Anda di halaman 1dari 4

MIMBAR DA’I

“HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN”

FLOW POINT IDEA

Yan abar semimon..mudah-mudahan kam semimon sihat kok alap-alap


Intro jo.
Tompinaiku ngawi..? Naakan kow no? Pingkuro taakanon?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillahi Robbil


Salam/ Tahmid alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya'i wal mursalin wa 'ala
alihi wasohbihi Rasulillahi ajma'in. Amma ba'du.

Apa khabar adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan rakan-rakan


Rapport semua? Semua sihat..? Alhamdulillah..Mudah-mudahan kita semua
Pembukaan sentiasa diberikan kesihatan dalam ketaatan kepada Allah swt..
Insyaallah..

Pada hari ini saya akan berkongsi sebuah tazkirah yang bertajuk,
Tajuk/ Tema
“Harmoni dalam Kepelbagaian”

Hadirin yang dirahmati Allah..


Kita hidup dalam dunia berwarna-warni yang dipenuhi dengan pelbagai
latar belakang, budaya, bahasa dan pandangan. Inilah yang menjadikan
kita unik dan kaya sebagai hamba Allah.

Menghormati kesaksamaan adalah mengiktiraf bahawa kita semua


mempunyai hak yang sama untuk hidup dengan maruah dan keadilan.
Allah SWT menciptakan kita sebagai makhluk-Nya adalah sama, dan hak
asasi manusia mengikat kita semua tanpa mengira perbezaan.

Namun, dalam kepelbagaian kita, ada keindahan yang patut diraikan.


Setiap budaya, bahasa dan pandangan membawa sesuatu yang
istimewa. Apabila kita meraikan perbezaan ini, kita juga meraikan
kepelbagaian yang Tuhan berikan kepada kita.

1
Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
Dalil 1
‫ال ُيؤِم ُن َأَح ُد ُك ْم َح َّتى ُيِح َّب َألِخ يِه َم ا ُيِح ُّب ِلَنْفِسِه‬
Sumber Dalil 1 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Maksudnya: Tidaklah beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia


Maksud Dalil 1
mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Hadirin sekalian,
Hadis ini menekankan kepentingan kasih sayang dan persaudaraan
Kupasan Dalil 1 antara semua manusia tanpa mengira latar belakang etnik, budaya
mahupun kaum. Cinta ini mesti merangkumi semua orang, seperti kita
mengasihi diri sendiri.

Saya mengajak rakan-rakan semua untuk sama-sama kita mengambil


ibrah daripada peristiwa Pembebasan Fathu Makkah yang berlaku pada
tahun ke-8 Hijriah. Peristiwa ini menunjukkan bagaimana Nabi
Muhammad SAW mengamalkan perpaduan dan bermaafan terhadap
pelbagai kaum di Mekah selepas penaklukan kota tersebut.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja memaafkan dan memerdekakan


Ibrah 1 hamba yang berasal dari kalangan orang Islam, tetapi juga dari kalangan
musuh Islam. Ini adalah contoh yang jelas tentang bagaimana beliau
mengamalkan integrasi dan pemaaf, dan membuka jalan kepada
keamanan dan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan orang.

Kisah Pembebasan Fathu Makkah mengajar kita tentang kepentingan


memaafkan dan menerima perbezaan untuk mencapai perpaduan yang
lebih besar dalam masyarakat.

Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:


Dalil 2
‫ۚ َيا َأُّيَها الَّناُس ِإَّنا َخ َلْقَناُك م ِّم ن َذ َك ٍر َو ُأنَثٰى َو َجَع ْلَناُك ْم ُش ُعوًبا َو َقَباِئَل ِلَتَع اَر ُفوا‬
Maksud Dalil 2 Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari

2
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-
mengenal.

Ayat ini mengajar kita kepentingan perpaduan dan saling mengenali


Kupasan Dalil 2 antara pelbagai suku dan bangsa supaya mereka boleh berinteraksi,
berkomunikasi dan berkenalan antara satu sama lain.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah..


Kisah Perjanjian Hudaibiyah adalah contoh jelas tentang kepentingan
perpaduan, diplomasi dan kesabaran dalam menghadapi konflik dan
cabaran dalam kehidupan.
Sirah / Fakta
Kisah Perjanjian Hudaibiyah mengajar kita tentang kepentingan
mempunyai matlamat jangka panjang, kesabaran, dan keupayaan untuk
mengatasi cabaran melalui diplomasi. Perjanjian ini membuka jalan
kepada keamanan, perpaduan, dan penyebaran Islam yang lebih luas.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian..


Saya ingin kongsikan satu inisiatif yang diamalkan di Negara kita iaitu
Rukun Tetangga di mana ia bertujuan untuk membina hubungan dan
kerjasama yang baik antara penduduk pelbagai latar belakang etnik yang

Kisah/ tinggal dalam satu kawasan perumahan. Mereka mengadakan mesyuarat

Tauladan/ Isu tetap, aktiviti sosial dan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan

Semasa dengan tempat mereka.

Melalui inisiatif ini, hubungan baik terjalin antara penduduk pelbagai


kaum. Mereka bukan sahaja saling menghormati perbezaan budaya dan
agama, tetapi juga menyokong satu sama lain bagi melindungi kawasan
mereka daripada ancaman luar.

Kefahaman
Hadirin sekalian..
tajuk
Marilah kita semua komited untuk menghargai persamaan dan meraikan
perbezaan. Kita boleh bermula dari sendiri, dan dari persekitaran kita
yang paling kecil, seperti keluarga dan rakan-rakan. Dalam tindakan

3
harian kita, marilah kita mencerminkan nilai-nilai ini melalui sikap saling
menghormati, bekerjasama dan menolak prasangka.

Kita hidup dalam dunia yang pelbagai, tetapi kita juga mempunyai ruang
bersama untuk hubungan yang harmoni. Dengan menghargai persamaan
dan meraikan perbezaan, kita boleh membina masyarakat inklusif, penuh
dengan belas kasihan dan persefahaman.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian..

Perbezaan bukanlah alasan untuk berpisah, sebaliknya adalah peluang


untuk belajar antara satu sama lain. Apabila kita membuka mata dan hati
untuk memahami pandangan orang lain, kita melangkah ke arah
Muhasabah/ pemahaman yang lebih mendalam tentang dunia yang kita diami.
Motivasi

Walau bagaimanapun, dalam meraikan perbezaan, kita juga mesti


memastikan bahawa perbezaan ini tidak menjadi punca konflik atau
diskriminasi. Saling menghormati dan memahami adalah kunci untuk
mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai.

Sama-sama kita ingat..


Tagline
Kita cari titik persamaan, namun kita raikan juga perbezaan..

Sekian sahaja dari saya..


Closing Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Jumpa lagi..

Anda mungkin juga menyukai