Anda di halaman 1dari 7

OUMH1103

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (BBA)

SEPTEMBER 2018

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS


OUMH1103

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Penyebab kesesakan dalam tren 1


2.1 Masalah jadual perjalanan 1
2.2 Bilangan gerabak 1
2.3 Bilangan penduduk 2
2.4 Pertambahan bilangan kenderaan 2

3.0 Langkah-langkah untuk menangani kesesakan dalam tren 2


3.1 Menambah bilangan gerabak 2
3.2 Kekerapan tren 3
3.3 Jaringan perjalanan 3
3.4 Penguatkuasa 3

4.0 Kesimpulan 3-4

Rujukan 5
OUMH1103

TREN SESAK SEMASA WAKTU PUNCAK DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Kuala Lumpur adalah merupakan sebuah ibu Negara Malaysia yang terkenal dengan kadar
kesesakan jalan raya yang agak kritikal. Lanjutan itu, pihak kerajaan telah menyediakan sistem
pengangkutan awam yang paling moden terdapat di negara ini di Kuala Lumpur. Sistem
pengangkutan tersebut adalah meliputi kemudahan pengangkutan bas, teksi, monorel transit laju
ringan (LRT), Transit Laju Massa (MRT) dan tren komuter (KTM) yang menyediakan laluan
untuk memudahkan perjalanan di sekitar bandaraya. Dengan semua kemudahan pengangkutan
yang disediakan ini banyak membantu masyarakat di Lembah Klang terutamanya untuk
menempuhi perjalanan atau urusan seharian. Kemudahan transit laju ringan (LRT), Transit Laju
Massa (MRT) banyak membantu dalam aspek pengangkutan di Lembah Klang terutamanya
kerana kemudahan tersebut boleh mempunyai ruang jaringan yang luas.
Walaubagaimanapun, adakalanya bila terlalu ramai pengguna yang menggunakan kemudahan
tersebut, ia juga akan membawa kepada kesesakan yang akan mengundang kepada
ketidakpuasan hati pengguna. Esei ini akan menyediakan kupasan berkaitan kemudahan tren
yang sesak semasa waktu puncak di Malaysia.

2.0 Penyebab Kesesakan dalam tren

Penyebab kesesakan tren yang menjadi punca utama adalah berpunca dari operasi tren itu
sendiri, seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Online (2008) Antara nya adalah,:

2.1 Masalah jadual perjalanan


Waktu perjalanan tidak sistematik terutamanya perkhidmatan KTM, justeru akan menbawa
kepada jadual ketibaan yang tidak teratur.

2.2 Bilangan gerabak


Bilangan gerabak juga memainkan peranan utama dalam memenuhi jumlah bilangan pengguna.
Bilangan gerabak pada waktu biasa tidak seharusnya sama seperti bilangan gerabak pada waktu
puncak. (Utusan Online, 2008)

1
OUMH1103

Lain –lain penyebab pula adalah faktor persekitaraan yang membawa kepada kesesakan tren
pada waktu puncak. Antaranya adalah :

2.3 Bilangan penduduk


Berpunca dari jumlah bilangan penduduk di kawasan bandar yang semakin bertambah. Semakin
hari semakin ramai masyarakat yang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, tidak kira
penduduk dari dalam atau luar negara.

2.4 Pertambahan bilangan kenderaan


Selain itu juga, pertambahan bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya juga telah
meyumbang kepada kesesakan yang luar biasa yang menyebabkan ramai pengguna telah beralih
kepada penggunaan perkidmatan tren untuk urusan perjalanan seharian.
Lanjutan itu, punca-punca ini telah menyebabkan permintaan tren menjadi semakan tinggi dan
menyebabkan kesesakan yang agak kritikal pada waktu puncak. Dalam era globalisasi yang
mengutamakan kepantasan sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat.

3.0 Langkah langkah untuk menangani kesesakan dalam tren

Sedar dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna tren, kerajaan telah
mengambil langkah-langkah prihatin untuk menangani masalah-masalah tersebut. Antaranya
adalah:

3.1 Menambah bilangan gerabak


Rahimah Abdullah (2016) telah menulis bahawa, dengan menambahkan bilangan gerabak, lebih
ramai pengguna yang dapat dibawa pada satu-satu masa dan pasti mengatasi masalah kesesakan
penumpang terutama pada waktu puncak. (Rahimah Abdullah, 2016). Rajah 3.1 di bawah adalah
contoh gerabak baharu yang baru beroperasi supaya boleh menampung lebih ramai penumpang.

2
OUMH1103

Rajah 3.1: Gerabak tren baharu

3.2 Kekerapan tren


Durasi kekerapan tren juga menjadi perkara fokus dengan mempercepatkan waktu menunggu
untuk tren seterusnya iaitu setiap 2minit.

3.3 Jaringan perjalanan


Menambahkan lebih jaringan perjalan supaya pengguna mempunyai lebih banyak pilihan stesen
untuk dipilih.

3.4 Penguatkuasa
Pihak penguatkuasa tempatan juga ditempatkan di setiap stesen tren yang mempunyai kepadatan
atau kesesakan yang agak tinggi supaya suasana dan perjalanan tren adalah lancar.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulan nya, dapat dikenalpasti bahawa beberapa faktor telah menyumbang kepada
kesesakan tren pada waktu puncak, iaitu masalah jadual perjalanan tren, bilangan gerabak yang
tidak mencukupi untuk menampung jumlah bilangan pengguna, bilangan pengguna sendiri yang
semakan bertambah berpunca dari bilangan penduduk yang semakan bertambah dan juga
berpunca dari jumlah pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Walaubagaimanapun kerajaan telah mengambil langkah - langkah prihatin untuk menangani


masalah-masalah yang menjadi punca kepada kesesakan tren dengan menambahkan bilangan
gerabak, mempercepatkan kekerapan tren, meluaskan jaringan perjalanan dan menempatkan
anggota penguatkuasa untuk tujuan pengawasan supaya keadaan lebih terkawal.

3
OUMH1103

Dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan sebenarnya banyak membantu ke
arah perkhidmatan tren supaya menjadi lebih baik dan sistematik. Jumlah pengguna tren juga
semakin bertambah dengan adanya Transit Laju Massa (MRT) yang baru dibuka pada 16
Disember 2016.
Justeru itu, para pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan tren dengan selesa kerana
tahap perkhidmatan tren di Malaysia adalah berada di tahap yang baik dan memuaskan.

(674 patah perkataan)

APENDIKS

4
OUMH1103

RUJUKAN

Arkib, (2008, September 15). Pengangkutan KL lumpuh waktu puncak, Utusan Online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Rahimah Abdullah, (2016 Julai, 20). 30 gerabak baharu tren tangani kesesakan di Stesen LRT,
Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/30-gerabak-baharu-tren-tangani-kesesakan-di-
stesen-lrt-111568

Ellis Suraya, Masalah sistem pengangkutan awam di negara kita dan cara mengatasinya :
Langkah penambahbaikan sistem pengangkutan, 2-3. Dicapai dari
https://www.academia.edu/29125980/MASALAH_SISTEM_PENGANGKUTAN_AWA
M_DI_NEGARA_KITA_DAN_CARA_MENGATASINYA

Arkib, (2014, Februari 18) KL wajib contohi negara maju, Utusan Online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140218/lk_01/KL-wajib-contohi-
negara-maju

Anda mungkin juga menyukai