Anda di halaman 1dari 4

PENGLIBATAN UNITED

KINGDOM DARI ASPEK POLITIK


DAN EKONOMI DALAM
KOMANWEL
Pendahuluan :
Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan
salah satu organisasi yang penting.
Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1 950-an, kebanyakan bekas
tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai
kernerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel. Negara-negara ini
Yang mempunyai latar belakang sejarah Yang sama melalui pengalaman
dijajah Oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada
berbentuk republik. monarki. atau menerima monarki British. united
Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.
Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri

United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya


ke arah berkerajaan sendiri Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak
dipaksa untUk menyertai berkerajaanKomanwel dan keahliannya dalam
Komanwel sendiri adalah bebas, iaitu boleh menarik diri daripada
Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar dan Republik
Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949. Negara-negara
anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan
ahli – ahli untuk kepentingan bersama . Semasa persidangan
perhubungan komanwel.
Pengekalan legasi monarkinya
Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan
legasi monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada
Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kernerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk
menjadi ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang
berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut
mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih
kurang 1 6 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara.

Anda mungkin juga menyukai