Anda di halaman 1dari 8

KEAGAMAAN

Konsep kehidupan beragama merujuk perihal hidup yang mematuhi ajaran agama
dan meninggalkan larangan yang telah ditetapkan serta istiqamah dalam beribadat.

# Agama merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan novel


Saudagar dari Kuala Lumpur, bagaimanakah kehidupan beragama mampu menjadi
tonggak pembangunan diri anda? Bincangkan (25M)

Kehidupan beragama mampu menjadi tonggak pembangunan diri:

Mengerjakan Solat

-Lebai Maarup sentiasa mengerjakan solat berjemaah di surau bersama-sama Imam


Saad, Tuk Empat Dahlan dan beberapa orang kampung. Dia juga berusaha mengajak
masyarakat, khususnya golongan muda untuk bersama-sama berjemaah di surau.
Hal ini membuktikan bahawa agama dapat membentuk keperibadian insan.

Mewakafkan harta @ bersedekah

-Lebai Maarup ingin mewakafkan tanah pusaka milik keluarganya kepada syarikat
Perlombongan Lembah Tualang bagi membina surau untuk pekerja.Hal ini
menunjukkan bahawa Lebai Maarup ialah seorang yang ikhlas kerana dia boleh
mendapatkan sejumlah wang yang banyak jika menjual tanah tersebut. Jelaslah
bahawa agama dapat melahirkan insan yang sanggup berkorban

Menentang kemungkaran

-Lebai Maarup menentang rancangan pembinaan hotel di Jeram Medang kerana


bimbang perbuatan maksiat akan menular ke kampung dan merosakkan golongan
muda. Hal ini menunjukkan bahawa agama dapat menghalang seseorang daripada
melakukan maksiat dan bersubahat dalam perkara tersebut.

Berdakwah / bertanggungjawab mengembangkan agama islam


- Lebai Maarup mengajak masyarakat kampungnya mengamalkan ajaran islam dan
giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda kampung Tualang. Ramai
golongan muda yang datang ke surau untuk solat berjemaah.

Menuntut ilmu @ menyampaikan ilmu

-Haji Ismail menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai., Imam Saad dan
Pak Salim berguru kepadanya. Imam Saad kini menjadi imam dan mengajar anak-
anak mengaji al-Quran di Kampung Pulai untuk mengajarkan ilmu agama.

Patuh kepada hukum agama

-Pembahagian harta pusaka Datuk Idris dilakukan mengikut hukum faraid. Hal ini
juga, Peguam keluarga Datuk Indera dengan dibantu tuan Kadi wilayah Tualang
diamanahkan untuk membuat pembahagian harta pusaka Datuk Indera secara
faraid. Semua ahli keluarga Encik Muhammad dan orang kaya Datuk Indera Mahmud
mendapat bahagian masing-masing menikut faraid yang ditetapkan.

Aspek keagamaan

Bertaqwa.

- Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan
bermohon akan rahmatNYa. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab neraka.
Misalnya Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan Syarifah
Mu’Inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram.

Redha akan qada (ketetapan & keputusan Allah Taala. / baik hati/pemaaf

-Lebai Maarup redha dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang
kampung ke balai raya untuk menyatakan sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan
melakukan pembalasan terhadap orang-orang Mat Akil yang memukulnya.

Penyabar.
-Lebai Maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut
keadilan dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan sahaja, agar tidak ada
umpat mengumpat dan huru-hara dalam kampung

Kesyukuran.

-tanda berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolongan Allah. Misalnya Sudin
bersyukur kepada Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh Mat Akil. Hal
ini juga, Encik Muhammad bersyukur kerana Syarikat Perlombongan berjaya ditubuhkan.
Beliau bersembahyang tahajud dan berzikir kepada Allah. YB Mohd Yusuf dan Encik
Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan memindahkan penduduk ke FELDA
dilihat akan berjaya,

-Rahim, memanjatkan kesyukuran atas penerimaan Encik Muhammad dalam memberi


laluan bagi pembinaan surau di tanah yang diwakafkan oleh Lebai Maarup.

Pemurah

-Encik Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam meraikan
perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera. Sekali lagi dia menyumbangkan seekor
kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan pegawai FELDA di
masjid. Encik Muhammad juga mengumumkan untuk memberi saguhati kepada penduduk
yang tidak bertanah dan memberi mereka menumpang di tanah keluarganya, sekiranya
mereka mahu berpindah ke FELDA.

Amanah

-Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan menuntut ilmu dan


mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai
Maarup menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah.
Mengajar budak-budak mengaji al-Quran.

Taat dan patuh pada ajaran agama

-Misalnya mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Hal ini Lebai Maatrup, Imam Saad.,
Bilal Endut dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah
termasuklah solat subuh.
Pemurah.

-En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang
10 ribu ringgit untuk mengadakan jamuan bagi meraikan pelantikan Penghulu Mahmud
sebagai orang kaya Indera. Beliau juga mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin
dengan Gayah di rumahnya. Syed Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunagan
Mahani dengan Rahim.

