Anda di halaman 1dari 1

TAZKIRAH RINGKAS

Bahagia Ingin Dikasihi Allah?

Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu, walhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah begitu
luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya.
Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk
mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah. Salah satu caranya adalah dengan berbuat baik
dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.
Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak
mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang
mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi
s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w.
Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka.
Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak,
maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan
merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai