Anda di halaman 1dari 23

PROSES KAUNSELING

PROSES KAUNSELING

Proses ialah suatu siri tindakan, perubahan, perkembangan yang berlaku sama ada secara disedari atau tidak disedari, termasuk juga tindakan yang menggunaka cara-cara atau kaedah khusus tertentu (Kamus Dwibahasa DBP)

PROSES KAUNSELING

Dalam kaunseling, proses dimulai apabila klien datang menemui kaunselor dan berakhir dengan penamatan sesuatu sesi. Langkah-langkah yang berlaku sepanjang kaunseling itulah yang disebut proses. Walaupun langkah-langkah yang berlaku itu sama bagi semua klien, tetapi apa yang berlaku dalam sesuatu proses adalah unik bagi setiap individu.

JENIS KLIEN
DATANG UNTUK MENDAPAT KHIDMAT BANTUAN YANG DATANG UNTUK PEMBANGUNAN DIRI MENCARI MAKLUMAT

PROSES KAUNSELING

Proses kaunseling adalah satu proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali diri dan alam sekitarnya dengan lebih jelas dan tenang. (Shertzer et.al. 1980)

PROSES KAUNSELING

Proses kaunseling akan bermula apabila wujud persetujuan antara dua individu (klien dan kaunselor) untuk melibatkan diri dalam proses pengurusan sesuatu persoalan atau masalah. (Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah, 2006)

MENGENALI KLIEN

BINA PERHUBUNGAN
PENEROKAAN

KENAL PASTI APA YANG INGIN DIPERBAIKI

PENILAIAN

IMPLEMENTASI

KENAL PASTI ALTENATIF

CARA-CARA MEMPERBAIKI

PERTIMBANGAN SEMULA

PENAMATAN

PERMULAAN DAN PERSEDIAAN

PERINGKAT PERMULAAN TEMU BUAL


Memula temu bual dengan tentangan yang minimum daripada klien Meningkat aras kepercayaan terhadap klien

SUASANA TEMPAT AMAT PENTING


Bilik hendaklah tenang dan tidak menakutkan Hiasan, situasi, perabot Jarak duduk antara keduanya

PERMULAAN DAN PERSEDIAAN

PENDEKATAN KLIEN DAN KAUNSELOR MENENTUKAN CORAK PERHUBUNGAN


Cara pakaian oleh keduanya Kedudukan tubuh badan kaunselor hendaklah sesuai Komunikasi tanpa lisan - tentangan mata

MEMBUKA SESI TEMU BUAL


Cara berkomunikasi menunjukkan kaunselor mengambil berat Menggalakkan klien untuk meluahkan perasaan, pemikiran dan pengalamannya dengan bebas dan selesa

PERMULAAN DAN PERSEDIAAN

UNTUK MEMBUKA SESI TEMU BUAL


Menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan/mengancam Ada sesuatu yang awak ingin berkongsi dengan saya? Nampaknya awak ada sesuatu yang hendak diceritakan kepada saya. Silakan.

HUBUNGAN

HUBUNGAN DIPERKEMBANGKAN
Untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara kaunselor dan klien Dapat menambahkan keyakinan dan keterbukaan kedua pihak Adakalanya kesenyapan mungkin berlaku
Ketidak keselesaan klien membincangkan sesuatu Aras kepercayaan terhadap kaunselor belum kukuh Penerokaan sedang berlaku Sedang berfikir apa yang hendak diperkatakan kepada kaunselor

PENJELASAN

MENDAPAT GAMBARAN YANG JELAS TENTANG MASALAH KLIEN


Menggunakan soalan-soalan berbentuk terbuka meminta penjelasan dan mengajak berbual mesra Soalan tertutup dikurangkan kerana ia tidak menggalakkan klien bercakap Soalan-soalan yang dimajukan tidak bersifat menyoal-siasat Apakah pendapat awak tentang cadangan ini?

PENJELASAN

UNTUK MENENTUKAN SIAPAKAH SEBENARNYA MEMERLUKAN KAUNSELING MEMUDAHKAH KAUNSELOR MELIHAT BEBERAPA ALTERNATIF PENYELESAIAN SEBOLEH-BOLEHNYA SUDAH DAPAT MERANGKAKAN PENJELASAN BAGI MELIHAT MATLAMAT KLIEN YANG DATANG KEPADANYA

STRUKTUR

PENETAPAN SAMADA PERHUBUNGAN MEREKA BOLEH DITERUSKAN


Kaunselor akan bertanya pada dirinya samada berkemahiran untuk membantu klien Keselesaan dan memenuhi harapan klien Bagi klien samada kaunselor boleh dipercayai Tanggung jawab klien Persediaan klien dan syarat-syarat Saya nak awak dapat jumpa saya tiap-tiap hari Jumaat jam 3.15 petang.

STRUKTUR

PENENTUAN SIFAT, BATASAN, LANGKAHLANGKAH, PERANAN PERLU DIJELASKAN KEPADA KLIEN KONTRAK
Satu persetujuan untuk mencapai hasil tertentu Hasil tertentu dijadikan bukti yang proses menolong itu telah berjaya Klien merasa lebih komited dalam menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat

PENEROKAAAN

Matlamat-matlamat proses: Mengekalkan perhubungan sedia ada Menyingkirkan perasaan negatif kaunselor dan klien Galakkan penerokaan masalah dan perasaan klien supaya mencapai kesedaran diri mendalam Kumpul fakta-fakta untuk penyelesain masalah Memutuskan sama ada perhubungan diteruskan Mengajar klien kemahiran-kemahiran untuk mencapai matlamat Aktiviti-aktiviti kerja rumah untuk klien

PENEROKAAN

DI PERINGKAT INI, KAUNSELOR TELAH MEMPUNYAI KEFAHAMAN YANG JELAS


Mengenali siapakah sebenar klien itu Apakah harapannya/ hasratnya Bagaimana dia boleh dibantu Apakah perubahan-perubahan yang perlu dilalui Strategi atau pendekatan macamana?

SELEPAS PENEROKAAN, ADA KLIEN YANG TIDAK BERPUAS HATI


Terpaksa buat pilihan

PENEROKAAN
Teruskan penerokaan dengan lebih mendalam - Menamatkan penerokaan Tukar kaunselor lain

BERHATI2 ISU PERASAAN PEMINDAHAN DAN PEMINDAHAN KONTRA BERLAKU


Hasil daripada perhubungan yang rapat Klien dan kaunselor mempunyai perasaan tertentu Klien mungkin menganggap kaunselor sebagai ibunya/ayahnya/kekasihnya dan sebaliknya

PENGUKUHAN

KLIEN MENJELASKAN:
Perasaannya dengan lebih lanjut Menentukan alternatif-alternatif

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BARU JUGA DIPERKENALKAN

PERANCANGAN

TUMPU KEPADA RANCANGAN TINDAKAN YANG KHUSUS RANCANGAN-RANCANGAN UNTUK PENAMATAN DAN PENERUSAN

PENAMATAN

PENCAPAIAN-PENCAPAIAN KLIEN AKAN DIRUMUSKAN


Jika ada matlamat yang tidak tercapai, sebabsebabnya mesti dikenalpastikan

KLIEN DIMINTA MERUMUSKAN SEGALA YANG DILALUI


Kaunselor boleh membantu dengan menokok tambah

PENAMATAN BERLAKU APABILA KLIEN TELAH DAPAT MENYELESAIKAN MASALAHNYA

MAKLUMBALAS DALAM PROSES KAUNSELING SEMASA PROSES KAUNSELING BERJALAN, KAUNSELOR AKAN SENTIASA MEMBERI MAKLUMBALAS TERHADAP KLIEN; FOKUS MAKLUMBALAS PADA :

Tingkah laku bukan diri individu Pemerhatian bukan kesimpulan Keterangan bukan anggapan Perkongsian idea bukan terus memberi nasihat Penerokaan alternatif bukan memberi penyelesaian Apa yang sedang berlaku bukan apa yang telah berlaku Apa yang diperkatakan bukan mengapa ia diperkatakan.

SOAL JAWAB

Anda mungkin juga menyukai