Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN PROJEK
PROGRAM: PISMP

NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: EDU3083


ASAS KEPEMIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
TARIKH MULA: 26 JUN 2016

SEMESTER: 2/4

TARIKH HANTAR: 24 JULAI 2016

Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion, dan ciri-ciri guru
sebagai seorang profesional
2. Membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk
kepada kod etika, akauntabiliti dan integriti guru.
3. Menginterpretasi peranan guru sebagai pemimpin yang profesional berdasrkan
peringkat-peringkat perkembangan guru dengan menggunakan pelabagai
sumber yang relevan
4. Merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang
profesional dalam organisasi pendidikan semasa.
Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 3.
Objektif Projek
1. Membuat ulasan kritis terhadap satu artikel kajian berkaitan kepimpinan
sekolah yang diterbitkan dalam jurnal terpilih.
2. Menghasilkan satu esei yang membincangkan peranan kepimpinan guru bagi
menjana pendidikan berkualiti di negara ini.

Tugasan Projek (100%)


Tugasan ini mengandungi dua subtugasan.
Tugasan 1 Ulasan kritis (40%)
Anda dikehendaki membuat ulasan secara kritis terhadap satu artikel kajian
berkaitan kepimpinan sekolah yang diterbitkan dalam jurnal terpilih.
Tugasan 2 Penulisan Akademik (60%)
Pencapaian akademik pelajar merupakan agenda reformasi ke arah pendidikan
yang berkualiti seperti yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Justeru peranan kepimpinan pendidikan di sekolah dari
pelbagai peringkat dilihat amat penting bagi mewujudkan pendidikan berkualiti.
Lazimnya pada peringkat sekolah kepimpinan selalunya diberi perhatian kepada
pengetua sekolah. Walaubagaimanapun, kepimpinan dalam kalangan guru tidak
seharusnya dipinggirkan kerana kepimpinan guru merupakan agen perubahan yang
penting dalam usaha melahirkan sekolah yang berkesan. Para sarjana mendapati
kepimpinan guru mampu memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar di
sekolah. Namun di Malaysia, isu kepimpinan guru ini masih lagi dianggap baharu
dan kurang mendapat perhatian (Norashikin, Ramli, & Foo, 2015)
Bincangkan peranan kepimpinan guru bagi menjana pendidikan berkualiti di negara
ini. Fokus perbincangan anda harus berpandukan kepada peringkat perkembangan
kerjaya guru dan perkembangan terkini dunia pendidikan.

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Tugasan 1 membawa markah 40% dan Tugasan 2 membawa markah 60%.
3. Format penulisan adalah seperti berikut:
i. Font: Times New Roman
ii. Saiz huruf: 12 point
iii. Langkau: 1.5 baris
iv. Petikan dan rujukan ditulis mengikut format APA.
4. Maksimum panjang ulasan kritis adalah 1000 patah perkataan
5. Maksimum panjang penulisan akademik adalah 1600 patah perkataan
6. Bilangan patah perkataan termasuk petikan tetapi tidak termasuk tajuk dan
rujukan. Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan di hujung setiap tugasan
anda.
7. Anda dikehendaki melampirkan artikel jurnal yang anda pilih bagi Tugasan 1.
8. Bahan rujukan lain dalam tugasan tidak perlu dilampirkan
4. Tugasan 1 dan 2 perlu dijilid bersama.
5. Borang Maklum Balas Tugasan perlu disertakan dalam tugasan.
6. Tugasan perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
7. Amalan plagiat adalah dilarang.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Ulasan Kritis
a. Anda dikhehendaki memilih artikel berkaitan kepimpinan sekolah daripada
salah satu jurnal berikut:
i. Jurnal Pendidikan Malaysia (UKM)
ii. Jurnal Kepimpinan Pendidikan (UM)
iii. Jurnal Pendidikan Bitara (UPSI)
iv. Malaysian Journal of Learning and Instruction (UUM)
b. Penulisan perlu mengandungi subtopik berikut:
i. Pengenalan
Panjang pengenalan hanya satu perenggan. Nyatakan beberapa
pengenalan tentang penulis dan tajuk artikel, dan huraikan secara
ringkas tentang topik yang dibincangkan dalam artikel tersebut.
Nyatakan tujuan artikel dan ringkasan dapatan utama artikel
tersebut. Buat kesimpulan dalam subtopik ini dengan satu
penyataan penilaian ringkas tentang artikel tersebut. Penyataan
penilaian anda boleh berbentuk positif atau negatif, ataupun
bercampur.
ii. Ringkasan
Huraikan rumusan dapatan kajian dengan mengemukakan
beberapa contoh yang bersesuaian. Anda juga perlu menjelaskan
secara ringkas tujuan penulisan keseluruhan artikel dan
menjelaskan tentang penyusunan penulisan artikel. Ringkasan ini
tidak boleh melebihi 350 perkataan.
iii. Kritikan
Kritikan anda perlu menunjukkan perbincangan dan penilaian yang
seimbang tentang kekuatan, kelemahan dan perkara-perkara
penting dalam artikel yang dipilih. Perbincangan anda perlu dibuat
berdasarkan kriteria yang spesifik iaitu pengaruh isu yang
dibincangkan terhadap kefahaman anda tentang konsep
kepimpinan. Ulasan yang baik memasukkan pelbagai rujukan
untuk menyokong penilaian.
Anda juga boleh menyatakan
cadangan bagi memperbaiki artikel ini sama ada dari aspek idea,
pendekatan kajian, kerangka kajian atau aspek-aspek lain yang
dirasakan sesuai.
iv. Kesimpulan
Nyatakan dalam satu perenggan yang pendek. Nyatakan semula
secara keseluruhan pendapat anda tentang artikel yang dipilih.
Nyatakan cadangan secara ringkas dan berikan justifikasi terhadap
cadangan tersebut.
v. Rujukan
c. Merujuk kepada pelbagai sumber rujukan
d. Menulis dengan menggunakan gaya bahasa penulisan ilmiah.
e. Anda dikehendaki merujuk rubrik pemarkahan ulasan kritis.

2. Penulisan akademik
a. Menganalisis secara kritikal peranan kepimpinan guru sekolah bagi
menjana pendidikan berkualiti di negara ini.
b. Menjelaskan hujah berpandukan peringkat perkembangan kerjaya guru
dan perkembangan terkini dunia pendidikan.
c. Merujuk kepada pelbagai sumber rujukan.
d. Menulis dengan menggunakan gaya bahasa penulisan ilmiah.
e. Anda dikehendaki merujuk rubrik pemarkahan penulisan akademik
Kriteria Pemarkahan
Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan.
Disediakan oleh

Disemak oleh

______________________________
(Dr AZIZAH BINTI SARKOWI)
Penyelaras EDU083
Jabatan Ilmu Pendidikan

_____________________________

Disahkan oleh:
_______________________________
(DRS ABDUL SHUKUR BIN SHAGHIR)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan

(PUAN SUHAILAH BINTI SHARIFF)

Pakar Bidang (SME)


Jabatan Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai