Anda di halaman 1dari 3

Kata Bantu + Kata Adjektif 1. Pekebun kampung itu masih kuat mengerjakan ladangnya. 2.

Budak yang diserang penyakit itu sudah kurus kerana hilang selera makan. 3. Ali masih belum sembuh daripada penyakit deman. 4.Adik mahu

se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh: a. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami. b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga. c. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali. 1.1 ter + kata adjektif Contoh: a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini. b. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini. c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia. 1.2 paling + kata adjektif Contoh: a. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik. b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik. c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia. kata adjektif + sekali Contoh: a. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali. b. Sedap sekali ayam goreng ini. c. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali. ter + amat, sangat + kata adjektif Contoh: a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda. b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur. c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan. d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali Contoh: a. Peserta larian itu amat cergas sekali.

1.3

1.4

1.5

b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali. c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

Anda mungkin juga menyukai