Anda di halaman 1dari 17

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012(SMP AMBILAN MAC 2011)

HBMT 1203
TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

NO. MATRIKULASI

770516036401001

NO. KAD PENGNEALAN

770516036401

NO. TELEFON

013-2717195

E-MEL

norddin_77@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Isi kandungan

muka surat

1.0

Pengenalan pra nombor

2-5

2.0

Peranan teori dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

5-9

3.0

Impikasi Teori Piaget dan Bruner dalam pengajaran dan

10 - 12

pembelajaran matematik
4.0

Cadangan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran

12 - 13

matematik
5.0

Kesimpulan

6.0

Rujukan

13
14

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

1.0Pengenalan
Memahami dan menguasai ilmu matematik di peringkat prasekolah dan sekolah
rendah amat penting kerana ia berfungsi sebagai asas untuk murid lebih memahami
tentang matematik.Secara tidak langsung apabila di peringkat yang lebih tinggi, murid
lebih faham tentang apa yang diajar guru.Pembelajaran matematik awal yang diperolehi
melalui pengalaman yang menyeronokan akan mendorong minat murid untuk belajar
matematik.Pembelajaran matematik awal nombor perlulah diajar bersesuaian dengan
peringkat perkembangan murid kerana ianya komponen penting sebelum melangkah ke
aras lebih tinggi.Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan
benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kualiti dan kuantiti seperti saiz, warna
dan bentuk sebelum peringkat simbolik.
Menurut Norani binti Tahir dalam bukunya, Pembelajaran Kognitif dan
Pembelajaran Kanak-kanak menyebut matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih
minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.Sifat matematik itu sendiri menggalakkan pembelajaran yang
berkesan dan mencabar minda untuk berfikir dengan lebih kreatif.Kebolehan matematik
adalah asas kemahiran yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian ( Nor
Azlan , 1987 ).Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula melalui pengalaman
yang dialami mereka sendiri secara tidak langsung yang berkaitan dengan benda-benda
konkrit yang berbeza dari segi warna, saiz dan bentuk serta memanipulasi nombornombor yang berada di sekeliling mereka.
Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh penekanan terhadap
perkembangan kognitif kanak-kanak.Menurut Mok Song Sang (2008), kemahiran kognitif
membolehkan individu itu member pendapat, memahami, dan mengingati perkaraperkara yang berlaku di sekeliling.Jelaslah di sini bahawa perkembangan kognitif
sebenarnya melambangkan proses mental.Semakin berkembang mental invidu/kanakkanak semakin berkembang kemahiran minda mengikut kadar umur bagi kanak-kanak
normal.Kajian tentang kognitif ini dipelopori oleh tokoh terkenal iaitu Jean Piaget ahli
psikologi dari Switzerland yang memperkenalkan Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget dan Bruner ahli psikologi dari Amerika syarikat, Teori Pembelajaran Kognitif
Bruner.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Konsep pra nombor


Konsep pra nombor amat penting untuk kanak-kanak mempelajari dan menguasainya
sebelum menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul.Di antaranya ialah
i.Mengelaskan objek bentuk.
ii.Menyatakan banyak atau sedikit.
iii.Menyatakan sama banyak atau sedikit.
iv.Menyatakan kurang atau lebih.
Pra nombor terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
a) Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas berdasarkan ciri-ciri yang
jelas.Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek
berdasarkan kesamaan dan perbezaan.Pengkelasan objek boleh dilakukan berdasarkan
satu ciri ( contoh : warna atau bentuk atau saiz ), dua ciri ( contoh : warna dan bentuk
atau warna dan saiz ), tiga ciri ( contoh : warna, bentuk dan saiz ), negative ( contoh :
objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu ).Aktiviti pengelasan adalah proses
penting untuk membentuk konsep nombor.Proses pengelasan perlu melalui beberapa
tahap :
-

Memilih dan membanding

Mengumpul

Memilih semula

Mengasing kumpulan

Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

b) Perbandingan
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai
asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975 ).Perbandingan berlaku apabila kita
membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek.Tujuannya adalah untuk
memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.Contoh perbandingan : membandingkan
i.Ukuran
4

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

- Panjang : pendek
- Tinggi : rendah
- Tebal : nipis
ii.Saiz
-Besar : kecil
iii.Berat
-Berat : ringan
c) Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria
yang jelas.Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.Contoh seriasi :
-

Menyusun mengikut pola urutan


Kecil besar, nipis tebal, rendah tinggi, pendek panjang,

Menyusun objek mengikut ciri

d) Padanan satu dengan satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza.Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek
mengikut warna, bentuk, saiz, pasangan, bilangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan
nombor dengan nombor.Contoh padanan satu dengan satu ialah :
-

Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.

Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
sudu.

Memadan bilangan yang sama.

Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

e) Pola
Terdapat empat cara bagaimana konsep pola diterapkan ke dalam diri murid :
-

Meniru pola.

Menyambung pola.

Melengkapkan pola.

Membina pola sendiri.

f) Keabadian
Ketekalan merupakan satu aspek yang dapat dikaitkan dengan jisim, isipadu dan
keluasan.Konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk murid-murid lebih memahami
ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan
yang berbeza.
2.0Peranan teori dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Teori-teori perkembangan kognitif dapat dipraktikkan ke dalam sessi pengajaran dan
pembelajaran guru pada hari ini.Ia akan memudahkan guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana melalui teori ini, guru dapat memahami pemikiran
kanak-kanak serta memahami kognitif kanak-kanak.Setiap proses pengajaran dan
pembelajaran perlulah sesuai dengan perkembangan kognitf kanak-kanak supaya proses P
& P lebih berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang saya jalankan, saya
menggunakan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Teori Bruner bagi
memahami pemikiran dan apa yang diinginkan oleh setiap kanak-kanak supaya P & P
lebih berjaya.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, saya memilih topik tambah dan tolak untuk
disampaikan kepada murid-murid dengan menghubungkaitkan teori Piaget dan Bruner
bagi memudahkan saya menyampaikan isi pelajaran supaya lebih berkesan.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

i.Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.


Bagi Piaget proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula dari lahir sehingga
mencapai tahap kematangan.Piaget menyatakan terdapat empat factor yang mempengaruhi
proses pemikiran individu.faktor tersebut adalah factor kematangan biologi yang secara
amnya mewarisi pemikiran genetik.Faktor kedua ialah persekitaran yang melibatkan interaksi
antara individu dengan persekitaran.Proses pemikiran akan menjadi tajam dan bertambah
sekiranya berlaku interaksi individu dengan persekitaran.Faktor seterusnya ialah social iaitu
pergaulan kanak-kanak dengan ibubapa, guru, adik beradik, rakan dan lain-lain.Semakin
banyak kanak-kanak bersosial, semakin baik tahap perkembangan kognitifnya.Faktor terakhir
adalah keseimbangan yang bermaksud kebolehan kanak-kanak mengadaptasikan situasi baru
dalam kehidupan mereka.Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif
kepada empat peringkat iaitu :
1.Peringkat sensorimoto berlaku sebaik sahaja dilahirkan hingga ke usia 2 tahun.
2.Peringkat pra operasi bermula dari usia 2 tahun hingga 7 tahun.
3.Peringkat operasi konkrit bermula dari 7 tahun hingga 11 tahun.
4.Peringkat operasi formal perkembangan kognitif bermula dari 11 tahun dan ke
atas.
ii.Teori Perkembangan kognitif Bruner.
Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan
berpadu atau latihan penyiasatan.Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat
pembelajaran berubah dalam tiga urutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
Peringkat enaktif bermula pada usia 0-2 tahun, di mana pembelajaran berlaku melalui
tindakan manipulatif kerana ia belum melibatkan bahasa.Kanak-kanak dalam lingkungan
umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Bahan maujud perlu
dipegang dan digunakan untuk memberi pengertian.
Peringkat ikonik berlaku di usia 2 4 tahun.Pada peringkat ini, kanak-kanak
mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam
fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka.Contohnya, kanak-kanak dapat melukis
gambar sudu tanpa melihatnya.Ini kerana dia melukis berdasarkan bayangan atau imej yang
disimpan dalam otaknya.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Pemikiran pada peringkat simbolik ialah pada usia 5 7 tahun, di mana kanak-kanak
boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa.Mereka dapat berfikir
secara abstrak dan membuat penaakulan logik.Dalam peringkat ini, simbol seperti perkataan,
bahasa dan formula dapat digunakan untuk menterjemahkan pengalaman dan menghuraikan
penaakulan abstrak.
Dalam tajuk operasi tambah dalam lingkungan 10, teori Piaget dapat membantu saya
dalam memberi kefahaman yang lebih berkesan kepada murid.Ini kerana menurut Jean
Piaget, pada peringkat pra operasi iaitu 2 7 tahun, kanak-kanak akan menggunakan minda
untuk membina skema-skema baru.Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan, saya menggunakan bahan konkrit dan gambar untuk menggambarkan kepada murid
apa itu operasi tambah dan bagaimana ianya berlaku.Penggunaan bahan konkrit dapat
memudahkan pemahaman kanak-kanak selaras dengan peringkat usia mereka berdasarkan
teori Piaget.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Pengajaran dan pembelajaran topik tambah untuk kanak-kanak tahun 1 iaitu tambah
dalam lingkungan 10, saya juga telah mempraktikkan teori Bruner untuk melihat sejauh mana
keberkesanannya terhadap

murid-murid.Setelah melalui proses P & P, murid-murid

menunjukkan reaksi amat baik dan faham dengan apa yang diajar guru.Ini kerana pada
peringkat simbolik, kanak-kanak dapat menggunakan simbol, perkataan dan bahasa untuk
mempersembahkan pengalamannya dan menghuraikan penaakulan abstrak.Pengajaran yang
dirancang dengan baik dapat mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada
permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit dan akhirnya
persembahan dalam bentuk simbol.Contohnya penggunaan simbol + dapat menjelaskan
kepada murid tentang operasi tambah berlaku.

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Untuk topik, operasi tolak bagi murid tahun 1, saya juga menggunakan pendekatan
teori Piaget dan Bruner semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Melalui teori
perkembangan kognitif ini, tahap pemahaman murid lebih berkesan kerana penyampaian
isi pelajaran menjadi lebih baik.Menurut Jean Piaget dan Bruner, peringkat kanak-kanak
di usia 2 7 tahun proses P & P akan berjaya dengan penggunaan bahan konkrit,
gambarajah serta simbol untuk memudahkan pemahaman murid-murid.Di sini dapat saya
jelaskan bahawa sekiranya guru dapat menguasai teori perkembangan kognitif, P & P
akan lebih cemerlang.Murid menggunakan bahan konkrit untuk menunjukkan
bagaiamana operasi tolak berlaku.Contohnya, guru memberi 9 biji gula-gula kepada
setiap murid, guru member arahan untuk makan 3 biji dan bertanya berapa yang
tinggal.Murid menjawab 6 biji yang ada pada mereka.

10

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

3.0 Implikasi Teori Piaget dan Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik.
a) Implikasi Teori Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pemerhatian yang dapat saya nyatakan selepas menggunakan Teori Kognitif
Piaget, murid menunjukkan minat untuk belajar matematik dan tidak menganggap
matematik satu matapelajaran yang sukar.Ini kerana melalui penggunaan bahan
konkrit semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Menurut Jean Piaget,
pada tahap ini murid-murid memerlukan bahan maujud untuk dimanipulasikan
sebagai bahan bantu untuk lebih memahami apa yang disampaikan guru.
Penggunaan bahan bantu mengajar konkrit dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat berkesan.Contohnya, saya ingin mengajar topik tolak dalam kelas,
penglibatan murid-murid dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana tolak itu
berlaku.Letakkan 10 orang murid dalam bulatan, keluarkan 3 dari bulatan dan tanya
murid-murid berapa yang tinggal lagi dalam bulatan tersebut.Murid akan lebih faham
dan mengingati proses tolak itu berlaku berdasarkan teori perkembangan kognitif
yang dipraktikkan.
Untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam matematik bagi topik tambah
atau tolak, penggunaan guli atau batang aiskrim dapat membantu murid memahami
proses tambah dan tolak berlaku.Berdasarkan teori Piaget, sekiranya guru ingin
melakukan aktiviti dalam atau luar kelas, arahan yang disampaikan perlulah pendek,
jelas dan mudah difahami murid.Ini kerana guru telah faham perkembangan mental
murid pada peringkat ini, hanya dapat mengingati ayat yang pendek sahaja.Nasihat
dan nilai murni dapat disampaikan kepada murid dengan menggunakan ayat yang
mudah.
Pengalaman murid tentang apa yang berlaku di sekeliling dapat digunakan
oleh guru sebagai panduan dalam menyampaian isi pelajaran.Ini kerana pengalaman
yang dialami sendiri oleh murid dapat memberi kelebihan untuk lebih faham apa yang
diajar oleh guru.Menurut Jean Piaget, pengalaman yang dilalaui oleh kanak-kanak
dapat membantu mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.Pengajaran
matematik akan menjadi lebih mudah dan murid berasa seronok untuk belajar.

11

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Tambahan lagi, teori ini dapat membantu guru untuk menggalakkan kanakkanak melakukan pembacaan dan pembentangan yang mudah dan kemudiannya
beralih kepada pembentangan yang kompleks. Sebagai contoh, galakkan kanak-kanak
untuk membaca dan mengingat sifir dan kemudian bimbing mereka untuk
membentangkan pada rakan-rakan mengenai sifir dengan menggunakan objek di
sekeliling mereka. Dengan ini,kanak-kanak dapat mengetahui bahawa matematik
bukan sekadar nombor tetapi dapat dikaitkan dengan kewujudan objek di sekeliling
mereka. Selain itu, guru juga perlu menyediakan contoh yang sesuai dan
mengaitkannya dengan pengalaman pelajar tersebut supaya proses pembelajaran dapat
diingati dengan mudah. Contohnya, jika kita ingin mengajar kanak-kanak mengenai
saiz kenderaan yang berbeza kita perlu tunjukkan contoh beberapa kenderaan yang
biasa mereka lihat dalam kehidupan harian mereka dan biar mereka membezakan saiz
kenderaan tersebut sendiri. Implikasi terakhir adalah menyediakan soalan berkaitan
logik

dan

analitik

bagi

merangsang

daya

pemikiran

kanak-kanak

dalam

menyelesaikan masalah matematik yang mereka pelajari.


b) Implikasi Teori Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, guru perlu memberi
peluang kepada kanak-kanak mempelajari matematik dengan menggunakan objek di
sekeliling mereka dan galakkan mereka untuk membina pengalaman belajar sendiri
supaya mereka akan lebih faham apabila P & P berlaku.Contohnya dalam topik
tambah, guru menggunakan bongkah kayu dan murid mengira satu demi satu serta
beritahu jumlahnya.Dengan cara ini kanak-kanak dapat merasai sendiri mengira
bongkah kayu itu.
Seterusnya dengan menggunakan carta, objek atau gambarajah yang mudah
bagi membantu murid memahami matematik.Contohnya, guru menyediakan lembaran
kerja yang mengandungi operasi mudah yang dapat membantu murid mengenal
simbol

nombor

tersebut.Aktiviti

lain

ialah

membuat

permainan

meneka

nombor.Hanya sediakan satu lubang bagi sampul yang mengandungi nombor di


dalamnya.Kemudian suruh kanak-kanak untuk teka simbol yang terdapat dalam
sampul tersebut.Cara ini dapat membantu kanak-kanak mengingati simbol tersebut
dengan lebih berkesan.
12

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

Guru juga perlu menyusun rancangan pengajaran dari mudah kepada susah
untuk membuang tanggapan murid bahawa belajar matematik itu sukar.Di sini
kreativiti guru penting untuk menarik minat murid untuk belajar matematik.Sebagai
contoh, sekiranya terdapat kanak-kanak yang tidak mahir dalam proses pengiraan dan
pengenalan simbol nombor, guru di larang untuk memaksa kanak-kanak mempelajari
operasi penambahan.Ini kerana ia dapat mengurangkan minat untuk belajar
matematik.Melalui teori ini, peluang untuk kanak-kanak merasai sendiri proses
menyusun, menganalisis dan membuat sistesis dialami oleh mereka.Proses ini penting
supaya kanak-kanak dapat memupuk rasa seronok dalam belajar matematik kerana
mereka dapat melakukan sendiri setiap aktiviti sambil belajar mengenainya.
4.0 Cadangan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran matematik
a.Latih murid berfikir untuk menggunakan pengalaman yang dialami dalam memahami isi
pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.Galakkan murid mengaplikasikan pengalaman
mereka sendiri dan tukarkan kepada pemahaman matematik yang mudah.
b.Memilih serta menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan topik
yang diajar.Ini membantu murid menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru.
c.Membuat penilaian keberkesanan teori yang digunakan untuk melihat sejauh mana murid
dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik.Ini dapat

membantu guru meningkatkan penguasaan pengajaran dan pembelajaran di masa akan


datang.
d.Penggunaan grafik dan gambarajah dalam penceritaan operasi tambah dan tolak matematik
berbentuk lakonan untuk memberi lebih kefahaman kepada murid tentang apa yang perlu
dilakukan seterusnya.

13

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

e.Penggunaan kemudahan internet dikalangan murid-murid boleh digalakkan supaya mereka


lebih minat untuk belajar matematik, disamping

gambar yang menarik tentang operasi

tambah dan tolak yang mereka pelajari.


f.Guru perlu menguasai teori perkembangan kognitif dengan baik sebelum mempraktikkan ke
dalam bilik darjah dan murid-murid.Ini perlu sebagai persediaan untuk memahami emosi dan
pemikiran kanak-kanak sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 Kesimpulan
Konsep pra nombor perlu difahami sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi dalam
pembelajaran matematik.Pemahaman yang berkesan dan jelas dapat mendidik kanak-kanak
bersedia untuk belajar ilmu matematik, seterusnya ke tahap lebih tinggi.Guru memainkan
peranan penting menanam semangat sukakan matematik kepada murid di peringkat pra
sekolah lagi.Guru juga perlu tahu bagaimana hendak membuat murid minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.Pendekatan yang sesuai dan dapat menguasai
teori perkembangan kognitf dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan
kondusif.Murid dapat belajar dengan rasa seronok, manakala guru dapat mengajar dengan
penuh dedikasi.
Oleh yang demikian, guru perlu memastikan minat murid-murid untuk belajar
matematik terus berkembang, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat
menengah.Terapkan ke dalam diri murid-murid matematik adalah matapelajaran yang
menyeronokan dan gunakan kaedah-kaedah pengajaran yang terbaik bagi menjadikan
matematik satu subjek yang diminati oleh semua murid.
2548 patah perkataan

14

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

6.0 Rujukan
Dr Siti Fazlili Abdullah ( 2009 ).HBMT 1203 Teaching Mathematics in Pre School and year
2. Selangor : Meteor Sdn.Bhd
Mok Soon Sang ( 2003 ).A Primary Education Course in Mathematics for post graduate
Diploma ( K.P.L.I ).Subang jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Mok Soon Sang ( 2006 ).Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran : Multimedia Es
Resources Sdn.Bhd
Maggi Savin Baden and Claire Howell Major ( 2004 ) : Foundations Of Problem-Based
Learning : Society For Research Into Hagher Education & Open University Press
Noor Shah Saad ( 2005 ) Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Menengah : Teori Dan
Pengkaedahan : Petaling Jaya Harmoni Publication & Distributour Sdn Bhd
http://www.slideshare.net/znas77/hbmt1203-teaching-of-mathematics-for-preschool-andyear-one-primary-school
http://www.scribd.com/doc/86440932/HBMT1203-Salah-Konsep-Pengiraan-dalam-topiktambah-bagi-tahun-1

15

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

16

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


HBMT 1203

17

Anda mungkin juga menyukai