Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGU KE- 2
Nama Pelajar
01-5208

: SITI ROFIKAH BINTI JAMIAN

Program Pelajar

: KPLI j-QAF PEND.ISLAM PEND. KHAS

Pengkhususan/Major
SOLAT

: IQRA

No K/P

: 870804-

Ambilan : JAN 2012

Minor

: AMALI

Tempoh Praktikum : 21 JANUARI 2013 hingga 19 APRIL 2013 ( 12 minggu)

Nama Sekolah

: SK SULTAN ABU BAKAR 1

Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : KELAB BADMINTON

Tarikh : 02 FEB 2013

Masa

: 9.00 10.15

Kehadiran

: 17 / 27

Tempat : GELANGGANG BADMINTON SK SULTAN ABU BAKAR 1

Nama Guru Penasihat: SITI ROFIKAH BINTI JAMIAN
Aktiviti/Kemahiran yang dijalankan :

(kepimpinan, kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian):

Sebelum memulakan aktiviti, saya mengambil kehadiran murid. Kemudian, saya

meminta murid membuat senaman ringan. Selepas itu, saya memulakan aktiviti
dengan memberi penerangan cara memegang reket dan cara membuka servis serta
membuat pukulan dengan betul. Selesai memberi penerangan serta demonstrasi, saya
meminta murid mencari pasangan untuk mencuba dan berlatih cara memegang reket,
membuat servis dan juga pukulan.
Refleksi :

(Guru pelatih)

Ini merupakan tugas yang besar bagi saya kerana saya dilantik menjadi ketua guru
penasihat. Oleh itu, saya mempraktikkan pengetahuan sedia ada tentang permainan
badminton ini. Saya dapati, aktiviti ini bersesuaian dilaksanakan untuk murid. Ia dapat
memupuk minat murid dalam menceburi bidang kokurikulum. Di samping itu, ia dapat
memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid.
Bimbingan / Komen :

(Guru Penasihat/Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing)

____________________________________________________________________________________

___________________________

_______________________________________

T. Tangan Pelajar
Guru Pembimbing

T.Tangan Pensyarah Penyelia /

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGU KE- 5
Nama Pelajar
01-5208

: SITI ROFIKAH BINTI JAMIAN

No K/P

Program Pelajar

: KPLI j-QAF PEND.ISLAM PEND. KHAS

Pengkhususan/Major
SOLAT

: IQRA

: 870804-

Ambilan : JAN 2012

Minor

: AMALI

Tempoh Praktikum : 21 JANUARI 2013 hingga 19 APRIL 2013 ( 12 minggu)

Nama Sekolah

: SK SULTAN ABU BAKAR 1

Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : PENGAKAP

Tarikh : 22 - 24 FEB 2013

Masa

: 3.00 12.00

Kehadiran

: 8 /8

Tempat : KOMPLEKS SUKAN PAGOH

Nama Guru Penasihat: PN. SITI ROHANI BT. SHEIKH IBRAHIM
Aktiviti/Kemahiran yang dijalankan :
(kepimpinan, kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian):

Pada hari Jumaat bersamaan 22 Februari seramai 8 orang wakil murid dari aliran
perdana terlibat dalam satu perkhemahan pengakap sempena Karnival Hari Pengasas
Pengakap peringkat negeri selama 3 hari 2 malam di Kompleks Sukan, Pagoh. Pada
hari pertama, iaitu petang Jumaat, aktiviti yang mereka lakukan adalah pendaftaran
dan memasang khemah. Perasmian karnival dirasmikan pada malamnya. Selain itu,
murid mendengar taklimat daripada pihak urusetia tentang aktiviti selanjutnya. Pada
hari ke-2, aktiviti seperti pertandingan khemah dan gejek, memasak, quiz, permainan,
kawad kaki dan sebagainya diadakan sepanjang hari tersebut. Wakil murid sekolah ini,
memasuki pertandingan memasak, kawad kaki, mewarna, quiz dan nyanyian karaoke.
Pada sebelah malamnya pula, diadakan malam kebudayaan untuk murid, manakala
para pemimpin pengakap menyertai malam Indaba. Murid juga tidak tidur dalam
khemah kerana hujan. Oleh itu, murid ditempatkan dalam dewan bagi murid
perempuan dan lelaki di luar dewan. Pada hari terakhir, murid mengemas khemah dan
pakaian. Kemudian, murid berkumpul di dalam dewan untuk perasmian penutup dan
penyampaian hadiah. Wakil murid sekolah berjaya mendapat tempat pertama dalam
pertandingan memasak dan quiz. Selepas sesi bergambar, kami bersalaman dan
bergerak pulang.
Refleksi :
(Guru pelatih)

Aktiviti perkhemahan ini sangat menarik dan bersesuaian untuk murid. Bagi saya ianya
banyak membantu murid lebih berdikari dan memupuk semangat kerjasama di dalam
diri murid. Selain itu, murid juga dapat berkenalan dan menimba ilmu serta berkongsi
maklumat dengan murid-murid dari sekolah lain. Sungguhpun begitu, saya dapati
banyak kekurangan dalam aktiviti perkhemahan ini. Antaranya, dari segi pengurusan

masa. Contohnya, pertandingan kawad kaki dan khemah dalam jadual pada sebelah
pagi, tetapi ia diadakan pada sebelah petang. Ia menyebabkan murid terkejar-kejar
untuk menyertai pertandingan. Dari segi pengawasan juga agak longgar. Ini kerana,
terdapat murid tidak tidur dan berbual antara lelaki dan perempuan terutamanya murid
sekolah menengah sehingga mengganggu murid lain tidur. Sebagai penambahbaikan,
aktiviti ini hendaklah diserapkan lagi dengan pengisian kerohanian seperti tazkirah
pendek selepas waktu subuh dan ketika menunggu waktu solat isyak. Selain itu,
pengawasan dan disiplin juga perlu diperketatkan agar tidak berlaku perkara yang
tidak diingini.
Bimbingan / Komen :
(Guru Penasihat/Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing)

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

___________________________
T. Tangan Pelajar
Guru Pembimbing

_______________________________________
T.Tangan Pensyarah Penyelia /

Gambar Perkhemahan

Anda mungkin juga menyukai