Anda di halaman 1dari 19

Topik  Perbandingan

4 Pendekatan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan pendekatan behavioris dan bagaimana ia di
aplikasi di dalam kelas;
2. Menerangkan pendekatan kognitif dan bagaimana ia digunakan
didalam kelas; dan
3. Menghuraikan pendekatan humanisme dan bagaimana ia
digunakan di dalam kelas.

 PENGENALAN
Topik ini memperkenalkan para pelajar dengan teori-teori pembelajaran yang
pernah para pelajar pelajari pada subjek-subjek awal dalam program ini. Topik
ini akan membincangkan teori-teori pendekatan pelajaran daripada pandangan
ahli behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, serta humanisme secara
mendalam. Para pelajar akan dibentangkan dengan pendekatan yang boleh
dibandingkan secara jelas untuk kegunaan dalam perancangan dan perlaksanaan
program pelajaran pusat perkembangan di masa hadapan.

4.1 PANDANGAN PENDEKATAN BEHAVIORIS


Jika anda telah mengikuti perkembangan bidang ini dengan penuh perhatian
sepanjang menjalani program pendidikan awal kanak-kanak, pandangan
behavioris bukan lagi suatu terma yang asing. Topik ini akan membentangkan
bagaimana pandangan ahli-ahli teori behavioris dapat diaplikasikan dalam
perancangan kurikulum dan pusat perkembangan secara keseluruhan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

Pandangan pembelajaran behavioristik mendefinisikan pembelajaran sebagai


perubahan dalam sikap yang dapat diperhatikan yang dicetuskan oleh pengaruh
(stimuli) persekitaran. Terma behaviorism ini pada asalnya dicetuskan oleh ahli
psikologi terkenal John B. Watson. Watson (1913) mempercayai bahawa sikap
adalah sesuatu yang boleh diukur, dilatih dan ditukar. Behaviorisme, juga
dikenali sebagai psikologi sikap, adalah teori pembelajaran yang berlandaskan
idea bahawa semua sikap adalah diperlolehi daripada pengkondisian.
Pengkondisian ini berlaku melalui interaksi dengan persekitaran sekeliling. Para
pengkaji behavioris percaya bahawa respon manusia terhadap stimuli
(perangsang) persekitaran mampu membentuk sikap manusia.

Menurut kepercayaan pendekatan/teori behaviorisme, sikap manusia


merupakan sesuatu yang dapat dikaji secara sistematik dan secara pemerhatian
yang tidak mengambil kira keadaan minda secara mendalam. Ianya menekankan
bahawa hanya sikap yang dapat diperhatikan secara langsung sahaja yang perlu
dikaji kerana keadaan minda dalaman seperti kognisi, emosi, serta mood adalah
perkara yang terlalu subjektif untuk diberi perhatian dan dimbil kira dalam
kajian.

John Watson pernah berkata „Berikan saya sedozen kanak-kanak yang sihat, dan
melalui dunia yang saya spesifikasi untuk membesarkan mereka, saya jamin
bahawa saya mampu memilih mana-mana daripada mereka secara rawak untuk
menjadikan mereka pakar dalam bidang yang saya akan pilih ă doktor, peguam,
artis, ketua perniagaan, dan ya, juga pengemis, pencuri, tanpa mengira bakat,
minat, kecenderungan, kemahiran, kerja dan bangsa nenek moyang mereka"
(Watson, 1930). Mengikut kata-kata ini, para pengkaji behaviorist berpendapat
bahawa setiap orang boleh dilatih untuk menjalankan sebarang tugasan, tanpa
mengambil kira latar-belakang genetik, aturan personaliti dan pemikiran
dalaman. Apa yang penting adalah pengaplikasian pengkondisian yang betul.

Seperti yang kita sedia tahu, terdapat dua jenis pengkondisian yang
diperkenalkan oleh dua pakar dalam bidang psokologi sikap. Sila rujuk Jadual
4.1:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  69

Jadual 4.1: Pengkondisian Klasikal (Pavlov) dan Operan (Skinner)

Pengkondisian Klasikal Pengkondisian Operan

Tokoh: Ivan Pavlov Tokoh: B.F. Skinner


 Pengkondisian ini secara asasnya  Lebih fokus terhadap penggunaan
menunjukan bagaimana anjing Pavlov penguatkuasaan atau hukuman
mengaitkan bunyi loceng dengan rasa untuk menguatkan atau
ingin makan. mengurangkan sesuatu sikap.
 Melibatkan penggunaan perangsang  Menekankan kaitan antara tindakan
(situmuli) neutral (seperti bunyi loceng) dan susulan terhadap tindakan
dengan perangsang yang bukan yang diambil.
dikondisikan (rasa makanan).  Contoh: jika seorang pelatih anjing
 Contoh: Anjing Ivan Pavlov ingin melatih anjingnya mengutip
menggunakan bunyi loceng untuk bola, jika anjing itu berjaya, ianya
menyebabkan anjingnya mengeluarkan akan diberi sesuatu ganjaran.
air liur (seperti tidak sabar hendak
makan).

Secara keseluruhan, pengkondisian boleh dibezakan dengan dua perbezaan yang


ketara:

(a) Pengkondisian Klasikal ă Ianya merupakan teknik yang digunakan dalam


latihan sikap di mana stimulus yang berlaku secara semulajadi di
pasangkan dengan respon. Seterusnya, stimulus neutral dipasangkan
dengan stimulus yang terjadi secara semulajadi. Di akhir proses ini,
stimulus neutral akan mencetuskan respon tanpa kehadiran stimulus yang
berlaku secara semulajadi. Dua elemen utama dalam proses ini dinamakan
stimulus kondisi dan respons kondisi.

(b) Pengkondisian Operan ă Pengkondisian operan (juga dikenali sebagai


pengkondisian instrumental) merupakan cara pembelajaran yang berlaku
melalui hukuman atau ganjaran terhadap kelakuan sikap. Melalui
pengkondisian operan, suatu kaitan dibuat antara sikap dan akibat
daripada kelakuan sikap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

4.1.1 Perkembangan Teori Behaviorisme


Mari kita bincangkan tentang perkembangan Teori Behaviorisme.

(a) Pencetus Kajian Behaviorisme


Kejayaan kajian Pavlov dalam penemuan eksperimen pengkondisian
klasikal, secara kontras, memberikan inspirasi kepada manifesto
behaviorisme Watson. Model stimulus-respon Pavlov memberikan
penemuan yang tidak ternilai dalam kajian behaviorisme di masa yang
akan datang. Dalam eksperimen terkenal beliau (anjing dan rembesan air
liur terhadap stimuli), Pavlov membentangkan bahawa respon sikap dapat
diramal untuk berlaku atau tidak, dan boleh dikawal untuk berlaku yang
menjadi tapak kepada hukum pengkondisian.

Edward Thorndike pula, seorang ahli psikologis dari Amerika Syarikat


pada sekitar tahun awal 1900an membuat kajian yang hampir serupa
dengan Pavlov. Catatan beliau menerangkan bahawa psikologi, sebahagian
daripadanya, adalah bebas dari instrospeksi, sama seperti kajian fizik
(Thorndike, 1911).

Beliau menjalankan kajian dalam kepintaran haiwan. Mengikut kajian


beliau yang melibatkan kemahiran kucing dan lain-lain haiwan dalam
menyelesaikan masalah, beliau berpendapat bahawa kepantasan
menyelesaikan masalah meningkat secara beransur-ansur apabila haiwan
ini diberi pendedahan yang berulang kali. Daripada hasil kajiannya, beliau
membuat kenyataan, melalui hipotesisnya, bahawa pembelajaran adalah
hasil daripada tabiat yang dilakukan daripada kejayaan dan kegagalan.

Thorndike kemudian memformulasikan hukum sikap yang


menggambarkan pembentukan tabiat daripada hasil kajiannya. Secara
keseluruhan, beliau berpendapat bahawa respons yang diberi ganjaran
lebih diperkuatkan dan respon hukuman di hapuskan. Inovasi metodologi
beliau menyediakan objektif koleksi data kuantitatif dan menyediakan
paradigma kepada kajian behaviorisme di masa akan datang.

(b) Zaman Behaviorisme Awal


Terma yang digunakan sekarang, yang kita kenali sebagai „behaviorisme‰
diperkenalkan oleh John B. Watson, seorang psikoligis Amerika Syarikat
dalam kertas kerjanya yang dikenali sebagai „Psychology as the Behaviorist
Views It‰ pada tahun 1913. Melalui pendekatan behaviorist, beliau telah
menjalankan pelbagai kajian terhadap sikap haiwan, kanak-kanak dan
pengiklanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  71

Artikel beliau (Psychology as the Behaviorist Views It) juga kadangkala


dikenali sebagai The Behaviorist Manifesto, menetapkan beberapa ciri-ciri
utama dalam falsafah psikologi yang dikenali sebagai behaviorism. Isi
utama dokumen tersebut menetapkan posisi behaviorisme beliau iaitu:
(i) Psikologi, daripada pandangan pengkaji behaviorist, adalah sebuah
cabang kajian dalam bidang sains natural;
(ii) Misi utama teori kajian ini adalah untuk meramal dan mengawal
sikap; dan
(iii) Introspeksi tidak memainkan peranan dalam metodologi kajian.

Watson mengutarakan bahawa psikologi memerlukan titik permulaan iaitu


pertama, fakta yang dapat dilihat pada organisma, manusia dan haiwan,
semuanya dapat menyesuaikan diri terhadap persekitaran mereka, dan
kedua, sesetengah stimuli menyebabkan organisma untuk memberi
tindakbalas. Kerja beliau memberi penerusan kepada kajian yang telah
dibuat lebih awal oleh Pavlov dan Thorndike, di mana pada pendapat
beliau, kajian-kajian ini telahpun menyediakan hasil yang boleh
digunapakai untuk kajian selanjutnya.

(c) Zaman Pertengahan


Edward Tolman dan Clark Hull adalah dua individu yang banyak berjasa
dalam pendekatan behaviorisme, di ambang pertengahan pendekatan ini.
Walaupun kedua-dua mereka menerima konsep stimuli-respon, Tolman
dan Hull menjangkau kerja Watson dengan memberi hipotesis kepada
mekanisma dalaman atau pembolehubah dalaman yang membantu dalam
jalinan stimuli-respons.

Dalam kajian Purposive Behaviourism Tolman, beliau bermatlamat untuk


menerangkan kaitan sikap yang berpandukan matlamat (purposive)
dengan memberikan fokus kepada corak sikap yang nyata, tersusun dan
bermakna (seperti aksi menyepak bola), tidak seperti pergerakan mudah
otot (seperti pergerakan otot kaki manusia). Pengambil kiraan terlalu
mendalam adalah terlalu jauh dari kemampuan persepsi dan kegunaan
penerangan untuk menyediakan analisa terhadap sikap bagi Tolman,
stimuli memainkan peranan kognitif sebagai tanda kepada oranisma, yang
membantu dalam pembentukan peta kognitif dan pembelajaran terpendam
dalam ketidakhadiran penekanan. Secara keseluruhan, Tolman (1948)
menulis:

"Stimuli yang diterima masuk tidaklah terkait melalui hubungan langsung


1-1 kepada respon yang keluar. Sebenarnya impuls masuk yang diterima
diproses dan diluaskan di pusat pemikiran kepada peta tentatif seakan-

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

akan kognitif terhadap persekitaran. Dan dalam peta tentatif ini, yang
mengandungi semua jalan dan laluan dan kaitan persekitaran, yang akan
menentukan respons haiwan itu, jika ianya wujud."

Clark Hull pula mempunyai program yang bercita-cita tinggi dalam


memformulasikan teori yang lengkap mengenai mekanisma yang
mengaitkan stimuli dan respon. Teori ini dikaji melalui penggunaan sistem
hipotetikal-deduktif hukum-hukum asas, atau postulasi yang
membolehkan ramalan dalam respons sikap (sebagai pembolehubah
output) pada asas stimuli luaran (pembolehubah input) dan juga termasuk
keadaan dalaman organisma (pembolehubah pengantaraan). Penyelitan
keterlibatan pembolehubah pengantaraan dalam ramalan/penerangan
hukum membawa hasil kepada skema:

Stimuli (S) & Organisma (O) -> Respons (R)

Kemasukan pengantaraan pembolehubah-O, melalui hipotesis Hull


melibatkan dorongan dan kekuatan tabiat.

(d) Behaviorisme Radikal


B. F. Skinner terkenal dengan kajian beliau yang bernama pengkondisian
operan dan pengukuhan negatif (negative reinforcement). Skinner
mempercayai bahawa fikiran dalaman dan motivasi tidak boleh digunakan
untuk menerangkan sikap. Sebaliknya beliau mencadangkan bahawa kita
hanya perlu melihat kepada sikap luaran manusia yang dapat
diperhatikan.

Skinner menggunakan terma „operan‰ terhadap mana sikap yang


beroperasi terhadap persekitaran untuk menjanakan akibat (Cherry, 2013).
Dengan kata lain, teori Skinner menerangkan bagaimana manusia
memperolehi pelbagai sikap yang ditunjuk setiap hari.

Contoh pengkondisian operan dapat kita lihat disekeliling kita setiap hari.
Fikirkan keadaan di mana kanak-kanak menyiapkan kerja rumah dan
diberi ganjaran oleh guru atau ibu bapa, ataupun pekerja yang menyiapkan
kerja dan mendapatkan pujian dan kenaikan pangkat. Dalam conoth ini,
kebarangkalian untuk menerima ganjaran menyebabkan kenaikan dalam
sikap. Walaubagaimanapun, pengkondisian operan boleh juga digunakan
untuk mengurangkan sikap negatif. Pengenalan kepada akibat atau
pengggunaan hukuman boleh digunakan untuk mengurangkan atau
penegahan sikap yang tidak dikehendaki.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  73

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak akan diberitahu dia tidak akan


mendapat masa untuk bermain ketika waktu rehat jika mereka bercakap di
dalam kelas. Potensi sebegini sebagai hukuman boleh membawa kepada
pengurangan sikap yang bermasalah.

Antara komponen utama dalam pengkondisian operan adalah seperti


berikut:

(i) Pengukuhan ă kejadian yang menguatkan atau meningkatkan sikap


yang terhasil. Terdapat dua jenis pengukuhan:
 Pengukuhan Positif ă kejadian yang positif atau hasil yang
diberikan selepas sesuatu sikap/tindakan. Dalam situasi yang
mencerminkan pengukuhan positif, respon atau sikap
diperkuatkan dengan menambah sesuatu sebagai ganjaran secara
langsung seperti hadiah atau pujian.
 Pengukuhan Negatif ă melibatkan pembuangan kejadian atau
hasil daripada sikap/tindakan. Dalam keadaan sebegini, respon
diperkuatkan dengan pembuangan sesuatu yang dikira sebagai
sesuatu yang tidak disenangi.

Dalam kedua-dua pilihan langkah pengukuhan ini, sikap akan


meningkat.

(ii) Hukuman ă pembentangan kejadian yang tidak diingini atau hasil


daripada pengurangan sikap yang terhasil. Terdapat dua jenis
hukuman:
 Hukuman positif, kadangkala dirujuk sebagai human melalui
aplikasi, melibatkan penunjukan kepada keadilan atau hasil yang
diingini untuk mengurangkan respon yang akan terhasil
 Hukuman negatif, juga dikenali sebagai hukuman dengan
pembuangan, berlaku apabila kejadian atau hasil yang tidak
disenagi dibuang selepas sesuatu sikap muncul.

4.1.2 Prinsip Behaviorisme dalam Pembelajaran


Behaviorism menyediakan perspektif yang khusus dalam bagaimana
pembelajaran berlaku dan bagaimana pengajaran memberikan impak terhadap
proses tersebut. Seperti yang telah kita ketahui, pelbagai teori behaviorisme
telahpun dimulakan sejak beberapa dekad yang lalu untuk berkembang.
Bahagian ini akan menerangkan, setakat yang kita telah pelajari, bagaimana

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

teori-teori dan konsep behaviorisme dapat digunapakai dalam perancangan


pembelajaran.

Pembelajaran adalah perubahan yang berterusan dalam prestasi, atau potensi


prestasi yang terhasil daripada pengalaman dan interaksi dengan dunia
sekeliling (Driscoll, 2000). Kedua-dua idea ini, kepentingan mengukur dan
memerhatikan prestasi, serta impak persekitaran, menyediakan prinsip asas
kepada pendekatan behaviorist dalam pembelajaran. Asas penyataan ini adalah
hanya sikap yang dapat diperhatikan dan diukur sahaja merupakan objek yang
sesuai untuk kajian psikologi. Pada asalnya, teori ini membahaskan bahawa
respons sikap berkait dengan stimuli persekitaran yang tertentu.

Kajian Skinner membolehkan pandangan ini diperluaskan. Skinner


menerangkan bahawa sikap akan lebih banyak berlaku jika ianya diberi
pengukuhan atau ganjaran. Maka pengukuhan boleh digunakan untuk
memperkuatkan sikap yang sedia ada, juga untuk mempelajari sikap-sikap baru.

Prinsip behaviorisme boleh digunakan di dalam pengurusan kelas. Sebagai


contoh, seorang guru mempunyai pelajar yang gemar bercakap di dalam kelas.
Jika guru ini mempercayai bahawa sikap itu akan hilang jika tidak diberi
perhatian, maka masalah akan hilang. Akan tetapi, guru tersebut salah kerana
pelajar tersebut mempelajari bahawa sikapnya tidak mempunyai sebarang
akibat. Guru ini mungkin perlu menilai semula tindakkannya dengan
memberikan ganjaran apabila sikap yang diingini ditunjukkan. Contohnya, jika
kanak-kanak tersebut dapat menjawab soalan, guru perlu memberi galakan
dengan mengatakan sesusuatu seperti „Betul jawapan itu. Saya gembira kerana
kamu memberi perhatian di dalam kelas‰.

Beberapa perkara yang perlu diingati dalam menggunakan prinsip behaviorist


dalam pengajaran:
(a) Menulis sikap hasil pembelajaran yang boleh diperhatikan secara langsung
dan boleh diukur.
(b) Nyatakan prestasi yang diingini dengan lebih awal dan memastikan
pembelajaran yang sesuai dengan penilaian
(c) Beri penekanan kepada prestasi dan lakukan dalam konteks yang
bermakna.
(d) Gunakan strategi pengarahan untuk membentuk kemahiran yang
dikehendaki.
(e) Kukuhkan pencapaian dengan maklumbalas yang sesuai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  75

4.1.3 Pengaplikasian Behaviorisme di dalam Kelas


Modifikasi kepada sikap bertanggapan bahawa sikap yang boleh diukur dan
diperhatikan adalah sasaran yang boleh digunakan untuk perubahan. Beberapa
metodologi boleh digunakan untuk mendefinisikan, memerhatikan dan menilai
sikap, serta mereka beberapa teknik untuk mengambil tindakan terhadap sikap.
Modifikasi terhadap sikap tidak mungkin boleh gagal. Apa yang mungkin boleh
berlaku adalah teknik-teknik yang tidak diaplikasikan secara efisyen atau
konsisten, yang membawa kepada perubahan yang tidak dikehendaki. Semua
sikap yang ada, diubah atau dibentuk, adalah hasil daripada akibat sikap-sikap
tertentu.

Untuk menguruskan sikap di dalam kelas melalui akibat, beberapa langkah


perlu diikuti (Mather dan Goldstein, 2001):
(a) Masalah perlu dikenalpasti, biasanya melalui kiraan atau gambaran;
(b) Merancang cara untuk mengubah sikap;
(c) Mengenalpasti pengukuhan yang efektif; dan
(d) Pengaplikasian yang konsisten untuk perubahan atau pembentukan sikap.

Akibat daripada sikap berkait rapat secara langsung dengan kejadian yang
berlaku sejurus sebelum atau selepas ianya berlaku. Jadual 4.2 menunjukkan
beberapa model dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam pendisiplinan kelas:

Jadual 4.2: Model dan Teknik Berkaitan Pendisiplinan

Model Teknik
Fokus kepada penegahan
Pengurusan Penyampaian pengajaran efektif, pemerhatian yang berterusan,
tingkahlaku dalam peraturan dan prosedur kelas yang jelas, pujian sosial dan
Kelas sebagainya.
Sikap Prososial Pengukuhan sistematik, pemodelan sikap prososial, arahan
secara lisan, perlakuan peranan.
Pendidikan Moral Perbincangan moral dilakukan dengan perkaitan dengan
dilemma dunia sebenar, situasi hipotetikal, literasi, perlakuan
peranan, pembabitan pelajar di sekolah awam.
Penyelesaian Pengajaran secara langsung tentang penyelesaian masalah sosial,
masalah sosial latihan intruksi-diri, berdialog.
Model komunikasi Pendengaran aktif, latihan kemahiran komunikasi dan
Efektif interpersonal bagi kanak-kanak dan pengajar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

Fokus kepada pembaikpulihan dan kawalan sikap


Modifikasi sikap Arahan langsung, teknik-teknik pengukuhan seperti pujian
sosial, pengukuhan bahan, teknik-tenik berlandaskan hukuman
seperti amaran lisan dan time-out, kontrak sikap.
Pendisiplinan Penegasan pengajar, penggunaan modifikasi sikap yang
Asertif konsisten, pemerhatian yang berterusan.
Terapi Realiti Konfrantasi, mesyuarat kelas, perbincangan moral di dalam
kelas, kontrak sikap, akibat logikal, time-out, pengurusan secara
demokrasi.
Fokus tehadap rawatan
Latihan kemahiran Arahan langsung, pemodelan dan latihan, bimbingan khusus,
sosial instruksi-diri, manipulasi terhadap akibat.
Latihan Latihan kemahiran sosial, perbincangan moral, latihan kawal
pengubahan sikap kemarahan.
agresif
Latihan Melatih ibu bapa dalam aplikasi teknik persikapan.
Pengurusan ibu
bapa
Terapi keluarga Penggunaan variasi terapi dan pembelajaran.
Terapi sikap Pelbagai teknik operan, kognitif dan sikap.

AKTIVITI 4.1

Bincangkan bersama rakan-rakan sekelas anda bagaimana


pendekatan behaviorisme boleh diaplikasikan dalam kelas.

4.2 PANDANGAN PENDEKATAN KOGNITIF


Teori kognitif merujuk kepada teori pembelajaran psikologi yang cuba
menerangkan sikap manusia melalui pemahaman terhadap proses pemikiran
(Fritscher, 2011). Tanggapan yang diberikan adalah bahawa manusia adalah
makhluk yang logikal dan akan membuat pilihan yang memuaskan kehendak
minda logikal mereka. Menurut Jean Piaget, tahap perkembangan kognitif
berkait rapat dengan kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya
dipengaruhi oleh elemen biologi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  77

Piaget menambah bahawa kanak-kanak juga membina pengetahuan dengan


mengadaptasikan diri secara perlahan tetapi berterusan demi mencapai tahap
pemahaman yang lebih tinggi. Proses adapatasi terdiri daripada dua tahap iaitu:
(a) Asimilasi ă penggunaan gerak balas yang dipelajari oleh seseorang
individu kepada rangsangan baru; dan
(b) Akomodasi ă pembelajaran perkara baru di atas penggunaan gerak balas
yang telah sedia diketahui.

Kerja kajian Lev Vygotsky (1896-1934) pula menjadi teras kajian teori
perkembangan kognitif dalam masa lepas yang terdekat, khusunya apa yang kita
kenali kini sebagai Teori Perkembangan Sosial. Teori Vygotsky menekankan
bahawa interaksi sosial penting dalam perkembangan kognitif dan masyarakat
memainkan peranan utama dalam process „mencipta erti‰ (McLeod, 2007).

Jadual 4.3: Perbandingan Piaget dan Vygotsky

Aspek Vygotsky Piaget


Konteks Sosio- Penekanan tinggi. Penekanan kurang.
budaya
Konstruktivisma Konstruktivis Sosial Konstruktivis Kognitif
Tahap-tahap Tiada tahap perkembangan Menekankan tahap-tahap
dicadangkan. perkembangan (sensorimotor,
pra-oprasi, konkrit dan formal).
Peranan Bahasa Peranan yang mustahak. Mempunyai impak minimal
Bahasa dan pertuturan kepada perkembangan.
memainkan peranan penting Perkembangan kognitif yang
dalam perkembangan. membantu perkembangan bahasa.
Proses Utama Zone of Proximal Development Skema, asimilasi, akomodasi,
(ZPD), bahasa, dialog dan operasi, konservasi dan
bahan-bahan budaya. klasifikasi.
Pandangan Pelajaran memainkan peranan Pelajaran hanya menaikkan
Terhadap penting, membantu kanak- kualiti perkembangan kognitif
Pelajaran kanak mempelajari bahan- kanak-kanak yang telah wujud.
bahan budaya.
Implikasi Guru adalah fasilitator dan Juga berpendapat bahawa guru
Pengajaran petunjuk, bukan pengarah. adalah fasilitator dan bukan
Mencipta peluang untuk pengarah. Menyediakan
kanak-kanak belajar dari guru sokongan kepada kanak-kanak
dan rakan-rakan yang lebih untuk meneroka dunia sendiri
berkebolehan. dan menimba pengetahuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

Pendekatan kognitif menekankan bahawa pembelajaran boleh disimpulkan dari


sikap, walaupun ianya sebenarnya berasingan daripada sikap itu sendiri. Ini
amat berbeza daripada pendekatan behavioral, yang mana pendekatan
behavioral menilai pembelajaran pada perubahan sikap secara relatif terhadap
sikap.

Pendekatan kognitif didefinisikan sebagai perubahan tetap pada kognisi, yang


berlaku hasil daripada pengalaman (Ford, 2001). Pembelajaran merupakan
perubahan dalam kandungan, organisasi dan simpanan maklumat di dalam
minda. Semua manusia mempunyai sekumpulan struktur kognitif untuk
memahami persekitaran dan bagaimana ianya berfungsi. Mereka menentukan
apa yang lebih penting untuk dipelajari dan mempelajari melalui teknik dan
strategi yang mereka rasa selesa untuk digunakan.

Pendekatan kognitif untuk belajar melibatkan dua proses kritikal: akomodasi


dan asimilasi. Akomodasi, seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, adalah
proses penukaran peta kognitif kita dan pandangan kita terhadap dunia
sekeliling, dan mengaitkan pengalaman kita di dalamnya. Ianya berlaku melalui
pewujudan kategori di dalam minda untuk diakomodasikan pengalaman yang
tidak termasuk di mana-mana kategori yang sedia ada. Asimilasi pula adalah
pencampuran pengetahuan baru kepada kategori yang sedia ada dan modifikasi
kepada kategori tersebut untuk menyesuaikan maklumat yang baru.

Pendekatan kognitif menyatakan bahawa pelajar mengawal pembelajaran.


Pelatih dan persekitaran disekeliling merupakan pembantu kepada proses
tersebut pada tahap-tahap tertentu. Ini mengimplikasikan bahawa latihan pada
tahap tersendiri mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan yang boleh
digunapakai kerana pelajar kognitif tidak memerlukan pengukuhan sebagai
motivasi. Walaubagaimanapun, jika pelatih tidak memberikan sebarang motivasi
untuk mempelajari bahan-bahan baru, teori kognitif menyatakan bahawa
pengukuhan tidak akan membantu dalam mengubah tahap minat mereka. Maka,
adalah penting untuk pengajar memberi pelajaran dan rekaan pelajaran yang
dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk berminat.

Tugas pelajar adalah aktif, mampu mengarah diri, dan memberi penilaian diri.
Ini bermakna, para pengajar perlu kurang memberi pengajaran di hadapan kelas
dan lebih banyak masa digunakan dalam aktiviti, perbincangan dan kerja secara
berkumpulan. Tugas sebagai pengajar adalah sebagai fasilitator, pengurus kelas,
dan sebagai penyampai. Para pengajar perlu mengelak untuk memberitahu
penyelesaian atau menunjukkan cara. Sebaliknya, mereka perlu memberi
petunjuk kepada cara untuk menjumpai penyelesaian dan cara berfikiran yang
aktif. Konteks pelajaran pada kebiasaanya adalah dalam bentuk penyelesaian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  79

masalah. Keadaan kelas dalam situasi sebegini pada kebiasaanya lebih tenang,
penuh hormat dan berunsurkan kerjasama.

Motivasi pelajar dalam pendekatan kognitif adalah secara dalaman; maka, jika
pelajar tidak mempunyai motivasi untuk belajar, adalah tidak mudah untuk
pengajar memberi motivasi kepada mereka untuk belajar. Untuk menggunakan
pendekatan ini secara efektif, adalah disarankan bagi pengajar untuk
menggunakan teknik ini pada kumpulan yang sesuai, atau berpatutan, supaya
setiap individu mempunyai peluang untuk menyertai aktiviti dengan lebih
interaktif, yang mana ianya adalah komponen terpenting dalam pendekatan
kognitif.

AKTIVITI 4.2

Bincangkan bersama rakan-rakan sekelas anda bagaimana


pendekatan kognitif boleh diaplikasikan dalam kelas.

4.3 PANDANGAN PENDEKATAN HUMANISME


Di sini kita akan bincangkan tentang pandangan pendekatan humanisme pula.

4.3.1 Hierarki Keperluan Maslow


Abraham Maslow dalam kertas kerjanya bertajuk „A Theory of Human
Motivasion‰ pada tahu 1943 membentangkan hierarki keperluan. Ianya
merupakan teori yang membentangkan keperluan manusia, mengikut tahap-
tahap pencapaian diri yang tertentu. Hierarki ini biasanya digambarkan dalam
bentuk tangga atau piramid, di mana tahap terbawah adalah keperluan yang
paling asas diperlukan oleh semua manusia, dan tahap teratas merupakan tahap
keperluan tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang.

Rajah 4.1 menunjukkan tangga di mana keperluan manusia bermula dari aras
terbawah dan meningkat mengikut tahap keperluan individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

Rajah 4.1: Hierarki keperluan Maslow

Mengikut pemahaman Maslow, apabila suatu tahap telah dicapai, seseorang


individu akan beralih kepada tahap yang seterusnya, sehingga mencapai tahap
yang tertinggi.

Pada tahap yang terendah, teori ini mencadangkan bahawa jika para pekerja
mendapat gaji yang rendah untuk keperluan diri dan keluarga makanan yang
sempurna, pakaian dan sebagainya menyebabkan mereka kurang berkesan
terhadap latihan kerja. Perkara yang sama berlaku jika berlakunya
pertelingkahan di rumah yang melibatkan ancaman terhadap keselamatan diri
akan kurang mampu memberi kualiti kerja yang tinggi.

Berikut adalah pecahan secara terperinci tentang tahap-tahap hierarki keperluan


Maslow:

(a) Keperluan Fisiologikal ă Keperluan fisiologikal adalah keperluan fizikal


yang diperlukan untuk kehidupan manusia. Jika keperluan ini tidak
dipenuhi, badan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya
akan gagal. Keperluan fisiologikal adalah keperluan yang terpenting sekali;
ianya perlu dilengkapkan terlebih dahulu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  81

Udara, air, dan makanan adalah keperluan metabolik yang diperlukan oleh
hampir semua organisma, termasuk manusia. Pakaian dan tempat tinggal
menyediakan perteduhan daripada elemen-elemen luaran.

(b) Keperluan Keselamatan ă Apabila keperluan fizikal telah dipuaskan,


keperluan untuk keselamatan individu pula memainkan peranan dan
mendominasikan sikap manusia. Dalam ketidak-hadiran keselamatan ă
kerana perang, bencana alam, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-
kanak dan sebagainya ă manusia mungkin akan mengalami trauma
berulang kali (post-traumatic stress disorder atau transgenerational traima).
Dalam kekurangan keselamatan ekonomi ă disebabkan oleh krisis ekonomi
dan kekurangan peluang kerja ă keperluan keselamatan ini ditunjukkan
melalui kehendak untuk kerja yang tetap, prosedur malapetaka untuk
membantu individu dari simpanan wang, polisi insurans, dan akomodasi
untuk ketidakupayaan. Tahap ini akan lebih ketara pada kanak-kanak
kerana mereka secara umum mempunyai kemahuan untuk berasa lebih
selamat.

(c) Kasih Sayang dan Penerimaan ă Selepas keperluan fisiologikal dan


keselamatan dipenuhi, tahap ketiga dalam keperluan manusia adalah
keperluan interpersonal dan perasaan diterima (belongingness). Keperluan
ini amat kuat pada kanak-kanak dan boleh melangkaui keperluan untuk
keselamatan, seperti yang dapat dilihat dalam kes-kes kanak-kanak yang
didera ibubapa. Kekurangan dalam keperluan ini ă disebabkan oleh
hospitalisma, kealpaan, pemulauan dan sebagainya ă boleh memberi impak
kepada kebolehan individu untuk membentuk dan meneruskan hubungan
emosional secara umum seperti:
(i) Persahabatan;
(ii) Keintiman; dan
(iii) Kekeluargaan.

Mengikut Maslow, manusia perlu merasa perasaan diterima di kalangan


kumpulan sosialnya, tanpa mengira saiz kumpulan tersebut. Sebagai
contoh, sesetengah kumpulan sosial terdiri daripada, kelab-kelab, rakan
sekerja, kumpulan agama, organisasi profesional dan kumpulan sukan.
Contoh kumpulan kecil pula adalah seperti keluarga, pasangan intim,
mentor, rakan kerja dan sebagainya. Manusia perlu memberi dan
menerima kasih sayang, secara seksual dan tidak seksual, oleh orang lain.

(d) Keyakinan Diri ă Semua manusia mempunyai perasaan untuk dihormati.


Ini termasuk keperluan untuk mempunyai keyakinan diri dan hormat diri.
Keyakinan menunjukkan keperluan manusia untuk diterima dan dinilai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

oleh orang lain. Manusia kerap menceburi profesion atau hobi untuk
mendapatkan pengiktirafan. Aktiviti ini memberi manusia perasaan nilai
diri. Rasa rendah diri mungkin terbangkit hasil daripada
ketidakseimbangan ketika berada di tahap ini di dalam hierarki. Individu
yang mepunyai keyakinan diri yang rendah sentiasa memerlukan rasa
hormat dari orang lain, mereka mungkin berasa mereka perlu mencari
kejayaan dan pengiktirafan tinggi dari segi luaran. Sebenarnya, mereka
tidak akan dapat menghilangkan perasaan itu jika mereka tidak dapat
menerima diri mereka sendiri.

(e) Kenyataan Diri ă Tahap ini di dalam hierarki Maslow merujuk kepada
potensi penuh seseorang itu dan kenyataan potensi itu. Maslow
menggambarkan tahap ini sebagai kehendak untuk mencapai apa yang
mampu dibuat oleh seseorang individu, iaitu untuk berada di tahap terbaik
sebaik mana manusia mampu. Untuk mencapai tahap ini, Maslow
menekankan bahawa seseorang itu bukan sahaja mampu melepasi tahap-
tahap sebelum ini, bahkan dia perlu mahir dalam tahap-tahap itu.

4.3.2 Prinsip Pendekatan Carl Rogers


Carl Rogers merupakan pengkaji psikologis humanistic yang bersetuju dengan
tanggapan yang ditetapkan oleh Maslow, tetapi juga menambah bahawa untuk
seseorang itu untuk berkembang, mereka perlu mempunyai persekitaran yang
menyediakan mereka dengan kebenaran, penerimaan, dan empati. Tanpa semua
ini, hubungan dan personaliti yang sihat tidak dapat diperkembangkan seperti
yang dikehendaki.

Rogers mempercayai bahawa setiap manusia mampu mencapai matlamat,


kehendak dan kemahuan hidup. Apabila mereka berjaya, perasaan kenyataan
diri mengambil alih. Ini merupakan sumbangan terpenting Carl Rogers dalam
bidang psikologi, dan bagi mencapai potensi tertinggi, seseorang itu perlu
memenuhi beberapa faktor penting.

Rogers (1959), percaya bahawa manusia mempunyai satu motif asas, iaitu
kemahuan untuk merealisasikan diri; untuk memenuhi potensi dan mencapai
tahap tertinggi sebagai manusia, semampunya kita. Perkembangan manusia
unik. Manusia mempunyai kemampuan untuk berkembang dengan cara-cara
yang berbeza, bergantung kepada personaliti kita. Rogers percaya bahawa
manusia adalah berkemampuan dan kreatif. Mereka menjadi pemusnah apabila
mereka mempunyai konsep diri yang rendah atau kawalan luaran yang
menyekat proses penilaian. Rogers menerangkan bahawa untuk seseorang itu
mencapai kenyataan diri, mereka perlu berada dalam keadaan kongruens.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  83

Ini bermakna bahawa kenyataan diri berlaku apabila diri mereka yang „ideal‰
adalah kongruen dengan sikap sendiri. Rogers menggambarkan seseorang
individu yang mencapai tahap kenyataan merupakan mansuia yang berfungsi
penuh. Perkara yang menentukan sama ada individu itu akan mencapai
kenyataan diri bergantung kepada pengalaman zaman kanak-kanak.

Dalam pelbagai cara, Rogers merujuk manusia yang berfungsi lengkap sebagai
suatu ideal dan bukan suatu yang seseorang itu akan capai diakhir perjalanan.
Sebaliknya ianya adalah proses untuk menjadi dan bertukar. Rogers menetapkan
lima ciri-ciri manusia yang berfungsi penuh:
(a) Terbuka kepada pengalaman ă kedua-dua sekali iaitu positif dan negatif.
Perasaan negatif tidak boleh disangkal, tetapi di kawal.
(b) Kehidupan Wujud ă mengaitkan diri dengan semua pengalaman apabila
ianya tercetus sepanjang kehidupan, mengelakkan membuat tanggapan
awal dan pra-konsepsi. Mampu untuk hidup dan menghargai masa
sekarang, dan tidak sentiasa melihat kebelakang atau terlalu jauh di masa
hadapan.
(c) Mempercayai rasa diri ă perasaan, naluri dan rasa hati diberi perhatian dan
dipercayai. Pilihan diri sendiri adalah yang betul dan kita perlu
mempercayai diri untuk membuat pilihan.
(d) Kreativiti ă mempunyai pemikiran yang kreatif dan mengambil risiko.
Seseorang itu tidak boleh hanya bermain secara selamat sahaja. Ini
melibatkan kemampuan untuk menyesuaikan dan mengubah diri untuk
mendapat pengalaman baru.
(e) Memenuhi kehidupan ă seseorang itu gembira dan puas dengan
kehidupan, dan sentiasa mencari cabaran dan pengalaman baru.

4.3.3 Aplikasi Pendekatan Humanisme


Terdapat beberapa cara untuk mengaut kelebihan yang terdapat pada
pendekatan humanisme. Di sini terdapat lima cara untuk menjayakan pelajaran
menggunakan pendekatan humanisme.
(a) Pelajar perlu diberi kebolehan untuk memilih apa yang mereka hendak
pelajari. Para pengajar humanisme percaya bahawa pelajar bermotivasi
untuk mempelajari subjek baru jika ianya adalah sesuatu yang mereka
perlukan dan mahu tahu.
(b) Matlamat pelajaran adalah untuk memberi dorongan kepada kanak-kanak
untuk belajar dan mengajar mereka bagaimana untuk belajar. Kanak-kanak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN

perlu bermotivasikan diri dalam pelajaran dan mempunyai kehendak


untuk belajar dengan sendirinya.
(c) Pengajar humanisme mempercayai bahawa sistem pemarkahan tidak
relevan dan penilaian diri sahaja yang lebih bermakna. Pemarkahan
menggalakkan kanak-kanak untuk berusaha untuk markah dan bukan
untuk kepuasan diri.
(d) Pengajar pendekatan ini percaya bahawa perasaan dan pengetahuan
adalah penting dalam proses pembelajaran. Tidak seperti pengajar
tradisional, pengajar humanisme tidak mengasingkan aspek kognitif dan
afektif.
(e) Para pengajar humanisme menyarankan supaya pusat perkembangan tidak
menyediakan persekitaran yang boleh memberikan perasaan bahaya
kepada kanak-kanak. Apabila persekitaran lebih selamat, maka kanak-
kanak akan berasa selamat dan pelajaran akan berjalan dengan lebih lancar
dan bermakna.

SEMAK KENDIRI 4.1

Apakah perbezaan antara kelas pendekatan behavioris, kelas


pendekatan kognitif dan kelas pendekatan humanisme?

Ć Pandangan pembelajaran behavioris mendefinisikan pembelajaran sebagai


perubahan dalam sikap yang dapat diperhatikan yang dicetuskan oleh
pengaruh (stimuli) persekitaran.

Ć Ahli psikologi yang giat dalam pendekatan pandangan pembelajaran


behavioris adalah John B Watson, Ivan Pavlov, E. F. Skinner dan Thorndike.

Ć Mereka mengemukakan terma pengukuhan positif dan negatif, hukuman,


hadiah, dan stimuli dan respon.

Ć Pendekatan Kognitif pula mengemukakan terma asimilasi, akomodasi,


skema, scaffolding dan zone of proxima.

Ć Pendekatan Humanisme lebih berfokus kepada motivasi dan keperluan asas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERBANDINGAN PENDEKATAN  85

Hadiah Pengukuhan negatif


Hukuman Pengukuhan positif
Pengkondisian operan/klasikal Stimulus- respon

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai