Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum…………………

Doa

Terima kasih kepada pengerusi majlis

Yang Berbahagia Encik Faizal bin Ahmad, Guru besar SKSLR Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Rohaida binti Mohd Salleh, En Mohd zamzuri bin mohd Daud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Mohd zaidi bin Mohd salleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn khatijah binti Yahya Guru penolong kanan
Pendidikan Khas ,Guru-guru, Pembantu pengurusan murid dan yang dikasihi murid-murid sekalian. Untuk
makluman semua, saya Pn Rusna binti Husain akan bertugas pada minggu ini bersama-sama dengan cikgu
Mohd Faizol Asyraf bin Mahzdir dan Ustaz Mohd Azrim bin daud. Seandainya terdapat sebarang masalah atau
kemusykilan,bolehlah berjumpa dengan saya atau dengan cikgu faizol atau ustaz azrim.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dan izinNya,
dapat kita bersama-sama pada hari ini berkumpul dalam perhimpunan rasmi mingguan.

Tajuk yang ingin saya sampaikan pada hari ini adalah berkaitan dengan hargailah jasa dan pergorbanan guru.

Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kamu tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit.
Guru juga di ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada murid-murid.. Tanpa
usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran itu,
sewajarnya kamu patut menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.

Cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.


1. menghormati guru.
Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu. Guru juga mendidik kamu supaya
menjadi orang yang berguna.

Cara untuk menghormati guru


1. mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru.
2. tidak boleh sombong terhadap guru.
3. mengenali setiap guru yang ada di sekolah ini bukan sahaja guru mengajar matapelajaran
4. dengan cara menyiapkan kerja sekolah. mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang
ditetapkan.
5. berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan kamu berjaya dalam
pelajaran. kamu perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, kamu perlu datang awal ke sekolah
dan tidak terlibat dalam perkara-perkara yang tidak baik contoh ponteng sekolah, bergaduh ejek kawan
dan lainlain lagi.. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

2.. boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Murid boleh membantu guru dengan membawakan buku-
buku guru ke bilik guru. Menghormati guru juga bermaksud menghindari daripada menyinggung perasasan
guru, bercakap dengan baik dengan guru dengan menggunakan bahasa yang sopan, tidak meninggikan
suara semasa bercakap dengan guru.
Cikgu mengharapkan semua murid dapat melakukan amalan ini kerana menghormati guru sangat
diutamakan dalam menuntut ilmu.Murid yang ikhlas menghormati guru akan mudah menerima setiap pelajaran
yang diajar oleh guru.
3. Menziarahi guru ketika guru sakit atau ditimpa musibah dan bencana.

4. mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru
sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa
mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan
daripada segala bahaya.

jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan.
Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai