Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengertian Sejarah
Istilah Sejarah adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang
bermaksud pohon atau pokok. Jika kita membaca silsilah raja-raja akan kelihatan
seperti gambar pokok dari sederhana dan berkembang menjadi besar, maka sejarah
dapat diertikan silsilah keturunan raja - raja yang bererti peristiwa pemerintahan
keluarga raja pada masa lampau. Sejarah juga adalah kejadian yang berlaku pada
masa lampau yang tak boleh kita lupakan serta ada juga yang disusun berdasarkan
peninggalan- peninggalan berbagai peristiwa. Syajaratun juga bermaksud salasilah,
riwayat, keturunan dan asal usul (Azami, Mohd. Foad). Hal ini bermakna sejarah
merupakan penyelidikan kepada sesuatu perkara yang telah berlaku pada zaman
terdahulu. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan
Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian
serta dalam bahasa Inggeris, kata sejarah disebut history, ertinya masa lampau;
masa lampau manusia.
Peninggalan sejarah itu disebut sumber sejarah Dari sudut lain pula, istilah
history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa
makna satu penyelidikan ataupun pengkajian serta dalam bahasa Inggeris, kata
sejarah disebut history , ertinya masa lampau; masa lampau manusia. Sejarah boleh
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu masa lampau , masa kini , dan masa yang akan
datang. Masa lampau dijadikan titik tolak untuk masa yang akan datang sehingga
sejarah mengandung pelajaran tentang nilai dan moral. Manakala masa kini, sejarah
akan dapat difahami oleh generasi penerus dari masyarakat yang terdahulu sebagai
suatu cermin untuk menuju kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa,
dan bernegara. Peristiwa yang berlaku pada masa lampau akan memberi kita
gambaran tentang kehidupan manusia dan kebudayaannya di masa lampau
sehingga dapat merumuskan hubungan sebab akibat mengapa suatu peristiwa dapat
terjadi dalam kehidupan tersebut, walaupun belum tentu setiap peristiwa atau
kejadian akan tercatat dalam sejarah.
Sejarah terus berterusan sehingga merupakan rentang peristiwa yang
panjang. Oleh kerana itu, sejarah merangkumi masa lalu yang dilukiskan
berdasarkan urutan waktu ( kronologi ) dan mempunyai hubungannya dengan sebab
akibat kejadian itu berlaku serta kebenarannya bersifat subjektif sebab masih
perladanya penelitian lebih lanjut untuk mencari kebenaran yang hakiki. Menurut
Aristotle, Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,
rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh (R. Suntralingan) 1985. Sumber sejarah

boleh dikategorikan

kepada dua jenis iaitu sumber pertama dan sumber kedua.

Sumber pertama merupakan bahan ataupun alat yang ditinggalkan yang mempunyai
catatan tentang sesuatu peristiwa seperti, fosil, dokumen, peta dan lain-lain. Sumber
kedua pula, merupakan bahan yang mempunyai catatan peristiwa yang telah
diproseskan oleh manusia seperti buku rujukan sejarah, video filem dan
seumpamannya. Pandangan Aristotle juga bersamaan dengan tokoh Muhd. Yusof
Ibrahim (1989), iaitu sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu
peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Tambahan pula, tokoh Abdul
Rahman Abdullah di dalam bukunya Penghantar Ilmu Sejarah berpendapat sejarah
adalah terdiri daripada dua aliran iaitu aliran empirisisme dan seterusnya aliran
objektivisme.

Empirisisme

bermaksud

pengalaman

sebagai

sumber

utama

pengetahuan. Sejarah merupakan kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau


dimana mengikut kedua-dua aliran ini. Ia hanya dapat dibuktikan setelah mendapat
fakta sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintifik dan kritis.
Di samping itu, menurut Ibnu Khaldun. Sejarah adalah membicarakan tentang
masyarakat manusia,atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Di sini merupakan sumbangan-sumbangan
yang telah dilakukan oleh manusia untuk memajukan tamudun. Manusia telah
berubah cara hidup secara berorganisasi, penciptaan barang bagi memudakan
urusan manusia, pembinaan bangunan terangung dan seumpamannya. Seperti
kewujudan tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Hwang Ho dan Indus. Mengikut
pandangan Herodotus, Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia
dan sebab-sebab mereka melakukannya. Manusia melakukan perubahan bagi
menyesuaikan diri dalam kehidupan pada zaman masa itu. Drs. Sidi Gazalba (1966)
pula mengambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitaraannya
yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan
tafsiran dan penjelasan yang member pergertian dan kefahaman tentang apa yang
berlaku. Hal ini sesuatu sumber sejarah mestilah mempunyai fakta yang benar,
tanpa ditokok tambah atau direka.
Selain itu, menurut R.G.Collingwood sejarah adalah satu bentuk penyelidikan
tentang hal- hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau serta sejarah
adalah satu proses yang tidak putus- putus antara ahli sejarah dengan faktanya atau
antara masa kini dengan masa lampau (E.H.Carr dan John Bank 1990). Di samping
itu, menurut Sejarah merupakan semua kejadian atau peristiwa masa lampau.
Sejarah dapat membantu masyarakat untuk memahami perilaku manusia pada masa
yang lampau, masa sekarang dan masa yang akan datang. semua kejadian yang

dimaksud dalam pendapat tersebut adalah kejadian atau peristiwa yang berkaitan
dengan manusia. Dalam kejadian atau peristiwa tersebut terdapat bagaimana
manusia berperilaku. (1990)
Dari beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di atas
tidaklah sama dalam hal isi, taraf dan tujuannya. Namun, ia juga mempunyai
beberapa persamaan iaitu sejarah ialah sesuatu yang berkaitan dengan masa serta
masyarakat. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa perkataan sejarah iaitu ilmu
yang dapat daripada menyelidiki perkembangan peristiwa atau kejadian- kejadian
pada masa lampau. Selain itu, kita boleh belajar banyak perkara daripada sejarah
iaitu, pengajaran, nilai serta unsur patriotisme.

Azami bin Man, M. B. (2002). Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM),
hlm. 160.
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM),
hlm. 162.
Azami bin Man, M. B. (2002). Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. In H. Ibnu Khaldun,
Pandangan tokoh terhadap pengertian sejarah (pp. 3,4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
E.H.Carr, J.B. (1990). What is History.Great Britain: Penguin Books.
Suntralingam, R. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Merican and
Sons Sdn Bhd, hlm. 58.
Muhd.Yusof Ibrahim. (1986) Pengertian Sejarah :Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Gazalba, D. S. (1966). Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta, hlm 11.

Anda mungkin juga menyukai