Anda di halaman 1dari 2

SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

KEFAHAMAN AYAT 133 - 136 SURAH ALI IMRAN

(Ali Imran ayat 133-136)

Maksudnya : Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada


tuhanmu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang
memanfaatkan hartanya pada masa senang dan susah, dan yang
sanggup menahan marahnya. Dan orang yang memaafkan
kesalahan orang lain. Orang menyukai orang yang membuat
kebaikan. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perkara keji
atau menganiayai dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu
memohon ampun terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang
mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus mengulangi
perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Orang yang
demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada Tuhan
mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai. Mereka kekal di dalamnya, dan yang demikianlah sebaikbaik balasan untuk orang yang beramal.

SIFAT ORANG YANG BERTAQWA


1. Membelanjakan Harta di jalan
Allah.
2. Mengawal diri ketika marah.
3. Memaafkan kesalahan orang lain.

CARA MENGHILANGKAN
KEMARAHAN
1. Mengucap

2. Mengambil wuduk.
3. Duduk jika sedang berdiri.

KATEGORI KEADAAN ORANG YANG PEMARAH


1.
2.
3.
4.

Lambat Marah, Cepat Hilang Kemarahannya.


Cepat Marah, Cepat Hilang Kemarahannya.
Lambat Marah, Lambat Hilang Kemarahannya.
Cepat Marah, Lambat Hilang Kemarahannya.

Yang terbaik ialah lambat marah dan cepat hilang kemarahannya.


Yang paling buruk ialah cepat marah dan lambat hilang kemarahannya.

CARA-CARA BERTAUBAT

KESAN ORANG YANG BERTAUBAT

NIAT :
Menyesal atas perbuatan yang
dilakukan.
Berazam tidak akan mengulangi dosa
yang dilakukan.

INDIVIDU :
Mendapat ketenangan jiwa dan hati.
Bertambah iman dan amal soleh.
Akan bersikap bertanggungjawab.

UCAPAN :
Beristighfar dgn menyebut
Astghfirullah Al-'Azim.
Memohon maaf atas kesalahan
terhadap manusia

MASYARAKAT :
Hak masyarakat terpelihara dan
terjamin.
Gejala sosial berkurang.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Akan wujud masyarakat harmoni dan
aman.

TINDAKAN / PERBUATAN :
Meninggalkan perbuatan dosa yang
dilakukan.
Mengembalikan hak orang lain yang
diambil seperti harta yang dicuri,
dirampas atau ditipu.
Meningkatkan amalan soleh dan
kebajikan.

NEGARA :
Pembangunan negara lebih pesat.
Pengurusan dan pentadbiran yang
telus, adil, jujur dan amanah.

GANJARAN KEPADA ORANG YANG BERTAUBAT

Mendapat
ganjaran syurga

Mendapat
keampunan
dan keredaan
INFO AL-DIN

Dimurahkan rezeki dan


mendapat pertolongan
Allah

Disayangi &
dihormati oleh
masyarakat
INFO TAMADUN

Taubat yang diterima Allah ialah Taubat


Nasuha, iaitu taubat yang sejati, bersungguhsungguh dan menepati syarat-syaratnya.
Kita hendaklah bertaubat kepada Allah atas
dosa yang dilakukan dan memohon maaf
sekiranya kita melakukan kesalahan sesama
manusia.
Melakukan dosa yang berterusan
menyebabkan hati menjadi hitam kerana setiap
kali dosa dilakukan tertitik satu titik hitam di hati
manusia.

Ketakwaan kepada Allah melahirkan orang


yang takut melakukan dosa dan kesalahan.
Tamadun yang dibangunkan oleh golongan
ini lebih selamat dan berkekalan serta mampu
menandingi tamadun yang hanya
PENGHAYATAN

Tiga Cara Menggilapkan Hati :

Sentiasa Beristighfar kepada Allah.


Segera bertaubat & tidak mengulangi
kesalahan.
Berusaha melatih diri memaafkan
kesalahan orang lain.
Mengharapkan keampunan Allah dan

PENGAJARAN AYAT
I.
II.
III.
IV.
V.

Manusia wajib bertaubat atas kesalahan dan dosa yang dilakukan.


Orang yang bertaqwa membelanjakan harta ke arah yang bermanfaat ketika susah
atau senang.
Mengawal diri ketika marah adalah sifat yang terpuji.
Sifat pemaaf membentuk peribadi yang tenang dan berketrampilan.
Mengingati Allah dapat mencetuskan rasa insaf dan kesedaran diri.

Anda mungkin juga menyukai