Anda di halaman 1dari 7

CONTOH SOALAN FINAL EXAM 2007

BAHAGIAN A Bahagian A mengandungi 10 soalan. Jawab SEMUA. 1. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Jelaskan dua faktor tersebut. Jawapan : - Persepsi dan penanggapan - Gaya kognitif - Kemahiran berfikir - Kecergasan - Kesediaan pembelajaran - Pemindahan pembelajaran - Ingatan dan lupaan (1 fakta = 1 markah 2 fakta = 2 markah )

2. Menurut Flavel, pengetahuan metakognitif terbahagi kpd 3 jenis pengetahuan. Senaraikan dua jenis pengetahuan metakognitif. Jawapan : - Pengetahuan personal - Pengetahuan tugas - Pengetahuan strategi (1 fakta = 1 markah 2 fakta = 2 markah )

3. Apakah implikasi hasil kajian Watson tentang kanak2, tikus, bunyi? Jawapan : - Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid dgn menentukan rangsangan yg akan didedahkan kpdnya dan jenis gerak balas yg akan dihasilkan.

- Guru hendaklah sentiasa memilih rangsangan yg menyoronokkan. (1 fakta = 2 markah )

4. Jelaskan dengan contoh teori pembelajaran Gestalt Jawapan ; Teori Gestalt mengkaji subjek dari subjek dari aspek psikologi daripada proses pemerhatian yg mudah kpd personalitinya iaitu perlu melihat polanya sbg satu keseluruhan. Contoh konsep Celik Akal yang dikemukakan Kohler iaitu penyelesaian masalah berlaku secara tiba2 dan lengkap. (2 markah. ) 5. Jelaskan peranan guru dalam pengajaran Masteri. Jawapan: - Dalam pengajaran masteri peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kpd murid yg belum menguasai sesuatu tajuk kecil. (1 markah).

6. Huraikan secara ringkas Dua prinsp teori pembelajaran Skinner yang boleh anda aplikasikan di dalam kelas. Jawapan : - Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkahlaku yg diingini hendaklah secara bersistematik -Ganjaran yg diberi haruslah bersesuaian dgn umur pelajar. -Guru perlu berhati2 apabila memberikan peneguhan negatif krn dia mungkin menganggap hukuman. -Gerak balas yang diperoleh hasil daripada ransangan haruslah dikukuhkan untuk membntuk pelaziman.

-Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulangulang. (Menghuraikan 2 fakta di atas secara ringkas = 2 markah)

7. Berikan DUA strategi mengaplikasikan pemikiran kritis dalam P & P? Jawapan; -Memberi latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. -Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam @ diluar sekolah. -Menghasilkan idea @ ciptaan yang kreatif dan inovatif -Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat (1 fakta 1 markah / 2 fakta 2 markah)

8.Terangkan secara ringkas mengapa pelajar pendidikan khas perlu terlibat secara aktif? Jawapan; - Ia bertujuan untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan @ konsep tertentu, Contoh bahan konkrit digunakan untuk memberi gambaran kepada pelajar buta membuat sentuhan. (1 fakta 1 markah)

9. Jelaskan secara ringkas DUA orinsip melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu. Jawapan; - Sesuai dgn umur -Fleksibel berorientasikan masa akan datang -Mengguna pakai pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar -Menggunakan model bertumpukan potensi pelajar dalam mencapai pendidikan yang baik, sosial dan hasilan tingkahlaku -Meningkatkan estim (sanjungan) pelajar

-Mengekalkan pelajar di sekolah -penyediaan informasi mengenai perkembangan kemajuan pelajar (2 fakta 2 markah)

10. Jelaskan Dua perkara yang diberi perhatian dalam penggunaan pendekatan konstruktivisme? Jawapan; -Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar -Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. -Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain (2 fakta 2 markah)

BAHAGIAN B Bahagian B mengandungi TIGA soalan. Jawab DUA soalan.

1. (a) Jelaskan DUA prinsip pembelajaran oleh Pavlov. JAWAPAN; -Generalisasi Rangsangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama. -Diskriminasi Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. -Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak lazim. (4 markah)

(b) Jelaskan DUA hukum pembelajaran yang disarankan oleh Thonrdike. JAWAPAN; -Hukum Kesediaan Apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. -Hukum latihan

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. -Hukum kesan Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sbaliknya. (4 Markah)

(c) Pilih satu daripada hukum Thorndike atau Pavlov untuk digunakan menyelesaikan masalah pembelajaran. JAWAPAN ; - Contoh ; Pelajar sukar memahami konsep matematik. - Pelajar sukar memahami konsep matematik dijelaskan dengan penjelasan berdasarkan 3 hukum pembelajaran; 1. Hukum kesediaan, hukum latihan, hukum kesan (berserta huraian) (7 markah)

2 (a) Apa yang anda faham tentang kenyataan Gardner bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan? JAWAPAN; Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain yang lain. Contohnya terdapat seseorang itu tidak menunjukkan pencaaian akademik yang baik, sebaliknya cemrlang dalam kerjayanya dlam bdang masakan. (3 markah)

(b) Berdasarkan kefahaman anda huraikan TIGA jenis kecerdasan daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. JAWAPAN; - ada 8 (rujuk dlm modul) (6 markah)

(c) Jelaskan TIGA ciri yang dimiliki oleh seorang yang berfikir secara kritis. JAWAPAN;

Ciri seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir; -Menguruskan kehidupan dengan lebih efektif -Memudahkan pencapaian dalam hidup -Menghadapi masalah dengan berkeyakinan tinggi -Membuat keputusan yang paling tepat (6 markah)

3 (a) Jelaskan secara ringkas hukum Pragnanz. JAWAPAN; - Prinsp kedekatan Ransangan yang teletak dekat antara satu sama lain akan berkumpul dalam bidang pengamatan kita. - Prinsip bentuk dan latar Terbahagi kepada dua komponen iaitu bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk pemerhatian kita yang lain menjadi latar. - Prinsip kesamaan Kecenderungan untuk mengumpulkan rangsangan yang sama dalam satu kumpulan. - Prinsip simetri Lebih mudah mengngati bentuk yang sesuai dari bentuk yang tidak simetri. -Prinsip lengkapan Individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka.

(b) Mengapa wujudnya lupaan di kalangan murid dlam bilik darjah? JAWAPAN; -Keusangan -Gangguan -Tekanan -Kebimbangan -Minat -Perubahan alam sekitar -Masa yang tidak mencukupi -Maklumat yang tidak lengkap.

(c) Seseorang guru yang berdedikasi akan cuba menyelesaikan masalah pembelajaran dengan melatih kemahiran belajar untuk meningkatkan prestasi pelajar. Jelaskan secara ringkas TIGA kemahiran belajar yang anda akan perkenalkan. JAWAPAN; Kemahiran belajar; - Kemahiran dalam proses belajar, ia melibatkan kemahiran membaca, memahami,mengingati, dan mengaplikasi apa yang dikuasai. -Kemahiran mengurus masa Penyediaan jadual waktu mengikut kepentingan. -kemhiran perpustakaan Kecekapan menggunakan teknik carian dalam perpustakaan -kemahiran memproleh maklumat mengenalpasti maklumat yang diperlukan -kemahiran membaca kemahiran membaca secara pantas -kemahiran membuat nota kecekapan teknik membuat nota seperti lakaran dsb -kemahiran motivasi merangsang dengan memberi ganjaran @ hukuman. (5 markah)
POSTED BY BLOG MASTER AT 16:23

Anda mungkin juga menyukai