-Imam Saad mewakafkan tanahnya di Kampung Pulai untuk dibina surau. Lebai Maarup juga
mahu mewakafkan tanahnya seluas 2 ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang
bagi pembinaan kompleks pekerja termasuklah pembinaan surau.

Keinsafan

-Sudin telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah.
Setelah 15 tahun dia kembali semula ke rumah ibubapanya kerana mula menyedari akan
kesilapan dan menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu dibantu

Baik hati

-EN Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin. YB Mohd Yusuf
juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang untuk
membantu penduduk yang miskin itu.
#Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas, bincangkan nilai-nilai
keagamaan dalam konteks pembangunan insan

Keagamaan merupakan salah satu ciri dalam pembangunan insan. Keagamaan adalah hal-hal
yang berkaitan dengan agama bukan sahaja soal perhubungan antara manusia dengan Tuhan,
malah merangkumi soal hubungan manusia dengan manusia.
Nilai keagamaan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur:

Keinsafan

-Apabila kita insaf akan kesilapan yang pernah dilakukan, sudah pasti hidupo kita akan terus
bergelumang dengan dosa. Jika sebaliknya, sudah pasti hidup akan berubah kearah yang lebih
baik. Contohnya Encik Muhammad telah insaf dan berubah dengan menghambakan diri kepada
Allah daripada kesilapannya yang lalu. Misalnya, beliau pernah menjalinkan hubungan mahram
dengan bekas setiausahanya iaitu Mary.

Kesyukuran

-Apabila kita bersyukur akan sesuatu nikmat yang kita miliki, sudah pasti kita dapat mendidik diri
untuk bersifat sederhana dan merendah diri. Jika kita tidak bersyukur akan nikmat yang
diperoleh, sudah pasti kita akan menjadi tamak haloba. Misalnya Encik Muhammad yang telah
berjaya mendapatkan kontrak mengeksport lada hitam daripada Syarikat Jerman telah membuat
jamuan kesyukuran dengan menjemput staf-staf syarikatnya.

Tawakal

-Apabila kita bertawakal kepada Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih terurus dan tidak hura-
hara. Misalnya Mahani bertawakal kepada Allah mengenai jodohnya. Mahani percaya bahawa
Allah merupakan sebaik-baik perancang dan dia berserah segalanya kepada-Nya.

Keredaan

-Apabila kita reda akan sesuatu ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan, hidup kita akan diberkati
Allah. Misalnya Sharifah Muinah reda akan ketentuan hidupnya yang dipaksa berkahwin dengan
Syed Aris yang merupakan suami kakaknya sendiri demi menjaga Mahani yang kehilangan ibu
sejak kecil. Oleh itu, jelaslah bahawa nilai keredaan amat penting untuk mencapai kebahagian
hidup.

Ketaatan kepada Tuhan.

-Apabila kita taat akan tperintah Tuhan, sudah pasti rasa kehambaan kepada Allah akan wujud
dalm diri kita. Jika sebaliknya, sudah pasti kita akan menjadi hamba yang sering lalai dalam
kehidupan beragama. Contohnya, Encik Muhammad sering melakukan solat tahajud di
rumahnya. Hal ini menunjukkan bahawa nilai ketaatan kepada Tuhan amat penting bagi
mengelakkan diri kita daripada ditimpa musibah balasan Tuhan.
Kesimpuannya,nilai keagamaan yang ditonjolakan oleh watak-watak dalam novel sememangnya
amat berguna kepada kita dalam meniti hari sebagai manusia yang beragama. Nilai-nilai yang
diterapakan dalam novel wajar dijadikan sebagai ikutan dan teladan oleh kita agar kehidupan
yang dirahmati oleh Allah.

#Agama merupakan kunci kejayaan kepada individu yang berwawasan. Bincangkan hal ini
dalam konteks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, Karya Keris Mas. (25)

Agama adalah kepercayaan, undang-undang, peraturan, pimpinan dan pelajaran buat


keselamatn dunia dan akhirat. Dalam Konteks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilai isalam dan
kehidupan beragama dijadikan tonggak pembangunan sahsiah. Konsep pembangunan insan
dalam islam merujuk pembangunan manusia yang berteraskan kepada amalan dan penghayatan
agama islam

Agama merupakan kunci kejayaan individu:

Lebai Maarup

Lebai Maarup dilihat sebagai watak yang paling kuat mengamalkan ajaran islam. Dia sering solat
berjemaah di surau yang menjadi tuntutan dalam islam. Hal ini, dia juga berjaya mengajak
golongan muda untuk solat berjemaah. Lebai Maarup turut menentang pembinaan hotel di
kampung Tualang kerana beranggapan bahawa pembinaan hotel boleh menggalakkan gejala
maksiat. Lebai Maarup turut mewakafkan tanah pusakanya untuk pembinaan surau dikawasan
lombong Encik Muhammad.

Imam Saad
Imam Saad merupakan seorang yang taat beragama. Dia merupakan imam di Pekan Tualang. Hal
ini, dia juga berwawasan dalam memajukan bidang agama di kampung dengan mengajar kanak-
kanak dan orang dewasa mengaji al-Quran. Orang islam wajib membaca al-Quran kerana al-
Quran merupakan sumber rujukan utama. Jika seorang muslim itu tidak boleh membaca al-
Quran, dia tidak boleh dianggap seorang islam yang sempurna.

Encik Muhammad

Encik Muhammad merupakan seorang tokoh yang berjaya berubah kerana agama. Kejayaan
memegang jawatan pengarah urusan di Syarikat milik Datuk Tan turut mengubah perjalanan
hidupnya. Dia menyuruh Mahani memanggilnya “pak cik” kerana tidak mahu peristiwa dia
dengan Mery berulang. Hal ini juga, Encik Muhammad selalu melakukan solat sunat5 tahajud dan
solat taubat. Pada mulanya, dia menentang usaha Lebai Maarup untuk mendirikan surau kepada
pekerjsa di lombongnya tetapi akhirnya dia mengubah fikiran. Hal ini menunjukkan bahawa
beliau telah mula melihat agama sebagai jalan hidupnya.

Rahim bin Muhammad

Rahim merupakan individu yang berpegang kepada agama. Sewaktubelajar dil London dalam
bidang kejuruteraan, dia terlinbat dalam gerakan dakwah dan islamiah sehingga
membimbangkan Encik Muhammad. Namun begitu, kebimbangan Encik Muhammad itu hilang
apabila Rahim berjaya dalam pelajarannya dan sanggup bekerja di Syarikat perlombongan
bapanya. Rahim turut menyokong cadangan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanahnya bagi
pembinaan surau di kawasan lombong bapanya.

Kesimpulannya, berdasarkan penilaian pada watak-watak tersebut jelaslah bahawa


asas pegangan agama yang baik mampu membentuk pembangunan insan yang
berwawasan. Diharapkan agar setiap individu dapat menjaga amalan agamanya
dengan baik supaya dapat membentuk diri menjadi insan yang berjaya di dunia dan
di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai

  • Pahang SOALAN KMK S1 2020
    Pahang SOALAN KMK S1 2020
    Dokumen5 halaman
    Pahang SOALAN KMK S1 2020
    ILIAS BIN SAMSUDIN Moe
    Belum ada peringkat
  • Nasionalisme SBDKL
    Nasionalisme SBDKL
    Dokumen3 halaman
    Nasionalisme SBDKL
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Cadangan Jawapan Soalan Bengkel Sabah
    Cadangan Jawapan Soalan Bengkel Sabah
    Dokumen12 halaman
    Cadangan Jawapan Soalan Bengkel Sabah
    ILIAS BIN SAMSUDIN Moe
    Belum ada peringkat
  • Jati Diri SBDKL
    Jati Diri SBDKL
    Dokumen5 halaman
    Jati Diri SBDKL
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Isnin
    Isnin
    Dokumen2 halaman
    Isnin
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Pendaftaran Kelas 20212022
    Pendaftaran Kelas 20212022
    Dokumen14 halaman
    Pendaftaran Kelas 20212022
    ILIAS BIN SAMSUDIN Moe
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Dnadnia
    Dnadnia
    Dokumen13 halaman
    Dnadnia
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • KMK
    KMK
    Dokumen4 halaman
    KMK
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Inopsis
    Inopsis
    Dokumen4 halaman
    Inopsis
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Sinopsis
    Sinopsis
    Dokumen4 halaman
    Sinopsis
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Jpam
    Jpam
    Dokumen5 halaman
    Jpam
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • 2.1 Manual Kerja Kursus 9105 2018
    2.1 Manual Kerja Kursus 9105 2018
    Dokumen31 halaman
    2.1 Manual Kerja Kursus 9105 2018
    Nurul Ovella Syahira
    Belum ada peringkat
  • Puntun
    Puntun
    Dokumen3 halaman
    Puntun
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Ini Tanah Kita
    Ini Tanah Kita
    Dokumen1 halaman
    Ini Tanah Kita
    teleponeme1215
    100% (1)
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Puntun
    Puntun
    Dokumen3 halaman
    Puntun
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Pbs
    Pbs
    Dokumen5 halaman
    Pbs
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Soalan
    Soalan
    Dokumen1 halaman
    Soalan
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • Ardhan Dan Saiful
    Ardhan Dan Saiful
    Dokumen12 halaman
    Ardhan Dan Saiful
    teleponeme1215
    Belum ada peringkat
  • RANCANGAN INSTRUKSIONAL - S&P Sem2 2016-2017.PJJ
    RANCANGAN INSTRUKSIONAL - S&P Sem2 2016-2017.PJJ
    Dokumen15 halaman
    RANCANGAN INSTRUKSIONAL - S&P Sem2 2016-2017.PJJ
    Ilias Samsudin
    Belum ada peringkat