Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER ( 5 ) JANUARI TAHUN 2015

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA

NURHAYATI ISKANDAR

NO. MATRIKULASI

760905125652001

NO. KAD PENGNEALAN

760905125652

NO. TELEFON

0135456150

E-MEL

nurhayati.iskandar76@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM TAWAU

HBEF2303

ISI KANDUNGAN
HALAMAN
2

1.0

PENGENALAN

2.0

PERMAINAN TRADISIONAL TING-TING KAPAL

TERBANG
2.1

KEPENTINGAN PERMAINAN TING TING DARI

ASPEK FIZIKAL, EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL


2.1.1
2.1.2
2.1.3

PERKEMBANGAN FIZIKAL
ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI
ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF

5
5

3.0 PENEROKAAN BERKAITAN PERMAINAN TING-TING

3.1 PENEROKAAN MENCARI PENGETAHUAN

3.1.1 ASAL USUL PERMAINAN TING TING


3.2 PENEROKAAN MELALUI INKUIRI
3.3 MENCARI
3.4 KONSEP MANIPULASI ALATAN
4.0

MEMPEROLEH PENGALAMAN

7
8
8
9

4.1 PERSEPS
4.2
MEMBINA KONSEP
4.3 PEMAHAMAN
4.4 KEMAHIRAN
4.5 PROSES
4.6 HASIL
4.7 PENGETAHUAN
4.8 PENEMUN
5.0

6
7

10
10
10
11

RUMUSAN

11
11
12
13

RUJUKAN

14

HBEF2303

1.0

PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan

kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya


ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Seni
Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat
jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu, guru
perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni
tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang
kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka
terhadap ciri estetik. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta
kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri
seseorang murid. Pendidikan ini berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan
Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam
mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta
menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan
untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan
Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

HBEF2303

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Terdapat dua belas teknik
menggambar yang boleh dibuat dengan menggunakan alat dan bahan seperti pensel,
pensel warna, cat air, cat poster, lilin, krayon, kertas warna, gam gunting dan berus.

2.0

PERMAINAN TRADISIONAL TING-TING KAPAL TERBANG


Permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh

orang melayu dari dulu lagi. Semua kaum mempunyai jenis permainan
tradisional mereka masing-masing.Permainan tradisional bukan hanya
dimainkan

oleh

kanak-kanak

bahkan

juga

oleh

golongan

dewasa.Kebanyakan permainan tradisional tidak memerlukan belanja


yang besar untuk dimainkan kerana bahan yang digunakan boleh
didapati dengan mudah di kawasan sekitar.Permainan tradisional boleh
dimainkan secara individu atau berkumpulan.Permainan tradisional
juga tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja malah kaum wanita turut
mempunyai jenis permainan tradisional mereka sendiri.Contohnya
permainan tradisional orang dewasa ialah permainan wau, gasing
pangkah, dam haji, sepak raga dan sebagainya.Contoh permainan
tradisional kanak-kanak ialah layang-layang, ting-ting, kunda kindi,
galah panjang, congkak, batu seremban dan banyak lagi.
Permainan ting-ting yang juga dikenali sebagai permainan
tengteng

dan

ciak

tingting

merupakan

salah

satu

warisan

kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun


pengaruh permainan moden seperti video game dan monopoli
memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan
ketingting masih menjadi aktiviti kanak- kanak.
Ting-ting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan
sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan
jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak3

HBEF2303

kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas


kepada acara lompat jauh yang bertaraf

sukan antarabangsa. Skil

melompat dalam permainan ting-ting yang memberikan pengalaman


dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih
tinggi kemahirannya.
Permainan ting-ting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah
diamalkan khususnya

oleh masyarakat luar bandar yang masih

memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu informasi


mengenai ting-ting boleh didapati di internet dan buku-buku rujukan
permainan tradisional. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di
serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan
ting-ting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat
Melayu.
2.1

KEPENTINGAN PERMAINAN TING TING DARI ASPEK FIZIKAL,

EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL


Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui
permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini
merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah
perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi
pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan
dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi
sosial.
2.1.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL
Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan
fizikal antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu
motor

kasar,

motor

halus,

koordinasi

mata-tangan,

pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan


4

HBEF2303

termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang,


menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan
aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanakkanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran
tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira
sewaktu aktif menggunakan bahagian- bahagian anggota badan
mereka untuk bersenam.
Permainan sukan rakyat iaitu permainan ting-ting ini dapat
mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih
dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan teing-ting
ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan
berdiri menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan
pemain bergerak melompat dari petak ke petak serta mencampak atau
membaling buah.
2.1.2 ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI
Selain itu, permainan ting-ting ini juga dapat mengembangkan
perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan
kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang
dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam
permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di
dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu
bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami peraturan
permainan semasa permainan berlangsung.
Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang
para pemain khususnya kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka
dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak
bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar mengenai
pengurusan masa yang teratur.

HBEF2303

2.1.3 ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF


Bagi perkembangan kognitif, permainan Ting-ting ini dapat
membantu dalam perkembangan intelek seperti konsep memahami
undang-undang

permainan,

konsep

pramatematik

dan

konsep

pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-kanak


berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa
bermain.
Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanakkanak kerana ia memberi peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang
kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu
yang baru.

3.0

PENEROKAAN BERKAITAN PERMAINAN TING-TING


Penerokaan

membawa

erti

menyelidik

untuk

mengetahui

sesuatu yang belum diketahui lagi ,iaitu melaksankannya dengan cara


menjelajah dan guru sebagai pembimbing.Tujuannya adalah untuk
menjadikan

pelajar

menjadi

seorang

yang

benar-benar

lebih

berimaginatif.pelbagai cara untuk meneroka sesuatu perkara iaitu


seperti

mencari

pengetahuan,inkuiri,mengkaji,manipulasi,ingin

tahu,mencipta,mencari dan membuat eksperimen.

3.1

PENEROKAAN MENCARI PENGETAHUAN


Memandangkan permainan tradisional seperti permainan keting-

ting kapal terbang ini tidak begitu popular dikalangan murid-murid


pada

zaman

moden.Guru

dan

murid

pengetahuan berkaitan permainan ini.


6

perlu

meneroka

mencari

HBEF2303

3.1.1 ASAL USUL PERMAINAN TING TING


Ting-ting adalah permainan tradisional yang agak popular pada
zaman

dahulu.

merupakan

Permainan

sejenis

ini

juga

permainan

dikenali

tradisi

sebagai

Ketinting

kanak-kanak.

Ting-ting

sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga


boleh bermain sama. . Kanak-kanak perempuan sering memainkan
permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang
banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak
kecil sahaja.
Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan
garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan
kanak-kanak
dikawasan

yang

pekan

berada
yang

di

kawasan

taman

perumahan

tiada

halaman

bertanah.

Mereka

atau
akan

menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat


dilukiskan di atas jalan bertar.Ting-ting dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang,
tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berting-ting.
Gelanggang ting-ting ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat
sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan,
pemain juga perlu gundu.

Gelanggang ting ting hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah


sahaja. Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai
perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah
objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat
daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau
7

HBEF2303

batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain
untuk

mengerakkan

kedudukan

mereka

di

petak-petak

gelangang.Pengetahuan ini dapat diperolehi melalui sumber-sumber


seperti bertanya kepada orang terdahulu,melalui pembacaan samada
buku atau pun internet.
3.2

PENEROKAAN MELALUI INKUIRI


Di dalam permainan ting-ting terdapat beberapa pergerakan

lokomotor. Pergerakan lokomotor boleh didefinisikan sebagai pergerakan yang kreatif


dan aktif iaitu sekiranya dilakukan akan menyebabkan tubuh badan berubah keduduk an
atau tempat,dari satu tempat berganjak ketempat yang lain. Kemahiran Lokomotor juga
melibatkan pergerakan otot kasar seperti melompat, berlari dan sebagainya. Melalui
inkuri ini pelajar mendapat maklumat berkenaan dengan pergerakan dalam permainan
ting-ting.Diantara pergerakan melompat ting-ting yang selalu dilakukan oleh guru
Pendidikan Jasmani ialah Melompat keting ting setempat tegak diatas
sebelah kaki selama empat ,melompat ting ting dan pusing badan
kekiri dan kekanan,melompat ting-ting berarah kehadapan-kebelakang
dan kekiri-kekanan mengikut isyarat dan melompat ting-ting meliputi
pelbagai jarak.
3.3

MENCARI
Penerokaan yang seterusnya ialah mencari yang dijalankan oleh

pelajar ialah cara permainan ting-ting yang betul.Dalam inkuiri


penerokaan terdapat pergerakan lokomotor yang dijalankan.Oleh itu
pelajar seharusnya mencari pergerakan yang sebenar berkaitan
permainan ini.

HBEF2303

3.4

KONSEP MANIPULASI ALATAN


Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau

mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk


membentuk

gerakan

sama

ada

pergerakan

lokomotor

ataupun

pergerakan bukan lokomotor. Kemahiran ini banyak memerlukan


penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan
badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Oleh itu, kemahiran asas ini dapat meningkatkan koordinasi anggota
badan seperti tangan- mata, kaki mata dan lain-lain semasa bermain
permainan ting-ting .
Kemahiran
menyediakan

ini

diri

merupakan

pelajar

untuk

kemahiran
mempelajari

asas
asas

yang
sukan

dapat
dan

seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.

4.0

MEMPEROLEH PENGALAMAN
Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan

menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi


perkembangan

kognitif,

kanak-kanak

meluahkan fikiran dan idea mereka.


9

menggunakan

seni

untuk

HBEF2303

Pengalaman seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran


kinestatik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan
penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang
membentuk pengalaman ini akan member peluang supaya terlibat
dalam operasi kognitif. Operasi kognitif ialah operasi yang melibatkan
proses pemikiran kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan manakala operasi meta kognitif pula ialah proses refleksi
yang dilakukan oleh individu pada proses pemikirannya (Azizi Yahaya
et. al., 2005).
a. Pelbagai strategi memperoleh pengalaman
persepsi,
membina
konsep,
pemahaman,

penemuan,

pengetahuan, hasil, proses, kemahiran untuk menyelesaikan


maslaah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko,
mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan. Dalam hal ini, Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitabnya
Al Muqaddimah (Rosenthal, 1978) begitu menekankan betapa
pentingnya sesuatu pembelajaran itu berasaskan sumber yang
pelbagai bagi merangsang kreativiti dan mengelakkan sifat
jumud.
b. Aktiviti memperoleh pengalaman
Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan,
nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang
amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di
dalam jiwa pelajar pelbagai peringkat.
4.1

PERSEPSI
Istilah persepsi sering juga disebut dengan pandangan, gambaran, atau anggapan,

sebab dalam persepsi terdapat anggapan seorang mengenai suatu hal atau objek.Persepsi
merupakan proses pengamatan yang dilakukan oleh individu dalam mengorganisasikan
dan menafsirkan objek (rangsangan atau stimulus) yang telah diperoleh dan diterima
melalui pancainderanya oleh individu kemudian diproses kedalam otak, selanjutnya
diinterpretasikan oleh individu.
10

HBEF2303

Objek yang dimaksud dalam penelitian ini adalah penggunaan media gambar
dalam dalam penerokaan pelajar meneroka berkaitan dengan permainan ting-ting kapal
terbang. Melalui pengalaman bermain pelajar membuat persepsi bahawa permainan tingting adalah permainan tradisional yang mesti dipelajari dan dimainkan supaya tidak
hilang ditelan zaman kemodenan.

4.2

MEMBINA KONSEP
Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat

perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa


kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan
tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran
yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.Melalui
pengalaman bermain ting-ting kapal terbang murid telah menjalankan proses meneroka
iaitu mencari pengetahuan dan dapat membina konsep bahawa permainan ini mempunyai
nilai estetika yang baik iaitu murid akan lebih seronok mempelajari sesuatu dengan cepat
melalui pengalaman bermain.
4.3

PEMAHAMAN
Pemahaman merupakan kemampuan untuk menangkap makna dan arti dari bahan

yang dipelajari (Winkel, 1996). Menurut Bloom dalam Winkel (1996) pemahaman
termasuk dalam klasifikasi ranah kognitif level 2 setelah pengetahuan.apabila seseorang
pelajar barmain permainan ting-ting kapal terbang,mereka akan mendapat pemahaman
cara bermain ting-ting kapal terbang dengan betul.pemahaman tersebut mereka dapati
melalui pengalaman meneroka permainan tersebut iaitu sama ada melalui pembacaan
atau bertanya dengan orang-orang yang terdahulu seperti datuk dan nenek mereka.
4.4

KEMAHIRAN
11

HBEF2303

Kemahiran bermain dimiliki oleh semua kanak-kanak terutama permainan tingting kapal terbang.Kemahiran ini diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pandai
bermain.walaubagaimanapun pergerakan yang betul belum tentu dikuasai oleh kanakkanak.Dengan tunjuk ajar dari guru Pendidikan Jasmani murid-murid mempunyai
kemahiranbermain ting-ting dengan betul . Dengan adanya kemahiran dalam diri murid
memudahkan mereka untuk memperoleh pengalaman daripada aktiviti permainan
tingting kapal terbang.
4.5

PROSES

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain
adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan
aktiviti bermain. Melalui pengalaman aktiviti bermain permainan ting-ting kapal terbang ,
kanak-kanak akan melalui proses belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di
sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka.
4.6

HASIL
Melaui pengalaman bermian ting-ting kapal terbang murid dapat memperolehi

hasil yang baik kerana,dengan adanya aktiviti bermain boleh membantu


mereka menghayati rasa keseronokkan, kepuasan,kegembiraan dan
kejayaan. Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman
bermain.Pengalaman bermain juga adalah salah satu ciri pembelajaran
konstruktivisme,dimana manusia belajar secara aktif dengan membina
ilmu yang di dapati bermakna dalam diri mereka melalui permainan
ting-ting kapal terbang.
4.7

PENGETAHUAN

12

HBEF2303

Dari kecil hingga dewasa, manusia tak akan lepas dari proses mengumpulkan
pengetahuan. Contoh paling mudah adalah pengetahuan yang didapat melalui
pengalaman bermaian permaianan ting-ting kapal terbang. Melalui penerokaan seseorang
murid itu mendapat pengetahuan tentang asal usul permaianan ,cara bermain, pergerakanpergrakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan sebagainya.Ini semuanya didapati
melalui pengalaman langsung dari permainan ini.

4.8

PENEMUAN

Penemuan merupakan hasil daripada proses pembelajaran yang dialami oleh


murid di sepanjang proses pembelajaran.Melalui pengalaman bermain ting-ting kapal
terbang murid dapat penemuan yang diperolehi oleh murid melalui permaianan ini ialah
dengan permainan ting-ting kapal terbang murid dapat menggunakan lima deria iaitu
bergerak,berfikir,berkomunikasi,eksperimen

atau

uji

kaji,membuat

andaian

dan

berinteraksi dengan persekitaran. Oleh itu, penemuan juga merupakan salah satu cara
bagi murid untuk memperoleh pengalaman.
Dengan adanya pengalaman bermainan permainan,ini dapat membantu murid
menghayati rasa keseronokan,kepuasan,kegembiraan dan kejayaan.Terdapat juga
perkembangan kemahiran yang terbina akibat daripada pengalaman bermain.

13

HBEF2303

5.0

KESIMPULAN
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian

daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu,
melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai
nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri

mereka . Contohnya

permainan ting ting.


Dalam permainan ting-ting, setiap pemain perlu mengimbangi
badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki.

Ini

bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan


kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak
dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran
atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri
masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan
dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah
antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat
14

HBEF2303

terutama pada zaman globalisasi ini. Dalam permainan ting-ting kapal


terbang pelajar mempunyai beberapa cara untuk meneroka permainan
ini

iaitu

seperti

melalui

inkuiri,mencari

pengetahuan,membuat

eksperimen,mencipta,ingin tahu,manipulasi dan mengkaji.


Disamping itu murid juga boleh memperolehi pengalam melalui
aktiviti permainan ini seperti persepsi, membina konsep, pemahaman,
kemahiran, proses, hasil, pengetahuan dan penemuan.Oleh itu,guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan
pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya
melalui aktiviti permainan, guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong
kanak-kanak

menggunakan

imaginasi,

eksperesi,

inkuiri

dan

kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokan


murid tersebut. Selain itu, matlamat akhir SDP dalam melahirkan
individu

yang

berbudaya

dengan

mengamalkan

pertimbangan

kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri


yang tinggi mampu dicapai.

RUJUKAN / REFERENSI
Azizi Yahaya dan Zurihanmi Zakaria. 2005. Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Modul Seni Dalam Pendidikan Unit 1/2 Pengenalan Kepada Seni Dalam
Pendidikan.
2003. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Rahil Mahyuddin & Habibah Elias. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.
Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd
Zulkifli
Yaakob,Mohd
Jamel
Ismail
dan
Jamilah
Omar.April
2008.HBEF1403 Seni Dalam Pendidik.Open University Malaysia.
15

HBEF2303

Internet
blogspot.com/2012/12/aplikasi-seni-dalam-pendidikan_15.html.
https://www.scribd.com/doc/132246573/Permainan-TingTing#download
https://www.scribd.com/doc/213866122/ESEI-PERMAINAN
https://www.scribd.com/doc/132246573/Permainan-Teng-Teng

16

Anda mungkin juga menyukai