Anda di halaman 1dari 10

FACULTY OF EDUCATION, HUMANITIES AND WELLBEING

BACHELOR IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION


SEMESTER JAN-APR SESSION 2022

SUBJECT
DEPI 2130
INCLUSIVE EDUCATION

ASSIGNMENT:
STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS

Prepared by:
Babbielyne Eva Baritus
Matric No: 2022.1.HS04.0001
Semester: 1
Prepared for:
Miss Mazida Jamaluddin
Submission date:
08 April 2022
FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Definisi strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas

3.0 Ciri-ciri murid berkeperluan khas

4.0 Strategi dan Teknik pengajaran murid berkeperluan khas

4.1 Strategi dan teknik menjalankan pendidikan inklusif

4.2 Strategi dan teknik untuk mengatasi masalah pembelajaran

4.3 Strategi dan teknik pengajaran murid kurang upaya penglihatan

4.4 Strategi dan teknik pengajaran murid kurang upaya pendengaran

4.5 Pengajaran Kolaboratif

5.0 Rumusan

6.0 Rujukan

1|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

1.0 Pengenalan

Dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, strategi pengajaran amatlah penting bagi
meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang dan sifat. Program
Pendidikan Inklusif telah menggunakan beberapa strategi dan teknik pengajaran dalam
program yang ditawarkan kepada murid-murid berkeperluan khas (MBK) untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pendidikan Inklusif merupakan satu pendekatan bagi mendidik dan membimbing


murid-murid berkeperluan khas tanpa perlu memisahkan murid-murid istimewa dan normal.
Dengan itu, strategi dan teknik pengajaran murid-murid berkeperluan khas diterapkan bagi
membina suasana pengajaran dan stail pembelajaran yang lebih dinamik serta menggalakkan
kejayaan akademik murid-murid yang memerlukan pendidikan khas. Disamping menyokong
kesejahteraan sosial, fizikal dan budaya murid-murid.

2|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

2.0 Definisi Strategi dan Teknik Pengajaran Murid Berkeperluan Khas

Guru atau pendidik bagi murid-murid bekeperluan khas dibawah program pendidikan inklusif
akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan fleksibel bagi memenuhi keperluan murid-
murid yang lahir dari pelbagai latar belakang, kebolehan dan cara pembelajaran yang unik.
Strategi dan teknik yang ditawarkan juga akan menyumbangkan persekitaran pembelajaran
inklusif secara holistik bagi menggalakkan murid-murid berkeperluan khas merasakan diri
lebih dihargai sama seperti rakan-rakan lain.

Di samping itu, guru yang terlibat dengan pendidikan inklusif haruslah individu yang
inovatif, kreatif, penyabar, fleksibel dan penyayang. Strategi dan teknik pengajaran program
pendidikan inklusif ini harus dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak sekolah dan
keluarga murid-murid bagi mencapai objektif untuk membantu murid-murid berpendidikan
khas dapat meningkatkan kemahiran dari pelbagai aspek perkembangan kemahiran seperti,
sosial, emosi kognitif, kreativit dan komunikasi. Pendidikan inklusif juga melibatkan guru-guru
pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana dalam membentuk kerjasama bagi
menghormati keperluan murid berkeperluan khas.

3|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

3.0 Ciri-ciri Murid Yang Berkeperluan Khas

Bagi melaksanakan program pendidikan inklusif, guru-guru harus peka dengan kemampuan
murid dan mampu mengenal pasti cara yang betul untuk mendekati, serta mengajar murid
agar dapat menerapkan pendidikan inklusif dalam dengan cara yang tepat untuk setiap murid
yang berkeperluan khas.

Antara ciri-ciri murid yang memerlukan pendidikan khas ialah mereka yang
menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi perkembangan sosial seperti, susah
bekerjasama dengan orang lain atau ahli kumpulan sama ada dalam lingkungan yang kecil
atau besar. Selain itu, murid-murid yang susah untuk mengawal emosi, mudah celaru dan
hilang tumpuan memerlukan pendidikan inklusif untuk menyokong perkembangan emosi
murid-murid. Menurut, Schreiber (2015) pula, kebanyakan murid yang menghadapi masalah
kemahiran sosial iaitu untuk membina hubungan serta memahami emosi rakan sebaya turut
bermasalah dalam pembelajaran. Masalah penguasaan kemahiran emosi dan sosial ini juga
memberikan kesan secara langsung terhadap pencapaian akademik murid-murid ini.

Beberapa indikator yang turut menjadi rujukan kepada guru untuk mengenal pasti
keperluan khas murid-murid adalah seperti yang berikut:

• Murid mempunyai jangka masa untuk focus yang sangat singkat


• Murid mempunyai esteem kendiri yang sangat lemah

Di samping itu, ada dalam kalangan murid yang memerlukan bimbingan khas dari segi
perkembangan motor halus dan kasar seperti mengalami kesukaran untuk memegang pencil
dengan menggunakan tiga jari pertama. Murid-murid berkeperluan khas juga mengalami
kesukaran untuk mendengar dan melaksanakan arahan yang diberi untuk jangka masa yang
lama.

Dengan kepekaan dan kesedaran terhadap ciri-ciri tersebut, guru lebih mudah
menyediakan bahan mengajar yang lengkap dan suasana pembelajaran yang ceria untuk
murid-murid.

4|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

4.0 Strategi dan Teknik Pengajaran Murid Berkeperluan Khas

4.1 Strategi dan Teknik menjalankan Pendidikan Inklusif

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif bagi murid-murid berkeperluan khas memerlukan strategi-


strategi yang bijak dan bersesuaian dengan keperluan murid. Seperti membentuk dan
mengembangkan pengetahuan sedia ada. Contohnya, masalah pengiraan matematik. Murid
mengenal nombor tanpa tahu nilai nombor. Guru menyediakan bahan mengajar yang menarik
seperti gambar objek warna-warni dan objek 3D lalu mengajak murid mengira bersama sambil
menyentuh objek. Murid akan belajar mengenai nombor dan elemen deria yang guru
gabungkan dalam pembelajaran inklusif.

Penerapan elemen visual, auditori, kinestatik, dan sensori seperti latihan menulis
abjad di atas kertas pasir juga sangat membantu perkembangan murid-murid berkeperluan
khas. Selain itu, kreativiti dalam penyusunan aktiviti, penyediaan bahan dan susun atur kelas
sangat penting bagi mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang ceria serta
menyeronokkan. Keterujaan murid-murid untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran akan
mempengaruhi peningkatan positif dalam perkembangan psikologi dan peningkatan
akademik murid-murid berkeperluan khas.

Di samping itu, menyokong perkembangan murid dalam aspek yang kurang


menyerlah atau lemah dengan menggunakan minat dan kekuatan murid-murid berkeperluan
khas merupakan satu pendekatan yang sangat baik buat murid. Sebagai contoh, murid lemah
dengan nombor tetapi suka dengan muzik dan menyanyi, benarkan murid menyanyi sambil
belajar tentang nombor melalui nyanyiannya. Seterusnya, guru-guru boleh mempelbagaikan
jenis pentaksiran dan sentiasa berkomunikasi dengan keluarga murid bagi meningkatkan
kerjasama untuk membantu murid-murid terus berkembang dalam semua aspek
pembelajaran. Mengekalkan hubungan baik antara sesama guru juga sangat penting dan
perlu dititikberatkan kerana hal ini akan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja.

4.2 Strategi dan teknik untuk atasi masalah pembelajaran

Mengatasi masalah pembelajaran murid-murid merupakan satu cabaran yang agak unik
kepada guru kerana pengajaran ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan perngorbanan
masa yang lebih. Teknik ‘specialize’ dalam persekitaran berstruktur dan ‘differentiate’ bagi
pengajaran yang dirancang bergantung pada kematangan dan kemampuan khusus murid-
murid boleh meningkatkan dan menyokong potensi pembelajaran murid.

5|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

Antara strategi yang digunakan untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam


kalangan murid-murid berpendidikan khas, guru menyediakan arahan lisan dan menguji murid
dengan bahan bacaan dalam format lisan serta memastikan pentaksiran tidak dipengaruhi
oleh kelemahan membaca bagi murid yang mempunyai masalah dalam bacaan. Bahan
semakan kemajuan perkembangan murid juga harus disediakan bagi urusan pemantauan
kemajuan murid-murid. Guru perlu memastikan murid-murid faham dengan apa yang
disampaikan, apa yang diajar dan dipelajari oleh murid.

Seterusnya, aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk murid bermasalah dalam


pembelajaran haruslah aktiviti yang tepat, padat dan singkat kerana mereka mudah hilang
fokus dengan aktiviti atau projek yang terlalu panjang. Dalam pembelajaran konsep abstrak
dan mempelajari istilah pula, guru harus menyediakan objek dan peristiwa yang jelas atau
nyata bagi mereka, contohnya, buah sebenar yang boleh disentuh, dihidu dan dirasa. Lebih
banyak deria yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan lebih baik
untuk perkembangan murid-murid.

Pujian dan penghargaan pada pencapaian murid-murid juga sangat memberi impak
kepada minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan olah guru. Justeru
itu, guru harus memberi komen positif yang spesifik terhadap murid yang menunjukkan
prestasi yang baik agar mereka bersemangat untuk belajar dan terus berkembang dalam
pembelajaran.

4.3 Strategi dan teknik pengajaran murid kurang upaya penglihatan

Murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan agak mencabar untuk dibimbing kerana
sebahagian besar pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses visual. Guru harus
memikirkan cara untuk melibatkan deria lain dalam perancangan pengajaran, mempunyai
strategi pengajaran dan alat bantu mengajar yang benar-benar sesuai.

Bagi mengakses kurikulum pula, murid kurang upaya penglihatan memerlukan


adaptasi kepada persekitaran, bahan pembelajaran dan arahan yang diberikan guru. Secara
umum, guru harus merakam sebahagian daripada buku teks, buku cerita dan bahan bercetak
agar murid boleh mendengar teks dan artikel secara lisan. Semasa menulis di papan tulis,
guru hendaklah bercakap dan menggunakan garisan-garisan tebal serta memberikan arahan
lisan yang benar-benar jelas. Selain itu, seperti murid yang mempunyai masalah
pendengaran, murid dengan masalah kurang upaya penglihatan juga harus duduk di hadapan
berhampiran dengan guru.

6|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

4.4 Strategi dan teknik pengajaran murid kurang upaya pendengaran

Ketidakupayaan pendengaran biasanya terdiri daripada dua jenis iaitu; “Mildly Impaired” dan
“Total Deafness”. Guru akan menggunakan strategi pengajaran seperti menyediakan
sebanyak mungkin arahan-arahan bertulis dan bergambar. Murid harus duduk berhamprian
dengan guru dan papan tulis atau di tempat yang boleh dilihat oleh guru. Selain lain diberi
latihan membaca bibir, guru akan membekalkan pengalaman multisensory kepada murid-
murid.

Guru juga bertanggungjawab memastikan gerakan bibir semasa mengajar dilakukan


dengan jelas dan menyediakan objek konkrit seperti poster, peta, model dan sampel bagi
memastikan penyapaian maklumat diantara guru dan murid berjalan dengan lancar.

4.5 Pengajaran Kolaboratif

Selayak namanya, pengajaran kolaboratif merupakan pengajaran berpasukan yang juga


dikenali sebagai pengajaran kooperatif dimana melibatkan beberapa pihak bekerjasama
dalam satu masa. Guru akan memimpin dan mengajar sekumpulan murid atau guru
pendidikan khas bekerjasama dengan guru aliran perdana. Hal ini, akan memudahkan guru-
guru merancang dan membincangkan aktiviti untuk murid dalam kelompok yang besar
ataupun one-to-one.

Pengajaran kolaboratif terdiri daripada enam model asas pengajaran. Pertama,


seorang mengajar, seorang lagi memerhati di mana guru yang memerhati akan melakukan
pemerhatian dan mendapatkan maklumat penting tentang tingkah laku murid serta cara murid
bertindak balas dengan pendekatan pembelajaran yang digunakan.

Kedua, seorang mengajar, seorang lagi membantu. Guru “pembantu” akan


memberikan peneguhan kepada murid yang memerlukan. Model asas yang ketiga ialah,
pengajaran stesen. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil melakukan aktiviti yang diberi.

Seterusnya, murid akan diajarkan perkara yang sama namun dengan cara yang
berlainan setelah dibahagikan dalam dua kumpulan melalui model asas yang keempat,
pengajaran selari. Manakala, pengajaran alternatif (alternative teaching) pula berbeza
dari pengajaran selari tadi kerana, guru aliran perdana akan mengajar murid dalam kumpulan
yang besar dan guru pendidikan khas akan mengajar kumpulan yang kecil. Pengajaran
berlaku secara serentak atau pun pull-out. Akhir sekali, tag-team teaching model yang paling
complex dan agak tradisional kerana guru akan merancang dan menyediakan bahan

7|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

bersama-sama juga menyampaikannya bersama. Namun, memberikan kesan yang sangat


memuaskan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Rumusan

Dalam strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas, banyak kaedah pengajaran
yang telah diguna dan diterapkan dalam Pendidikan Inklusif di negara kita. Sebenarnya,
strategi pengajaran adalah sangat berpusatkan guru, murid, bahan dan tugasan. Semua
strategi sedia ada sangat membantu murid-murid berpendidikan khas untuk belajar dan
menjalani kehidupan seharian seperti murid normal. Banyak usaha dilakukan bagi
menjayakan program pendidikan inklusif walaupun implementasi dalam bilik darjah menjadi
satu cabaran kepada guru. Penyediaan bahan bantu mengajar murid-murid berkeperluan
khas juga amat penting untuk menjayakan program ini dan memberi peluang kepada guru-
guru untuk menggunakan kreativiti mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.

8|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130


FEHUW/PROFORMA/DEPI 2031/JAN-APR2022

6.0 Rujukan

1. Mohammad Azman Jongkulin. (2019). Pendidikan Inklusif: Efikasi Kendiri Guru Prasekolah.

MJ-SSH.

2. Hussien H. Nachiappan S. Masran N. & Mohammad Khasnan. S.S. (2020). Analysis of

Thinking Skills Development for Special Needs Preschool Students with Learning
Disabilities. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.2.4.2020

9|PENDIDIKAN INKLUSIF DEPI 2130

Anda mungkin juga menyukai