Anda di halaman 1dari 7

Nama penulis

: Mimi Mohaffyza Mohammad, Muhammad Sukri Saud. Adnan Ahmad

Tajuk penyelidikan : The Need In Training And Retraining For TVET Teachers In Malaysia Nama jurnal Tahun penerbitan Jenis artikel : Journal Of Technical Education And Training : 2009 : Kualitatif

1.0

Ringkasan jurnal

Perkara utama yang ingin ditekankan oleh penulis ialah kepentingan dan keperluan dalam latihan dan latihan semula untuk guru PTV di Malaysia. Kajian ini juga adalah satu kajian prestasi guru guru PTV dan struktur pendidikan PTV di Malaysia dan membincangkan tentang isu- isu dalam latihan dan latihan semula keperluan dan strategi yang diperkenalkan untuk mengatasi masalah tenaga pengajar serta kesesuaian kurikulum. Selain itu,permasalahan tentang kekurangan guru guru teknikal dan vokasional yang berkelayakan turut diperkatakan. Ini adalah kerana kebanyakan tenaga pengajar dalam bidang teknikal tidak mendapat peluang yang lebih untuk menjalankan latihan professional. Latihan bagi guru dalam PTV adalah bermaksud peranan utama dalam menyediakan kemahiran untuk memenuhi keperluan sekolah manakala latihan semula adalah peningkatan bagi kemahiran yang sedia ada bagi menghasilkan kualiti guru yang lebih baik dalam pendidikan teknikal dan vokasional.Dalam kajian ini, satu model kajian telah dibangunkan dalam aspek aspek dalam latihan guru PTV dan juga latihan semula bagi guru PTV yang sedia ada. Aspek yang dikatakan dalam elemen latihan guru PTV adalah pembangunan latihan kokurikulum iaitu mengenai proses pembelajaran yang lebih kompleks dan menyeluruh. Dalam latihan semula untuk guru PTV, terdapat beberapa aspek yang telah dikaji. Antaranya adalah latihan semula rekabentuk program dan latihan pembelajaran dan bahan. Pendapat mengenai penglibatan pihak berkepentingan juga dinyatakan di dalam kajian ini. Selain itu, penulis tidak menyatakan objektif yang jelas, kajian literature mahupun metodologi yang digunakan. Penulis hanya menggunakan kajian kajian lepas sebagai panduan.

2.0

Kritikan jurnal

2.1

Tajuk

Pemilihan tajuk yang dibuat oleh pengkaji adalah tidak bersesuaian kerana tajuk yang digunakan membuatkan pembaca susah untuk memahami isi kandungan yang terdapat didalamnya. Tajuk yang digunakan oleh penulis juga tidak memberi gambaran awal tentang kajian yang dibuat. Sebagai contoh, isi kandungan yang terkandung di dalam jurnal ini adalah mengenai kaedah kaedah yang boleh digunakan untuk latihan dan latihan semula guru PTV manakala tajuk yang di pilih adalah keperluan dalam latihan dan latihan semula guru PTV. Justeru itu, tajuk yang digunakan oleh penulis adalah sangat tidak releven.

2.2

Penyataan masalah

Di dalam penulisan kajian ini, penulis tidak menyatakan dengan jelas penyataan masalah yang ingin dikatakan namun penulis menyatakannnya di dalam abstrak dan juga pengenalan. Antara permasalahan yang ingin diajukan oleh penulis adalah kekurangan guru guru teknikal dan vokasional yang layak, isu isu dan latihan dan latihan semula keperluan yang diperlukan, strategi yang diperkenalkan untuk menangani tenaga pengajar dan juga kesesuaian kurikulum dan persoalan mengenai adakah latihan yang guru guru PTV telah lakukan memberikan prestasi yang baik bagi PTV dalam sistem sekolah di Malaysia. Walaubagaimanapun, penulis tidak menyatakan dengan terperinci dengan menggunakan subtopik yang berlainan untuk memudahkan pembaca mengetahui masalah sebenar yang ingin dikaji oleh penulis. Penggunaaan kajian-kajian lepas yang digunakan oleh penulis adalah memuaskan kerana penulis menjadikan kajian lepas sebagai rujukan utama untuk membuat persamaan dari segi penyelidikan yang dibuat.

2.3

Objektif kajian

Objektif kajian adalah bermaksud

penulis

menyatakan tujuan

utama

penyelidikan tersebut dibuat. Bagi jurnal ini, objektif yang dikemukan adalah untuk mengkaji struktur dan prestasi guru guru di malaysia dari segi pembangunan kurikulum, reka bentuk program, sifat bahan bahan pembelajaran dan penglibatan pihak berkepentingan. Tujuan penyelidikan bagi jurnal ini ada dinyatakan diruangan abstrak tetapi jika penulisan objektif kajian dibuat secara berasingan daripada abstrak maka penulisan jurnal tersebut akan lebih tersusun dan ia dapat memudahkan pembaca mengetahui objektif sebenar kajian dibuat. Fokus pembaca untuk mengetahui objektif sebenar kajian dibuat dapat dilihat dengan lebih jelas jika objektif kajian diletakkan sebagai sub topik yang berasingan. Objektif kajian juga mungkin dapat dinyatakan satu persatu mengapa kajian tersebut dibuat. Tambahan pula, objektif yang dinyatakan juga tidak begitu menepati dengan tajuk jurnal yang ditulis. Ini menyebabkan pembaca mungkin keliru dengan apa yang ingin disampaikan oeh penulis.

2.4

Sorotan literature

Dalam jurnal yang ditulis, penulis ada menyatakan beberapa sorotan literature. Penulis ada mengemukakan kajian lepas untuk dijadikan bahan rujukan yang mempunyai kajian yang lebih kurang sama bagi menyokong penyelidikan dibuat. Pemilihan kajian lepas yang dibuat oleh penulis adalah bersesuaian dan bersangkutan antara satu sama lain. Selain itu, penulis juga ada mengemukakan teori-teori daripada penulis jurnal yang lain sebagai bahan sokongan ke atas jurnal yang ditulis. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian lepas yang digunakan oleh penulis bukan dari kajian yang terkini contohnya salah satu kajian lepas diambil pada tahun 1964. Sepatutnya sorotan literature seboleh bolehnya diambil dari tahun yang terkini bagi menyokong kajian yang dibuat. Tambahan pula, penulis juga membuat penulisan sorotan literature hanya secara laporan diskriptif dan bukannya secara kritikal.
3

2.5

Metodologi dan metod

Jenis artikel yang dikaji oleh penulis adalah bersifat kualitatif. Namun begitu, penulis tidak menyatakan tentang metodologi yang di laksanakan dalam kajian jurnal ini. Penulis hanya menyatakan elemen elemen yang boleh dijalankan sahaja. Penulis sepatutnya menjalankan kajian untuk mengkaji tentang tajuk yang telah dipilih. Pelbagai kajian boleh dijalankan oleh penulis samada menjalankan kajian kes terhadap guru di malaysia ataupun melakukan kajian reka bentuk sejarah. Kajian reka bentuk sejarah boleh dilakukan dengan mengkaji rekod dan penulisan lampau tentang latihan guru PTV untuk menghubungkaitkan dengan peristiwa kini dan akan datang seperti latihan semula guru PTV yang sedia ada. Penulis juga tidak menggunakan instrument kajian yang sepatutnya apabila melakukan kajian kualitatif seperti temubual, pemerhatian dan juga dukumen. Instrument kajian ini adalah penting untuk menunjukkan metodologi yang digunakan dan seterusnya analisa data sesuatu kajian dapat dibuat.

2.6

Analisis data

Dalam jurnal yang ditulis, tiada analisis data dinyatakan secara terperinci oleh penulis, tetapi penulis ada membuat rajah pokok mengenai fasa analisa sahaja di bawah subtopik latihan semula rekabentuk program. Analisis data perlu dilakukan kerana ia adalah hasil kajian menggunakan metodologi yang dipilih. Analisa data bagi kajian ini boleh dilakukan dari segi kajian kes terhadap pelajar tentang kualiti guru guru PTV di sekolah mereka. Penulis boleh menggunakan jadual analisis ataupun rajah pokok bagi menyenangkan pembaca memahami hasil kajian yang dijalankan. Ketiadaan analisa data juga menyebabkan kajian yang dilakukan tidak boleh dibuktikan kesahihannya terhadap pelajar ataupun guru PTV di Malaysia.

2.7

Perbincangan

Perbincangan yang dibuat oleh penulis bukannya daripada metodologi ataupun analisa data. Penulis tidak menyatakan perbincangan secara terperinci iaitu meletakkannya di bawah subtopik malah perbincangan yang diberikan adalah lebih kepada pendapat penulis itu sendiri. Perbincangan yang dinyatakan pula tidak releven dengan tajuk kajian kerana penglibatan pihak berkepentingan lebih kepada cadangan kepada kaedah untuk menaik taraf prestasi guru dan sekolah PTV dan bukannya hasil kajian tentang keperluan latihan dan latihan semula guru guru PTV di Malaysia. Kekurangan dalam penulisan jurnal bagi perbincangan yang dibuat oleh penulis ialah penulis mengemukakan perbincangan yang tidak menepati tajuk dalam jurnal dan perbincangan yang dilakukan adalah kurang menyeluruh tentang kajian yang dibuat. Perbincangan seharusnya mendalam agar penulisan yang dibuat adalah jelas. Sebagai contoh penulis perlu membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literature yang mantap.

2.8

Kesimpulan

Dalam kesimpulan yang dinyatakan penulis, kesimpulan yang ditulis lebih kepada pendapat penulis tentang langkah yang boleh dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam menaikkkan lagi mutu guru guru PTV. Kemungkinan besar pembaca tidak dapat membezakan antara pandangan atau rumusan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan. Kesimpulan yang dinyatakan pula terlalu ringkas. Sepatutnya penulis hendaklah menerangkan secara terperinci tentang rumusan yang di perolehi dari hasil kajian yang lakukan bukannya rumusan semata- mata.

3.0

Struktur atau gaya penulisan

Dari segi gaya penulisan yang diterapkan oleh penulis adalah bersesuaian namun bahasa yang digunakan kurang difahami oleh pembaca. Penulis juga mengemukan idea berkaitan tajuk yang ingin dibincangkan dan hanya menjelaskan definisi serta
5

pandangan daripada penulis lain mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain itu, penulis juga tida menggunakan spesifikasi yang terperinci seperti penggunaan penomboran ataupun huruf roman bagi setiap topik mahupun sub topik. Sub topik adalah perlu bagi memudahkan pembaca mengetahui cabang-cabang tajuk yang ada bagi penulisan jurnal tersebut. Jika penulis hanya mengemukakan topik yang besar maka besar kemungkinan huraian akan menjadi panjang lebar dan sukar untuk pembaca mengenalpasti huraian tersebut berada di bawah sub topik yang berbeza.

4.0

Pendapat

4.1

Kekuatan

Berdasarkan tajuk yang dinyatakan, pelbagai kaedah telah dikemukakan dalam melaksanakan keperluan latihan dan latihan semula untuk guru PTV di Malaysia. Terdapat satu aspek yang dinyatakan dalam elemen latihan guru PTV manakala terdapat dua aspek dalam latihan semula untuk guru PTV dan ia diterangkan secara terperinci dan mempunyai beberapa subtopik di bawahnya. Elemen yang digunakan juga bersesuaian,mudah difahami dan boleh

dipraktikkan dalam latihan dan latihan semula guru PTV. Tambahan pula, penulis banyak menggunakan kajian lepas yang sangat releven pada setiap huraian dan huraian yang dinyatakan adalah sahih berdasarkan kajian lepas yang dinyatakan.Maka, kesemua kaedah dan elemen yang dinyatakan memberi

maklumat yang lengkap tentang persoalan, tujuan dan seterusnya dapatan dari kajian.

4.2

Kelemahan

Pada pendapat saya bagi keseluruhan maklumat dan konsep idea yang cuba disampaikan oleh penulis adalah tidak menepati tajuk dan tidak memuaskan. Penulis ada menggunakan rujukan dari kajian lepas sebagai bahan sokongan namun kajian yang dilakukan oleh penulis adalah kurang dari segi metodologi dan analisa kajian. Kajian di dalam sesuatu jurnal seharusnya mempunyai instrument atau alat kajian sama ada dalam bentuk temubual, kajian kes atau sebagainya untuk mengkaji sesuatu kajian bagi mendapatkan analisa data. Bagi
6

tajuk kajian ini, kajian kes adalah amat sesuai sebagai metod untuk mendapatkan hasil kajian.Bahasa yang digunakan juga kurang difahami oleh pembaca dengan penggunaan terma terma pendidikan.

Selain itu, pelbagai pendekatan juga boleh dilakukan dari segi rajah dan jadual yang lebih sesuai dan lebih releven dengan kajian yang dijalankan. Penggunaan subtopik yang lebih terperinci juga haruslah dilakukan dengan menggunakan sistem penomboran dan huruf roman supaya senang bagi pembaca memahami isi yang terdapat dalam sesuatu huraian. Tambahan pula, penulis seharusnya mengemukan perbincangan yang lebih tepat dan bukan kepada pendapat penulis itu sendiri tanpa mengambil kira dari kaedah metodologi analisa kajian yang sepatutnya di lakukan bersama.

. Kesimpulan yang dibuat juga tidak menepati tajuk kajian dan susah difahami oleh pembaca. Mungkin akan berlaku kekeliruan antara kesimpulan dan perbincangan. Selain itu, kesimpulan yang dibuat juga terlalu ringkas dan tidak merangkumi keseluruhan idea yang terdapat di dalam penulisan jurnal tersebut. Sepatutnya kesimpulan hendaklah dirumuskan dari idea idea yang dikemukan dalam kajian yang telah dijalankan. Kesimpulan yang dinyatakan pula hendaklah ringkas tetapi merangkumi semua elemen elemen yang terdapat di dalam kajian.

Anda mungkin juga menyukai