Anda di halaman 1dari 2

KOMPAS

PENGENALAN

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu tempat.
Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. Kompas adalah alat
terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan
dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan
antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau
dikenali dengan kompas silva.

15.4 KEGUNAAN KOMPAS


Kompas digunakan untuk:-
Melaras peta
Membantu dalam pelayaran
Menentukan arah
Membuat peta
Mengukur jarak di atas peta

15.5 MELARAS KOMPAS DENGAN PETA


Pemadanan masa meupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapan
anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan
memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

15.5.1 LANGKAH PERTAMA

Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang
perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama dengan arah
pergerakkan seseorang.
15.5.2 LANGKAH DUA

Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan
melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari
dengan arah utara peta.

15.5.3 LANGKAH TIGA

Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga
utara peta.

PERKARA-PERKARA YANG PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS


Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak
dengan baik.
Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk
memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
Sentiasa memeriksa bearing kompas
Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk
perjalanan pulang.
Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.

Anda mungkin juga menyukai