Anda di halaman 1dari 3

PEMBANTU PERIBADI MURID PENDIDIKAN KHAS BIODATA Responden Pertama : Nor Ameylia Faizatul Anis Binti Jahari Bertugas

as sebagai PPM di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Kangar, Perlis Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Berasal dari Kangar, Perlis Berumur 24 Tahun
Mula berkhidmat pada 14 Disember 2008

Responden Kedua : Nur Husna Najihah Binti Rosli Bertugas sebagai PPM di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Kangar, Perlis Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Berasal dari Arau, Perlis Berumur 25 Tahun Mula berkhidmat pada 26 Mei 2007

PERANAN PEMBANTU MURID PENDIDIKAN KHAS Definisi Pembantu Murid Tugas-tugas Pembantu Peribadi Murid Cabaran Dan Masalah yang perlu dihadapi Definisi Pembantu Peribadi Murid Bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembantu ini hanya dapat menjaga 10 orang murid sahaja. Tugas-tugas Pembantu Peribadi Murid 1. Membantu Guru menguruskan murid

Pembantu Peribadi Murid ( PPM ) akan membantu dan menolong guru menguruskan murid sama ada dari segi latihan urus diri dan pembelajaran. Namun, tugas mereka lebih tertumpu pada pengurusan diri murid tersebut. Mereka juga perlu membantu murid ke tandas dan mengajarkankan mereka menggunakan tandas dengan betul. Mereka perlu menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan memastikan mereka keluar kelas dalam keadaan yang selamat. Selain itu, mereka perlu membantu mengawasi tingkahlaku murid. Mereka juga perlu membantu menjaga keselamatan murid semasa murid-murid ini menggunakan alatan dan kemudahan di dalam dan di luar kelas. Pembantu murid perlu mengawasi murid semasa ketiadaan guru. 2. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan,mengurus dan

membersih semua ruang di kelas termasuk kawasan permainan luar. Pembantu peribadi murid perlu ke tempat kerja awal berbanding guru-guru dan murid. Mereka juga perlu mempersiapkan dan menyediakan kelas sebelum murid-murid masuk ke

kelas. Dari segi waktu pulang pula,mereka terpaksa pulang lewat kerana perlu mengemaskan kelas dan kawasan kelas. Selain itu, mereka perlu mengurus dan menyediakan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk esok hari.Makanan juga perlu disediakan oleh Pembantu peribadi murid untuk murid-murid tersebut.

3.

Membantu guru dalam semua aktiviti bimbingan,pengajaran dan pembelajaran

murid-murid berkeperluan khas. Pembantu peribadi murid akan menolong guru dalam pengajaran dan pembelajaran muridmurid.Mereka juhga akan membantu murid-murid untuk memahami setiap pembelajaran yang guru ajarkan. Mereka juga membantu dan merancang dan melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )mengikut keperluan dan tahap perkembangan murid dengan persetujuan ibubapa murid-murid tersebut.Mereka juga membantu mewujudkan suasan yang selesa, selamat, kondusif, dan menggembirakan bagi meransang pembelajaran murid-murid tersebut. Contohnya, menghias kelas dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar. Pembantu peribadi murid perlu memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya murid menjadi berkeyakinan dan dapat melibatkan diri secara aktif. Masalah dan Cabaran Yang Perlu Dihadapi Masalah pembelajaran Masalah dorongan Masalah Sosial Masalah Komunikasi Masalah Penumpuan

Masalah Pembelajaran Sistem pembelajaran di sekolah

Anda mungkin juga menyukai