Anda di halaman 1dari 2

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

( MELAYU, CHINA DAN INDIA )

KELUARGA
KONSEP KELUARGA TRADISIONAL
Keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang
dihayati oleh Tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang
pada lazimnya adalah keluarga extended.
Dalam sesebuah keluarga tradisional wujud hierarki kuasa
yang menentukan kedudukan lelaki dan kedudukan kaum
perempuan dan menjadi warisan turun-temurun.
Menurut konfusianisme , kesetiaan dan pertalian yang erat
menjadi konsep keluarga yang paling penting.
Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan merupakan
penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
KONSEP KEKELUARGAAN DALAM PENGAJARAN
ISLAM
Agama Islam amat mementingkan kasih- sayang dan
hormat- menghormati.
Kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan
bukan menjadi persoalan utama.
Setiap individu dalam keluarga Islam harus menunaikan
tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih
saying dan hormat menghormati.
1

Syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi


manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan
akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri.

KONSEP KEKELUARGAAN DALAM TAMADUN CHINA

Dalam Tamadun China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga


pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius
menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3
perkara berikut:
i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.
ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.
iii. Peraturan perhubungan politik

Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu


kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak
setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

KONSEP KEKELUARGAAN DALAM TAMADUN INDIA

Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan


karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik.
Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk.

Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan


barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

Anda mungkin juga menyukai