Anda di halaman 1dari 20

ASAS AKUATIK

Sufian bin Hashim


Norfarahana binti Mohammad
Lajim
Nur Aliah binti Juhari

1.4 Kuak Dada


Teknik kuak tangan
Teknik tendangan kaki
Teknik pernafasan

Teknik kuak dada teknik renangan


yang paling casual dan agak santai
berbanding lain-lain teknik.
Teknik ini juga paling kurang
memerlukan tenaga dan mudah
dipelajari.
Pelajar akan difokuskan dengan
pergerakan tangan dan kaki yang
betul.

Dikatakan sebagai gaya renangan 'katak'


ataupun 'frog style' kerana ia menyerupai
katak yang sedang berenang.
Gaya ini adalah gaya yang paling
perlahan antara empat gaya renang
yang diiktiraf iaitu Gaya Bebas, Gaya
Kupu-kupu dan juga Kuak Lentang.
Lebih memfokuskan kepada kekuatan
kaki 70%-75% tolakan dan anjakan
badan untuk ke hadapan adalah hasil
daripada tolakan kaki kita.

Ada beberapa langkah yang perlu


diambil kira.
1.Warming up - buat stretching
dengan betul untuk mengelakkan
kecederaan ataupun kekejangan otot.
2.Peralatan yang patut ada - Swim
board, goggle, swimming outfits and of
course a swimming pool.

#1 Pernafasan
Pernafasan amat penting kerana bila anda semput
atau tercungap-cungap, itu bermakna pernafasan
anda semasa berenang tidak betul.
Pernafasan yang betul adalah kita bernafas
terbalik dengan semasa berada di alam darat.
Kita mengambil nafas dengan menggunakan
MULUT, lalu menghembus kembali nafas yang
telah diambil dengan menggunakan HIDUNG.
Saranan untuk mengambil nafas yang baik adalah
nafas yang panjang dan mempunyai kapasiti
udara yang padu dan tahan lama.

Anda perlu menghela nafas yang perlahan


dengan menggunakan mulut supaya
kapasiti udara yang anda ambil adalah
padu dan tahan lama.
Pabila hendak menghembus kembali
nafas yang telah diambil, caranya lebih
kurang seperti menghembus selesema
daripada lubang hidung anda tetapi
secara perlahan-lahanlah jangan
terlalu teruja sangat.

Alam darat: Inhale - Hidung


Exhale Mulut
Pernafasan untuk renang:
Inhale - Mulut
Exhale- Hidung

#2 Kaki
Seterusnya, kita mulakan dengan
kaki dahulu. First of all, pegang sisi
kolam cam gambar kat bawah ni.

Kaki untuk gaya dada ada 3 langkah:


1) Bengkokkan kaki anda seperti yang terpapar
dalam gambar di atas
2) Pabila kaki cantik anda sudah bengkok
seperti yang terpapar dalam gambar di atas,
tendang ke tepi dan kaki cantik anda akan
menjadi seperti huruf Y.
3) Dengan kadar segera bermula dari langkah
ke-2 tadi, pabila kaki sudahpun dalam keadaan
huruf Y, jangan berhenti, terus cantumkan
kembali kaki anda dan akhirnya menjadi lurus
dari peha sehinggalah ke hujung jari kaki.

Ulang balik langkah-langkah seperti


tadi untuk setiap tolakan kaki supaya
dapat melonjakkan badan ke
hadapan.

#3 Tangan

1) Pertama sekali, tangan mestilah berada di


posisi seperti superman, luruskan tangan
anda selari dengan bahu anda, tidak terlalu
besar, tidak terlalu kecil, bezanya tapak
tangan tidak perlu digenggam. Jari-jemari
perlulah ditutup dengan rapat agar air yang
ditarik tidak terlepas dari cengkaman.
2) Tarik perlahan-lahan tangan anda ke
tepi seolah-olah melukis satu bulatan di
hadapan.

3) Pabila tangan ditarik ke belakang


dan siku sudah hampir selari dengan
bahu, maka inilah saat untuk para
manusia mengambil nafas dengan
mengangkat kepala anda - mata
tengok hadapan, jangan terlalu
mendongak ataupun terlalu pandang
ke bawah, buka mulut anda dan tarik
nafas.

4) Setelah ambil nafas, maka sudah


sampai masanya untuk anda cantum
kembali tapak tangan yang
terbuka disebabkan nak melukis
bulatan tadi sambil-sambil anda
merendahkan kepala anda untuk
masuk kembali ke dalam air. *(pada
ketika ini juga anda mula step 1 kaki
anda iaitu bengkokkan kaki anda)

5) Setelah tercantum kedua-dua


tapak tangan dan menjadi tajam
seperti roket, anda seoalah-olah
"mencucuk air" tersebut ke hadapan
dengan pantas dan kuat. *pada masa
ini juga anda tendang dan sepak
sekuat hati untuk jadikan kaki anda
dalam keadaan bentuk Y, dan
seterusnya luruskan balik kaki anda.

#4 Posisi badan
1) Kaki mestilah sentiasa berada di
dalam air. Jika ada percikkan air
semasa melakukan tendangan,
maknanya posisi seluruh badan anda
tidak betul. kaki anda sepatutnya
berada lebih dalam sedikit
berbanding dengan badan dan
tangan anda yang senantiasa dekat
dengan permukaan air.

2) Semasa kepala berada di dalam


air, mata sentiasa tengok ke
bawah, bukan ke hadapan.
3) Jika tangan anda dan kaki anda
lurus (lurus tapi tak kaku, perlu lebih
rileks), barulah anda boleh terapung
dengan jayanya.

Dengan memahami segala teori dan


langkah-langkah untuk menguasai teknik
gaya dada ini sudah pasti masih tidak
mencukupi untuk anda boleh berenang
secara tiba-tiba. Jika anda masih ingin
mencuba di kolam sebenar dan
bukannya di atas katil anda serta ingin
mendapatkan peluang untuk merasai
kemanisan menguasai teknik-teknik
renang dengan betul, jangan berasa
segan untuk hubungi saya untuk kelaskelas renang yang bakal ditawarkan.

Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai