dengan sesuatu yang baru atau belajar
mengenali sesuatu. Pengajaran dan pembelajaran dalam mengenal sesuatu konsep perlu
nya dimulai dengan enaktif iaitu proses memanipulasi secara langsung objek,
diperkenalkan semula konsep tersebut dalam bentuk imej pada peringkat ikonik dan di
peringkat simbolik iaitu menggunakan perkataan atau formula dalam membuat hubungan
dan konsep yang difahami. Versi terlalu mudah menyatakan bahawa seorang murid atau
individu mesti secara aktif membina pengetahuan dan kandungan baru (Bruner, 1990)

Lev Vygotsky teori perkembangan sosial.


Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak lain dalam memudahkan
perkembangan kanak-kanak itu. Menurut Vygotsky, kanak-kanak dilahirkan dengan
fungsi mental yang agak asas seperti kebolehan untuk melihat dunia luar dan
menumpukan perhatian. Walaubagaimanapun, kanak-kanak tidak mempunyai banyak
fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, pemikiran dan penyelesaian masalah.
Fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai "alatbudaya" di mana individu
hidup dan alat ini berasal dari budaya. Alat ini disampaikan kepada kanak-kanak oleh ahli
budaya yang lebih tua semasa pengalaman pembelajaran berpandu. Pengalaman dengan
orang lain secara beransur-ansur menjadi lebih mendalam dan membentuk gambaran
dalaman kanak-kanak tentang dunia. Itulah sebabnya setiap kanak-kanak berfikir dengan
cara yang sama seperti ahli budayanya yang lain.
Walaupun kanak-kanak akhirnya akan mempelajari beberapa konsep sendiri melalui
pengalaman seharian, Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak akan lebih berkembang
apabila berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak tidak akan membangunkan
pemikiranoperasi formal tanpa bantuan orang lain. Vygotsky membezakan antara
perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada kanak-kanak. Perkembangan
sebenar ditentukan sama ada kanak-kanak boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
dewasa atau guru. Sementara itu, perkembangan potensi membezakan sama ada kanak-
kanak boleh melakukan sesuatu, menyelesaikan masalah di bawah bimbingan orang
dewasa atau bekerja sama dengan rakan sebaya.Selain itu juga, Lev Vygotsky telah
memperkenalkan satu konsep iaitu Zon perkembangan Proksimal (ZPD).Menurut teori
Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal ialah jurang antara perkembangan sebenar dan
perkembangan potensi, iaitu antara sama ada kanak-kanak boleh melakukan sesuatu tanpa
bantuan orang dewasa dan sama ada kanak-kanak boleh melakukan sesuatu dengan
arahan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan sebaya.
Tujuan ZPD adalah untuk member tumpuan kepada interaksisosial yang boleh
memudahkan perkembangan kanak-kanak. Apabila pelajar membuat kerja rumah mereka
sendiri, kemajuan mereka mungkin perlahan. Untuk memaksimumkan pembangunan,
pelajar harus bekerjasama dengan rakan sebaya yang lebih mahir yang boleh memimpin
secara sistematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Melalui perubahan
berturut-turut dalam pertuturan dan tingkah laku, pelajar membincangkan makna baharu
mereka dengan rakan mereka dan kemudian memadankan dan meneroka dan kemudian
menggunakannya. Akibat daripada proses ini kanak-kanak akan dapat belajar mengawal
kendiri.

3.0 Kesimpulan
Pendidikan awal matematik bagi kanak-kanak jelas menunjukkan bahawa pengalaman
lepas dalam pengetahuan informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan
bagaimana kanak-kanak belajar di sekolah. Dalam memperbaiki keberkesanan pendidikan
matematik pada peringkat awal, guru-guru perlu membina "jambatan" antara pengetahuan
yang dibawa oleh kanak-kanak dengan yang diajar dalam bilik darjah. Pengetahuan asas
yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju
kearah sebuah negara maju yang berteraskan Sains dan Teknologi. Kanak-kanak kita
perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang
akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Bagi
menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan
yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari
peringkat awal persekolahan.
4.0 Rujukan

National Council of Teachers of Mathematics - NCTM. (1989). Curriculum and


evaluation standards for school mathematics. Reston, VA: National Council of Teachers
of Mathematics.

Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton

Donalson, M. (1978) Children’s mind. London: Fontana/Croom Helm.

Griffin, S., Case, R and Siegler, R. S. (1994). Rightstart: providing the central conceptual
prerequisites for first formal learning of arithmetic to students risk for school failure. In
Classroom lessons: integration, cognition theory and classroom practice. Hillsdale, NJ:
Erlbaum

Baroody, A.J. (1987) Children's mathematical thinking: a development framework for


preschool, primary and special education teachers. New York: Teachers College Press.

Ginsburg, H. (1977). Children's arthmetic: The learning process. New York: D Van
Nostrand.

Gelman, R and Gallistel, C. R. (1978) The child's understanding of number. Cambridge,


MA: Harvard University Press.

Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, M.A :Mit Press.

Fuson, K.C., Richard, J. & Briars, D.J. (1982). The acquisition and elaboration of number
word sequence. In C. Brainerd (ed.) Children’s logical and mathematical cognition. New
York: Springer-Verlag
SOALAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN

Tarikh : 8 November 2022.


Hari : Selasa.
Masa : 9.45 pagi – 10.30 pagi (45 minit).
Bil. Murid : 8 orang.
Umur : 4 Tahun.
Modul : Teras.
Tajuk Aktiviti : Membilang nombor 1-10
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi – Awal Matematik.
Fokus : (ST 7.0) Konsep Nombor.
Standard Kandungan : (ST 7.1) Memahami nombor 1-10.
Standard Pembelajaran : (ST 7.1.3) Membilang objek 1-10.
Kesepaduan Tunjang : (PM 14.1.1) Bersedia menunggu giliran.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat :-
i. Membilang getah rambut 1-10 mengikut simbol dengan bimbingan.
(kognitif)
ii. Membilang dan memasukkan getah rambut ke dalam jari mainan dengan
penuh yakin. (afektif)
iii. Mengambil dan meletakkan getah rambut ke dalam jari mainan dengan
baik. (psikomotor)

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah dapat membilang 1-10 tanpa objek.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : 10 getah rambut dan jari mainan
Kemahiran Berfikir (KB) : Pemikiran logik.
Penerapan Nilai (PN) : Keberanian, bersikap positif, toleransi.
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) : Verbal-linguistik, Kognitif, Visual-spatial
LANGKAH/ ISI AKTIVITI GURU DAN MURID CATATAN / BBM
MASA PELAJARAN
SET Bersoal jawab 1. Guru memberi salam kepada BBM: - Papan putih dan maker
INDUKSI mengenai simbol murid. pen. Contoh Soalan: 1. Ini
3MINIT nombor 1-10. 2. Murid menjawab salam guru. nombor berapa? 2.Siapa pandai
3. Guru menulis simbol nombor 10 mengira 1-10?
pada papan putih dan bersoal jawab
dengan murid tentang angka
tersebut.
4.Murid memberi respon kepada
guru.

KB: Pemikiran logik.


PN: Keberanian.
MI: Verbal-linguistik, Koginitif.

Langkah 1 Membilang 1. Guru menulis simbol nombor 1, 2, BBM: - Papan putih


15minit nombor 1-1-10 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 pada papan -Maker pen
putih.
2. Guru kemudiannya meminta
murid membilang bersama guru.
3. Murid membilang 1-10 bersama
guru.
4. Guru mengajarkan murid
membilang 1-10 menggunakan jari
secara berulang kali.
5. Murid melihat jari guru dan
membilang bersama guru.

KB: Pemikiran logik. PN:


Bersikap positif. MI: Verbal-
linguistik, Kognitif.
Langkah 2 1. Guru mengeluarkan Jari mainan BBM: - Jari mainan
25minit daripada beg plastik dan
meletakkannya di atas meja.

Membilang 1-10 2.Guru mengeluarkan dan BBM:


anak itik mainan meletakkan satu demi satu getah - Jari mainan
mengikut simbol. rambut ke setiap jari jemari mainan -10 getah rambut
dan mengikut simbol 1-10 meminta
murid membilang bersama guru.
3.Murid membilang getah rambut
bersama guru.
4.Guru kemudiannya mengeluarkan
semua getah rambut daripada jari
mainan.
5. Guru memanggil seorang demi
seorang murid ke hadapan untuk
membilang mengikut simbol dan
meletakkan getah rambut ke setiap
jari jemari mainan
6. Murid bergilir-gilir membilang
dan meletakkan getah rambut ke jari
mainan.

KB: Pemikiran logik.


PN:Keberanian, toleransi.
MI:Verbal-linguistik,
Kognitif,Visual-spatial.
Penutup Membilang 1- 10 1.Guru meminta semua murid
2minit menggunakan membilang 1-10 hanya
jari. menggunakan jari.
2.Murid membilang 1-10
menggunakan jari seperti diminta
guru
KB: Pemikiran logik. PN:
Keberanian. MI: Verbal-
linguistik, Kognitif, Visual-spatia

Refleksi guru :

Kekuatan
8/8 Murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Saya sangat berpuas hati
dan berasa gembira dengan pencapaian ini. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
mudah dan jelas adalah kekuatan hari ini,murid mencapai objektif pembelajaran.Selai
itu,penggunaan Jari mainan dapat menarik minat perhatian dan minat murid.Seterusnya ia
juga dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif .Perasasaan seronok dan gembira
dapat dilihat diwajah murid semasa melakukan aktiviti ini. Murid juga dapat menjawab
soalan-soalan mengikut masa yang ditetapkan.

Kelemahan
Walaupun semua murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran,namun didapati
beberapa kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini. Kawalan kelas didapati
tidak memuaskan ,kerana beberapa orang murid sangat bising semasa aktivti dijalankan.
Mereka bersembang dengan rakan lain semasa aktiviti sedang berlangsung.

Langkah Mengatasi
Kawalan kelas merupak
an aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.Masalah diatas boleh
diatasi dengan cara sebagai seorang guru,saya perlu bergerak dan berjalan ke setiap sudut
kelas serta memantau murid semasa membuat aktiviti.Saya juga boleh menegur murid secara
berhemah sekiranya didapati murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam mengawal murid didalam kelas,sama ada mengawal tingkah laku
murid. Murid akan berdisiplin sekiranya mereka mendapat tahu bahawa saya sedang
memerhati penglibatan dan tingkah laku mereka.
LAMPIRAN AKTIVITI
BAHAGIAN II OCP

Anda mungkin juga menyukai