Anda di halaman 1dari 15

JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

RUBRIK PENSKORAN KERTAS SEJARAH 940

DIMENSI DAN 18 - 20 14 – 17 10 – 13 6–9 0-5


KRITERIA
AMAT CEMERLANG BAIK LEMAH AMAT
CEMERLANG LEMAH

PENGETAHUAN 8 6-7 4-5 2-3 1-2


DAN
KEFAHAMAN

Fakta Penguasaan Penguasaan Menguasai subjek Hanya Tiada


subjek soalan luas subjek soalan soalan, tetapi mengetahui pengetahuan
Huraian dan mendalam. agak luas tetapi keluasan dan subjek soalan subjek soalan.
kurang kedalamannya secara kabur
Contoh mendalam. terbatas.
Bukti/sokongan/
Menyediakan Menyediakan Maklumat utama, Maklumat utama Gagal
pendapat maklumat utama, maklumat utama, bukti sokongan bukti sokongan menyediakan
bukti sokongan bukti sokongan dan pendetailan sangat terhad dan maklumat utama
dan pendetailan dan pendetailan terbatas, hanya tidak mendasar, dan bukti
memadai, agak memadai, sebahagiannya ada yang kurang sokongan. Hanya
majority tepat, majoritinya tepat, tepat, relevan, tepat, kurang membuat
relevan dan relevan dan menyumbang relevan, dan tidak kenyataan umum,
membantu membantu kepada membantu calon banyak tidak
menjawab soalan menjawab soalan kedalaman menjawab soalan tepat dan relevan.
secara mendalam. secara mendalam. jawapan. secara Gagal sediakan
memuaskan. maklumat yang
diperlukan bagi
menjawab soalan.

Kesilapan fakta Kesilapan fakta Kesilapan fakta Kesilapan agak Kesalahan amat
amat minimum, minimum, tidak kurang ketara, ketara, sehingga ketara, dan
sama sekali tidak mecacatkan tetapi agak banyak kecacatan mencacatkan
mencacatkan ketepatan mencacatkan dari segi ketepatan
ketepatan keseluruhan ketepatan ketepatan keseluruhan
jawapan. jawapan jawapan. jawapan jawapan

TAAKULAN 6 5 3-4 2-3 0-2

Membuat ulasan Membina hujah Membina hujahan Pembinaan Hujahan teras Tiada hujahan
melebihi biasa secara logikal teras merujuk hujahan teras tidak jelas dan teras, kenyataan
(analitik) merujuk kepada kehendak merujuk secara hanya merujuk kabur dan tidak
sepenuhnya kpd soalan. longgar kepada secara longgar jelas.
Memenuhi tugasan kehendak soalan. kehendak soalan. kepada soalan.
soalan (penegasan)
Idea yang Kupasan Kupasan idea yg Kupasan idea Tidak merujuk
Kesimpulan setiap dikembangkan menggunakan dikembangkan hanya kepada kehendak
isi sebagai respon beberapa contoh, berdasarkan bukti berdasarkan soalan.
terhadap soalan, fakta dan terbatas, tapi sedikit bukti Kupasan idea
Bukti yang kupasan isu pendetailan yang hujahan agak menyebabkan yang

1
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

relevan/kaitan disandarkan kpd menyumbang koheren hujahan kurang dikembangkan


banyak cth, fakta, kepada taakulan koheren tidak didasarkan
Nilai/ pengajaran detail, releven. yang mantap bukti.

Penaakulan Eviden dalam Sebahagian kecil Ada eviden yang Tiada eviden yang
mantap hujahan eviden kurang releven tetapi relevan dalam
Hujah amat kebanyakannya relevan kebanyakannya hujahan
releven dan logic relevan lemah

KOMUNIKASI 6 5 3-4 2-3 0-2

Mempunyai binaan Susunan idea Susunan idea Susunan idea Susunan idea Sususnan idea
esei lengkap amat logikal, logical, agak secara deskriptif, kurang logical, tidak logical, tidak
(Pendahuluan, isi analitikal, teratur analitikal dan kurang logical, sangat deskriptif tersusun lari dari
dan penutup) dan sesuai tersusun sesuai tetapi tersusun dan tidak kehendak soalan.
kehendak soalan kehendak soalan. dan tidak lari dari tersusun tetapi
Gaya bahasa dan kehendak soalan. tidak lari dengan
wacana tatabahasa . kehendak soalan.
sesuai
Penyampaian idea Penyampaian idea Penyampaian idea Penyampaian idea Idea disampaikan
Ayat teratur amat jelas dan jelas dan licin, kurang jelas dan kabur, ada menyimpang,
licin menerusi tetapi ada melompat, pengulangan dan dipenuhi
Pendekatan mudah ayat dan kesilapan ayat kesilapan ayat kesilapan ayat kesilapan ayat
difahami tatabahasa yang dan tatabahasa dan tatabahasa dan tatabahasa dan tatabahasa.
kemas. yang minimum. agak ketara. ketara.
Fokus kepada
perbincangan Idea-idea utama Idea utama dalam Idea utama dalam Idea utama dalam Perenggan tiada
dalam perenggan perenggan perenggan perenggan banyak idea utama hanya
Penyampaian idea terangkai secara terangkai secara bertalian, tetapi yang tidak kenyataan umum
dan isi olahan bertalian bertalian sebahagiannya bertalian dan yang tidak
difahami membentuk idea membentuk idea kurang berkaitan kurang membantu terangkai dan
keseluruhan yang keseluruhan yang membentuk idea pembentukan binaan idea
padu. kemas. keseluruhan yang idea keseluruhan keseluruhan tidak
agak teratur. secara lancar. teratur.

Wacana terfokus Wacana terfokus Wacana kurang Wacana tidak Wacana tidak
menunjukkan menunjukkan terfokus banyak terfokus terfokus menu
kefahaman kefahaman menunjukkan menunjukkan jukkan ketiadaan
mendalam terhdp terhdp kefahaman tidak kefahaman kefahaman
pengetahuan dan pengetahuan dan sepenuhnya rendah terhadap terhadap
kehendak soalan. kehendak soalan. terhadap pengetahuan dan pengetahuan dan
pengetahuan dan kehendak soalan. kehendak soalan.
kehendak soalan.
Mensintesis idea
keseluruhan Sintesis idea Sintesis idea Sintesis idea Sintesis idea
secara jitu keseluruhan agak keseluruhan keseluruhan keseluruhan
sehingga rumusan jitu sehingga kurang jitu longgar sehingga sangat longgar
dan kesimpulan rumusan dan menyebabkan rumusan dan sehingga rumusan
amat padu kesimpulan agak rumusan dan kesimpulan tidak dan kesimpulan
padu. kesimpulan jelas, tidak relevan.
longgar.

2
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

BAHAGIAN A SEJARAH MALAYSIA

1. BINCANGKAN SISTEM EKONOMI KOMERSIL YANG DIJALANKAN OLEH


MASYARAKAT MELAYU PADA ABAD KE 19.

A. Pengenalan.

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British bersifat berbagai dengan sara
diri di hampir semua negeri Melayu, separa sara diri di Kedah, pertanian komersil di Negeri-
Negeri Selat dan Johor di samping perdagangan. Sistem ekonomi komersil merujuk kepada
pertanian, perlombongan dan perdagangan. Ekonomi komersil berkembang pesat selepas campur
tangan British.

B. Isi-isi.

1. Pertanian komersil

1.1 Padi

- Penanaman padi dijalankan secara sara diri di hampir semua negeri. Hanya terdapat beberapa
buah negeri menghasilkan lebihan. Contohnya di Kedah dengan pembukaaan Terusan Wan
Ahmad Saman pada tahun 1895. Kedah telah menjadi pengeluar padi sawah yang utama di
Tanah Melayu.

- Kedah menghasil lebihan padi dan dieksport ke Pulau Pinang. Di Kedah dan Perlis pula
terdapat pengeluaran padi yang bukan sahaja bersifat separa- sara diri sebelum tahun 1909,
malah lebih kepada bersifat komersial. Padi dari negeri utara ini mendapat pasaran baik di Pulau
Pinang. Di Kedah, semua tanah pada teorinya dipunyai oleh raja dengan rakyat boleh
mengerjakan tanah ini. Namun, petani tidak terikat dengan tanah dan boleh pula bergerak
mencari pelindung/pembesar yang kurang menindas. Tanah juga boleh dijual beli, sementara
petani Melayu pula memasuki jaringan pemegang pajak atas berbagai sebab termasuk kewangan.

- Kelantan 1837 mengeksport padi ke Singapura, Pattani, dan Selangor sehingga pertengahan
abad ke 19 mempunyai bekalan yang banyak, contohnya di Selangor semasa pemerintahan
Sultan Muhammad.

2.Tanaman lain

2.1 Tebu

– penanaman komersil bermula di Seberang Prai dengan pembabitan modal orang Eropah dan
orang Cina. Tebu memjadi tanaman utama yang memberi sumbangan penting kepada ekonomi
Pulau Pinang yang merosot selepas pembukaan Singapura.

- sektor tebu berkembang sehingga abad ke 19 dari Seberang Prai diluaskan ke Krian di Perak.

3
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

2.2 Lada hitam dan gambir

- Di Johor pula terdapat Sistem Kangcu atau Surat Sungai dengan Temenggong memberikan
hak bertani kepada taukeh-taukeh Singapura dan ketua kongsi gelap Cina sejak tahun 1840an
bagi menggalakkan perladangan gambir di selatan dan barat Johor. Temenggong pula
mengenakan berbagai cukai ke atas orang-orang Cina ini seperti cukai candu, arak dan judi sama
seperti yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn di Siam. Ringkasnya, pertumbuhan pesat
ekonomi Johor dibantu oleh eksploitasi buruh dan peranan besar kongsi gelap.

2.3 Ubi kayu, Pinang, Kelapa, dan Buah-buahan

- dimonopoli oleh orang-orang Cina di pendalaman Sungai Muar. Melaka yang mula merosot
sebagai sebuah pelabuhan menjadi pusat pertanian yang penting pada tahun 1860an apabila
orang Cina mula menanam ubi kayu. Dan seterusnya meluaskan kawasan penanaman
berhampiran dengan Negeri Sembilan.

- Pinang, kelapa dan buah-buahan diusahakan oleh pendatang Indonesia dan hasil keluaran ke
Singapura.

2.4 Kopi

- Perkembangan pertanian mulai pesat 1880an, apabial semakin banyak modal orang eropah
dilaburkan di semenanjung untuk memajukan pertanian perladangan. Ramai peladang dari
Ceylon datang kerana mempunyai pengalaman luas dengan tanaman kopi. Sebahagian estet
dibuka seperti di Krian, Perak dan Klang Selangor. Sehingga penghujung abad ke 19, harga kopi
dipasaran dunia dapat memberikan keuntungan yang memuaskan kepada peladang dan semakin
ramai peladang membuka kebun kecil untuk mengusahakan kopi.

3. Hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual bagi mendapatkan wang
bagi membeli garam, kain dan juga beras. Bagi Johor, hasil getah perca ini amat menguntungkan
Temenggung Johor.

4. Di Kedah juga terdapat Sistem Pajak (ampun kurnia) yang diberikan oleh sultan kepada
taukeh-taukeh dari Pulau Pinang yang merangkumi beras, arak, candu, judi dan padi. Ampun
Kurnia juga diberikan kepada para pembesar negeri dan juga kerabat diraja seperti hak
mengutip cukai pasar di sesebuah pekan kecil.

5. Terdapat perlombongan bijih di negeri-negeri Melayu yang diusahakan oleh pembesar


Melayu dengan menggunakan buruh Cina sehingga kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih
timah menjadi rebutan para pembesar Melayu seperti yang berlaku di Selangor. Terdapat juga
perkongsian pembesar Melayu dengan taukeh Cina untuk memajukan sektor perlombongan
seperti Raja Jumaat – Chee Yam Chuan di Lukut ataupun Ngah Ibrahim di Larut dengan
kongsi gelap Cina. Namun lombong-lombong ini kemudiannya menjadi rebutan kongsi gelap
Cina seperti yang berlaku di Perak (Larut) dan Selangor.

4
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

6. Perdagangan

6.1 Perdagangan antara bangsa

-dikendalikan oleh golongan pemerintah dan saudagar-saudagar. Berpusat di Melaka, Pulau


Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas awal 1820an. Di sini juga orang-orang
Melayu terdedah dengan lebih besar kepada rentak pasaran kapitalis termasuk barangan
pengguna dari Eropah. Barangan dari Eropah dan India ialah kapas, lilin dan lain-lain.

6.2 Perdangangan dalaman

- wujud di antara kawasan pantai dan pedalaman, tanah pamah dengan tanah tinggi, dan barat
dengan timur. Sungai menjadi jalan perhubungan utama, contonya perdangangan antara Pahang
dan Melaka melalui Sungai Bera, Sungai Serting, Sungai Jempol dan Sungai Muar.

- Import utama pantai barat ialah bijih timah dari Sungai Linggi dan Sungai Ujong. Selain itu,
negeri pedalaman Melaka mengeluarkan madu lebah, gading gajah, kulit haiwan dan rotan.
Eksport utama pantai timur ialah debu emas, bijih timah, lada hitam, sutera dan kain kapas.

C. Kesimpulan.

- Bagi Negeri-Negeri Melayu, sistem ekonominya mirip kepada sara diri atau dalam kes Perlis
dan Kedah, separa sara diri. Namun begitu kegiatan perdagangan dan perlombongan berjalan
dengan rancaknya yang melibatkan juga pembesar-pembesar Melayu yang berkongsi dengan
peniaga-peniaga Cina.

- Ekonomi komersil berkembang dengan pesat setelah campur tangan British pada suku akhir
abad ke 19 setelah pemodal Eropah menguasai ekonomi Tanah Melayu. Orang-orang Melayu
mewarisi ekonomi sara diri dan penguasaan golongan bangsawan seperti raja dan pembesar
dalam ekonomi turut diketepikan.

5
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

2. PERBEZAAN FUNGSI EKONOMI TELAH MENJADI FAKTOR UTAMA YANG


MENDORONG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU
PADA AWAL ABAD KE-20. SEJAUH MANAKAH PERNYATAAN DI ATAS BENAR.

A. Pengenalan.

- Pada awal abad ke – 20, masyarakat majmuk muncul di Tanah Melayu akibat perkembangan
ekonomi British. Penghijrahan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu telah mewujudkan
tiga kumpulan masyarakat di Tanah Melayu. Orang Melayu merupakan penduduk peribumi di
Tanah Melayu. Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk didefinisikan sebagai satu kelompok
masyarakat di mana tidak wujud interaksi atau perhubungan dalam kalangan kaum.

- Perbezaan fungsi ekonomi sememangnya telah menjadi faktor utama yang telah mendorong
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Namun begitu,
terdapat banyak faktor lain telah mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu.

B. Isi-isi.

a. Perbezaan fungsi ekonomi.

- Faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah


perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi.
Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
mereka.

- Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang terlibat dalam
bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan
ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di
pelabuhan. Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai
petani dan nelayan.

- Perbezaan dalam fungsi ekonomi telah memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut dan secara
tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk.

Faktor LAIN pembentukan masyarakat majmuk.

b. Perbezaan petempatan

- British ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional kerana tidak mahu
masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar. British berasa bimbang jika pendedahan
kepada pengaruh luar akan melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu. Oleh itu,
orang Melayu kekal tinggal di kampung-kampung untuk mengekalkan status qou.

- British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing dan penghijrahan golongan buruh dari
negara China dan India yang terlibat dalam ekonomi moden. Masyarakat Cina ditempatkan di
kawasan lombong yang akhirnya berkembang menjadi bandar-bandar.

6
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Kebanyakkan orang India pula ditempatkan dan tinggal menetap diladang-ladang atau estet dan
segelintir tinggal di bandar. British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam
kalangan tiga kaum di Tanah Melayu pada masa itu.

c. Perbezaan bahasa.

- Masyarakat majmuk juga wujud apabila ketiga – tiga kaum mengamalkan bahasa yang
berbeza. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertumpu di kawasan perlombongan bijih
timah di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban. Mereka hidup berkelompok dalam puak
masing – masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak Cina juga tidak erat kerana mempunyai
dialek yang berbeza.

- Orang India pula terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil, Telegu,
Punjabi dan sebagainya. Setiap kelompok ini menggunakan bahasa masing – masing, maka
pergaulan antara mereka juga tidak erat .

- perbezaan semakin jelas apabila orang Cina, India dan Melayu bertutur dalam bahasa masing-
masing iaitu bahasa Melayu, bahasa Tamil, Cina dan Inggeris.

d. Perbezaan pengamalan budaya

-Setiap kumpulan masyarakat hidup secara berasingan. Mereka terus mengekalkan budaya
masing – masing seperti pakaian, adat resam, makanan, tradisi dan perayaan.

e. Sistem pendidikan.

- Setiap masyarakat juga mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Sistem pendidikan
tersebut mengukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu.

- Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu mendapat pendidikan berdasarkan agama Islam di
sekolah – sekolah pondok. British juga menubuhkan sekolah – sekolah Melayu. Sistem
pendidikan tempatan kurang berkualiti. Masyarakat tempatan hanya diajar membaca, menulis
dan mengira.

- Pendidikan orang Cina pula berasaskan negara China dan menggunakan bahasa pengantar
bahasa Cina. Guru – guru, sukatan pelajaran dan buku – buku digunakan juga dibawa dari
negara China.

- Orang India pula menubuhkan sekolah – sekolah Tamil di ladang – ladang untuk memberikan
pengetahuan asas kepada orang India. Mata pelajaran yang diajar juga berdasarkan negara India.

f. Perbezaan agama.

- Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk ialah perbezaan agama.
Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing. Masyarakat
Melayu yang beragama Islam membina surau dan masjid.

- Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di ladang – ladang untuk beribadat
dan menjalankan upacara keagamaan.

7
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan menyembah nenek moyang pula
membina tokong dan pagoda mereka di bandar. Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan
persatuan masing – masing untuk menjaga kepentingan sendiri. Penubuhan persatuan –
persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah
Melayu.

C. Kesimpulan.

- Tuntasnya, selain perbezaan fungsi ekonomi terdapat banyak faktor yang telah mendorong
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Pembentukan
masyarakat majmuk yang wujud telah melebarkan jurang perbezaan kaum di Malaysia.
Perubahan hanya berlaku selepas kemerdekaan apabila kerajaan mementingkan perpaduan
kaum bagi menjamin kedudukan politik dan ekonomi serta mengelakkan tragedi 13 Mei dari
berulang.

3. JELASKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI


MALAYSIA SELEPAS 1957.

A. Pengenalan

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan
Malayan Union pada 1 April 1946. Butir-butir perlembagaan Malayan Union mendapat
tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi berparlimen berdasarkan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

B. Isi-Isi:

Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen

1. Yang Dipertuan Agong


- Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan
perlembagaan di Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia, ketua negara ialah
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja
berperlembagaan.
- Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Mengikut undang-undang parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih) dan
badan kehakiman.
- Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan
Rakyat.
- Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada di negara-negara lain ialah Yang di-
Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu.
- Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

8
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah
dan Sarawak.
- Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan darurat.

2. Badan Legislatif/Parlimen

2.1 Dewan Negara


- Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang
yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
- Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih
oleh Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama
ada dia akan dilantik dan dipilih semula.

2.2 Dewan Rakyat


- Dewan Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
- Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-
undang.

3. Badan Eksekutif
- Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
- Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.
- Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri
- Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana
Menteri dan menteri-menteri lain sebagai ahli.
- Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian,
jabatan, dan badan berkanun diwujudkan.
- Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai
Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.

4. Badan Kehakiman
- Mahkamah merupakan badan bebas yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara yang dilantik
oleh Yang Dipertuan Agong.
- Terdiri daripada Mahkamah Agung atau Persekutuan, Mahkamah Tinggi Mahkamah
Rendah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai
bidang kuasa masing-masing dalam menjalankan kuatkuasa undang-undang sama ada kes
sivil dan kes jenayah.

C. Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957
hingga tahun 2000 adalah melalui proses demokrasi. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk
kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang digunakan ditentukan oleh perlembagaan. Jelaslah
doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan mesti dipatuhi supaya tidal berlaku
penyalah gunaan kuasa.

9
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA

4. BINCANGKAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI INDONESIA SEBELUM


KEDATANGAN KUASA BARAT.

A. Pengenalan.

- Sebelum kedatangan Belanda masyarakat di Indonesia boleh dibahagikan kepada dua golongan
iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja/sultan,
anak-anak raja, bangsawan, pembesar, priyayi dan pemimpin agama.

- Manakala golongan diperintah ialah rakyat biasa kebanyakannya adalah petani serta hamba
merupakan lapisan yang paling bawah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung
jawabnya yang tersendiri.

B. Isi-isi.

Golongan Pemerintah.

1. Raja/Sultan.

- Raja/Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial masyarakat Indonesia.
Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa. Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi
pelindung masyarakatnya.

- Sultan juga berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga
dianggap istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat. Sultan dianggap Khalifah Allah
dan pemimpin bagi umat Islam.

2. Kerabat Diraja.

- Kerabat diraja membantu raja/sultan dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami
kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara
keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai
tanah dan perdagangan maritim. Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri
yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan.

- Golongan ini dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di Jawa,
raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan
pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagi mengikut darjat keturunan
masing-masing yang mempunyai status dan prestij tersendiri dalam masyarakat.

3. Pembesar/Uleebalang/Priyayi.

- Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada kerabat diraja dan
bukan kerabat diraja. Di Jawa, golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara
sultan dan rakyat. Hubungan antara keduanya amat rapat.

10
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi
kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Golongan
ini juga berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan (bupati). Sementara di Acheh,
kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.

- Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di
Indonesia terutamanya di Acheh. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang
belakang pemerintahan dan pertahanan.

4. Ulama

- Di Acheh, ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan
tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi rujukan
masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

Golongan Diperintah.

1. Rakyat.

- Rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan
perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan pedagang. Golongan rakyat khususnya
petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

- Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi
khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan
menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat dalam peperangan.

- Rakyat yang kebanyakan petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah.
Petani merupakan majoriti dalam masyarakat menjadi tunjang kegiatan ekonomi di Indonesia
yang merupakan sebuah negara agraria.

2. Hamba.

Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan tanah.
Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang- piutang.

C. Kesimpulan.

- Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan
tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka. Selepas penjajahan Belanda, susun
lapis masyarakat di Indonesia mulai berubah.

- Kedudukan dan kuasa tradisi golongan bupati mulai merosot kerana mereka digantikan oleh
pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan barat. Golongan priyayi dan pembesar
tempatan dibayar gaji. Sultan juga kehilangan kuasa memerintah.

11
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

5. HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN MYANMAR


SELEPAS ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

A. Pengenalan.

Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan
Jepun di tangan Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan
nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan. Pada 4 Januari 1948,
Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British. Pencapaian kemerdekaan
Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata.

B. Isi-isi.

Langkah-langkah ke arah kemerdekaan.

1. Pembentukan kerajaan baharu

- Setelah kekalahan Jepun, Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada
golongan Karen, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis
daripada pengaruh komunis dalam menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar.

- Pada peringkat awal Sir Hubert Rance telah mecadangkan agar LPRAF diberikan perwakilan
minoriti dalam Dewan Eksekutif. Namun cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF
seterusnya mereka melancarkan satu mogok kebangsaan.

- Mogok kebangsaan ini diadakan bertujuan memaksa British tunduk kepada tuntutan Myanmar.
Sir Hubert Rance akhirnya terpaksa mengadakan rundingan dengan Aung San . Hasil rundingan
ini LPRAF diberikan perwakilan yang lebih dalam Dewan Eksekutif iaitu sebanyak 6 daripada 9
kerusi. Kemudian kerajaan baharu dibentuk dengan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Perjanjian Atlee-Aung San 1946

Pada bulan Disember 1946, pihak British menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu
rombongan kemerdekaan ke England. Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San ditandatangani.
Antara isu yang dibincangkan ialah;

i. Pilihanraya umum akan diadakan empat bulan selepas Perjanjian Atlee-Aung San.
ii. Kabinet Aung San diakui British sebagai kerajaan sementara menjelang pilihanraya
kebangsaan.
iii. British akan menyokong penyertaan Myanmar dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
iv. Sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
v. British akan melantik seorang Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
vi. .Negeri-negeri kecil di sempadan bebas memilih sama ada ingin bergabung dengan
Myanmar atau sebaliknya.

12
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Dengan Perjanjian Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan.
Semua ahli rombongan kecuali U Saw dan Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis melancarkan
mogok serta memusnahkan landasan keretapi.

3. Pilihan raya Umum 1947

- Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947 yang sejajar dengan Perjanjian Atlee-
Aung San. LPRAF telah berjaya mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya ini.
Kejayaan ini membolehkan LPRAF membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan
perlembagaannya sendiri.

4. Perlembagaan baharu.

- LPRAF telah bersiap sedia untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan
merdeka. Pada Mei 1947, Thakin Mya telah merangka draf perlembagaan untuk Perhimpunan
Perlembagaan. Thakin U Nu telah dilantik sebagai Presiden. Pemimpin utama Myanmar, Aung
San dibunuh oleh orang upahan U Saw. Dengan ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga.
Dengan beberapa orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu
meneruskan usaha menggubal perlembagaan baru Myanmar.

5. Pencapaian kemerdekaan.

- Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu bertolak ke London dan menandatangani Rang
Undang-Undang Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada
Presiden Kesatuan Myanmar. Seterusnya pada 4 Januari 1948 Myanmar telah mencapai
kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British dengan U Nu dilantik sebagai Perdana Menteri
manakala Sao Shwe Thaik dilantik sebagai Presiden.

C. Kesimpulan.

Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa golongan yang dianggap “tuan di Burma” ini
telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kesedaran kebangsaan Burma, sehinggalah
kemerdekaan penuh Burma pada tahun 1948. R.J Cornish berpendapat golongan Thakin adalah
“convert nationalist sentiment into a major political force”

13
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

6. NILAIKAN SUMBANGAN PRESIDEN MACAPAGAL KEPADA PEMBENTUKAN


NEGARA BANGSA FILIPINA ANTARA TAHUN 1961 HINGGA 1965.

A. Pengenalan

- Presiden Diosdado Macapagal Pangan merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965).
Beliau dilahirkan pada 28 September 1910 di Lubao, Pampanga dan meninggal dunia pada
21 April 1997 akibat kegagalan jantung, paru-paru, dan komplikasi buah pinggang di Makati
Medical Center. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapa
beliau bernama Urbano Macapagal dan ibunya Romana Pangan. Beliau dikenali sebagai
‘budak miskin’ dari Lubao, Pampanga dan menggunakan nama samaran ‘Tidak Rasuah’.

- Macapagal mendapat pendidikan awal di Elementary School Lubao dan memperoleh


kelulusan valedictorian pada tahun 1925 serta lulus dengan kelas kedua tinggi di Sekolah
Tinggi Pampanga pada tahun 1929. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of
Santo Tohias dalam jurusan undang-undang dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1936.
Setelah itu, beliau mengajar dan memperoleh Ijazah Sarjana Doktor Undang-undang Sivil
dan Ph.D. Ekonomi di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian, Macapagal menjadi
peguam, menjadi ahli Kongres, menjadi ahli Dewan Rakyat pada tahun 1948, beliau
berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di Washington, D.C. Beliau juga
merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
sebanyak tiga kali.

B. Isi-isi.

Sumbangan Macapagal.

1. Aspek Politik
- Presiden Macapagal telah memainkan peranannya dalam pembentukan MAPHILINDO.
Melalui MAPHILINDO, Filipina telah menjalin hubungan yang lebih rapat dengan negara
jiran seperti Malaysia dan Indonesia. MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang
dicadangkan dan ia merupakan pencapaian yang penting sebagai pembuka jalan untuk
mewujudkan Persatuàn Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). MAPHILINDO telah
digambarkan sebagai persatuan serantau yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama
dalam semangat persaudaraan.
- Presiden Macapagal telah memfailkan tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara)
sebagai sebahagian dari wilayah Filipina kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada
Sultan Sulu oleh Sultan Brunei. Tuntutan ini telah dikemukakan oleh Macapagal pada 22 Jun
1962. Presiden Macapagal juga telah memujuk Kongres agar rnenghantar tentera ke Vietnam
Selatan pada akhir tahun 1965. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah disekat oleh
pembangkang yang dipimpin oleh Presiden Senat, iaitu Ferdinand Marcos.

2. Aspek Ekonomi
- Macapagal telah memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang tanah negara,
menghapuskan kawalan pertukaran mata wang asing, mengawal keuntungan yang keluar,
dan memperkenalkan kawalan harga serta mengurangkan pengangguran. Tujuannya ialah
untuk menyekat rasuah, meningkatkan pengeluaran makanan, dan melaksanakan
sosioekonomi yang berani. Namun, tujuan beliau banyak dihalang oleh Kongras Filipina
yang dikuasai oleh parti saingan beliau, iaitu Parti Nasional.

14
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3

- Beliau juga telah memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963. Melalui
kanun ini, beliau telah melakukan pemansuhan penyewaan dan program reformasi tanah
sebagai usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran. Beliau menandatangani
pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963, bertujuan untuk menghapuskan perhambaan
terhadap penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.
Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.
- Beliau juga telah menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan peso
Filipina diapungkan di pasaran pertukaran mata wang percuma. Pada 21 Januari 1962,
selepas bekerja selama 20 jam berturut-turut akhirnya Presiden Macapagal berjaya
menandatangani dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan pertukaran dan
mengembalikan negara kepada perusahaan bebas.
- Presiden Macapagal juga mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha
untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama
semasa pentadbirannya. Kerajaan telah memberi bantuan dengan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah
kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.
- Presiden Macapagal juga memperkenalkan program sosioekonomi yang berlandaskan
‘kembali kepada perusahaan bebas dan swasta’ akan meletakkan pembangunan ekonomi
Filipina di tangan usahawan swasta dengan campur tangan kerajaan yang minimum. Oleh
itu, Undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan telah diwujudkan untuk memecahkan
monopoli oleh perniagaan asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina.
- Presiden Macapagal turut memperkenalkan program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun
yang bertujuan untuk pemulihan segera kestabilan ekonomi; membela nasib golongan rakyat
biasa; dan mewujudkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Dengan itu, beliau
telah berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan KDNK tahunan
purata pada 5.15% bagi tahun 1962-1965.

3. Aspek Sosial
- Presiden Macapagal juga telah menukar tarikh kemerdekaan Filipina dari 4 Julai kepada 12
Jun. Ini kerana 4 Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada
rakyat Filipina sedangkan 12 Jun ialah tarikh Filipina mengisytiharkan kemerdekaan mereka
sendiri daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898. Pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal
telah menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai cuti
umum khas untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan daripada Sepanyol, iaitu pada
12 Jun 1898. Walaupun pada 12 Jun 1898, Filipina belum lagi bebas sepenuhnya kerana
kemudian dijajah pula oleh Amerika Syarikat yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol,
tetapi bagi rakyat Filipina mereka sudah mendapat kemerdekaan.
- Presiden Macapagal juga telah memulakan penggunaan bahasa Filipina dalam semua urusan
rasmi kerajaan, kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan dokumen lain yang masih
diteruskan sehingga kini. Beliau juga menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka
sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara cara komunikasi dan untuk semua
dokumen.

C. Kesimpulan.
Kesimpulannya, Presiden Macapagal telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membentuk
Negara bangsa Filipina sepanjang pemerintahannya menerusi dasar pembangunan ekonomi,
sosial dan politik. Sumbangannya yang besar telah berjaya membentuk jati diri rakyat Filipina
melalui penggunaan bahasa Filipina sebagai bahasa rasmi dan menukar tarikh tarikh
kemerdekaan Filipina.

15

Anda mungkin juga menyukai