Anda di halaman 1dari 18

SULIT* SKEMA SET 2

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/3 STPM 2017
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 3
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2017

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SEJARAH PENGGAL 1 DAN 3 SEJARAH PENGGAL 2

940/1 DAN 940/3 940/2

60 - 80 = A 55 - 60 = A
55 - 59 = A- 50 - 54 = A-
50 - 54 = B+ 45 - 49 = B+
45 - 49 = B 40 - 44 = B
40 - 44 = B- 35 - 39 = B-
35 - 39 = C+ 30 - 34 = C+
30 - 34 = C 25 - 29 = C
25 - 29 = C- 20 - 24 = C-
20 - 24 = D+ 15 - 19 = D+
16 - 19 = D 10 - 14 = D
10 - 15 = F 00 - 09 = F
00 - 09 = F
RUBRIK PENSKORAN KERTAS SEJARAH 940
DIMENSI DAN 18 - 20 14 – 17 10 – 13 6–9 0-5
KRITERIA AMAT CEMERLANG CEMERLANG BAIK LEMAH AMAT LEMAH
PENGETAHUAN DAN 8 6-7 4-5 2-3 1-2
KEFAHAMAN
 Fakta Penguasaan subjek Penguasaan subjek Menguasai subjek Hanya mengetahui Tiada pengetahuan
 Huraian soalan luas dan soalan agak luas soalan, tetapi subjek soalan subjek soalan.
 Contoh mendalam. tetapi kurang keluasan dan secara kabur
 Bukti/ mendalam. kedalamannya Gagal menyediakan
sokongan/ Menyediakan terbatas. Maklumat utama maklumat utama dan
pendapat maklumat utama, Menyediakan bukti sokongan bukti sokongan.
bukti sokongan dan maklumat utama, Maklumat utama, sangat terhad dan Hanya membuat
pendetailan bukti sokongan dan bukti sokongan dan tidak mendasar, kenyataan umum,
memadai, majority pendetailan agak pendetailan ada yang kurang banyak tidak tepat,
tepat, relevan dan memadai, terbatas, hanya tepat, kurang tidak relevan dan
membantu majoritinya tepat, sebahagiannya relevan, dan tidak gagal menyediakan
menjawab soalan relevan dan tepat, relevan, membantu calon maklumat yang
secara mendalam. membantu menyumbang menjawab soalan diperlukan bagi
menjawab soalan kepada kedalaman secara memuaskan. menjawab soalan.
Kesilapan fakta secara mendalam. jawapan.
amat minimum, Kesilapan agak Kesalahan amat
sama sekali tidak Kesilapan fakta Kesilapan fakta ketara, sehingga ketara, dan
mencacatkan minimum, tidak kurang ketara, banyak kecacatan mencacatkan
ketepatan jawapan. mecacatkan tetapi agak dari segi ketepatan ketepatan
ketepatan mencacatkan jawapan keseluruhan jawapan
keseluruhan ketepatan jawapan.
jawapan

TAAKULAN 6 5 3-4 2-3 0-2

 Membuat Membina hujah Membina hujahan Pembinaan hujahan Hujahan teras tidak Tiada hujahan teras,
ulasan secara logikal teras merujuk teras merujuk jelas dan hanya kenyataan kabur dan
melebihi merujuk kepada kehendak secara longgar merujuk secara tidak jelas.
biasa sepenuhnya kepada soalan. kepada kehendak longgar kepada
(analitik) kehendak soalan. soalan. soalan. Tidak merujuk
 Memenuhi Kupasan kepada kehendak
tugasan Idea yang menggunakan Kupasan idea yang Kupasan idea hanya soalan.
soalan dikembangkan beberapa contoh, dikembangkan berdasarkan sedikit
(penegasan) sebagai respon fakta dan berdasarkan bukti bukti menyebabkan Kupasan idea yang
 Kesimpulan terhadap soalan, pendetailan yang terbatas, tapi hujahan kurang dikembangkan tidak
setiap isi kupasan isu menyumbang hujahan agak koheren didasarkan bukti.
 Bukti yang disandarkan kepada taakulan koheren
relevan/kait kepada banyak yang mantap Sebahagian kecil Ada eviden yang Tiada eviden yang
an contoh, fakta, eviden kurang releven tetapi relevan dalam
 Nilai/ detail, releven. Ediden dalam relevan kebanyakannya hujahan
pengajaran hujahan lemah
Penaakulan mantap kebanyakannya
relevan
Hujah amat releven
dan logic
KOMUNIKASI 6 5 3-4 2-3 0-2

 Mempunyai Susunan idea amat Susunan idea Susunan idea Susunan idea Sususnan idea tidak
binaan esei logikal, analitikal, logical, agak secara deskriptif, kurang logical, logical, tidak
lengkap teratur dan sesuai analitikal dan kurang logical, sangat deskriptif tersusun lari dari
(Pendahuluan, isi kehendak soalan. tersusun sesuai tetapi tersusun dan dan tidak tersusun kehendak soalan.
dan penutup) Penyampaian idea kehendak soalan. tidak lari dari tetapi tidak lari
 Gaya bahasa dan amat jelas dan licin Penyampaian idea kehendak soalan. dengan kehendak Idea disampaikan
wacana menerusi ayat dan jelas dan licin, soalan. menyimpang,
tatabahasa tatabahasa yang tetapi ada Penyampaian idea dipenuhi kesilapan
sesuai kemas. kesilapan ayat dan kurang jelas dan Penyampaian idea ayat dan tatabahasa.
 Ayat teratur tatabahasa yang melompat, kabur, ada
 Pendekatan Idea-idea utama minimum. kesilapan ayat dan pengulangan dan Perenggan tiada idea
mudah difahami dalam perenggan tatabahasa agak kesilapan ayat dan utama hanya
 Fokus kepada terangkai secara Idea utama dalam ketara. tatabahasa ketara. kenyataan umum
perbincangan bertalian perenggan yang tidak terangkai
 Penyampaian membentuk idea terangkai secara Idea utama dalam Idea utama dalam dan binaan idea
idea dan isi keseluruhan yang bertalian perenggan perenggan banyak keseluruhan tidak
olahan difahami padu. membentuk idea bertalian, tetapi yang tidak bertalian teratur.
keseluruhan yang sebahagiannya dan kurang
Wacana terfokus kemas. kurang berkaitan membantu Wacana tidak
menunjukkan membentuk idea pembentukan idea terfokus menu
kefahaman Wacana terfokus keseluruhan yang keseluruhan secara jukkan ketiadaan
mendalam menunjukkan agak teratur. lancar. kefahaman terhadap
terhadap kefahaman pengetahuan dan
pengetahuan dan terhadap Wacana kurang Wacana tidak kehendak soalan.
kehendak soalan. pengetahuan dan terfokus banyak terfokus
kehendak soalan. menunjukkan menunjukkan Sintesis idea
Mensintesis idea kefahaman tidak kefahaman rendah keseluruhan sangat
keseluruhan secara Sintesis idea sepenuhnya terhadap longgar sehingga
jitu sehingga keseluruhan agak terhadap pengetahuan dan rumusan dan
rumusan dan jitu sehingga pengetahuan dan kehendak soalan. kesimpulan tidak
kesimpulan amat rumusan dan kehendak soalan. relevan.
padu kesimpulan agak Sintesis idea
padu. Sintesis idea keseluruhan
keseluruhan kurang longgar sehingga
jitu menyebabkan rumusan dan
rumusan dan kesimpulan tidak
kesimpulan longgar jelas,

SOALAN 1
Bandingkan ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersil di Tanah
Melayu sebelum campur tangan British

A) PENGENALAN

1. Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat ekonomi
tradisional. Tiada penggunaan teknologi moden. Tenaga utama dalam kalangan
ahli-ahli keluarga. Rakyat jelata memainkan peranan mengusahakan ekonomi
tradisional dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluarannya. Tidak ada
dorongan untuk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya
dikenakan adalah tinggi. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya
perlu meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja.
2. Manakala ekonomi komersil pula merujuk kepada aktiviti ekonomi menjuruskan
kepada lebihan pengeluaran. Kegiatannya berlandaskan perdagangan,
perlombongan dan pertanian dagangan secara eksport. Pemodalnya terdiri
daripada raja dan pembesar dan mereka memonopoli kegiatan ekonomi yang
dijalankan secara komersil ini.

B. ISI

a. Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional

1. Ekonomi tradisional tiada pengkhususan kerja. Dijalankan oleh rakyat biasa.


Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani, nelayan,
mencari hasil hutan dan sebagainya. Tidak ada pembahagian tugas kecuali antara
lelaki dengan wanita atau orang tua dan kanak-kanak. Orang tua dan kanak-kanak
biasanya diberi kerja yang ringan dan setiap pekerjaan melibatkan semua anggota.
2. Kegiatan ekonomi pula berkait rapat dengan persekitaran tempat tinggal dan
keluasan kawasan ekonomi yang terhad. Ia bergantung kepada tempat tinggal
sama ada berhampiran dengan laut, sungai kawasan sawah ataupun kawasan
pendalaman.
3. Ekonomi tradisional juga menggunakan alatan tradisional. Contohnya alat
menangkap ikan mereka gunakan jala, bubu, kail dan dalam bidang pertanian pula
mereka menggunakan binatang, cangkul, sabit, parang dan sebagainya. Tenaga
ahli-ahli keluarga digunakan dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran
4. Ciri-ciri ekonomi tradisional juga dijalankan amalan bergotong royong dan
berderau. Ia dilakukan bersama atau secara berkumpulan untuk mempercepatkan
sesuatu pekerjaan.
5. Hasil yang dikeluarkan terhad dan tiada lebihan hasil. Ekonomi yang dilaksanakan
adalah untuk keperluan keluarga sahaja dan modal yang dikeluarkan sangat
terhad.
6. Jenis ekonomi tradisional seperti pertanian padi huma, menangkap ikan, mencari
hasil hutan, memburu binatang, pertukangan dan perlombongan secara kecil-
kecilan.
b. Ekonomi Komersil

1. Manakala ekonomi komersil pula dilaksanakan oleh golongan pemerintah. Raja


dan pembesar biasanya menjadi pemodal dan ekonomi diusahakan oleh meraka
yang berpengalaman dan ada kepakaran melaksanakannya. Pembesar juga akan
jadi usahawan, menguasai dan mengawasi perdagangan import dan eksport.
Mereka juga melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan yang dikenali
sebagai kiwi.
2. Ekonomi komersil juga melibatkan penggunaan mata wang. Pada tahun 1800-an
negeri Melayu mempunyai mata wang sendiri. Barang berharga seperti emas,
perak atau tembaga dijadikan sebagai mata wang. Pada abad ke-19 urus niaga di
Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah
yang dikenali sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau
pagoda.
3. Tempat berlakunya jual beli biasanya di pelabuhan, kuala sungai, kawasan pasar
yang strategik seperti di bandar dan pusat-pusat pentadbiran.
4. Wujudnya perdagangan dengan luar negara dan pelabur daripada luar negara.
Perniagaan dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan,
pelabuhan yang mejadi tempat persingahan saudagardari Asia Tenggara, Cina,
Arab, India dan sebagainya. Contohnya di Selat Melaka, Kuala Terengganu, Kota
Bharu, Kuantan, Pahang, Pulau Pinang dan sebagainya. Ia juga melibatkan
pelaburan asing yang datang melabur.
5. Manakala jenis-jenis ekonomi komersil seperti pertanian padi sawah secara
komersil seperti di Kedah dan Kelantan. Lada hitam, gambir, nenas, tebu,dan ubi
kayu ditanam secara ladang. Aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-
besaran. Ekonomi komersil juga melibatkan perdagangan dan pelaburan.

C) KESIMPULAN

1. Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat


merupakan sistem ekonomi tradisional dengan tumpuannya ke atas pertanian dan
sistem ekonomi secara kecil-kecilan.

2. Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan
dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.

3. Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam
modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan

SOALAN 2
Sejauh manakah faktor kewarganegaraan membawa kepada penentangan orang-orang
Melayu terhadap Malayan Union.

A. PENGENALAN
1. Gagasan Malayan Union telah diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April
1946.Malayan Union merupakan satu rancangan British untuk menukarkan kepada
negeri-negeri Melayu yang bernaung kepada tanah jajahan.
2. Kerajaan British hendak berkuasa penuh ke atas Tanah Melayu dan cuba
menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. Malangnya penubuhan Malayan Union
telah menyemarakkan api semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu.
3. Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan bantahan atau penentangan di kalangan
orang Melayu antaranya kedaulatan raja-raja Melayu terancam, pemberian taraf
kerakyatan, cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan persetujuan sultan-
sultan dan sokongan bekas pegawai-pegawai Bristish.

B) ISI

a) Faktor Kewarganegaraan

i. Pemberian taraf kewarganegaraan di bawah prinsip Jus Soli telah memupuk sentimen
bencikan kaum bukan Melayu dan keadaan ini telah menimbulkan ketegangan kaum
di beberapa tempat di Tanah Melayu. Dengan syarat-syarat yang longgar dalam hal
mendapatkan kerakyatan tanpa sebarang syarat lain membolehkan kaum bukan
Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
ii. Kedudukan istimewa orang Melayu dalam pentadbiran awam terancam dan ini
merendahkan lagi taraf kedudukan mereka berbanding orang bukan Melayu yang
sudah maju dari segi ekonomi. Syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar dan
penghapusan hak-hak istimewa orang Melayu disifatkan oleh pemimpin-pemimpin
Melayu sebagai membahayakan kedudukan politik, ekonomi, dan masa depan orang
Melayu. Jika MU diteruskan bermakna orang Cina dan India yang ketika itu ketaatan
mereka masih diragui akan mengancam kedudukan ekonomi dan politik kaum Melayu
sebagai kaum bumiputera Tanah Melayu. Seorang ahli sejarah Inggeris Thomson
menganggap faktor ini amat serius.

b) Kedaulatan Dan Kuasa Sultan Terancam

i. Orang Melayu Bangkit Menentang Malayan Union kerana kedaulatan dan kuasa
memerintah negeri oleh sultan terancam oleh pembentukan Malayan Union (MU).
Sultan bagi negeri-negeri merupakan pemerintah pada nama sahaja dan yang
dikekalkan hanya kuasa ke atas hal ehwal agama dan adat resam sahaja.
ii. Penukaran status sultan itu membinbangkan orang Melayu tentang masa depan
mereka terutama dalam menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu yang
menguasai ekonomi. Tambahan pula Gabenor MU menjadi pengerusi dilucutkan
kuasa politik dan hak istimewa dan mereka tidak lagi dapat menyelamatkan institusi
kebudayaan. Kehilangan kuasa sultan menyebabkan status Tanah Melayu ditukar
menjadi tanah jajahan Inggeris telah membangkitkan penentangan di kalangan orang
Melayu dan mengatur penentangan ke atasnya.

c) Cara Harold Mac Michael Mendapatkan Tandatangan Sultan

i. Berikutan pengumuman MU di Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 Harold Mac


Michael telah ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan sultan di Negeri-Negeri
Melayu. Beliau mendapatkan tandatangan sultan secara paksaan iaitu mengugut
akanmelucutkan jawatan sultan atas alasan baginda sultan telah bersubahat dengan
pihak Jepun menentang Inggeris semasa Perang Dunia Kedua. Contohnya Sultan
Kedah telah diberi kata dua bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta
sekiranya baginda enggan menandatangani MU dalam tempoh tertentu. Beliau
dikatakan menggunakan ugutan politik.
ii. Mac Michael juga tidak memberikan peluang kepada sultan untuk berunding dengan
Majlis Mesyuarat Negeri ataupun pembesar-pembesar. Ini merupakan satu
pelanggaran perlembagaan negeri yang dinyatakan dengan jelas bahawa sultan
diwajibkan berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar sebelum
baginda memperkenankan satu perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negeri.
Contohnya Sultan Ibrahim Johor dipaksa menandatangani perjanjian tanpa berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan Rakyat juga berasa marah dengan penubuhan
kerana raja-raja tidak diajak berunding dalam perbincangan syarat-syarat MU dan
cara Mac Michael dianggap kurang ajar.

d) Sokongan bekas Pegawai-Pegawai British

i. Penentangan orang Melayu ini mendapat galakan yang besar juga daripada pegawai-
pegawai Inggeris yang telah bersara seperti Frank Swettenham, George Maxwell,
Arnold Robinson, Sir Ronald braddell, Sir Cecil Clemti Smith dan R.O Winstedt.
ii. Mereka telah bersimpati dengan nasib bangsa Melayu. Mereka telah menulis di
dalam akhbar Times dan lain-lain penerbitan dan menyatakan kekesalan mereka
terhadap pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang tidak sesuai dengan Tanah
Melayu.

C) KESIMPULAN
1. Orang-orang Melayu telah bangkit menentang dengan berbagai cara iaitu seperti ahli
Majlis Mesyuarat Negeri telah memulaukan majlis perlantikan Gabnor, sultan-sultan
Melayu pula tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor sementara orang Melayu
pula berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih pada songkok mereka.

2. Kemarahan orang-orang Melayu dan penentangan yang menyeluruh oleh orang


Melayu di seluruh Tanah Melayu telah menyebabkan MU dibubarkan dan digantikan
dengan satu perlembagaan baru yang sejajar dengan tuntutan dan kehendak UMNO
iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948.

SOALAN 3
Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.

A. PENGENALAN

1. Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan


negara-negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan
pada tahun 1931.
2. Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan
negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel
mempunyai 54 buah negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara
membangun. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan
membangunkan ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat
dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

B. ISI

Penglibatan Malaysia dalam Komanwel.

1. Perjanjian Pertahanan (AMDA)

a. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
b. Tindakan Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan
pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu
pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan
udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh
Tanah Melayu secara bersendirian.

2. Penglibatan dalam CHOGM

a. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai


anggota Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).
b. Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu semasa
antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam mesyuarat
tersebut, Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi
telah dimeterai yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian
kepada isu alam sekitar ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara
masing-masing.

3. Menentang dasar Apartheid

a. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan
yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan
agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak
asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang
diamalkan di Afrika Selatan.
b. Malaysia turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini
dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.

4. Kerjasama ekonomi.

a. Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia


mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya
iaitu bijih timah dan getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar
dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
b. Begitu juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel
dikenakan cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan
Malaysia dengan Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang
memihak kepada negara maju. Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British
Last”.

5. Rancangan Colombo

a. Rancangan Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk


memerangi kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran
teknik kepada negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti
bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
b. Melalui rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke
Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi
pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di
Sabah dan Sarawak.

6. Sukan Komanwel

a. Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap empat
tahun sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya
menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
b. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat
berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh
menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.

C. KESIMPULAN.

1. Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat


menyuarakan pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa.
2. Sumbangan Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.

SOALAN 4
Huraikan susun lapis masyarakat feudal di Indonesia sebelum campur tangan kuasa
Barat.

A : PENGENALAN

1. Dari segi konsep ,sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya
dijalankan oleh individu tertentu yang bebas daripada kawalan kerajaan pusat.
Mengikut sistem feudal , kedudukan seseorang indidvidu adalah mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hiererki.
2. Di bawah sistem feudal , masyarakat akan dipecah kepada dua golongan utama iaitu
golongan pemerintah dan golongan diperintah.
3. Struktur sosial masyarakat di Indonesia dapat dikesan di Acheh dan Pulau Jawa.
Susun lapis masyarakat terdiri daripada sultan , pembesar dan ulama dan rakyat.

B : ISI

Struktur sosial masyarakat Indonesia di Acheh

Sultan

1. Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial masyarakat Acheh.
2. Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada
masyarakat Acheh.
3. Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat , memakmurkan
negara dan menjamin keselamatan negara.
4. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah seluruh negara dan keseluruhan
jajahan takluknya.
5. Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.

Pembesar

1. Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam
hierarki sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan
pertahanan.
2. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan membantu dalam urusan pentadbiran.
3. Golongan bangsawan pula terbahagi kepada dua iaitu yang terdiri daripada kerabat
diraja dan bukan kerabat diraja.
4. Uleebalang merupakan pegawai peribadi sultan yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan sultan. Menguasai wilayah-wilayah kecil atau daerah yang berada di
bawah kekuasaan sultan. Pembesar menjadi tunjang dan kekuatan negara.

Ulama
1. Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering
menjadi rujukan kepada masyarakat setempat.
2. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.
Rakyat

1. Rakyat pula terdiri daripada pelbagai lapisan mesyarakat kelas rendah yang
menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti petani ,
nelayan , pelayar dan pedagang.

Struktur sosial masyarakat Indonesia di Pulau Jawa.

Sultan

1. Sultan mempunyai kedudukan teratas,berkuasa mutlak dan sebagai ketua agama


dalam susun lapis masyarakat di Jawa.
2. Baginda dianggap istimewa,berdaulat dan mempunyai sifat-sifat luarbiasa.
3. Sultan juga dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat
Islam.

Pembesar

1. Pembesar di Jawa di gelar Priyayi yang menjadi perantaraan antara sultan dan rakyat.
Kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau kerabat diraja.
2. Priyayi berkuasa ke atas rakyat dan sangat rapat hubungan dengan rakyat. Mereka
menjadi pemimpin kerohanian atau agama dan ketua adat tempatan.

Rakyat

1. Berada pada lapisan paling bawah dan patuh kepada kuasa golongan pemerintah.
2. Biasanya rakya menyewa tanah daripada golongan pembesar atau bangsawan.
3. Rakyat memberi khidmat kepada dengan mengerjakan tanah milik bangsawan,
melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi tentera apabila tuan tanah terlibat
dalam peperangan.

C : KESIMPULAN

1. Selepas penjajahan barat , susun lapis masyarakat Indonesia mula berubaha .


Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati merosot kerana mereka digantikan oleh
pegawai Belanda dan golongan yang berpendidikan Barat.
SOALAN 5

Bincangkan perkembangan ekonomi Myanmar semasa penjajahan British pada abad


ke 19 hingga 20.

A. PENGENALAN.

1. British telah berjaya menguasai seluruh Myanmar mulai tahun 1886 setelah
Myanmar mengalami kekalahan dalam Perang British-Myanmar 3.
2. British mula melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ekonominya di
Myanmar pada abad ke-20. Sektor-sektor ekonomi tumpuan British seperti
pembalakan, perlombongan dan pertanian komersial

B. ISI.

1. Pembalakan
a. Pembalakan menjadi tumpuan utama British kerana Myanmar mempunyai hasil kayu
jati yang berkualiti dan merupakan eksport kedua terpenting di Mynmar. Pegu
merupakan kawasan pembalakan utama di Myanmar
b. Pada tahun 1856 Jabatan perhutanan telah ditubuhkan. Jabatan ini betanggunjawab
untuk menghasilkan eksploitasi sumber hutan dan pembalakan dijlalankan dengan
sempurna.
c. Terdapat empat buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di Myanmar.
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma merupakan syarikat pembalakan yang terbesar.

2. Pelombongan
Terdapat beberapa bahan galian yang menjadi tumpuan British di Myanmar iaitu:
a) Petroleum atau minyak mentah
i. Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma (Burma Oil Campany) telah
ditubuhkan pusat cari gali minyak Mynmar berpusat di Yenangyaung dan Chauk
di Irrawaddy Tengah.
ii. Pengeluaran minyak secara besar – besaran telah dijalankan pada tahun 1908.
iii. Pada tahun 1890. Syarikat Minyak Burma, telah mengeluarkan ¾ daripada
pengeluaran minyak di Myanmar. Sementara bakinya dikeluarkan oleh syarikat
petrol British-Burma dan syarikat minyak Nath Singh.
b) Bijih Timah
i. Myanmar merupakan pengeluar yang keempat bijih timah di Asia Tenggara
sebelum Perang Dunia Kedua.
ii. Bijih timah banyak dilombong di Mawchi, Tavoy, dan, Tennaserim.
iii. Pada tahun 1910, pengeluar bijih timah di Myanmar berjumlah 100 000 tan
c) Galian-galian lain
i. Bahan galian lain yang diusahakan di Myanmar ialah timah hitam. Galian ini
terdapat di kawasan Badwin dan Namtu.
ii. Selain daripada itu, perlombongan zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam
juga telah diusahakan di Mogok, Utara Mandalay.

3. Pertanian Komersil
a. Pada zaman British,ekonomi sara diri telah berkembang menjadi ekonomi
perdagangan yang bedasarkan prinsip-prinsip ekonomi Barat
b. Pengeluaran beras secara bersar- besaran telah membolehkan Myanmar menjadi
pengeluar beras yang utama di Asia Tenggara.
c. Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di
Myanmar
d. Pada tahun 1886, kira-kira 4 juta ekar tanah telah ditanam dengan tanaman padi.
e. Pada tahun 1881, eksport beras Myanmar berjumlah 0,5 juta tan dan meningkat
menjadi 1.4 juta tan pada tahun 1901 dan 2.5 juta tan pada tahun 1921.
f. British juga mengalakan orang Myanmar menbuka tanah baharu dengan meneroka
hutan dikawasan delta untuk penanaman padi.

C. KESIMPULAN:

1. Sebagai kesimpulannya, ekoran daripada perkembangan ekonomi yang pesat ini,


kebanyakanekonomi komersil telah dikuasai oleh orang-orang asing
2. Rakyat Myanmar masih lagi miskin dan mengamalkan ekonomi sara diri dan tidak
berupaya unatuk bersaing dengan pedagang-pedagang asing terutama dari segi
modal dan teknologi.
3. Keadaan ini telah membawa kepada perasaan tidak puashati rakyat Myanmar.
SOALAN 6

Nilaikan sumbangan Pagan Macapagal kepada Filipina pada abad ke-20

A. PENGENALAN

1. Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden
Filipina ke-9 (1961-1965) sebagai ”Orang Terjujur” dan bertindak menghapuskan
rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan
rakyat.
2. Pagan Macapagal merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965) bagi
menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli
Parti Libral dan Parti Konservertif kerana keupayaan beliau membasmi amalan
rasuah.
3. Tempuh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis
iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1945. Beliau meninggal dunia di Makati City,
Metro manila pada 21 April 1997 pada usia 86 tahun.

B. ISI

Sumbangan Pangan Macapagal

Politik

1. Beliau menentang terhadap penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia. Beliau


membuat tuntutan secara rasmi ke atas Sabah pada bulan Jun 1962 kerana
menganggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan
perjanjian antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada 22 Januari
1878.
2. Penubuhan MAPHILINDO. Macapagal menjalinkan hubungan diplomatik dengan
Malaysia dan Indonesia melalui penubuhan MAPHILINDO. Tujuannya untuk
menyelesaikan pertelingkahan berkaitan dengan Persekutuan Malaysia.
3. Perang Vietnam. Tahun 1965, Presiden Macapagal mengarahkan agar Kongres
Filipina menghantar pasukan tentera ke Vietnam Selatan. Namaun idea beliau ditolak
oleh ahli-ahli parti pembangkangyang diketuai oleh Ferdinand Marcos selaku
Presiden Senat ketika itu.

Program Ekonomi

1. Melaksanakan Kanun Pembaharuan Tanah Pertanian 1963. Tujuannya untuk


melindungi kepentingan masyarakat bawahan, membasmi kemiskinan secara
menyeluruh, memansuhkan penyewaan tanah kepada pihak luar, melindungi hak
milik petani terhadap tanah mereka dan memansuhkan perhambaan
terhadappenyewaan tanah.
2. Mengapungkan mata wang peso. Tujuannya untuk membangunkan kegiatan
ekonomi, membenarkan mata wang peso diapungkan di pasaran pertukaran mata
wang dan menandatangani dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan
pertukaran mata wang.
3. Memperkenalkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA). Ia bertujuan
untukmmenyelesaikan masalah pengangguran,membasmi kemiskinan dalam kalangan
rakyat, dan berusaha un tuk menyediakan lebih banya peluang pekerjaan.
4. Melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi. Beliau mengutamakan dasar
ekonomi bebas, menggalakkan penglibatan pihak swasta yang lebih signifikan dan
campur tangan kerajaan secara minima dan memperkenalkan undang-undang
Perdagangan Runcit Kabangsaan dan memecahkan monopoli oleh pedagang asing.
5. Memajukan kegiatan pertanian. Beliau berusaha meningkatkan pengeluaran makanan
dan hasil eksport seperti kelapa kering, tebu, abaka, tembakau dan nanas.
6. Membangun kegiatan perindustrian. Beliau mengutamakan industri seperti industri
ringan, pembungkusan, pemasangan, industri besi keluli dan sebagainya. Kerajaan
juga menubuhakan Lembaga Kelapa Filipina untuk mengasingkan industri gula dan
kelapa.
7. Memperkenalkan Program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun. Ianya
dulaksanakan demi menstabilkan ekonomi dan menjaga kepetingan masyarakat
miskin.

Program Sosial

1. Macapagal menukar tarikh hari Kemerdekaan. Tahun 1962 beliau menukar tarikh
sambutan Hari Kemerdekaan Republik Filipina dari 4 Julai (Hari Amerika Syarikat
istihar kemerdekaan Filipina) kepada 12 Jun (Hari Emilio Aquinaldo mengumumkan
kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol pada tahun 1898 sedangkan pada masa
itu Filipina belum bebas sepenuhnya daripada penjajahan Amerika Syarikat).
2. Presiden Marcapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana
mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan
FerdinandMarcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen
Filipina. Namun demikian pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.15%
semasa pemerinyahan Macapagal.

C. KESIMPULAN

1. Macapagal telah memberi sumbangan sang sangat besar kepada pembangunan negara
Filipina dalam aspek politik, ekonomi dan sisoal.
2. Namun tapok pemerintahannya di ambil alih oleh Ferdinand Marcos setelah kalah
dalam pilihan raya pada tahun 1965.

Anda mungkin juga menyukai