Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman menggunakan Android Studio,

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya mengambil subjek pembangunan aplikasi mudah alih (MTS3072),


saya tidak tahu apa- apa berkaitan 3 software IDE iaitu IDE kodulor, Mit app inventor,
Thunkable serta Android Studio. Pada hari pertama kuliah , saya mendapati hampir separuh
daripada rakan rakan kelas ini sudah tahu ataupun mahir berkaitan 3 software IDE ini.
Manakala saya masih tiada basic berkaitan perkara ini. Pada minggu pertama kuliah, Sir.
Fizaril Amzari bin Omar telah mendedahkan berkaitan 3 software ini. Setelah saya belajar,
saya mendapati ketiga- tiga software ini mempunyai features yang hampir sama. Tetapi
apabila saya menggunakan Android Studio, saya mendapati Android Studio mempunyai
penambahan features. Software ini mempunyai lebih banyak features dan lebih terperinci.
Android Studio menyediakan ruangan coding untuk membangunkan aplikasi. Saya mendapati
Android Studio mesra pengguna. Saya menyatakan sebegitu kerana interface serta editing
mudah difahami. Coding yang disediakan oleh Android Studio adalah Java dan Kotlin. Saya
berpendapat bahawa Android studio ini sesuai digunakan oleh individu yang memiliki
kepakaran dalam membangunkan aplikasi.

Jika saya ingin membangunkan aplikasi,, sudah pasti saya akan menggunakan software IDE
yang lebih mudah seperti IDE Kodular, Mit app inventor. Hal ini kerana software ini
menyediakan tutorial yang lebih mudah difahami. Dari segi code pula, code sudah disediakan
secara block-based manakala Android Studio yang menggunakan coding yang lebih
terperinci. Apabila coding lebih terperinci, ia memerlukan lebih masa untuk memahami .
Android Studio amat relevan tetapi akan mengambil masa yang agak lama jika seorang yang
amatur seperti saya ingin membangunkan aplikasi. Jika menggunakan Android Studio, saya
akan mengikuti Daniel Malone untuk membangunkan aplikasi.

Pengalaman paling seronok ketika menggunakan Android Studio sudah semestinya


apabilaSaya dapat menyelesaikan tugas yang diberikan oleh se Am tanpa sebarang kesalahan
“ERROR” dan aplikasi tersebut berfungsi dengan lancar. Contohnya, muzik yang ditambah
didalam aplikasi tersebut berfungsi. Apabila kita menguji di telefon pintar, ia berfungsi
dengan baik. Satu lagi kebaikan Android Studio ini adalah mempunyai emulator. Perkara ini
amat berguna bagi pengguna IOS. Mereka boleh menguji kerja yang mereka sudah siapakan
melalui emulator tersebut. Akan tetapi, saya menggunakan android, maka saya boleh
menguji aplikasi saya secara live dengan menggunakan telefon pintar saya (USB
DEBUGGING) tanpa perlu memasang emulator tersebut.
Antara pengalaman yang paling sukar ketika menggunakan Android Studio adalah ketika
codingnya berbeza dengan tutorial. Hal ini kerana mungkin tutorial dengan version android
studio pengguna berbeza. Ada juga saya mengikuti tutorial secara lengkap akan tetapi masih
mempunyai error. Saya terpaksa mencari kesalahan error, kerana saya tidak beberapa mahir
berkenaan coding. Perkara yang sukar juga ketika aplikasi tidak dapat di run di telefon pintar.
Saya menggunakan android studio versi 4.0, tetapi ketika saya membuat rujukan ,
kebanyakkan bahan rujukan menggunakan aplikasi versi 4.1.

Kesimpulannya, setelah 5 minggu saya teroka mengenai android studio ini, saya mendapat
pengalaman membangunkan aplikasi sendiri. Amat sukar tetapi saya, tetapi saya akan
berusaha lebih gigih mempelajari subjek ini. Nilai yang saya dapat selama 5 minggu ini
adalah nilai bersungguh- sungguh dalam memepelajari sesuatu perkara. Perlu berusaha keras
mencapai sesuatu matlamat tanpa ada perasaan mudah menyerah. Akhir kata, saya akan terus
berusaha mempelajari subjek ini dengan lebih tekun lagi.

Anda mungkin juga menyukai