Anda di halaman 1dari 23

SULIT* SKEMA SET 1

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/3 STPM 2017
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 3
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2017

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SEJARAH PENGGAL 1 DAN 3 SEJARAH PENGGAL 2

940/1 DAN 940/3 940/2

60 - 80 = A 55 - 60 = A
55 - 59 = A- 50 - 54 = A-
50 - 54 = B+ 45 - 49 = B+
45 - 49 = B 40 - 44 = B
40 - 44 = B- 35 - 39 = B-
35 - 39 = C+ 30 - 34 = C+
30 - 34 = C 25 - 29 = C
25 - 29 = C- 20 - 24 = C-
20 - 24 = D+ 15 - 19 = D+
16 - 19 = D 10 - 14 = D
10 - 15 = F 00 - 09 = F
00 - 09 = F
RUBRIK PENSKORAN KERTAS SEJARAH 940
DIMENSI DAN 18 - 20 14 – 17 10 – 13 6–9 0-5
KRITERIA AMAT CEMERLANG CEMERLANG BAIK LEMAH AMAT LEMAH
PENGETAHUAN DAN 8 6-7 4-5 2-3 1-2
KEFAHAMAN
 Fakta Penguasaan subjek Penguasaan subjek Menguasai subjek Hanya mengetahui Tiada pengetahuan
 Huraian soalan luas dan soalan agak luas soalan, tetapi subjek soalan subjek soalan.
 Contoh mendalam. tetapi kurang keluasan dan secara kabur
 Bukti/ mendalam. kedalamannya Gagal menyediakan
sokongan/ Menyediakan terbatas. Maklumat utama maklumat utama dan
pendapat maklumat utama, Menyediakan bukti sokongan bukti sokongan.
bukti sokongan dan maklumat utama, Maklumat utama, sangat terhad dan Hanya membuat
pendetailan bukti sokongan dan bukti sokongan dan tidak mendasar, kenyataan umum,
memadai, majority pendetailan agak pendetailan ada yang kurang banyak tidak tepat,
tepat, relevan dan memadai, terbatas, hanya tepat, kurang tidak relevan dan
membantu majoritinya tepat, sebahagiannya relevan, dan tidak gagal menyediakan
menjawab soalan relevan dan tepat, relevan, membantu calon maklumat yang
secara mendalam. membantu menyumbang menjawab soalan diperlukan bagi
menjawab soalan kepada kedalaman secara memuaskan. menjawab soalan.
Kesilapan fakta secara mendalam. jawapan.
amat minimum, Kesilapan agak Kesalahan amat
sama sekali tidak Kesilapan fakta Kesilapan fakta ketara, sehingga ketara, dan
mencacatkan minimum, tidak kurang ketara, banyak kecacatan mencacatkan
ketepatan jawapan. mecacatkan tetapi agak dari segi ketepatan ketepatan
ketepatan mencacatkan jawapan keseluruhan jawapan
keseluruhan ketepatan jawapan.
jawapan

TAAKULAN 6 5 3-4 2-3 0-2

 Membuat Membina hujah Membina hujahan Pembinaan hujahan Hujahan teras tidak Tiada hujahan teras,
ulasan secara logikal teras merujuk teras merujuk jelas dan hanya kenyataan kabur dan
melebihi merujuk kepada kehendak secara longgar merujuk secara tidak jelas.
biasa sepenuhnya kepada soalan. kepada kehendak longgar kepada
(analitik) kehendak soalan. soalan. soalan. Tidak merujuk
 Memenuhi Kupasan kepada kehendak
tugasan Idea yang menggunakan Kupasan idea yang Kupasan idea hanya soalan.
soalan dikembangkan beberapa contoh, dikembangkan berdasarkan sedikit
(penegasan) sebagai respon fakta dan berdasarkan bukti bukti menyebabkan Kupasan idea yang
 Kesimpulan terhadap soalan, pendetailan yang terbatas, tapi hujahan kurang dikembangkan tidak
setiap isi kupasan isu menyumbang hujahan agak koheren didasarkan bukti.
 Bukti yang disandarkan kepada taakulan koheren
relevan/kait kepada banyak yang mantap Sebahagian kecil Ada eviden yang Tiada eviden yang
an contoh, fakta, eviden kurang releven tetapi relevan dalam
 Nilai/ detail, releven. Ediden dalam relevan kebanyakannya hujahan
pengajaran hujahan lemah
Penaakulan mantap kebanyakannya
relevan
Hujah amat releven
dan logic
KOMUNIKASI 6 5 3-4 2-3 0-2

 Mempunyai Susunan idea amat Susunan idea Susunan idea Susunan idea Sususnan idea tidak
binaan esei logikal, analitikal, logical, agak secara deskriptif, kurang logical, logical, tidak
lengkap teratur dan sesuai analitikal dan kurang logical, sangat deskriptif tersusun lari dari
(Pendahuluan, isi kehendak soalan. tersusun sesuai tetapi tersusun dan dan tidak tersusun kehendak soalan.
dan penutup) Penyampaian idea kehendak soalan. tidak lari dari tetapi tidak lari
 Gaya bahasa dan amat jelas dan licin Penyampaian idea kehendak soalan. dengan kehendak Idea disampaikan
wacana menerusi ayat dan jelas dan licin, soalan. menyimpang,
tatabahasa tatabahasa yang tetapi ada Penyampaian idea dipenuhi kesilapan
sesuai kemas. kesilapan ayat dan kurang jelas dan Penyampaian idea ayat dan tatabahasa.
 Ayat teratur tatabahasa yang melompat, kabur, ada
 Pendekatan Idea-idea utama minimum. kesilapan ayat dan pengulangan dan Perenggan tiada idea
mudah difahami dalam perenggan tatabahasa agak kesilapan ayat dan utama hanya
 Fokus kepada terangkai secara Idea utama dalam ketara. tatabahasa ketara. kenyataan umum
perbincangan bertalian perenggan yang tidak terangkai
 Penyampaian membentuk idea terangkai secara Idea utama dalam Idea utama dalam dan binaan idea
idea dan isi keseluruhan yang bertalian perenggan perenggan banyak keseluruhan tidak
olahan difahami padu. membentuk idea bertalian, tetapi yang tidak bertalian teratur.
keseluruhan yang sebahagiannya dan kurang
Wacana terfokus kemas. kurang berkaitan membantu Wacana tidak
menunjukkan membentuk idea pembentukan idea terfokus menu
kefahaman Wacana terfokus keseluruhan yang keseluruhan secara jukkan ketiadaan
mendalam menunjukkan agak teratur. lancar. kefahaman terhadap
terhadap kefahaman pengetahuan dan
pengetahuan dan terhadap Wacana kurang Wacana tidak kehendak soalan.
kehendak soalan. pengetahuan dan terfokus banyak terfokus
kehendak soalan. menunjukkan menunjukkan Sintesis idea
Mensintesis idea kefahaman tidak kefahaman rendah keseluruhan sangat
keseluruhan secara Sintesis idea sepenuhnya terhadap longgar sehingga
jitu sehingga keseluruhan agak terhadap pengetahuan dan rumusan dan
rumusan dan jitu sehingga pengetahuan dan kehendak soalan. kesimpulan tidak
kesimpulan amat rumusan dan kehendak soalan. relevan.
padu kesimpulan agak Sintesis idea
padu. Sintesis idea keseluruhan
keseluruhan kurang longgar sehingga
jitu menyebabkan rumusan dan
rumusan dan kesimpulan tidak
kesimpulan longgar jelas,

SOALAN 1
Pengaruh adat tempatan menonjol dalam Undang-Undang 99 Perak berbanding
pengaruh Islam. Buktikan pernyataan ini.

A. PENGENALAN

1. Undang- undang tertua di negeri Perak yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak
pada abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut .
2. Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yang
dilakukan oleh masyarakat pada masa itu.
3. Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur Islam dalam
Undang-undang 99 Perak.
4. Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perak
merangkumi aspek pemerintahan, jenayah, pembahagian harta, penzinaan dan
perkahwinan.

B. ISI

a) Pemerintahan

1. Undang- undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbanding


unsur Islam
2. Fasal 77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan di
warisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada , takhta tersebut akan
diwarisi oleh anak gahara yang kecil.
3. Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada pengaruh adat
kerana mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep
musyawarah
4. Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripada
Islam
5. Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu .

b) Jenayah

1. Undang – undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada


unsur islam.
2. Situasi ini jelas dapat dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam
mengikut fasal 23 dimana orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain
tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir
3. Hukuman ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukum
Islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh
juga.
4. Contohnya, seorang pembunuh akan dikenakan denda empat tahil dua paha emas ,
atau dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.
5. Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan kes pembunuhan
dalam kalangan masyarakat Islam dengan adanya denda yang dikenakan .

c) Pembahagian harta

1. Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta.
Mengikuti fasal 33 iaitu mengenai pembahagian harta, dimana pembahagian harta
kepada orang yang baharu meninggal dikenakan syarat – syarat tertentu.
2. Dalam hal ini, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan
peralatan dapur manakala anak lelaki pula diberikan alatan senjata besi, sawah padi
dan lombong.
3. Pembahagian harta dalam undang – undang Perak menjelaskan bahawa anak
lelaki mendapat dua kali lebih daripada anak perempuan.
4. Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil
5. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak
lain.
6. Pembahagian harta dengan syarat- syarat dan secara adil menjamin keharmonian
hidup masyarakat Melayu.

d) Penzinaan

1. Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut fasal 50 yang
menyentuh tentang hal-hal berkaitan penzinaan.
2. Mengikut undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yang
dilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas
perlu dilaksanakan dengan segera.
3. Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebih
kepada adat tempatan daripada unsur Islam
4. Jika didapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan
atau dimaafkan.
5. Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akan
dikenakan hukuman sebat 100 kali rotan .
6. Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaan
dapat dibendung pada masa itu .

e) Perkahwinan

1. Mengikut fasal 65, undang – undang Perak memperuntukkan bahawa pasangan


yang baharu berkahwin tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari di
atas alasan untuk menjaga keimanan masing – masing.
2. Namun begikut, keadaan ini berbeza dengan syariat Islam dimana selepas akad
nikah dilangsungkan atau disahkan maka secara automatiknya suami isteri boleh
tinggal bersama .
3. Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung perbuatan khalwat sekaligus
suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke – 19 dapat
diwujudkan
C. KESIMPULAN

1. Hukuman yang terdapat dalam undang - undang 99 Perak lebih memperlihatkan


adat tempatan daripada unsur – unsur Islam .
2. Undang – undang ini berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam
masyarakat Melayu .

SOALAN 2
Dasar kolonial British merupakan faktor utama melahirkan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bincangkan.

A. PENGENALAN

1. Masyarakat majmuk boleh didefinisikan sebagai sebuah masyarakat pelbagai bangsa


yang tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi mengamalkan cara hidup
masing-masing.

2. Masyarakat majmuk yang ada di Tanah Melayu terdiri daripada tiga kaum yang utama
iaitu Melayu,Cina dan India yang mempunyai budaya,agama,dan adap resam yang
tersendiri

3. Interaksi dikalangan mereka amat kurang dan hubungan dikalangan mereka hanya
terbatas kepada perkara-perkara ekonomi dalam jual beli.

4. Kemunculan masyarakat majmuk ini bukan sahaja disebabkan oleh faktor dasar
kolonial British sahaja,tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain.

B. ISI

a) Dasar Kolonial British

1. British mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam aspek ekonomi dan
sosial.Pengasingan Kaum adalah penting untuk memudahkan pentadbiran tiap-tiap
kaum yang ditadbirkan melalui Ketua Kaum masing-masing.

2. British ingin menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

3. Mereka membiarkan orang Melayu terus terlibat dalam pertanian,manakala bangsa


asing melibatkan diri dalam ekonomi moden.

4. British juga tidak mengalakkan sebarang usaha asimilasi dikalangan kaum utama
ini.Dasar ini telah menggangu proses perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di
Tanah Melayu.

5. Setiap kaum mempunyai rasa curiga dan syak wasangka terhadap kejujuran kaum
lain.

b) Kedatangan golongan imigran

1. Kerajaan British telah mengalakkan kemasukan pelabur asing yang terdiri daripada
bangsa Eropah secara beramai-ramai Orang Cina dan India untuk membuka ladang
getah dan mengusahakan perlombongan bijih timah secara besar-besaran.
2. Penemuan lombong bijih timah oleh Long Jaafar di larut pada tahun 1848
menyebabkan kemasukan masyarakat Cina secara besar-besaran di Tanah Melayu.

3. Kerajaan British tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan
datang ke Tanah Melayu tanpa had hingga tahun 1929.

4. Proses penghijrahan masuk secara beramai-ramai orang India pula bermula awal abad
ke 20. Ketika itu tanaman getah mula diusahakan secara perladangan oleh syarikat
Eropah. Selain sebagai buruh, ada juga imigran yang datang sebagai askar sepoi,
pedagang atau peniaga dan kerani.

5. Bagi mengalakkan kedatangan orang India,Kerajaan Inggeris telah menyediakan


bantuan 1887- 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi menampung kos perjalanan
buruh India menggunakan kapal stim

c) Kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza

1. Setiap kaum bergiat dalam ekonomi tertentu.Orang Melayu dalam bidang pertanian
sara hidup kekal di kampung sebagai petani. Kawasan pendalaman dan pinggir-
pinggir sungai sebagai nelayan dan pemungut hasil hutan.

2. Orang Cina tinggal dikawasan bandar-bandar utama seperti Seremban ,Ipoh dan
Kuala Lumpur untuk menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial
terutamanya perlombongan bijih timah dan perdagangan.

3. Orang India pula tinggal di ladang-ladang getah dan bandar-bandar utama. Mereka
bekerja sebagai penoreh getah, bekerja di pejabat,ataupun pelabuhan .

4. Taraf hidup ketiga-tiga kaum turut berbeza.Berbanding dengan orang Melayu dan
India, didapati bahawa orang Cina mencapai taraf hidup yang lebih baik.Mereka
menikmati segala kemudahan dan kemajuan yang disediakan oleh Inggeris.

5. Taraf hidup orang Melayu masih rendah. Kebanyakan mereka masih mundur dan
terpinggir kerana kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh British tidak
melibatkan kawasan pendalaman.

d) Sistem Pendidikan

1. Penubuhan sekolah venarkular dan ketiadaan satu sistem pendidikan kebangsaan


mengukuhkan lagi sifat masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2 Sekolah yang didirikan pada masa itu hanyalah memenuhi keperluan kaum masing-
masing baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulumnya.

3. Bagi orang Melayu, sistem pendidikan mereka berasaskan pengetahuan Islam dan
tertumpu di kawasan luar bandar. Sekolah aliran Melayu hanya diwujudkan oleh
British menjelang tahun 1920-an.Walau bagaimanapun ia kurang mendapat sambutan
dari kaum Melayu.
4. Orang Cina membuka sekolah mereka sendiri dikawasan bandar dan kawasan
perlombongan. Sekolah mereka menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
Sukatan pelajarannya berorientasikan negara China. Malah buku teks dan gurunya
juga dari negara China

5. Orang India membuka sekolah di ladang getah. Sekolah Tamil mempunyai ciri-ciri
persamaan dengan sekolah Cina .

6. Ini menyebabkan kedua-dua komuniti menumpukan taat setia mereka kepada negara
asal mereka.

e) Adat dan kebudayaan

1. Kaum Melayu, Cina dan India mengamalkan cara hidup dan budaya yang berbeza.

2. Orang Cina dan India terus mengamalkan budaya mereka seperti cara berpakaian dan
kebudayaan

3 Amalan budaya dan kegiatan berdasarkan kepentingan kaum masing-masing hanya


terdapat di tempat mereka.

4. Ini menyebabkan masyarakat Cina, India dan Melayu hidup sebagai sebuah
masyarakat yang tersendiri.

f) Perbezaan Agama

1. Agama yang berbeza telah memisahkan ketiga-tiga kaum ini.

2. Orang Melayu menganuti agama Islam, orang Cina beragama Buddha dan
mengamalkan kebudayaan Confusionisme dan Toiseme, sementara orang India
beragama Hindu. Manakala kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak memeluk agama
Kristian.

3. Demi menjaya keselamatan dan kepentingan mereka di negara asing, kedua-dua kaum
Cina dan India menubuhkan pelbagai institusi sosial dan tempat beribadat.

g) Peranan Akhbar Pelbagai Bahasa

1. Pada peringkat awal, akhbar diterbitkan bagi memenuhi keperluan sesuatu kaum
sahaja.

2. Akhbar bahasa Cina hanya berfungsi menyebarkan maklumat untuk kaum Cina
sahaja. Berita yang disiarkan hanya berkisar kepada pergolakan dan perkembangan
serta peristiwa yang berlaku di negara China. Begitu juga dengan akhbar bahasa
Tamil.

3. Meskipun orang Cina dan India berjauhan dari tanah air sendiri tetapi wujud jurang
pemisahan di antara mereka.

4. Justeru itu, semangat cintakan tanah air terus bersemadi di hati mereka.
5. Akhbar pelbagai bahasa terus merenggangkan lagi pengasingan kaum di Tanah
Melayu.

h) Perbezaan Bahasa.

1. Ketiga-tiga kaum bertutur mengikut bahasa ibunda masing-masing.

2 Kaum bumiputera bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

3. Orang cina bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkein, Hakka, Mandarin dan
Kantonis.

4. Sementara itu, orang India bertutur dalam Bahasa Tamil Telegu. Justeru itu, interaksi
antara kaum adalah sukar dilakukan.

C) KESIMPULAN

1. Kemunculan masyarakat majmuk ada kaitannya dengan tindakan British


menggalakkan kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.

2. Walau bagaimanapun ada sebab-sebab lain yang mempengaruhi kemajmukan


masyarakat ini.

3. Kumpulan-kumpulan etnik di Tanah Melayu terus hidup secara berasingan. Inilah


yang menyulitkan proses perpaduan di Tanah Melayu selepas merdeka
SOALAN 3

Bincangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai


kemerdekaan.

A. PENGENALAN

1. Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan setelah dijajah hampir 450 tahun. Setelah mencapai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen serta mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan.
2. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh
rakyat. Secara umumnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu terdiri
daripada tiga badan yang terlibat iaitu badan perundangan (legislative), badan
eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial).
3. Pemerintahan menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi negara yang mengasingkan ketiga-tiga badan ini dalam pemerintahan disebut
sebagai 'Doktrin Pengasingan Kuasa’.

B. ISI

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

1. Badan Perundangan atau Parlimen

i) Yang Di Pertuan Agong

a) Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara.


b) Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam
kalangan 9 orang sultan atau raja Melayu.
c) Yang Di Pertuan Agong melaksanakan kuasa pemerintahan dan bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kuasa Yang Di Pertuan Agong :

a. Melantik Perdana Menteri


b. Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan
pembubaran parlimen
c. Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
d. Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan
Jemaah Menteri
e. Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
f. Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang
berkaitan dengan keistimewaan,kehormatan,kedudukan dan kemuliaan Raja-
raja Melayu
g. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah
Persekutuan
h. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan Sarawak.
i. Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.

ii) Dewan Negara

Di Malaysia Dewan Negara merupakan Majlis Tertinggi parlimen


a. Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
b. Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
c. 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
d. 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
e. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai menteri
f. Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang telah berkhidmat dengan
cemerlang atau mencapai taraf kegemilangan dalam pelbagai lapangan seperti
perkhidmatan awam,perdagangan,perusahaan,pertanian, dan perkhidmatan
masyarakat.
g. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang- undang
yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
h. Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah
diluluskan itu daripada dikemukan kepada Yang Di Pertuan Agong.
j. Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan.
Rang undang-undang lain selama satu tahun
k. Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang

iii) Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah badan perundangan tertinggi negara

a. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum


b. .Dewan Rakyat adalah majlis bagi wakil rakyat
c. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya parlimen
d. Bilangan ahli dewan Rakyat ialah seramai 222 orang yang dipilih melalui
pilihanraya
e. Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen
f. Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
g. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
h. Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia
dan Perlembagaan Persekutuan sebelum mengambil tempat dalam dewan
i. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan rang undang-
undang
j. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan
Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di
Pertua Dewan Rakyat
k. Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh
perletakan jawatan,kematian atau hilang kelayakan,maka kekosongan tersebut
hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di
Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
l. Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut

2. Badan Eksekutif

i) Jemaah Menteri atau Kabinet

a. Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.


b. ·Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan
memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan
melaksanakan dasar-dasar tersebut
c. .Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat
yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan.
d. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpin
kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan ·
Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-
menteri,Timbalan-Timbalan Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen
untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran negara
e. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri
menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada
di luar negara.
f. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh
Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua
Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang
dikenali sebagai pegawai kerajaan
g. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah. ·
Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya
Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian
Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.
h. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya
dilantik, misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.

3. Badan Kehakiman

i) Mahkamah Agong/Persekutuan

a. Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia


b. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan
Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
c. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga
orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara
d. Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan
rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi,menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di
Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan

ii) Mahkamah Tinggi

a. Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo


b. Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan pengawasan.Mempunyai kuasa
yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
c. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan
Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan
d. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
e. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes
sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah.Keputusan sivil
dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada
Mahkamah Agong.

iii) Mahkamah Rendah

a. Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret dan Mahkamah


Penghulu.
b. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim
c. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali
kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup
d. Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang
yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
e. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah
dan sivil.
f. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di
Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat
g. Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan
Majistret Kelas Dua.
h. Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta
dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000.00
i. Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang
hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau
dihukum denda sahaja
j. Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes
dan membenarkan jaminan.
k. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih
daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
l. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada
enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali

C. KESIMPULAN

1. Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957
hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.
2. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum
yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan
dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya
dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan
tersebut.

SOALAN 4

Bincangkan hirarki dan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
A. PENGENALAN

1. Secara umum, pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja
atau maharaja yang menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam
bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya. Pembesar Vietnam datangnya
daripada keluarga sarjana lama, terutama dari utara dan selatan.
2. Realitinya, kelompok inilah yang melaksanakan tugas-tugas memerintah. Kedudukan
pembesar adalah paras kedua selepas raja atau maharaja.
3. Secara umum, pembesar terbahagi kepada beberapa peringkat serta bahagian iaitu
peringkat pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung dan setiap peringkat itu
mempunyai tugas-tugas tertentu.
4. Jika dia gagal melaksanakan tugasnya, sama ada kepada raja dan pengikutnya, raja
atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan
dengan pembesar lain yang lebih dipercayai.

B. ISI

1. Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau bahagian yang disusun
mengikut tugasan tertentu. Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat
berdasarkan jabatan yang dipegangnya. Pembesar juga bertanggungjawab
melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan jawatanya akan
dikekalkan.
2. Pembesar pusat dikenali sebagai mandarin, iaitu golongan intelektual yang lulus
dalam peperiksaan awam. Pembesar pusat menjalankan tanggungjawabnya di ibu
kota. Mereka mengetuai quan atau kementerian. Majlis tertinggi atau Noi Coc yang
dipengerusikan oleh Maharaja dibantu oleh 6 buah kementerian, iaitu Kementerian
Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.
Manakala Badan Penapis atau do sat vien memerhati pegawai yang tidak taat pada
maharaja dan mengenalpasti pegawai-pegawai yang mencabar maharaja. Pembesar
kanan yang bertanggungjawab menasihati dan membantu raja dan juga membuat
keputusan.
3. Pembesar daerah akan mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.
Jawatan ini dipegang secara warisan. Pembesar ini mempunyai kuasa penuh kepada
maharaja di pusat. Mereka diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan
sama ada sebatang sungai utama atau satu daripada cabangnya. Di kawasan ini
pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol daripada perdagangan sungai, pemberian
konsesi dan monopoli serta hak memungut hasil dan tenaga daripada penduduk-
penduduk daerahnya. Pembesar di peringkat daerah juga bertanggungjawab
menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera dan
bertanggungjawab dalam soal keselamatan.
4. Pembesar peringkat kampung pula merupakan pembesar paling bawah atau dikenali
sebagai komun yang terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan
berpengalaman. Setiap orang merupakan anggota komun. Komun-komun merupakan
agensi yang menyatukan seluruh tenaga ahlinya dalam bidang ekonomi, politik, sosial
dan agama sebagai satu unit. Dalam lingkungan sebuah kampung pula, wujud adat
kampung dan di luarnya pula undang-undang maharaja. Mengikut tradisi, autonomi
di peringkat kampung sangat dipandang tinggi.
5. Kelompok pembesar juga turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada
Pengikut mereka. Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu
pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja. Ramainya bilangan
pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status
malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksplotasi ekonomi.
6. Terdapat pembesar secara khususnya terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan
ketenteraan. Mereka menjadi tunjang dalam mempertahankan sesebuah kerajaan,
menjalankan peluasan kuasa serta mempunyai kepakaran dalam seni peperangan dan
persenjataan.
7. Pembesar juga dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan
pengawal peribadi. Golongan ini berada pada kelas dan kedudukan yang tinggi serta
istimewa

C. KESIMPULAN

1. Walaupun sistem pembesar di Vietnam diwujudkan untuk membantu raja dalam


sistem pemerintahan, namun pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa
diawasi oleh pihak istana.
2. Kedatangan barat telah mengubah sistem pemerintahan yang sedia ada dan telah
diganti dengan sistem pengurusan dan pentadbiran baru.

SOALAN 5

Bincangkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Myanmar dari tahun 1935 hingga


tahun 1949.
A. PENGENALAN

1. Kedatangan Jepun ke Myanmar diterima dengan sepenuh hati oleh rakyat Myanmar.
Myanmar jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942 dengan bantuan golongan nasionalis
Myanmar.
2. Sokongan diberikan kepada Jepun dengan harapan Jepun akan memberikan
kemerdekaan kepada Myanmar seperti yang dijanjikan dalam propaganda mereka
‘Asia untuk orang Asia’
3. Para nasionalis yang bergabung dalam pertubuhan Tentera Kemerdekaan Myanmar
telah bersama-sama orang Jepun menghalau British dari Myanmar.

B. ISI
Langkah- langkah ke arah kemerdekaan

i) Peranan golongan Thakin (1930-an hingga 1940)


a) Pada tahun 1935, Dobama Asiayone telah ditubuhkandiketuai oleh golongan
Thakin yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan Myanmar. Golongan
Thakin telah berjaya menyatukan dan memmpin segala lapisan masyarakat
Myanmar ke arah kemerdekaan.
b) Ketika meletusnya Perang Dunia Kedua, golongan Thakin telah menubuhkan
Blok Kebebasan bersama dengan Dr Ba Maw namun gagal ekoran tindakan
Perdana Menteri Myanmar U Pu bersetuju membantu Myanmar tanpa syarat.
Ini menyebabkan Thakin melancarkan kempen anti perang terhadap kerajaan.
U Pu telah menangkap beberapa pemimpin Thakin termasuk Dr Ba Maw dan
Aung San sementara 30 Thakin yang lain melarikan diri ke negara China
c) Thakin telah berpakat dengan Jepun untuk menawan Myanmar daripada
British. Ramai Thakin telah dihantar ke Jepun untuk mandapat latihan
ketenteraan. Akhirnya pada Mei 1942, Myanmar berjaya ditawan oleh Jepun
dengan bantuan Tentera Kemerdekaan Myanmar.
d) Jepun mendapat penghormatan kerana orang-orang tempatan diberikan
jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran. Selain itu, Jepun juga
membenarkan pentadbir Myanmar bekuasa ke atas unit-unit tentera
Pembebasan Myanmar yang dikelolakan sebelum perang.
e) Pemerintahan Jepun mula tidak disenangi rakyat Myanmar apabila Jepun
mula melakukan kekejaman dan keganasan melalui kempetai. Bukan itu
sahaja, orang Myanmar juga kecewa kerana Jepun tidak menepati janji
memberikan kemerdekaan. Lagipun kerajaan Ba Maw adalah satu kerajaan
boneka yang dikuasai oleh pembantu dan penasihat Jepun.

f) Satu parti politik telah ditubuhkan dan diberi nama Parti Do-Bama Sinyetha
untuk menyokong kerajaan Dr. Ba Maw. Gerakan anti-Jepun mula
berkembang di Myanmar dengan penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti
Fasis (LPRAF) oleh golongan Thakin. Jepun pula cuba mendapatkan
sokongan Myanmar dengan mengisytiharkan kerajaan merdeka Myanmar
pada 1 Ogos 1943. Walaupun Myanmar merdeka tetapi masih dijajah oleh
Jepun. Tiada kebebasan kepada Myanmar. Keadaan ini menyebabkan
golongan nasionalis telah menentang Jepun sambil berkejasama dengan Jepun.
Mereka juga mengadakan pakatan sulit dengan pihak komunis pimpinan
Thakin Soe.
ii) Penentangan terhadap Jepun

a) Penentangan Jepun mula dilakukan oleh golongan nasionalis yang pada mulanya
menyokong Jepun. Penghinaan terhadap Myanmar menyebabkan ketidakpuasan
pada rakyat Myanmar. Selain itu, kesengsaraan hidup dan kesukaran ekonomi
dan sosial turut menyebabkan menentang Jepun. Tentera Kemerdekaan
Myanmar di bawah pimpinan Aung San menjadi tumpun golongan nasionalis.
Selain orang Myanmar, orang-orang Karen yang anti-Jepun pun menyertai
pergerakan ini.
b) Dakyah-dakyah anti-Jepun disebarkan dalam tentera dan syarahan-syarahan
telah disampaikan secara sulit telah membangkitkan semangat kebangsaan Satu
lagi pertubuhan politik yang sulit iaitu Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis
(AFPEL). Pada Mac 1945 Tentera Kemerdekaan Myanmar telah mula
menentang tentera Jepun dengan manifesto ‘usir keluar penjajah-penjajah fasis
Jepun’. Penentangan ini telah melemahkan angkatan tentera Jepun.
c) Aung San berjaya menghubung tentera kebangsaan Myanmardan AFPEL dan
memberi sokongan kepada British menentang Jepus di Myanmar. Akhirnya
pada tahun 1945 British berjaya menakluk Myanmar dan mewujudkan
pentadbiran tentera di negara itu

i) Kemerdekaan Myanmar
a) Pada tahun 1945 British telah mengalahkan Jepun di Myanmar dan Myanmar
jatuh ke tangan British. LPRAF tidak berjaya menguasai Myanmar dan
membentuk kerajaan kerana British telah menguasai dan membentuk kerajaan
tentera.
b) Zaman pendudukan Jepun mengakibatkan kegiatan perdaganagan dan pertanian
hampir lumpuh sehingga berlaku kebuluran dan kemiskinan. Selain itu, inflasi
juga berlaku. Oleh itu, British menegaskan kemerdekaan hanya akan diberi
setelah pemulihan dalam sistem ekonomi dan pentadbiran dilakukan.
c) Selepas pemulihan, British telah meminta Aung San dengan tujuh orang ahli
Majlis Kerja Tertinggi menggubal satu perlembagaan bagi Myanmar yang
merdeka. Pilihan raya diadakan, LPRAF pimpinan Aung San berjaya kalahkan
golongan komunis. Aung San tidak sempat menjadi pemimpin kerana beliau
bersama sahabatnya telah terbunuh atas arahan U Saw ( bekas anggota LPRAF ).

