Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 4/8

Minggu Praktikum : Kedua Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal : 29 Julai 2013 : Pengurusan masa

1. