Buku teks
Banjir,Oh, Banjir!
Mendengar Petikan
Belakangan ini bencana banjir atau bah semakin kerap berlaku. Bencana banjir telah
menenggelamkan tempat tinggal, merosakkan harta benda, merosakkan tanaman dan kehilangan
nyawa. Aspek keselamatan penting diamalkan semasa banjir. Terdapat beberapa panduan semasa
banjir. Orang ramai hendaklah sentiasa mendengar pengumuman banjir di radio dan televisyen dari
semasa ke semasa. Sila patuhi arahan pihak keselamatan. Sebagai contohnya, jika anda diminta
berpindah ke pusat pemindahan, pastikan anda mematikan semua suis elektrik dan kunci pintu
rumah sebelum berpindah. Selain itu, orang ramai perlu menyimpan semua barangan berharga
seperti dokumen penting, barang kemas di tempat yang selamat. Hal ini perlu bagi mengelakkan
barangan ini basah dan rosak. Orang ramai juga dinasihatkan tidak meredah air banjir ataupun
menggunakan kenderaan semasa banjir. Perbuatan demikian mungkin akan menyebabkan kejadian
tergelincir, hanyut atau disengat binatang berbisa. Pakai jaket keselamatan sekiranya anda perlu
meredah banjir. Seterusnya orang ramai juga dinasihatkan tidak memakan makanan yang tercemar
akibat banjir bagi mengelakkan penularan wabak penyakit. Para ibu bapa juga hendaklah sentiasa
mengawasi anak-anak bermain agar tidak bermain di kawasan air bah. Pastikan anda dan keluarga
selamat semasa banjir.
1. Kesan banjir
a) Menenggelamkan……………………………………………………………………………………………….
b) Merosakkan ……………………………………………………………………………………………………….
c) Merosakkan ……………………………………………………………………………………………………….
d) Kehilangan …………………………………………………………………………………………………………
Tingkatan: ……………………………………………..
Banjir,Oh, Banjir!
Mendengar Petikan
3. Kesan banjir
e) Menenggelamkan……………………………………………………………………………………………….
f) Merosakkan ……………………………………………………………………………………………………….
g) Merosakkan ……………………………………………………………………………………………………….
h) Kehilangan …………………………………………………………………………………………………………