Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 6/8

Minggu Praktikum : Keenam Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal : 4 September 2013 : Susun atur ahli dalam kumpulan

1. Masalah/ peristiwa Pada sesi pengajaran yang telah dijalankan oleh saya, saya menghadapi masalah dalam menyusun atur ahli dalam kumpulan mengikut keupayaan masingmasing. Kerana kelas yang saya mengajar kebanyakkannya kurang mahir dalam membaca dan menyukarkan mereka menjalankan aktviti yang telah dirancangkan. 2.Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang mengenali pelajar saya dan sukar menentukan tahap setiap pelajar. Saya hanya memasuki kelas ini hanya 1 masa dalam seminggu, jadi mustahil bagi saya mengenal pasti tahap setiap pelajar dengan lebaih mendalam. Apabila aktiviti kumpulan dijalankan pelajar kurang mengambil bahagaian dalam aktivti yang melibatkan pembacaan dan penulisan. Kerana pelajar perlu mengambil masa yang lama untuk menulis dan membaca. Apabila saya melibatkan aktivti ini, pelajar yang kurang mahir tidak dapat melakukan aktivti yang dirancang dengan sempurna apatah lagi mereka dalam kumpulan yang sama.jadi objekatif pembelajaran yang ingin dicapai mustahil dicapai jika mereka sukar melakukan tugasan yang mereka sendiri tidak faham.

3.Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih berkaitan dengan masalah-masalah lain yang dihadapi. Saya perlu bertanyakan kepada guru kelas mengenai tahap setiap pelajar dalam kelas tersebut. b) Saya perlu kreatif dalam melaksanakan aktiviti yang dapat melibatkan pelajar yang yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Pastikan aktivti itu mudah difahami dan senang untuj dilaksanakan. c) Saya perlu peka dengan reaksi pelajar dengan aktivti yang diberikan, agar guru dapat melaksanakan aktiviti dengan lebih baik dan berkesan mengikut keupayaan pelajr.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang.Penggunaan bahan dan aktiviti yang baik dan terancang merupakan tonggak utama dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran itu

berlaku.Sekiranya masalah-masalah ini tidak dapat diatasi,saya pasti akan mengalami masalah dari segi pencapaian objektif pembelajaran dan masa akan banyak terbuang Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : : Disahkan oleh Pensyarah Penyelia, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai