Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Pedagogi adalah strategi yang digunakan oleg guru untuk mengajar murid secara profesional. Manakala pedagogi produktif adalah kaedah yang digunakan di dalam bilik darjah yang fokusnya adalah memberi arahan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Pedagogi produktif adalah nama yang diberikan kepada model multidimensional latihan dibilk darjah. Hal ini dikenali juga sebagai rangka kerja untuk pembangunan profesional yang memfokuskan kepada latihan dibilik darjah dan perhati an amat diberikan kepada kesaksamaan dalam pendidikan. Sesetengah strategi yang digunakan oleh guru hanya sesuai untuk teknik pengajaran yang tertentu sahaja dan bergantung kepada kumpulan atau sebagainya dan guru harus membuat pemilihan untuk menggunakan teknik yang dirasakan sesuai. Pedagogi produktif berbeza dengan pendekatan lain. Ia sangat komprehensif dan tidak hanya fokus kepada satu aspek atau kaedah pengajaran sahaja. Pedagogi produktif juga merupakan satu rangka kerja umum dimana guru boleh mem ilih dan mengembangkan strategi pengajaaran dengan: a) Apa yang diajar? b) Kepelbagaian gaya, pendekatan dan latar belakang murid - murid mereka.

Ia merupakan projek tahap pertama dari program pembelajaran dan pembangunan bagi menyokong pembaharuan kurikulum yan g mula diperkenalkan di semua sekolah di Queensland bermula pada tahun 2001. Ia merupakan strategi

yang melibatkan sekolah dalam pembangunan profesional dalam pedagogi produktif dan penilaian produktif. Pendidikan di Queensland mengakui keperluan untuk mem berikan

pembelajaran yang optimum dan peluang bagi pembangunan tenaga kerja pendidikan dengan:
y

Guru yang berkualiti adalah aset bagi masa depan pendidikan di Queensland.

Pedagogi di sekolah harus menjadi fokus masyarakat untuk belajar secara profesional.

Pembelajaran

yang

palin

berkesan

adalah

dalam

komuniti

pembelajaran profesional.
y

Kepimpinan yang produktif sangat penting bagi kejayaan hasil pembelajaran.

Pada asasnya, pedagogi produktif menggunakan strategi dan konsep pembelajaran yang sedia ada cuma diubah kepada modul yang saderhana. Namun dengan berdasarkan kepada penilaian faktor- faktor tersebut dan peningkatan kesedaran guru yang paling penting kerana telah menyumbang kepada kejayaan program tersebut.

Rujukan: http://www.angelfire.com/linux/kapiljain/ProductivePedagogy.html

DIMENSI PED AGOGI PRODUKTIF

Terdapat pelbagai teori dan pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan dalam merancang aktiviti pembelajaran misalnya dengan menggunakn teori Gardner, Taksonomi Bloom, pembelajaran koperatif, De Bono Thingking Hat dan sebagainya. Oleh itu, berdasarkan teori dan pendekatan tersebut, terdapat empat prinsip pengajaran dan pembelajaran yang harus diberikan pertimbangan bertujuan untuk mengenalpasti strategi mana yang lebih berkesan dan efektif. Antaranya adalah:

Stra tegi a) Kualiti intelek tual

Fokus persoalan

Tahap pemikiran yang tinggi

Adakah peringkat pemikiran tinggi dan analisis kritikal berlaku?

Pengetahuan yang mendalam

Adakah pembelajaran tersebut berlaku dengan bidang operasi atau tahap yang khusus?

Substantive conversation

Adakah tajuk perbincangan di dalam bilik darjah terkeluar daripada penerimaan/ tindakbalas/ pola penilaian yang

menyebabkan

perbincangan

antara

pelajar, guru dan pelajar bert erusan?

Knowledge problematic

Adakah

pelajar

memberi

kritikan

berdasarkan idea dan pengetahuan?

Metabahasa

Adakah tatabahasa,

semua dan

aspek kosa

bahasa, kata

dititikberatkan?

b) Relevansi/ keterhubungan

Pengintegrasian pengetahuan

Adakah aspek pembelajaran meliputi pelbagai disiplin, bidang dan paradigma?

Latar belakang pengetahuan pelajar

Adakah

terdapat

usaha

untuk

mengetahui latar belakang pengetahuan pelajar yang diperolehi dari pelbagai sumber?

Penghubungan dengan dunia ( connection to the world )

Adakah pembelajaran atau pelajaran yang ditugaskan mempunyai hubungan dengan dunia nyata?

Kurikulum berteraskan masaalah

Adakah fokus pembelajaran berkaitan

dengan

mengenalpasti

atau

penyelesaian intelektual atau masalah di dunia nyata?

c) Persekitaran bilik darjah yang menyokong

Pengawalan murid

Adakah

pelajar

memberi

tindakbalas

semasa guru mengajar?

Sokongan sosial

Adakah persekitaran bilik darjah itu positif?

Penglibatan

Adakah

semua

pelajar

tersebut

melibatkan diri dengan kativiti?

Kriteria tersurat

Adakah rujukan kriteria untuk menilai pelajar dengan jelas?

Pengetahuan kendiri

Adakah perlakuan pelajar menunjukkan tersurat atau tersirat?

d) Pengakuan perbezaan

Persekitaran budaya

Adakah

pengetahuan

kepelbagaian

budaya diterapkan di dalam pengajaran?

Inclusivity

Adakah

usaha

dilakukan

untuk

menggalakkan penyertaan pelajar yang berbeza latar belakang?

Ekspositori/ naratif

Adakah gaya prinsip pengajaran bersifat neratif atau ekspositori?

Kumpulan identiti

Adakah

pengajaran

tersebut

dapat

membentuk rasa hidup bermasyarakat dalam diri setiap pelajar?

Kewarganegaraan

Adakah usaha yang dilakukan untuk melibatkan atau menggalakkan

kewarganegaraan aktif?

Menurut Profesor Jenny Gore dari University of Newcastle menyatakan bahawa pedagogi produktif yang menarik adalah penting untuk menarik minat pembelajaran murid. Beliau juga menyatakan pendidikan dahulu lebuh menekankan persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus dan semua silibus pembelajaran. Tetapi sebenarnay kita terlepas pandang tentang fokus cabaran intelektual kepada semua pelajar. Peningkatan kepada kualiti intelektual melibatkan pengenalan kepada pengetahuan dan tidak hanya kepada matlamat semata - mata. Hal ini menggalakkan pelajar untuk berfikir aras tinggi dan pendekatan kepada pengetahuan dimana ia melibatkan penyampaian idea dan hujah yang bertentangan dengan pendekatan memberi. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar belajar bekerja daripada sibuk bekerja ( Jenny ). Kebanyakannya adalah tentang penglibatan murid dalam pemahaman yang kompleks. Manakal relevansi ( keterhubungan ) hanya membantu pelajar membuat hubungan dengan aspek yang berbeza mengenai perkara yang dipelajari di sekolah serta mengaitkan pengalaman lampau yang telah berlaku ke dalam bilik darjah. Persekitaran yang menyokong kelas sosial adalah dimana pelajar mampu untuk mempengaruhi sesuatu aktiviti dan bagaimana ia diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jenny ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang mempunyai jangkaan yang tinggi oleh pelajar bagi menggalakkan mereka mengambil risiko dalam pembelajaran. Pengakuan perbezaan meliputi inklusiviti dari kumpulan non - dominan dan secara positif mengembangkan dan mengakui perbezaan identiti dan kum pulan etnik. Di sini penting untuk guru menyedari cara untuk menyokong pelajar yang

berasal dari kumpulan non- dominan dengan menggunakan cara terbaik untuk menyokong proses pembelajaran mereka.

Rujukan: http://www.angelfire.com/linux/kapil jain/ProductivePedagogy.html

CIRI- CIRI PED AGOGI PRODUKTIF

Dalam pedagogi produktif guru dinilai sama ada seseorang guru itu berkualiti tinggi, sederhana, atau rendah. Guru yang dikatakan mencapai tahap yang tinggi dikatakan berbeza dengan mereka yang mencapai tahap rendah dari segi: Rasa tanggungjawab kepada murid. Berkesan dalam meningkatkan hasil pembelajaran murid. Menyedari peranan mereka sebagai seorang guru. Pemahaman yang mendalam tentanng kurikulum.

y y y y

Ciri ciri guru yang mendapat skor tinggi dalam kaedah pedagogi produktif ialah: I. Guru mengakui bahawa mereka tidak boleh memaksa murid - murid untuk belajar. II. Menganggap diri mereka bertanggungjawab dalam menyediakan peluang untuk pembelajaran murid. III. IV. V. Melihat semua pembelajaran mampu ditingkatkan. Menganggap diri mereka sebagai fasilitator pembelajaran. Menganggap sebagai tugasan mereka untuk menyediakan

persekitaran dimana pelajar boleh meneroka dan memberi ruang kepada pelajar tentang persekitaran yang boleh dihasilkan oleh mereka. VI. Lebih memfokuskan kepada kandungan dan kemahiran bukannya lebih menekankan kepada isi kandungan pembelajaran.

VII.

Lebih bersedia untuk subvert the curriculum untuk mencipta ruang aktiviti pembelajaran yang dihargai.

VIII.

Latihan penilaian masalah lebih kerap dilakukan berbanding kumpulan skor rendah.

IX. X.

Memiliki tahap yang tinggi dalam penglibatan di luar kurikulum. Terlibat dalam perbincangan profesional dengan rakan - rakan guru mengenai pengajaran mereka

XI.

Bersedia untuk bercakap tentang kelemahan mereka dan juga perubahan yang telah dibuat mengenai pengajaran mereka.

Manakala ciri- ciri guru yang mendapt skor rendah dalam pedagogo produktif pula ialah: I. Berkeyakinan bahawa murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka. II. Menyatakan bahawa faktor yang diluar jangkaan guru yang

menentukan hasil pembelajaran murid III. Menganggap bahawa hanya sesetengah pelajar yang akan belajar dan selebihnya tidak. IV. V. VI. Melihat diri mereka sebagai penyampai maklumat Merungut kerana kekurangan masa untuk menghabiskan sukatan Hanya memberi fokus kepada kandungan bukan kepada konsep dan kemahiran VII. Perbincangan mengenai penilaian kurang dilakukan.

Dapatlah disimpulkan disini bahwa perbezaan ciri - ciri ini merupakan elemen yang penting kerana ia merangkumi seluruh kompenen organisasi sesebua h sekolah itu.

Rujukan: http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculum framework/qsrls/ht ml/a bt_ ppc.html

KELEBIH AN K AED AH PED AGOGI PRODUKTIF

Dengan menggunakan kaedah ini, ia lebih mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid dimana guru- guru hanya sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Hal ini akan menggalakkan murid - murid untuk lebih berdikari dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan tidak bergantung sepe nuhnya kepada guru. Selain itu juga,melalui penggunaan kaedah pedagogi produktif ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat positif kerana guru mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap semua murid mereka. Hal ini akan lebih memotivasikan para murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa tanpa ada tekanan seklaligus akan memberi kesan yang baik kepada prestasi akdemik mereka. Guru yang mengamalkan kaedah ini akan memastikan semua murid mereka mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Guru yang bermotivasi tidak akan menafikan hak murid mereka untuk belajar mendapatkan ilmu pengetahuan kerana mereka sedar bahawa ilmu pengetahuan yang akan menentukan hala tuju seseorang murid tersebut. Guru guru akan berusaha semaksimum mungkin untuk memastikan para murid mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Hal ini akan menjadkan murid- murid seseorang yang lebih mencintai ilmu kerana cara guru tersebut yang pandai menggunakan pendekatan abagi menarik minat murid mereka untuk belajar. Di samping itu, dengan adanya pelbagai teknik pengajaran dan pemb elajaran yang diterapkan dalam sesi penyampaian ilmu tersebut akan lebih menarik minat murid- murid untuk belajar. Penekanan yang paling penting di dalam kaedah pedagogi produktif ini ialah guru tidak hanya mengutamakan kandungan pelajaran tetapi lebih menekankan kepada konsep dan kemahiran. Kaedah dan teknik yang

digunakan ini juga mengambil kira latar belakang murid, gaya pembelajaran mereka, minat serta kebolehan murid itu sendiri. Guru - guru tidak akan sesekali menggunakan pendekatan paksaan yang menyebabkan murid - murid menjadi takut untuk ke sekolah.

KEKUR ANGAN K AE D AH PED AGOGI PRODUKTIF

Kebanyakkan guru- guru kurang mempunyai motivasi yang tinggi untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menggunkan kaedah pedagogi produktif kerana mereka menganggap semua kaedah yang digunakan selama ini adalah sama sahaja. Selain itu juga, kelemahan yang plaling ketara yang terdapat di dalam semua kaedah ialah kesukaran guru untuk mengawal kelas sekiranya jumlah murid yang ramai di dalam sesebuah kelas itu. Hal ini akan berlaku sekiranya aktiviti secara berkumpulan dijalankan dan sudah tentu murid - murid akan membuat bising semasa sesi perbincangan dalam kumpulan dijalankan. Guru- guru yang malas menyelidik latar belakang murid, minat, kebolehan dan seumpanya merupakan penyebab yang menjadikan seseorang guru itu tidak pandai untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar mereka seka ligus akan menggagalkan perlaksanaan kaedah pedagogi produktif ini.

KESIMP ULAN

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa pedagogi produktif ini merupakan satu keadah yang mula diperkenalkan di Queensland dimana program ini merupakan satu program baru yang dijalankan di negara tersebut sebagai satu langkah kerajaan atau kement erian pendidikan di negara tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara Queensland. Manakala di negara ini kaedah tersebut baru diperkenalkan. Pada pendapat saya tidak semua guru yang ada di negara ini mengetahui tentang kaedah pedagogi produktif ini kerana ia masih lagi di peringkat kajian. Sekiranya kaedah seumpama ini dapat diterapkan dalam semua pengajaran dan pembelajaran murid, sudah pasti negara ini mampu melahirkan murid yang lebih berkualiti berbanding dengan sebelum ini. Hal ini merujuk kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh Queensland School Reform Longitudinal Study (QSLRS) menunjukkan bahawa

hasil pembelajaran murid yang diperolehi setelah kaedah tersebut digunakan amat memberangsangkan. Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa kaedah pedagogi produktif ini amat wajar diketengahkan kerana ia amat baik untuk perkembangan mutu pendidikan di negara ini.

BIBLIOGR AFI

y y

http://www.angelfire.com/linux/kapiljain/ProductivePedagogy.html http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculum framework/qsrls/html/abt_ppc.html

http://education.qld.gov.au/staff/learning/diversity/teaching/pp/pedag -a2b.html

Anda mungkin juga menyukai