Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS

AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : 4
Minggu : 5
Tarikh : 17 Mei hingga 21 Mei 2021
Tajuk : Masalah teknikal

MASALAH

Saya menghadapi masalah teknikal dalam penggunaan laptop. Ini disebabkan laptop
disambar kilat dan musnah sekaligus.

ANALISIS

Masalah ini adalah diluar jangka dan kawalan. Semua laporan dan tugasan mengambil
masa untuk diperoleh semula. Saya perlu menyediakan semula beberapa laporan dari mula
kerana kehilangan data.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu mendapatkan laptop yang baharu dan penyediaan semua laporan semula dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) 3.0 semasa Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

TEMPOH PENYELESAIAN

Dua (2) minggu

TINDAKAN SUSULAN

Saya telah menggunakan peranti telefon pintar selama dua minggu untuk melaksanakan
PDPR 3.0 dan Praktikum PITO. Alhamdullilah, PDPR masih dapat dijalankan dengan baik.
Namun, beberapa laporan seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Jurnal
Mingguan terpaksa ditangguhkan dari aspek penghantaran.

SHAHRIL BIN MAHUSIN


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS
AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

KESIMPULAN

Keselamatan ke atas peranti digital seperti laptop, telefon pintar dan pencetak sangat perlu
dititikberatkan memandangkan semua peranti tersebut sangat penting pada masa kini lebih-
lebih lagi di saat pelaksaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) 3.0 kerana
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah yang ditetapkan oleh kerajaan kerana
pandemik Covid-19 yang sedang melanda. Sebagai guru, keselamatan peranti dan
penjagaan peralatan perlu diberi perhatian agar tidak berlaku kerosakan kekal atau
memerlukan penyelenggaraan serta kos yang tinggi bagi membaikinya.

SHAHRIL BIN MAHUSIN

Anda mungkin juga menyukai