Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 KSSR

Mata Pelajaran Pendidikan moral

Tarikh 4 Ogos 2016

Hari Rabu

Kelas 5 Saga

Waktu 10.40-11.40 pagi

Tempoh 60 minit

BilanganMurid 17 orang

Nilai kerjasama

Tema Saya dan masyarakat

Tajuk Muafakat membawa berkat

Standard Kandungan Melaksanakan tugas bersama-sama keluarga untuk


kebaikan bersama.

Standard Pembelajaran 1.1 Mengemukakan aktiviti berfaedah yang dilakukan


bersama-sama masyarakat setempat.

1.2 Mengekspresikan perasaan apabila melaksanakan


aktiviti secara bekerjasama dalam masyarakat setempat.

Pembelajaran Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Kognitif : Menyebut 2 tugas yang boleh dilakukan


semasa dalam aktiviti kemasyarakatan dengan jelas.

Afektif : Menyedari kesan apabila bekerjasama dalam


kalangan masyarakat dengan baik.

Psikomotor : Melaksanakan kerjasama dalam kalangan


masyarakat dengan cara yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada 1. Murid pernah menonton rancangan yang menerapkan


nilai kerjasama antara masyarakat.
Kemahiran Abad ke 21 Pembelajaran berasaskan projek

Pengisian Kurikulum 1. Pendekatan


1. Pemupukan nilai
2. EMK
1. Menjana idea, kreatif dan inovatif
3. Nilai sampingan

1. Tanggungjawab, kerjasama

Teknik Berbincang, Soal jawab

Bahan Bantu Mengajar Kotak diorama ,tayangan video, gambar, bola kecil

Langkah-Langkah Pembelajaran dan Pengajaran

Langkah /Masa Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Catatan


Set Induksi 1. Guru meletakkan beberapa bahagian puzzle tentang Nilai: Bekerjasama
(5 minit) “sebuah masyarakat yang bekerjasama ” pada bawah EMK: menjana idea
tempat duduk beberapa orang murid. BBM:puzzle
2. Murid yang mendapati puzzle tersebut diminta untuk bergambar
mencantumkan puzzle tersebut di papan putih.
3.Guru mengaitkan gambar yang terdapat pada puzzle
tersebut dengan pelajaran hari ini.
Langkah 1 1. Guru menayangkan video tentang masyarakat yang Nilai: patuh dengan
(15 minit) bekerjasama antara satu sama lain. arahan guru, boleh
2. Guru menerangkan maksud masyarakat dan nilai berkomunikasi dengan
kerjasama yang harus dipupuk dalam masyarakat. baik.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kebaikan EMK: Teknologi dan
bekerjasama dikalangan masyarakat. Maklumat
BBM: Tayangan video
Langkah 2 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil. Nilai: Bekerjasama
(20minit) 2. Setiap kumpulan harus melaksanakan diorama dalam ahli kumpulan.
berdasarkan soalan yang diberikan. Tugasan EMK: kreativiti dan
berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.(Lampiran1 ) inovasi
BBM: kit diorama
Langkah 3 1. Guru menguji kefahaman murid melalui permainan Nilai: Kerjasama
(15 minit) ‘’Dragon Ball’’. BBM: bola kecil
2. 1 biji bola akan dibalingkan ke arah murid dan murid
yang mendapat bola tersebut harus menjawab soalan
yang diajukan guru.
3. Kemudian, murid yang memegang bola tersebut akan
baling ke arah murid lain dan murid yang mendapat bola
tersebut harus menjawab soalan yang diajukan guru.
Penutup 1. Guru meminta murid untuk membuat refleksi . Nilai:Berani
(5 minit) 2. Guru dan murid merumuskan bahawa setiap individu berkomunikasi, disiplin
harus memupuk nilai kerjasama dalam institusi keluarga. BBM: lembaran kerja
3. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan
pengukuhan kepada murid-murid di rumah.

TAMAT
KETERANGAN LANGKAH 2

Kemahiran abad ke 21 : Pembelajaran berasaskan projek

Tugasan Projek :

Projek Membina diorama “Masyarakat idamanku”

a) Guru memberikan lembaran soalan kepada setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 1)

b) Setiap kumpulan mendapat 1 soalan sahaja.


Soalan 1 : Situasi dimana terdapat sebuah taman yang sangat kotor dan tidak
ceria.(Lampiran 1.1)
Soalan 2 : Situasi dimana terdapat sebatang anak sungai yang dipenuhi dengan
sampah sarap dan terdapat banyak hidupan laut yang mati.(Lampiran 1.2)
Soalan 3 : Situasi di sebuah kawasan perumahan yang sedang bergotong
royong mengadakan majlis rumah terbuka. (Lampiran 1.3)

c) Berdasarkan gambar tersebut, murid dikehendaki untuk menghasilkan sebuah


diorama yang berasaskan masyarakat yang saling bekerjasama dalam
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

d) Murid dikehendaki membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama dengan


menggunakan kreativiti dan inovasi masing-masing dengan menggunakan bahan
yang telah disediakan guru.

e) Setelah itu, setiap kumpulan harus membentang hasil kerja mereka di hadapan
kelas.

f) Murid dikehendaki menyatakan beberapa contoh aktiviti yang dilakukan oleh


masyarakat yang terdapat dalam diorama yang dihasilkan mereka.

Contoh: Pak mat sedang membuang sampah ke dalam tong sampah.

g) Kemudian, murid dikehendaki simpulkan kesan yang diperolehi sekiranya sebuah


masyarakat tersebut hidup saling bekerjasama antara satu sama lain.

h) Murid juga diminta untuk menggambarkan perasaan apabila melaksanakan aktiviti


secara bekerjasama dalam masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai