Anda di halaman 1dari 11

BERCERITA

Bercerita
Merupakan kaedah mengajar di mana guru
menyampaikan isi pembelajaran menerusi
teknik bercerita
Guru perlu menguasai kemahiran bercerita
Cerita yang disampaikan hendaklah berupaya
menyentuh dan meninggalkan kesan yang
mendalam
Bercerita juga merupakan suatu seni yang
menggunakan bahasa, pergerakan dan
mimik muka untuk melontarkan idea dan
merangsang daya imaginasi penonton.
Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni
sastera dan seni teater yang dapat
memberikan nyawa kepada perkataan bertulis
dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976).

Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa
bercerita ialah keseluruhan pengalaman
sejenak daripada penceritaan lisan dalam
bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh
seseorang di hadapan khalayak.

Penceritaan boleh disampaikan secara lisan
atau dilagukan dengan iringan muzik,
menggunakan gambar, sumber-sumber
bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
Bercerita menjadi satu cara yang berkesan
untuk berkomunikasi sambil berhibur.
Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk
memberikan pengajaran, pengetahuan serta
perkongsian pengalaman.

Guru dapat membantu murid menguasai
kemahiran bahasa.
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk
menyalurkan sesuatu maklumat melalui
perkataan, gambar dan bunyi yang
sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi.

Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam
setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran,
penyampaian budaya dan menyampaikan
nilai-nilai kepada masyarakat.

TUJUAN
Memotivasikan murid-murid untuk minat
belajar dalam suasana yang menggembirakan.
Pembelajaran yang berlaku melalui cerita
adalah lebih kekal dan diingati lebih lama.
Meningkatkan lagi kemahiran mendengar
murid dan daya kreativiti murid-murid.

Setengah-setengah cerita dapat melibatkan
murid-murid secara aktif.
Cerita yang bertema moral dapat membantu
murid-murid menghayati nilai-nilai murni
melalui peniruan watak baik yang ditonjolkan.
Melatih murid menyusun idea secara teratur
sama ada secara lisan atau tulisan bagi aktiviti
selanjutnya.
Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin
secara tidak langsung. (pengajaran)
Ia dapat memperluaskan pengalaman murid
jika cerita itu dapat dikaitkan dengan
kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai