Anda di halaman 1dari 3

a.

Kesedaran terhadap konsep cetakan

Langkah pertama bagi kemahiran membaca adalah dengan membina kesedaran kanak-kanak terhadap cetakan-cetakan yang tertera di dalam buku. Oleh itu dengan membacakan buku kepada kanak-kanak sejak dari awal lagi akan dapat membina kesedaran cetakan ini secara tidak langsung kepada kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita tidak mengendahkan sangat tentang konsep cetakan kerana secara automatik kita tahu apa yang perlu dibaca dan apa yang perlu dilihat. Bagi kanak-kanak ia adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Apabila ibu bapa membacakan buku kepada kanak-kanak, kanak-kanak melihat pelakuan ibu bapa yang membaca dari kiri ke kanan, menunding kepada teks yang dibaca, menerangkan tentang gambar ilustrasi dan berhenti pada tanda nokhtah. Melalui proses inilah kanak-kanak belajar konsep cetakan, apa itu huruf, perkataan, tanda baca, tajuk buku dan teks yang bercerita dan gambar hanya menerangkan cerita. Kesedaran terhadap konsep cetakan ini juga dibina melalui cetakan yang terdapat dipersekitaran kita. Menunjuk dan membacakan kepada kanak-kanak papan tanda, lambang iklan makanan segera semasa di dalam kenderaan akan menyedarkan kanak-kanak cetakan ada di mana-mana. Membacakan label yang terdapat pada kotak makanan, menulis bahan yang hendak dibeli di kedai akan memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa cetakan adalah perlu dalam kehidupan kita. Di dapati ramai kanak-kanak mengenali lambang tertentu sebelum mereka boleh membaca. Kanak-kanak belajar melalui orang yang rapat dengan mereka seperti ahli keluarga dan ibu bapa. Oleh itu ibu bapa dan pengasuh perlulah sentiasa bercakap dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembacaan dengan

kanak-kanak bagi memudahkan mereka memahami konsep cetakan sebagai asas kepada kemahiran membaca. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan; Bantu anak anda mencari huruf permulaan namanya daripada cetakan yang terdapat di persekitaran. Tuliskan dan letakkan nama anak anda pada barang-barang miliknya. Ini akan memudahkan mereka mengenali tulisan namanya sendiri. Tonton program television yang mengajar abjad dan ejaan bersama anak anda supaya anda boleh membantunya memahami apa yang ditonton. Tunjukkan bila anda menulis senarai barangan dan jawab soalan-soalan yang ditanya oleh anak anda. Sentiasa membaca bersama anak anda.

A. Sulzby (1991) telah membuat skima klasifikasi bagi membaca buku cerita seperti berikut: Kategori 1. Melabel gambar Penerangan Kanak-kanak membaca dengan melihat gambar. Kanak-kanak menyatakan mengenai gambar yang dilihatnya; Dia tidak dapat mengaitkan gambar-ganbar sebagai cerita.

2.Menunjuk kepada gambar dan Kanak-kanak membaca dengan membuat cerita secara lisan. melihat gambar. Kanak-kanak secara lisan mengaitkan gambar dengan gambar membentuk cerita. Tetapi intonasi yang digunakan lebih kepada

perbualan lisan. 3.Masih memokus kepada gambar Kanak-kanak masih membaca dengan dan mula menggunakan cara melihat gambar di dalam buku cerita. bercerita. Cara kanak-kanak membaca bertukartukar di antara bercerita dan bertutur secara lisan. 4.Memokus kepada gambar dan Kanak-kanak membaca dengan melihat membaca dalam bentuk gambar di dalam buku cerita. Cara penulisan. kanak-kanak menggunakan intonasi membaca dan ayat penulisan. 5.Telah cetakan. memokus kepada Mula memokus kepada cetakan. Menggunakan sebahagian dan akhirnya keseluruhan cetakan untuk membaca cerita. Akhirnya kanak-kanak membaca dalam erti kata sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai