Anda di halaman 1dari 13

ZAMAN REFORMATION

 Reformation merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad
ke-16.
 Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud"melaksanakan
perubahan atau pembaharuan
terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk
membentuk sesuatu yang baru".
 Gerakan Reformation ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Kritikan terhadap Gereja Katolik wujud sejak abad ke-10 Masihi lagi.

 Namun, tanpa sokongan Gereja, penentangan mereka itu tidak menimbulkan kesan
yang mendalam.

 Kritikan atau penentangan telah menimbulkan lagi apabila pihak Gereja


telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaanuntuk menjadikan
Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuatdi bahagian tengah Itali.
 Walaupun usaha Gereja ini semakin menghasilkan kejayaan, namun,
dalam proses tersebut banyak kepincangan, rasuah, dan penyelewengan telah
berlaku.
 Lantas, ramai ahli masyarakat telah mula mempersoalkan kedudukan dan amalan
Gereja Katolik.

 Meraka berpendapat cara hidup yang menjadi amalan golongan penguasa


Gereja Katolik tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam kitab Bible.
 Golongan penguasa Gereja dikatakan lebih cenderung mengamalkan gaya hidup
para pemerintah dan bengsawan.
 Ringkasnya, gaya hidup mereka dianggap tidak begitu mencerminkan kehidupan
keagamaan.
 Di samping itu terdapat unsur penyelewengan yang tidak desenangioleh banyak
pihak.
 Antara penyelewengan itu termasuklah penjualan sijil Indulgences, iaitu surat
pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.

Kegiatan penjualan sijil ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Sejauhmanakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan


lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah.
Pengenalan :
o Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana
semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab
musabab dan kaedah-kaedah saintifik
o Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebihterbuka, bertolak ansur,
menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan
perlembagaan.

1
o Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu,
Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah
memberikan idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik, ekonomi dan
sosial negara-negara Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.

Isi-isi :
Idea Politik :
o Montesqiueu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea kerajaan
yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
o Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif),
pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary).
o Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan
memiliki kebebasan.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Politik Eropah :


o Idea Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlaku
Revolusi Perancis pada 1789.
o Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan
( kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran
yang tidak adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala
aspek kehidupan ).
o Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria,
Peter the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan
pemerintahan yang adil dan gaksama.
o Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat.
o Frederick the Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam
dan mengadakan perKniamatan awam yang efisyen.
o Joseph II membebaskan serf yang terikat di bawah sistem feudal.
o Pada era ini pentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
o Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan,
gereja dan elit di bandar.
o Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa campurtangan
raja.

Idea Ekonomi :
o Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth of
the Nations”.
o Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem
Merkantilisme yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
o Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan
membiarkannya berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Ekonomi Eropah :


o Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli
perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan
India dimansuhkan pada 1813 dan dengan China pada 1833.
o Pemansuhan monopoli ini mernbuka peluanq perdagangan yang sama kepada
pedagang persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini.
o Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.

2
o England juga menjalankan dasar perdaganan yang lebih liberal, dengan
mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda
Akta Perkapalan pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan
penubuhan pelabunan-pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh
pengsiytiharan Singapura sebagai pelabuhan bebas pada 1819 dan Negeri-Negeri
Selat pada 1826.
o Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeteri dengan negara-
negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.

Idea Sosial :
o Pemikir utama ialah Jeremy Bentham yang mengemukakan idea utilitarianisme.
Pengikutnya dikenali sebagai utilitarian.
o Bentham percaya adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menjamin kebahagiaan
yang maksima kepada penduduk negara
o Oleh itu dasar kerajaan harus membahagiakan penduduk yang paling ramai dan
bukan satu kumpulan yang kecil/minoriti.
o Utilitarian juga berusaha untuk membebaskan individu daripada kongkongan adat dan
penindasan golongan bangsawan dan paderi.
o Seorang lagi pemikir yang telah mengemukakan idea yang mendahului zaman dalam
bidang sosial ialah Rousseau.
o Melalui novel “Emile” beliau mengemukakan pendidikan baru. Menurutnya kanak-
kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa
mengikuti pelajaran yang mereka tidak gemari.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Sosial Eropah :


o Idea Bentham telah mempengaruhi kerajaan England abad ke-19 dalam aneka
bidang.
o Antara bidang yang menerima reformasi Bentham ialah penjara ( hak asasi banduan
harus dijaga dan mereka dilayan secara kemanusiaan); pengesahan kesatuan
sekerja, undi sulit, reformasi kerajaan tempatan, hak mengundi untuk wanita,
rancangan perancang keluarga, kebebasan berucap, kebebasan akhbar dan
kenaikan pangkat berasaskan merit atau pencapaian.
o Idea Rousseau pula meninggalkan kesan dalam sistem pendidikan England,
Perancis dan Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih bersifat praktikal dan holistik.
Terdapat usaha untuk menjadikan pembelajaran lebih menyenangkan dan lebih
banyak kebebasan untuk pelajar.
o Kini telah wujud pengkhususan pelajaran dan perinqkat persekolahan untuk kanak-
kanak dan orang dewasa. Pendidikan dibahagikan kepada tiga tahap; tahap pertama
secara tidak rasmi untuk kanak–kanak antara umur 2-12 tahun; tahap kedua
berasaskan pemerhatian dan pengalaman untuk mereka yang berumur antara 13-15
tahun dan tahap akhir secara rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15 tahun
sehingga mendirikan rumahtangga.

Kesimpulan :
o Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah
mengemukakan banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap
politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
o Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi
politik dan pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas dan sosial,
negara yang mengutamakan hak asasi dan kebajikan masyarakat.

3
o 1.1 Masyarakat Feudal

1.1.1 Masyarakat Feudal England

Soalan 1: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di negara England


pada abad ke-16 hingga ke-17.

Pendahuluan

Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch
dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan
seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas
atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan
atasan.

kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun
lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi
kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri
daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah
petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf

4
Isi-Isi Penting:
1. Golongan Raja
Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603).
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam
masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-raja
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi
politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah
meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah
pemerintahan raja.
Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam
Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen.
Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-
16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak
dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk
menjalankan pemerintahan.

Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk
mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang
menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan
pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga
menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal
berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi
popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

2. Golongan Bangsawan atau Baron

Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan
ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron
dan vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan
bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan
mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani
atau serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh
golongan bangsawan. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan
dikenakan cukai ke atas tanah memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan
knight sebagai tentera kepada raja.

Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan


mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan,
mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam
sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya
adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya.
Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan.

Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga
tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam
golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut
telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang

5
memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di
seluruh England. Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan
raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana
mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir dan membayar gaji
bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.

3. Golongan Knight

Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi
tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang
diminta oleh raja. Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran
seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk
melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah
yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk
berperang pada bila-bila masa.

Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan
tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat
kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di
tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan
tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada
kawasannya.

Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja
telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang
pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik
dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi
mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam
telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat
dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.

4. Golongan Rakyat biasa

Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah
dan Berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk
tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk
keperluan harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah
dan keperluan lain.

Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor
(institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani
merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung.
Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di
England. Pada abad ke- 16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan
terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf

6
kini bebas daripada man tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan,
kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

5. Golongan Paderi

Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar
terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12
dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.

Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja
menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan
material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).

Penutup

Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri
daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan
knight dan rakyat biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang
ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.

Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan
berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara
golongan pemerintah dengan golongan bawahan.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan


penjelajahan pada abad ke 15 dan 16.
Pengenalan :
o Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan
menghadapi.
o Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat
atau daerah.
o Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani
dan Rom.
o Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi
penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan
(glory) dan keagamaan (gospel).
o
Isi :
Gerakan Renaissance :
o gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri
humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.

7
o Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya
dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.

Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :


o Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan
dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme
dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.
o Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar
ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut
keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

Menyebarkan agama Kristian :


o Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan
agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama
dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan
Amerika.
o Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang
dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan
keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :


o Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-
ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam
dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut
pada harga yang tinggi.
o Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol
mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga
yang murah. Mereka juga mahu
o Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Perang Salib :
o Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan
dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan
mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.
o Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai
perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Perlumbaan diantara negara-negara bangsa :


o Pertugis ,Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing
diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan
pasaran baru bagi barang-barang mereka.
Kemajuan dalam teknologi pelayaran :
o Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke
seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua
Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.
o Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.

Pengetahuan tentang dunia luar :


o Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi,
India dan Cina mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.

8
o Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara
tentang India dan Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi
mengelilingi dunia.

Kesimpulan :
o Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti
penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.
o Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang
laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar
perdagangan.

1)LATAR BELAKANG REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI


EROPAH

Revolusi bermaksud suatu perubahan besar yang berlaku mendadak dan menyeluruh dari
segi politik,social atau ekonomi.Selain itu,terdapat dua jenis revolusi di Eropah iaitu yang
pertama Revolusi Pertanian dan yang kedua Revolusi Perindustrian.Terdapat
beberapa contoh revolusi seperti,revolusi politik.Berlaku apabila satu kebangkitan
menukarkan system pemerintahan.Seperti system colonial kepada pemerintahan
peribumi.Revolusi boleh berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara
berterusan.Selain itu,revolusi tidak berlaku secara mendadak malah berperingkat-
peringkat.Revolusi pertanian berlaku akibat pengeluaran makanan secara besar-
besaran.Lebihan pengeluaran makanan dijadikan sebagai bahan dagangan.Revolusi
pertanian berperanan menyediakan asas bagi Revolusi perindustrian.

2)CIRI-CIRI,FAKTOR DAN KESAN PERKEMBANGAN

i)REVOLUSI PERTANIAN

Revolusi pertanian telah meningkatkan ekonomi Eropah. factor berlakunya


revolusi Antaranya,perubahan dalam system penggunaan tanah.Yang kedua
terdapat perubahan dalam system pemilikan tanah.Terdapat juga penggunaan kaedah atau
teknik saintifik dalam pertanian.Kaedah ataupun teknik ini adalah seperti penanaman
efisien,penggunaan peralatan baru dan penggunaan baja.Kaedah pemasaran produk
pertanian dengan melakukan penanaman secara besar-besaran.Tuan tanah juga
memanfaatkan tanah awam iaitu dengan membenarkan rakyat memanfaatkan tanah
tersebut bertujuan untuk pengeluaran secara besar-besaran.Terdapat juga system
penanaman secara berladang di mana terdapat kawasan yang lebih luas untuk penanaman
secara besar-besaran.Kegiatan pertanian sepatutnya dijalankan secara besar-besaran bagi
memaksimumkan keuntungan.

9
Dari segi factor perkembangan revolusi pertanian adalah disebabkan kemajuan
teknologi ketika itu.Kaedah penanaman yang digunakan adalah secara
bergilir.Ia bermaksud tanah tersebut digunakan secara berterusan sepanjang
tahun.Walaupun terdapat perubahan musim, tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan
kentang.Selain itu,dari peralatan terdapat alat menggali untuk menggali lubang yang lebih
besar serta alat menugal.Kesannya,penanaman bijih benih dapat dilakukan secara
serentak cara penanaman hasil pertanian dapat dipertingkatkan,penggunaan baja asli
secara meluas membantu meningkatkan kesuburan tanah.Kaedah pemasaran produk
pertanian dilakukan apabila terdapat lebihan hasil pertanian tersebut.

Kesan ,pertanian telah menjadi punca ekonomi Negara.Penanaman bijiran seperti gandum
dan jagung pilihan utama dalam bidang pertanian.Apabila hasil pertanian ini mencukupi
untuk keperluan harian,lebihan produk akan dieksport. revolusi pertanian adalah bidang
yang dapat menyediakan makanan yang mencukupi.Maka,peladang besar menjadi
pedagang antarabangsa.Kegiatan Revolusi perindustrian iaitu pembuatan telah
menggatikan pertanian.Kesannya,ramai rakyat menjadi buruh industry.Kemudian,kedudukan
tuan tanah diambil alih oleh pemilik kilang.

ii)REVOLUSI PERINDUSTRIAN

peralihan industry desa kepada perkilangan.Perindustrian ini telah menghasilkan produk


secara kecil-kecilan. ciptaan mesin baru dihasilkan secara besar-besaran mengubah kepada
perkilangan.mesin dapat mengeluarkan barangan secara berterusan.Lebihan produk yang
dihasilkan telah diperdagangkan secara komersial. skala pengeluaran bertambah
besar .Penggunaan mesin berkuasa wap yang digunakan untuk memacu bot telah
menggantikan tenaga manusia Para pedagang telah mendapat keuntungan daripada aktiviti
tersebut dan keuntungan tersebut digunakan untuk mempertingkatkan aktiviti pengeluaran
dan perdagangan.pelbagai mesin telah direka melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi
dan saintis.John Newcomen telah mencipta mesin enjin berkuasa wap hasil pembakaran
arang batu .penciptaan kereta api dan kapal laut.James Watt memperbaik lagi enjin
berkuasa wap cipataan John Newcomen yang dapat mengeluarkan tenaga lebih
efisien.Flying Shuttle mesin dalam industry tekstil rekaan John Kay bertujuan untuk
mempercepatkan kerja menenun kain.

Oleh itu,tercipta mesin pemintal benang Spinning Jenny dan Water Frame membantu
pekerja memintal benang dengan lebih banyak lebihan produk perindustrian
diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan
dimaksimumkan.Britain penggendali perdagangan antarabangsa . Menjadi Negara penjajah
utama kerana memerlukan lebih banyak bahan mentah.,British menjadi kuasa maritime
yang ulung.Sistem pengangkutan telah dipertingkatkan oleh Britain bagi melakukan aktiviti
mengeksport modal ke seberang laut.Perubahan system domestic berlaku dengan
penciptaan kereta api.Maka,lebih banyak gerabak dapat mengangkut barangan dan juga
pekerja kilang. golongan buruh dan majikan.Hal ini kerana,golongan buruh yangt tidak
mendapata layanan atau pembelaan sewajarnya.Pekerja bawahan pula tidak dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan ini.Majikan pula ketika itu tidak semuanya bertimbang

10
rasa.Mereka terpengaruh pada falsafah dan system ekonomi bebas di mana tiada campur
tangan kerajaan.

3)JELASKAN ASPEK SUMBANGAN REVOLUSI PERTANIAN TERHADAP


PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH.

.Modal yang disediakan oleh peladang kain antara penyumbang kepada Revolusi
Perindustrian.Para pleading yang kaya hasil daripada pertanian telah melabur lebihan modal
mereka dalam perindutrian. sikap peladang yang sanggup mengambil risiko walaupun tidak
menjanjikan pulangan dalam bidang perindustrian. menyediakan bahan makanan untuk
menampung keperluan pekerja kilang yang semakin meningkat,Britain tidak bergantung
kepada pengimportan bahan makanan dari luar.Dana yang diselamatan dapat dilaburkan
dalam sector industry. dana ini,dapat mebantu lagi pertumbuhan dan perkembangan
industry. dibantu dengan rekaan dalam bidang sains dan teknologi.Semangat dan kegiatan
keusahawanan yang dijalankan member banyak sumbangan kepada revolusi ini.semangat
inovatif dan kreativiti peladang

Kesan Revolusi Pertanian dan Perindustrian

Revolusi pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan yang


besar kepada masyarakatEropah terutamanya di Britain sendiri. Kemajuan yang pesat
dalam bidang pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi
negara. Kemajuan dalam bidang perindustrian pula telah memperlihatkan peningkatan
perdagangan antarabangsa, kemajuan dan perubahan yang besar dalam bidang
pengangkutan, di samping memperlihatkan kemunculan golongan buruh dan majikan serta
perkembangan Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya.

Peningkatan perdagangan antarabangsa

Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian dan juga Revolusi Perindustrian tidak
dapat dipasarkan semuanya di dalam negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah
diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
Britain dapat mengendalikan aktivti perdagangan antarabangsa ini dengan agak mudah
kerana negara ini merupakan negara penjajah yangutama serta kuasa maritim yang ulung
pada abad ke-18 dan ke-19.

11
Perdagangan antarabangsa mempunyai dua komponen yang penting dan saling
melengkap, iaitu eksport dan import.

 Dalam pada itu pula, bagi membolehkan industri Britain berkembang maju, negara ini
memerlukan bahan mentah yang banyak danberterusan.
 Bagi menampung keperluan perdagangan import-eksport ini, sistem
pengangkutan dalam negara dan antarabangsa
perlu dipertingkatkandan diperkembangkan.
 Selain itu, Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untukkegiatan ekonomi.
 Pada masa yang sama sumbangan sektor pertanian berkurangan.

Pengangkutan

Pada penigkat awal, pengangkutan domesik di Britain bergantung pada kereta kuda dan
juga baj.

 Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan raya telah dibaiki dari
masa ke masa.
 Oleh sebab baj juga digunakan, maka, kilang-kilang awal di Britain juga terdapat
berhampiran dengan sungai dan sistem perairan atau terusan.
 Walau bagaimanapun, perubahan besar dalam sistem pengangkutan
domestikberlaku dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak tersebut
boleh dipacudengan laju dan enjin itu juga boleh menarik lebih banyak gerabak bagi
mengangkut barangan dan juga pekerja kilang.

 Pada mulanya, rel kerata api diperbuat daripada kayu, kemudian daripadabesi dan
selepas itu daripada keluli.
 Para pemodal yang berwawasan telah melabur dalam sektor ini dan akhirnya
mendapat keuntungan yang besar.
 Kejayaan sektor ini juga mencerminkan kepada kita peri perlunya kombinasi
antara ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang
pelaburan modal.
 Sekiranya sistem pengangkutan darat telah merevolusikan oleh kemunculan kereta
api, sistem pengangkutan laut pula telah direvolusikan oleh kemunculan dan
penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
 Revolusi pengangkutan yang dicerminkan oleh kereta api dan kapal berkuasa wap.
 Revolusi ini membuktikan dengan jelasnya betapa luas dan
dinamiknya kesan rekaan enjin berkuasa wap.
 Kita telah melihat bagaimana kegiatan pertanian telah dikomersialkan.
Kegiatan ekonomi pada masa itu ialah penanaman
bijiran sepertigandum, rye, jagung dan sebagainya.
 Lebihan produk pertanian yang dihasilkan telah dieksport dan ini membolehkan para
peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.

12
 Revolusi Pertanian juga telah menyediakan makanan yang cukup dantenaga
buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian.

Jelaslah, pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada masa
Apabila Revolusi Perindustrian tercetus, beberapa kesan atauperubahan lain telah berlaku
dalam bidang sosial dan ekonomi.

 Dengan Revolusi Perindustrian, kegiatan pembuatan dan pengilangan telah


mula manggantikan kegiatan pertanian sebagaibidang utama ekonomi negara.
 Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh
industri berbanding sebagai buruh pertanian.
 Jadi, perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai
lapisan masyarakat Britain.
 Seiring dengan perubahan ekonomi ini terdapat juga perubahan sosial.
 Misalnya, kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama masyarakat telah diganti
oleh para pengusaha dan pemilik kilang. Pengkhususan pengeluaran.

Tekstil

 Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi.


 Oleh itu, untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkankegiatan industri
mereka dalam terlalu banyak bidang.
 Ini telah mendorong mereka untuk menjurus atau mengkhusus dalamsatu
bidang sahaja, misalnya, bidang tekstil.
 Seterusnya, pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri
kerana para majikan dan pekerja menjadi kian mahirdalam bidang yang dipilih dan
dapat menimba pengalaman untukmembaiki prestasi masin-masing dalam bidang
tersebut.
 Hasil daripada usaha membaiki prestsi ini, kuantiti dan kualiti barang
dapat dipertingkatkan.
 Apabila kuantiti produk industri dapat dipertingkaka, maka, produk tersebut telah
dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar
negara.
 Inilah yang telah berlaku pada zaman Revolusi Perindustrian di Britain.

13

Anda mungkin juga menyukai