Anda di halaman 1dari 3

Apresiasi dan Kritikan Apresiasi merupakan penghargaan dan pengiktirafan terhadap sesuatu karya sastera atau seni menurut

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka . Menurut Mohd Johari (2004) menyatakan, Apresiasi seni ialah aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Beliau memetik tulisan Zakaria Ali (1998), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Kritikan seni pula merupakan perbincangan secara ilmiah tentang karya seni serta apa sahaja yang berkaitan dengan karya tersebut samada secara lisan atau diterbitkan sebagai artikel dalam jurnal, majalah atau akhbar. Pengetahuan mengenai biografi seniman juga amat penting kerana ia juga turut dibincangkan. Aspek persekitaran dimana seniman tinggal, gaya hidup, percintaan dan pelbagai isu peribadi turut disentuh kerana semua itu mempengaruhi ekspresi dalam pengkaryaan. Perbincangan lebih tertumpu kepada mendalami aspek formal yang terlibat dalam penghasilan karya. Seterusnya kritikan dibuat terhadap tema serta makna yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Aktiviti kritikan disudahi dengan sedikit penilaian dimana penghayat akan membuat pertimbangan secara formalisme, ekspresiviseme daninstrumentalisme terhadap karya yang di kritik.

Aspek-aspek kritikan karya seni visual: Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut: a. Hal benda Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual. b. Komposisi Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual. Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami

sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual. c. Kandungan Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya seni visual. Aspek-aspek tersebut di atas biasanya dikaji dalam konteks kualiti estetik dari segi imitationalisme (Literal quality), formalisme (Formal qualities) dan emosionalisme (expressive qualities). d. Pendekatan Kritikan Seni Jurnalistik Laporan, penerangan dan penulisan diskriptif (seperti pameran seni di galeri) yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, radio dan televisyen untuk bacaan/pengetahuan umum e. Ilmiah Penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara intepretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah, laporan dalam seminar dan konferensi.

f. Strategi Kritikan Seni Diskripsi Membuat inventori melalui pemerhatian, tentang imej, benda subjek dan penggunaan unsur seni dalam karya seni visual. g. Analisis Mengkaji dari segi organisasi hasil seni dibuat-bagaimana prinsip seni digunakan dalam menyusun unsur seni untuk menghasilkan kesatuan dalam karya seni visual. h. Interpretasi Mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang disampaikan melalui karya seni visual bagi menterjemahkan maksud dan makna.

i. Pertimbangan Membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan darjah artistik / dergree of artistic merit dalam hasil karya seni.