Anda di halaman 1dari 21

Perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak cerdas (KBC 3023) __________________________________________________ TUGASAN INDIVIDU (KAJIAN KES) NAMA

: NUR HASFIZAH BT HUSSIN NO. MATRIK : D20091034729 PROGRAM SEMESTER SESI : PENDIDIKAN KHAS (AT10) : SEMES TER 3 : 2010/2011 : A KUMPULAN NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN 1

KANDUNGAN Perkara 1.0 Pengenalan 2.0 Definisi 2.1 Perkembangan Fizikal 2.2 Perke mbangan Emosi 2.3 Perkembangan Sosial 3.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan 4.0 Latar Belakang Responden 4.1 Profil Diri 4.2 Tahap Perkembangan Fizikal, Emo si Dan Sosial 5.0 Intervensi 6.0 Penutup RUJUKAN LAMPIRAN Halaman 2

1.0 Pengenalan Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah Gi fted and talented children are those identified by professionally qualified pers ons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. Thes e are children who require differentiated educational programs and services beyo nd those normally provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998). Definisi di a tas menekankan dua perkara iaitu kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi dan mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan po tensi yang ada pada mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh ker ana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan per kembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beb erapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini memberi fokus ter hadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat memberi ke fahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak - kanak pintar cerd as. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan mino riti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ram ai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral; keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan pot ensi. Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; di skriminasi terhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesu aikan diri dengan sistern persekitaran dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. 3

2.0 Definisi 2.1 Fizikal Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan f izikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan) . Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualita tif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan fizikal merujuk ke pada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi a nggota-anggota badan dan perawakan manusia.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hu rlock, 1978). Perkembangan fizikal menurut Woolfook dan Margetts (2007), menentu kan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh m anusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan sepe rti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yan g mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak dari pada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak -anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipenga ruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh fakt or persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. 2.2 Emosi Emosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi,iaitu dari aspek mempun yai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan seperti tangis an, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi be rasal dari perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan dito njolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan bebe rapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 199 2). 4

2.3 Sosial Menurut Syamsu Yusuf (2007) perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai pro ses belajar untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khas nya dalam pergaulan antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya . Sunarto dan Hartono (1999) pula menyatakan bahawa hubungan sosial merupakan hu bungan diantara manusia yang saling memerlukan. Mereka berpendapat, semakin bert ambah usia anak, hubungan sosial ini semakin diperlukan. 3.0 Faktor yang Mempeng aruhi Perkembangan Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-ge n ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan men tal. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai a tau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan man usia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dala m peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yan g sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menye babkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang ter diri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terleta k di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang ya ng didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengik ut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gengen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 2 3 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (g amet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula men dapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di 5

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka ters endiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, sep erti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ib u bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu k elas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan m elahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emo si seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa y ang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan s ebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber tekno logi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peri ngkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perke mbangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan indi vidu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Ada lah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-eko nomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembanga nnya. Sebagai contoh, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan p enuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan b erzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami pe rkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosioekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal ka nak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cuk up berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, kh asnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kana k bergaul dengan 6

rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensin ya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang be rsopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. 4.0 Latar Belakang Responden 4.1 Profil Diri Nama : Az- Zikri (bukan nama sebenar) Umur : 20 tahun Tarikh lahir : 13 Januari 1990 Tempat lahir : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang. Hobi : Menghasilkan karya kreatif (puisi) dan membaca pelbagai bahan berunsur ilmiah Su ka mendengar muzik ( tumpuan : irama nasyid ) Kerjaya : Sem 2, Sarjana Muda Pengurusan Sukan, UITM Arau, Perlis. Sumber pembia yaan yang diperoleh : Biasiswa JPA Cita cita : Pakar Psikologi Motto hidup : Hid up menang, mati syurga Bidang sukan tumpuan : futsal ( bahagian tengah ) Email : arjunatenggara@yahoo.com.my 7

4.2 Tahap perkembangan fizikal, emosi dan sosial responden 1) Fizikal (a) Draf 1 Aspek positif sihat tubuh badan ( tidak mengalami sebarang komplikasi sebelum, s emasa mahupun selepas kelahiran ). Berbadan tegap dan tinggi Mempunyai antibodi yang kuat sukakan aktiviti mencabar dan lasak BMI yang stabil : berat 63 kg : ti nggi 168 cm Aspek negatif Kalenjar peluh terlalu aktif Lemah dalam menceburi akt iviti sukan yang memerlukan fokus yang tinggi seperti menembak kerana terlalu go poh. Mengalami kecederaan kekal di pergelanggan kaki sebelah kiri membantutkan p ergerakannya. Cara mengatasi Memanjangkan waktu memanaskan badan Mengurangkan te kanan pada tempat kecederaan Rawatan di fakulti teknik ultra sound untuk mengura ngkan kesakitan dan tahap kecederaan yang dialami. 8

(b) Rumusan Individu pintar cerdas merupakan seorang yang bermotivasi tinggi, be rtenaga dan bertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung sekiranya mereka diganggu semasa kerja, mereka cenderung unt uk bertindak secara impulsif (sifat sensitif dan intensiti). Hal ini mendatangka n keburukan dalam aspek fizikal mereka. Mereka merasakan bahawa mereka seolah-ol ah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu yang diminati.masalah tidur ini ju ga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat mengawal otak mereka. Mereka s eolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan ini memberikan masa lah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah kerana sifat intensiti yang menjadik an mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Kebanyakkan individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga dan ini juga bermakna keperl uan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat berfikir sekiranya sekiranya tidak makan dengan banyak. Tabia t pemakanan yang tidak sihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Terdapat juga mereka yang highly strung atau senang teransang menjadi gementar dan kecewa. Seb agai contoh, mereka cenderung mengekspresikan emosi mereka dalam perlakuan fizik al seperti tabiat menggigit kuku. Bagi tahap perkembangan fizikal responden, res ponden menunjukkan perkembangan yang stabil seperti perkembangan individu normal . Ibu responden juga tidak mengalami sebarang komplikasi sebelum, semasa dan sel epas kelahiran responden, dan tahap perkembangan fizikalnya pada awal kanak-kana k juga adalah normal. Responden mampu berjalan pada usia 10 bulan dan bercakap p ada usia 2 tahun. Saiz badan responden juga menunjukkan statistik normal seperti individu normal yang memiliki tahap kesihatan yang baik di usia remajanya. (RUJ UK DRAF 1). Intervensi Kecederaan yang telah dialami oleh responden semasa belia u berusia 14 tahun menyebabkan beliau mendapat kecederaan kekal di bahagian perg elangan kakinya. Akibatnya, beliau sering mengalami kesakitan dan kekejangan di bahagian tersebut sekiranya melakukan aktiviti sukan terlalu lama. Hal itu telah dapat diatasi dengan menjalani rawatan ultra sound yang disediakan oleh pihak f akulti untuk mengurangkan tahap kecederaan yang dialami dan memastikan kecederaa n tersebut tidak menjadi lebih teruk lagi. Beliau juga perlu melakukan aktiviti memanaskan badan lebih panjang untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, 9

beliau juga menghadapi masalah kerana kalenjar peluh yang terlalu aktif daripada individu lain. 2) Emosi (a) Draf 2 Aspek positif Bijak mengawal emosi Mudah men yesuaikan diri dengan persekitaran baru Kelebihan untuk mengawal emosi orang lai n Strategi untuk berhadapan dengan sesuatu masalah : i) Sebelum : sentiasa berfi kiran positif dan mengambil nasihat daripada orang lain yang lebih berpengalaman ii) Semasa : menerima pandangan orang lain di samping tawakal (berdoa) iii) Sel epas : cuba tidak ulangi kesilapan itu lagi dan menasihati orang lain agar tidak melakukan kesalahan tersebut. Aspek negatif Mempunyai kadar kebimbangan yang sangat tinggi Cepat marah dan sen sitif (mudah menangis) Emosi tidak stabil Bagi responden : kelebihan yang ada pada dirinya adalah datang daripada kelemaha n yang dialami. 10

(b) Rumusan Sebagaimana yang telah kita ketahui, individu pintar cerdas sering b erhadapan dengan masalah emosi yang agak kritikal kerana tekanan emosi yang dial ami lebih kuat daripada individu normal.Berikut merupakan antara ciri-ciri indiv idu pintar cerdas yang turut terpamer dalam diri responden saya. Pertama, didapa ti pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini mempunyai perasaan sensitif ya ng amat tinggi dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara atau sesetengah perkar a yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda. Contohnya isu-isu yang berk aitan dengan peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat. Mereka juga mudah terasa hati terhad ap sesuatu hal walaupun melibatkan hal-hal yang kecil sahaja bagi pandangan oran g lain. Sikap sensitif ini sebenarnya bagus, tetapi jika terlampau memikirkan is u-isu ini secara lebih mendalam, mereka akan menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjurus kearah kemurungan yang teruk pada masa akan datang. Bagi diri r esponden, saya menyifatkan tahap sensitiviti yang dialami tidak begitu teruk dan mampu dikawal oleh dirinya sendiri. Hal ini kerana beliau mempunyai tahap motiv asi yang tinggi dalam dirinya. Beliau bijak untuk menyalurkan rasa kesedihan yan g dialami kepada bentuk luahan perasaan seperti menangis dan menterjemahkan pera saan beliau dalam bentuk penulisan seperti penghasilan sajak yang dicipta sendir i. Beliau juga pandai bermain gitar dan menyanyi, hal ini juga mampu membantunya untuk menangani masalah dengan lebih bijak tanpa tekanan yang membelenggu dirin ya. Terdapat beberapa peristiwa yang diceritakan kepada saya telah menyakinkan s aya bahawa responden sememangnya memiliki tahap sentiviti dan keprihatinan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau pernah menyelamatkan seekor semut yang hampir kel emasan semasa beliau mengambil wuduk untuk solat. Hal ini kerana bagi beliau, be liau tidak sampai hati melihat semut itu mati kelemasan. Selain itu, beliau juga tidak memiliki akaun facebook, namun pernah memilikinya untuk menarik lebih ram ai orang untuk menutup laman itu. Contoh strategi yang dilakukan ialah, di dalam satu pertelagahan melibatkan dua pihak misalannya, beliau telah menerangkan kep ada rakan-rakannya akan keburukan facebook yang telah membawa kepada pertelagaha n, dan secara tidak lansung menarik lebih ramai pengikut yang menutup akaun masi ng-masing menyertai beliau. 11

Ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai sikap yang amat mementingkan kesempurnaan. Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi ini sebe narnya boleh mendorong mereka kearah takut terhadap kegagalan. Ini akan menjadik an mereka seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasa n dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam konteks mencari kesempurnaan ini, mereka s entiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin mereka melaku kan tugasan dengan penuh berhati-hati sehingga lambat menyempurnakannya atau men angguhkan tugasan tersebut. Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kece wa apabila sesuatu itu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Ini bermaksud mere ka amat sukar untuk berpuas hati terhadap sesuatu kerja yang dilakukan sehingga memastikan kerja-kerja tersebut betul-betul sempurna pada pandangan mereka sendi ri. Responden saya turut memiliki sikap mementingkan kesempurnaan dalam setiap p erkara yang dilakukan, namun tidak begitu menonjol. Bagi diri beliau, beliau aka n melakukan setiap perkara dan amanah yang telah diberikan kepadanya sehabis mam pu dan sehabis baik. Hal ini akan menjadikan beliau mendapat kepuasan dalam mela kukan sesuatu walaupun mungkin tidak mendapatkan hasil sebagaimana yang diharapk an. Pencapaian yang dicapai setelah berusaha dengan gigih adalah lebih baik bagi dirinya supaya tidak mendatangkan penyesalan sekiranya tidak melakukannya sehab is baik. Ciri-ciri emosi yang seterusnya ialah sifat kompleksiti. Sifat kompleks iti dan tidak konsisten ini adalah saling berkait. Ia menjadikan golongan ini se olah-olah misteri dan susah difahami. Contohnya kecerdasan intrapersonal yang ti nggi tetapi senang terjejas konsep kendirinya. Konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi. Keyakinan yang tinggi tetapi selalu menganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada masa yang sama. Tingkah laku atau sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka ini seolah-olah p elik dan mengelirukan Begitu juga hasil kerja mereka. Biasanya sesbuah hasil ker ja yang klasik selalunya disalahtafsirkan dan ini menimbulkan pelbagai kontrover si. Ini adalah satu petanda sifat petanada sifat kompleksi, penulisan mereka jug a susah difahami sebab aliran idea yang terlalu cepat membuatkan pembaca tidak d apat berfikir secepat mereka. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat-ayat merek a, dimana mereka seolah-olah berfikir secara mendesak dan banyak idea yang berla ku secara serentak. 12

Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan keboleh an yang pelbagai. Kadang-kadang minat ini nampak bercanggahan. Leornado Da Vinci , selain menjadi pelukis beliau juga seorang ahli anatomi, pereka, arkitek, biol ogis, pengukir, penyajak, jurutera, geologis, ahli muzik, ahli astronomi, fizik dan sebagainya. Contohnya lain yang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah reaksi emosi yang kuat dan mereka juga selalu menimbulkan perasaan yang sama pad a orang lain, melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan atau tidak melakukannya sekali. Selain itu mereka menjadi sangat pakar dan tidak faham langsung dalam bi dang ini, memuatkan terlalu banyak isi semasa berkomunikasi dengan orang lain da n mempunyai masalah diri yang tinggi, senang dilukai atau tidak mengendahkan ora ng lain dengan melukai hati mereka. Bagi diri responden, beliau juga memiliki ke cerdasan yang pelbagai melibatkan kecerdasan kinestetik (sukan), bahasa (melalui penghasilan karya kreatif seperti sajak, kebolehan dalam pengucapan awam sepert i berpidato) dan juga aspek kepimpinan (menjadi ketua yang berkaliber). Ianya me mbuktikan bahawa tidak semestinya individu pintar cerdas itu memiliki kecerdasan dalam satu bidang sahaja iaitu dalam bidang akademik sahaja seperti yang diketa hui kebanyakkan masyarakat secara umumnya. Mungkin terdapat kebolehan yang dimil iki selain kebolehan dalam bidang akademik yang belum dicungkil bakatnya. 13

3) Sosial (a) Draf Aspek positif Suka dibimbing untuk membimbing Mempunyai kebol ehan untuk memimpin Suka berjenaka dengan orang-orang yang rapat dengannya, bagi yang tidak mengenalinya responden merupakan seorang yang pendiam Aspek negatif Kurang pandai bergaul tidak suka bergaul dengan orang yang tidak sama pemikirann ya. - Suka berkawan dengan orang yang lebih berumur Tidak mempunyai ramai kawan rapat : Dalam berkawan terlalu telus : berpegang kepada prinsip betul adalah bet ul. - tidak suka hipokrit mahu dirinya diterima seadanya.

(b)Rumusan Dalam aspek sosial pula, individu pintar cerdas dilihat turut memilik i sikap keterbukaan atau relovolutionary. Pengalaman kejayaan yang berterusan ak an membentuk keyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada superioriti kepada orang lain. Sikap ini akan diperlihatkan dalam dalam tingkah lakunya, contohnya kalau dia merasakan jawapan guru adalah salah, dia akan menyatakan dengan terus terang. Ini akan menjadikan guru berasa tidak tenang. Dia juga berasakan kegagal an hanya bersifat sementara kerana dia memang seorang yang berjaya dalam hidup d an tidak segan untuk mengakui kelemahannya. Bagi dirinya setiap kegagalan yang b erlaku dalam hidupnya adalah disebabkan faktor luaran seperti kurang bersedia, u jian tidak adil atau nasib yang malang bukan kerana faktor dalaman seperti kebol ehannya. Namun demikian, konsep kendiri yang dimiliki ini tidak bersifat kekal. Keyakinan mereka seringkali tergugat sekiranya mereka menghadapi persaingan yang hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan berasa rendah diri da n meragui tahap kebolehan diri mereka terutama bagi mereka yang bersifat sensiti f dan beremosi. Konsep kendiri yang positif ini adalah satu faktor pelindung dan penyokong yang kuat untuk kejayaan mereka dalam kehidupan. 14

Dalam hal ini, responden turut memiliki sikap keterbukaan yang tinggi. Hal ini d imana, dalam pergaulan, beliau terlalu telus untuk meluahkan sesuatu yang tidak diingini secara berterus-terang kerana beliau tidak suka untuk bersikap hipokrit . Beliau mahu dirinya diterima seadanya bukan berlandaskan kepura-puraan yang se ngaja ditonjolkan untuk diterima dalam sesuatu kumpulan tersebut. Bagi dirinya, beliau akan menzahirkan dan membenarkan apa yang betul, namun apa yang salah aka n dikatakan sebagai salah. Sikap ini menjadikan dirinya tidak mempunyai kawan ra pat yang ramai. Satu aspek yang amat saya kagumi ialah, beliau dapat mempamerkan imej dan tauladan yang baik sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Beliau se ringkali menjadi rujukan bagi rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat dalam pembel ajaran mahupun masalah peribadi. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi setiap ilmu yang dimiliki dengan orang lain dan murah dengan senyuman. Hal ini menjadik an dirinya amat disenangi dalam kalangan rakan-rakan. Sikap ketrampilan beliau s ebagai ketua yang baik terzahir dengan pelantikan ketua pengawas sekolah selama beberapa tahun, menjadi ketua dan pengerusi dalam badan persatuan dan pelbagai l agi. Beliau juga pernah menceritakan kepada saya bahawa, beliau bercita-cita unt uk menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, menggunakan pendekatan muzik se bagai altenatif berbeza untuk menyampaikan sumber tauladan kepada orang lain. Ci ri-cri keperibadian sebagai seorang pemimpin jelas terpamer dalam dirinya dan di akui sendiri oleh guru-guru yang mengenalinya. Individu pintar cerdas juga sukar mendapat kawan yang ramai kerana tidak ramai yang memahami perasaan dan berkong si minat yang sama dengan dirinya. Mereka juga cenderung untuk memilih kawan yan g lebih tua daripadanya atas faktor tahap pemikiran yang sama dengan mereka. Bag i diri responden, ciri-ciri ini jelas tergambar dalam dirinya. Hal ini kerana, b eliau tidak memiliki kawan rapat yang benar-benar mengenali dirinya. Hal ini men jadikan beliau lebih tertumpu kepada ibunya dalam merujuk penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Beliau juga lebih selesa berkawan dengan orang ya ng lebih tua daripada usianya. Beliau seorang yang peramah dan suka berjenaka ba gi orang-orang yang rapat dengannya, namun cenderung untuk menjadi pendiam bagi orang-orang yang baru dikenali. 15

Responden tidak mengalami masalah yang serius dalam ketiga-tiga aspek fizikal, s osial dan emosinya.Selain itu, beliau seorang remaja yang telah mencapai kematan gan seiring dengan usianya 20 tahun. Beliau mampu untuk mempamerkan dirinya deng an baik dengan kawalan dirinya sendiri. Intervensi yang boleh dijalankan adalah lebih kepada memperkembangkan kebolehan dirinya dalam mencapai suatu tahap yang lebih tinggi dan dinamik. 5.0 Intervensi 5.1 Kaunseling terapi seni melukis Kaunseling merupakan satu pros es perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilaku kan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan pen yesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjanh haya t berlandaskan etika kaunseling. Menerusi teknik terapi seni, ianya menggunakan dua pendekatan berasaskan teknik kaunseling dan juga psikoterapi. Teknik ini dil ihat amat berkesan bagi mendekati dan memahami dunia kanak-kanak istimewa (Samue l & Debbie dalam Handbook of Art Therapy, 2003). Perkhidmatan kaunseling diperlu kan untuk memenuhi keperluan golongan pintar cerdas dalam menangani masalah yang dihadapi. Antara contoh terapi seni yang dilaksanakan adalah bagi membantu indi vidu pintar cerdas dalam refleksi kendiri, interaksi dengan rakan sebaya dan ora ng dewasa, pengurusan tekanan, pengawalan kendiri dan strategi daya tindak, pera ncangan kerjaya dan latihan pelbagai budaya (Moon, Kelly & Feldhusen, 1999, John sen, 2001). Pendekatan seni dilihat sebagai suatu medium yang bersifat sejagat, dihargai dan difahami oleh setiap manusia. Bagi responden, teknik terapi seni in i dilihat relevan untuk digunapakai kerana responden seorang yang berjiwa seni. Be liau gemar bermain alat muzik dan menghasilkan karya kreatif sebagai menggambark an situasi yang dihadapinya. Pendekatan berasaskan lukisan dilihat pendekatan ba ru yang boleh digunakan terhadapnya. Masalah yang dihadapi serta pewatakan dirin ya boleh digambarkan dalam bentuk lukisan, dan dengan itu analisa mengenai keper luan dan sesi kaunseling yang berkesan terhadapnya. Keberkesanan penggunaan seni dalam kaunseling berlau apabila kaunselor memamahami matlamat dalam setiap taha p proses tersebut, diikuti dengan pemilihan seni sebagai medium berinteraksi dan sesuai dengan keperluan klien, (Kahn, 1999). Hal ini menjadikan kaunselor memah ami dunia klien dan permasalahannya dengan lebih kreatif dan selesa. 16

Selain itu, teknik kaunseling yang biasa turut boleh dijalankan sebagai interven si bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh responden. Berikut merupakan t eknik kaunseling yang boleh digunakan diterjemahkan dalam bentuk berperingkat. P eringkat permulaan i. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. ii. Membuat klien sedar bahawa ada se suatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia perlu memainkan peranan dalam pros es penyelesaian. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wu jud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu j uga. Peringkat pertengahan i. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian: - ka unselor dank lien bersama mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. - kaun selor dank lien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. Peringkat akhir i. Peringkat apa bila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini, kaunselor berkenaan akan : - membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. - me ngenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaun selor. Mengakhiri kauseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut. 17

5.2 Program pertukaran pelajar Program pertukaran pelajar dilihat amat relevan u ntuk memperkembangkan lagi potensi yang dimiliki oleh responden saya. Hal ini ke rana melalui program pertukaran pelajar antara universiti luar negara misalnya, responden akan mendedahkan responden dengan pelbagai budaya dan aspek-aspek kehi dupan di seluruh dunia bagi membantu responden memperluaskan lagi pengetahuan be liau dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan masyarakat dan persekitaran. Sel ain daripada itu, program ini juga membantu responden untuk memperolehi pelbagai kepakaran dan kemahiran melalui pertukaran idea-idea bernas dan pendedahan seca ra global. Program ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama daripada semu a pihak untuk menjayakannya, iaitu antara kedua-dua universiti yang terlibat, su mbangan dana daripada pihak berkaitan untuk menampung perbelanjaan responden dan kursus yang ditawarkan perlulah sesuai dengan minat dan berupa suatu kesinambun gan untuk mempertingkatkan lagi pontensi yang ada dalam diri responden. 5.3 Rawatan bagi hyperhidrosis Penyakit peluh berlebihan atau hyperhidrosis iait u masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan, kaki dan juga bawah ketiak. Menurut kajian hiperhidrosis ber laku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehing ga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidups seseorang terganggu akiba t tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan tetapi pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dan memberikan prognos is yang baik. Terdapat tiga jenis hiperhidrosis iaitu, hiperhidrosis yang berpun ca daripada emosi yang selalu membabitkan telapak tangan, kaki dan bawah ketiak, hiperhidrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Pun ca masalah ini kurang jelas dan ia berkaitan dengan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini boleh melibatkan lelaki dan perempuan dan tidak m engira faktor usia. Bagi responden, masalah hiperhidrosis yang dialami tidaklah terlalu serius, namun sebagai langkah pertama, responden perlu merujuk masalah y ang dihadapi kepada pakar kulit. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba ole h responden untuk mengatasi masalahnya, iaitu dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Sebagai contoh, men ggunakan suntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperh idrosis bagi tapak tangan dan juga bawah ketiak. Terdapat juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya 18

rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Responden tidak memerluk an rawatan menggunakan pembedahan kerana masalah yang dihadapi tidaklah begitu m embimbangkan. 6.0 Penutup Di negara kita Malaysia, statistik (SENADA 2009), menunjukkan bilangan pelajar p intar cerdas dan berbakat dianggarkan berjumlah 445,000 orang pada tahun 2008. H al ini menunjukkan bahawa Malaysia memiliki sejumlah pelajar pintar cerdas dan b erbakat yang begitu ramai dan sekiranya diteliti pelajar ini merupakan antara as set yang tidak ternilai bagi negara kita. Hal ini dapat menyumbang kepada modal intelektual, seterusnya membolehkan negara kita mencapai status negara maju dala m masa yang singkat. Menurut Ng & Sandiyao, 2005, kelebihan intelek yang luar bi asa berbanding rakan sebaya ini dapat dijadikan sumber tenaga profesional yang a mat diperlukan sebagai satu suntikan modal insan dalam bidang pendidikan khas ke arah memartabatkan negara di mata dunia. Namun, bagi merealisasikan hasrat itu, peranan semua pihak untuk memberi kesedaran dan sumber pengetahuan kepada masya rakat tentang individu pintar cerdas dan ciri-ciri mereka adalah penting untuk m emastikan mereka mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai individu mahupun sebaga i pelajar sesuai dengan keperluan diri mereka. Hal ini kerana, masih ramai yang tidak mengetahui secara lansung dan tidak lansung mengenai pintar cerdas ini, ke rana negara kita masih ketandusan sumber rujukan yang benar-benar berpaksikan ne gara kita. Hal ini merupakan satu kerugian yang amat besar bagi masyarakat dan j uga negara kerana kita jelas menunjukkan ketidakmampuan bersaing dengan negara m aju yang lain yang mana memiliki cabang yang luas dalam dunia pintar cerdas. 19

Rujukan Clark.B. (1983). Growing up gifted: Developing the potential of children at home and at school (2ndEd.). Columbus:Charles E. Merrill. Davidson.J & Callo w. R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and processes f or teachers. (2ndEd.). Landon: David Fulton Publishers. Davis.G.A. & Rimm.S.A. ( 1998). Education of the gifted and talented (4 th.Ed.).MA: Allyn and Bacon. Free man. J. (1979). Gifted children. Lancaster: MTP Press Ltd. Rafidah Kastawi dan N oriah Mohd Ishak (2009). Terapi seni sebagai intervensi kaunseling dalam menanga ni masalah sosioemosi dalam kalangan remaja pintar cerdas dan berbakat. Kuala Lu mpur : Prosiding seminar penyelidikan siswazah. Reed. M.A. (2000). Composing dia logues to express self-differentiatin and Burkes rhetoric: A way to comprehend mu ltilevel Inner growth. Roeper Review.Vol.23 (No.1). Woitaszewki. S.A. (2003). Th e contribution of emotional intelligence to the social and academic success of g ifted adolescents. Roeper Review. Fall 2003. Vol.2(No1). 20

Anda mungkin juga menyukai