Anda di halaman 1dari 2

SYAFFIN BIN SHAH JOHAN

Penulisan Refleksi Kemahiran Pengajaran Mikro

Saya telah memilih kumpulan Anissa Suliana dan Filzah Aqilah untuk dinilai setelah
menjalankan pembentangan mikro Set Induksi. Kumpulan mereka telah memillih mata
pelajaran Matematik melalui tema Nombor dan Operasi dan tajuk Alatan Menulis. Setelah
menjalankan kemahiran Set Induksi selama 5 minit, saya dapati terdapat beberapa
kelemahan, kekuatan dan cadangan penambahbaikkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka.

Ketika sesi pembentangan dijalankan, mereka memberi arahan dengan jelas untuk meminta
murid-murid mengeluarkan alat-alat tulis mereka daripada kotak pensel masing-masing.
Anissa Suliana dan Filzah Aqilah menggunakan alat-alat tulis murid-murid sebagai bahan
bantu mengajar. Kemudian, mereka meminta murid-murid mengira alat-alat tulis masing-
masing bersama-sama guru. Terdapat beberapa kekuatan yang saya dapat lihat dalam
pembentangan mereka, antaranya adalah mereka menggunakan nada suara yang baik
untuk memfokus minat murid. Murid ternyata berminat dengan aktiviti yang akan dijalankan
oleh guru pada awalnya. Murid mula bertanya kepada guru tentang aktiviti dan kegunaan
alat tulis mereka dalam aktiviti tersebut.

Selain itu, guru juga dapat menggunakan gerak isyarat badan dan kontak mata yang baik
bersama murid. Ini mampu untuk membantu guru dalam mewujudkan kemesraan dalam
kalangan murid bersama guru apabila aktiviti dijalankan. Justeru, murid dapat fokus
terhadap aktiviti set induksi yang dijalankan. Bukan itu sahaja, guru juga dapat memberi
langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti tersebut dengan jelas terhadap murid. Ini dapat
membantu murid dalam menjalankan aktiviti set induksi dengan baik dan lancar bagi
mengelakkan pembaziran masa berlaku.

Namun, terdapat beberapa kelamahan dalam pembentangan yang dilakukan oleh mereka.
Antaranya adalah mereka tidak menggunakan bahan bantu mengajar. Aktiviti yang mereka
jalankan untuk set induksi ini sepenuhnya menggunakan bahan murid-murid sendiri iaitu
alat-alat tulis murid. Pada akhir aktiviti, murid tampak bosan kerana mereka perlu untuk
mengira alat tulis mereka tanpa bahan bantu mengajar yang lain. Selain itu, guru juga tidak
menggunakan soalan atau aktiviti mencabar minda. Murid hanya berada di tempat masing-
masing untuk mengira alat tulis mereka. Malah, guru tiada menggunakan siri soalan yang
berkaitan untuk mencabar minda murid-murid bagi terus kekal fokus dan minat terhadap
aktiviti set induksi yang dijalankan.
Seterusnya, guru juga gagal untuk menyentuh aspek kognitif murid dalam aktiviti set induksi
yang dijalankan. Guru tidak dapat mengaitkan aktiviti dengan pengalaman lepas,
pengalaman baru, peristiwa semasa dan pengalaman murid. Keadaan ini berlaku kerana
guru tidak menyediakan siri soalan yang berkaitan untuk ditanyakan kepada murid. Ini
menyebabkan murid mula hilang fokus terhadap aktiviti set induksi yang dijalankan.

Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk menabambaik aktiviti set induksi yang telah
dijalankan. Guru sepatutnya menggunakan dan menyediakan bahan bantu mengajar bagi
mencetus minat dan inkuiri murid aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan
dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan lidi yang diwarnakan atau alat-alat
lain yang lebih sesuai untuk aktiviti pengiraan bagi mengekalkan fokus dan minat murid
terutama dalam aktiviti set induksi.

Selain itu, guru juga perlu sering menggunakan siri soalan yang berkaitan agar set induksi
yang dijalankan boleh dikaitkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Soalan-soalan yang dirancang seharusnya dapat mencabar minda murid bagi mengaitkan
aktiviti set induksi dengan pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Contohnya,
soalan yag mampu mengaitkan pengalaman murid atau peristiwa semasa agar
pembelajaran yang dijalankan dapat meningkatkan kefahaman murid-murid.

Kemahiran set induksi adalah kemahiran yang paling penting kerana kemahiran ini adalah
langkah pertama yang dilakukan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Justeru, sebagai guru perlulah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik diikuti
bersama bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat dan fokus murid.

Anda mungkin juga menyukai