Anda di halaman 1dari 7

Amalan Pertanian Baik

Noraniza Yusoff
Pusat Pengajian Kerajaan, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia

Penghargaan

Penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi dana Geran


Dana Pembudayaan Penyelidikan (Research Acculturation Grant
Scheme/RAGS), kod S/0 12739, dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan
Inovasi, Universiti Utara Malaysia, Kedah.

1
Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practice/GAP) merujuk kepada
pendekatan yang menangani kelestarian proses di ladang untuk memastikan
keselamatan dan kualiti produk makanan dan bukan makanan. GAP bertujuan untuk
mendapatkan faedah pasaran baru melalui mengubah urus tadbir rantaian bekalan;
memperbaiki penggunaan sumber semula jadi; dan mencipta peluang pasaran baru
untuk petani dan pengeksport di negara sedang membangun. Negara-negara Asia
lain seperti Jepun, Malaysia dan Thailand sudah melaksanakan pendekatan GAP
untuk beberapa komoditi (Banzon, Mojic dan Cielo, 2013). Pongvinyoo, Yamao dan
Hosano (2014) mengenal pasti ketegasan dan kesukaran piawai GlobalGAP yang
tidak dapat dipenuhi oleh petani. Konsep GAP digunapakai untuk meningkatkan
daya saing, keselamatan makanan, dan piawaian produk pertanian. Piawai dan
kerangka GAP dapat memenuhi permintaan pasaran antarabangsa untuk makanan
yang berkualiti tinggi. Kesukaran kaedah pengeluaran dan sistem pemasaran GAP
mempengaruhi perubahan persepsi petani berkenaan GAP. Pembangunan dasar
program latihan dan manual secara berterusan perlu dibangunkan untuk menyokong
petani yang bergantung kepada prosedur piawai.

2
Sektor swasta perlu digalakkan untuk menyertai skim GAP sebagai contohnya
melalui kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta seperti melalui pengaplikasian
GAP sebagai sebahagian daripada piawai sektor swasta yang dapat mengurangkan
kesukaran dan kekeliruan untuk mengaplikasikan piawai GAP. Kejayaan kerjasama
kerajaan dan sektor swasta dapat menggalakkan petani untuk mengetahui piawai
yang mendorong pelaksanaan secara menyeluruh. Dalam kajian Hamilton, Umber,
Hultberg, Tong, Schermann, Diez-Gonzalez dan Bender (2015) menjelaskan bahawa
untuk memahami halangan penggabungan GAP oleh petani sayuran di Minnesota,
tinjauan mel dijalankan dalam tahun 2008 dan disahkan dengan lawatan
subkumpulan ladang. Tinjauan dilakukan untuk menentukan takat amalan petani dan
menunjukkan cabaran dalam soalan dan perlu termasuk soalan terbuka. Vaughan,
Zeigler, Wall, Robinson dan Hodge (2014) menemui bahawa usaha untuk membantu
petani sumber kecil dan terhad dalam keselamatan makanan atau GAP berjaya
kerana cabaran dapat diatasi. Kajian dengan kaedah sesuai yang lebih saintifik
mengenai cabaran GAP dalam kalangan petani sumber kecil dan terhad membantu
menentukan kaedah dalam kajian masa akan datang.

3
Dalam kajian lain oleh Amekawa (2009) menemui bahawa GAP merupakan
satu protokol keselamatan makanan yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap
sistem jaminan kualiti makanan global. Sektor swasta menguatkuasakan kod tingkah
laku yang menangani masalah kesihatan dan keselamatan bagi petani atau pengeluar
dan pengguna serta keadaan kerja dan pengurusan persekitaran di tanah pertanian.
Walau bagaimanapun, sektor swasta memberikan kelebihan kewangan kepada
ladang dan pengeksport bersaiz besar. Piawai GAP mempunyai potensi untuk
menjadi alternatif penting melalui menggalakkan kemasukan lebih luas pengeluar
atau petani skala kecil ke arah pencapaian dalam pelbagai faedah seperti sosial,
ekonomi dan alam sekitar. Parikhani, Borkhani, Fami, Motiee dan Hosseinpoor
(2015) menjelaskan bahawa terdapat lima halangan dalam aplikasi GAP di Iran iaitu
halangan infrastruktur, halangan maklumat, halangan sokongan institusi dan
halangan ekonomi. Aplikasi GAP yang sesuai dapat meningkatkan pengetahuan
petani dalam aktiviti pertanian.

4
Kajian oleh Reyes dan Evans (2020) menjelaskan bahawa garis panduan GAP
diperlukan untuk semua operasi pertanian. GAP di ladang melibatkan usaha pelbagai
aspek untuk memastikan bahawa makanan selamat untuk dimakan oleh manusia.
Keselamatan makanan telah menjadi persoalan penting dalam masyarakat kerana
masalah makanan dan GAP menjadi satu kaedah untuk sistem pengeluaran makanan
dan makanan yang selamat. Oleh itu, terdapat banyak ulasan karya yang
menjelaskan berkenaan dengan GAP untuk kejayaan pelaksanaan GAP.

5
RUJUKAN

Amekawa, Y. (2009). Reflections on the growing influence of Good Agricultural


Practices in the Global South. Journal Of Agricultural And Environmental Ethics,
22 (531). DOI: https://doi.org/10.1007/s10806-009-9171-8

Banzon, A. T., Mojic, L. E. dan Cielo, A. A. (2013). Adoption of Good Agricultural


Practices (GAP) in the Philippines: challenges, issues, and policy imperatives.
Policy Brief Series, Southeast Asian Regional Center For Graduate Study And
Research In Agriculture (SEARCA), 2013 (1).

Hamilton, E. K., Umber, J., Hultberg, A., Tong, C., Schermann, M., Diez-
Gonzalez, F. dan Bender, J. B. (2015). Validation of Good Agricultural Practices
(GAP) on Minnesota vegetable farms. Foodborne Pathogens and disease,
12(2/February): 145-150.

Parikhani, M. P., Borkhani, F. R., Fami, H. S., Motiee, N. dan Hosseinpoor, A.


(2015). Major barriers to application of Good Agricultural Practices (GAPs)
technologies in sustainability of livestock units. International Journal Of
Agricultural Management And Development, 5(3): 169-178.

Pongvinyoo, P., Yamao, M. dan Hosano, K. (2014). Factor affecting the


implementation of Good Agricultural Practices (GAP) among coffee farmers in
Chumphon Province, Thailand. Science And Education Publishing. American
Journal Of Rural Development, 2(2): 34-39. DOI: 10.12691/ajrd-2-2-3

Reyes, R. dan Evans, E. (2020). Good Agricultural Practices (GAPs). University


Of Florida IFAS Extension. Atas talian pada 10 Mei 2020, dari
https://agrilifefoodsafety.tamu.edu/files/2011/03/Good-Agricultural-Practices-
UofF.pdf

6
Vaughan, B., Zeigler, A., Wall, G. D. Robinson, M. D. dan Hodge, W. A. (2014).
Case study of a food safety/Good Agricultural Practices (GAPs) educational
program for small and limited resource produce farmers. Professional Agricultural
Workers Journal, 1(2): 1-7. Atas talian pada 10 Mei 2019, dari
https://tuspubs.tuskegee.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1016&context=pawj

Anda mungkin juga menyukai