C) KESIMPULAN

1. Sebagai kesimpulan, Myanmar telah berjaya mencapai kemerdekaan daripada


British pada 4 Januari 1948.
2. Mulai daripada itu, Myanmar telah muncul sebagai negara republik dengan U Nu
sebagai Perdana Menteri yang pertama dan Sao Shwe Thaik sebagai Presiden
Myanmar pertama

SOALAN 6

Huraikan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada abad


ke-20.
A. PENGENALAN

1. Thailand merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke 55


mulai bulan Disember 1946
2. Pemimpin- pemimpin Thailand memainkan peranan yang aktif demi mematuhi
Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
3. Sebagai pengiktirafan pihak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu telah melantik
Thailand sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu pada tahun 1985 dan 1986.
4. Penglibatan yang aktif Thailand ini dapat dilihat dalam aspek tentera pengaman, isu
Kemboja, ajen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tuan rumah dalam
persidangan PBB

B. ISI

Sebagai tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1. Thailand mengambil bahagian dalam kumpulan Amerika Bangsa-Bangsa Bantuan


Peralihan ( UNTAC ) di Naminbia, menjadi pemerhati nuris ( UNIKOM ) dan
berkhidmat sebagai ahli pengawal PBB di Iraq. Menyediakan pegawai tentera
Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait
2. Contohnya, terlibat dalam menamatkan konflik di Korea dan juga di Iraq-Kuwait.
3. Tegasnya, dengan memberikan kerjasama dalam bidang ketenteraan menggambarkan
kepada dunia keperihatinan Thailand dalam keamanan dunia.

Penglibatan dalam isu Kemboja

1. Melalui resolusi Perhimpunan Agung PBB, Kemboja telah mencadangkan agar


adanya sekatan terhadap kemasukan tentera asing ke negaranya dan memberi hak
kebebasan kepada rakyatnya untuk menentukan nasib mereka sendiri.
2. Resolusi ini diterima oleh ahli Perlimen Agung selama 12 tahun berturut-turut.
Sokongan ini menjadi satu factor penting dalam mewujudkan intensif yang kuat bagi
pengunduran tentera asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.
3. Thailand memainkan peranan penting sebagai tuan rumah di Pattaya pada tahun 1991
yang berkaitan dengan Kemboja sehingga termeterainya Perjanjian Damai Paris pada
23 Oktober 1991
4. Pada Mei 1993, seramai 27 orang pegawai Thailand dipilih untuk bertindak sebagai
Pegawai Pilihanraya Antarabangsa demi membantu PBB menjalankan dan mentadbir
pilihanraya di Kemboja.
5. Jelas sekali penglibatan Peranan Thailand dalam polimik Kemboja amat bermakna
bagi Negara Kemboja.

Peranan secara aktif dalam agensi PBB

1. Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan am Majlis
Ekonomi dan Sosial (ECOSOC).
2. Bekerjasama dengan agensi lain seperti United Nations Educational Scientific and
Cultural Organisation (UNESCO), Food and Agriculture Organization of the United
Nations (FAO), International elecommunications Union (ITU) dan International
Labour Organization (ILO).
3. Thailand memainkan peranan penting dalam memberi manfaat kepada anggota PBB
melalui kerjasamanya dalam agensi tersebut.

Peranan sebagai tuan rumah bagi agensi PBB

1. Bangkok sering menjadi ibu pejabat bagi agensi PBB seperti ESCAP, FAO, UNICEF
dan SEAMEO.
2. Menjadi tuan rumah kepada Majlis Makanan Dunia pada tahun 1900.
3. Disebabkan peranan Thailand begitu penting kepada dunia maka pengiktirafan
diberikan.
4. Contohnya, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai President Persidangan
Perhimpunan Agung ke 11 pada tahun 1956 – 1957 .
5. Pada tahun 1957, Nai Pote Sarasin dilantil sebagai Setiausaha Agung PBB.
6. Thailand dilantik sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1985-1986.

C. KESIMPULAN.

1. Peranan Thailand dalam PBB tidak boleh dinafikan.


2. Memainkan peranan penting dalam kerjasama dan keselamatan bersama.

Anda mungkin juga menyukai