Anda di halaman 1dari 23

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

(PKES 3063)

Tugasan 2 : Pembentangan RPH

Oleh :

Vivianny Vinantius
(Pendidikan Awal Kanak-kanak)
Pendidikan Kesihatan Tahun 1

Kelas : 1 Amanah

Tema/Tajuk : Modul 1 : Pendidikan kesihatan reproduktif


dan sosial (Peers) : Penyakit

Tarikh : 15 / 8 / 2017 (Selasa)


Masa : 10.00 pg – 10.30 pg (30 minit)
Bilangan murid : 24 orang
Standard Kandungan : 7.1 Penyakit dan cara mencegah
serta mengurangkan faktor risiko
penyakit dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran: 7.1.1 Mengetahui maksud kuman
dan cara kuman merebak.
7.1.2 Mengetahui penyakit bawaan kuman

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sering dinasihatkan ibu bapa untuk


membasuh tangan sebelum makan bagi
mengelakkan kuman.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,


pelajar dapat:

1. Menyatakan definisi dan cara kuman merebak dengan jelas secara


individu serta berkumpulan
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 penyakit bawaan kuman secara
individu.
8. Lembaran 1. Model
kerja penyebaran
7. Laptop kuman

Sumber /
Bahan Bantu 2. Tisu
Mengajar : basah
6. LCD

3. Kad
4. Bola kecil gambar &
5. Tepung
manila kad
EMK :
1. Bahasa - Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
2. Sains dan Teknologi Maklumat - Penggunaan aplikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran.
3. Kemahiran berfikir - Mengaplikasi dan memperoleh
pengetahuan secara bertulis dan lisan.
4. Nilai murni - Bersikap jujur dalam penilaian pengetahuan,
mengubah tingkah laku selepas memperoleh kesedaran
atau pengetahuan.
Penilaian PdP: Lembaran kerja dan kerja berkumpulan.
PERMULAAN/ SET INDUKSI
(5 Minit)
“Aktiviti penceritaan berbantukan model penyebaran
kuman”
1. Guru meminta murid untuk meneka apa mesej yang cuba
disampaikan melalui aktiviti penceritaan tersebut.

2. Guru menyoal murid untuk merangsang penglibatan murid


seterusnya memberi gambaran akan topik pembelajaran.

Contoh soalan :
• Apa itu kuman ?

Cadangan jawapan :
• Kuman ialah makhluk yang sangat kecil dan halus.
Contoh gambar:

Sneezy (Model penyebaran kuman)

Cecair manik yang dipercik menggunakan model penyebaran


kuman.

3. Guru mengaitkan aktiviti dengan topik pembelajaran.


CATATAN

BBM :
• Model penyebaran kuman
• Tisu basah

Strategi PdP:
• Pengajaran berpusatkan bahan.

EMK :
• Bahasa
• Kemahiran berfikir.
PERKEMBANGAN
(20 Minit)
LANGKAH 1
(5 MINIT)
“MENEKANKAN SEMULA APA ITU KUMAN, CARA PENYEBARAN DAN
KESANNYA TERHADAP KESIHATAN”

1. Memberi pendedahan kepada murid mengenai cara dan kesan


penyebaran kuman

2. Menyatakan tiga cara penyebaran kuman iaitu:


- batuk
- bersin
- sentuhan

3. Menyatakan lima kesan penyebaran kuman iaitu:


- demam
- cirit birit
- muntah
Contoh gambar:

Kad manila yang ditampal dengan kad gambar mengenai


cara dan kesan penyebaran kuman
4. Bersoal jawab bagi mendapatkan kefahaman jelas.

Contoh soalan :
- Bagaimana kuman tersebar hingga menyebabkan cirit
birit?
- Bagaimana kuman boleh menyebabkan kita demam?
- Di manakah terdapatnya kuman?

5. Kesedaran dan sifat ingin tahu dapat dipupuk dalam


kalangan murid.
CATATAN
BBM :
• Kad manila
• gambar kad cara penyebaran kuman
• gambar kad penyakit bawaan kuman.

Strategi PdP:
• Pengajaran berpusatkan bahan.

EMK :
• Bahasa
• Kemahiran berfikir
• Nilai Murni.
LANGKAH 2
(5 MINIT)

1. Mewakilkan cara penyebaran kuman melalui


penggunaan tepung pada bola yang dipasingkan oleh
murid dalam kumpulan masing-masing.

2. Melaksanakan perbincangan dengan murid.

3. Menjelaskan bahawa kuman (tepung) boleh tersebar


daripada satu objek ke objek lain melalui sentuhan.

4. Memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid.


Contoh gambar:

Murid duduk dalam bulatan

Bola kecil Tepung


CATATAN

BBM :
• 6 biji bola kecil yang disaluti tepung.
• Tisu basah (tujuan membersihkan tangan)
Strategi PdP:
• Pembelajaran berkumpulan.
• Pengajaran berpusatkan murid.

EMK :
• Bahasa
• Kemahiran berfikir
• Nilai Murni
LANGKAH 3
(10 MINIT)
1. Menilai kefahaman murid terhadap pengajaran
yang dijalankan secara individu.

2. Membantu murid mengenal pasti tahap kefahaman


masing-masing melalui lembaran kerja.

3. Berbincang mengenai jawapan lembaran kerja yang


telah disiapkan oleh murid.

4. Melatih murid membuat penilaian kendiri.

5. Memupuk nilai kejujuran dalam kalangan murid.


CONTOH LEMBARAN KERJA
CATATAN

BBM:
• Lembaran Kerja

Strategi PdP:
• Pengajaran berpusatkan tugasan.

EMK :
• Bahasa
• Kemahiran berfikir
• Nilai Murni.
PENUTUP
(5 Minit)
“MEMBUAT RUMUSAN PENGAJARAN & PENERAPAN
NILAI MENERUSI LAGU BERKAITAN KUMAN”
1. Guru memaparkan video lagu bertajuk “Kuman-kuman”.

2. Murid menyanyi sambil menari mengikut rentak dan visual


yang dilihatnya melalui video tersebut.

3. Menyoal murid bagi mengimbas kembali cara kuman tersebar


dan kesannya terhadap kesihatan.

4. Membuat penegasan tentang kepentingan menjaga


kebersihan.
VIDEO LAGU
CATATAN

BBM:
• LCD
• Laptop.
Strategi PdP:
• Pengajaran berpusatkan bahan.
EMK:
• Bahasa, Kemahiran berfikir, Nilai Murni.

Anda mungkin juga menyukai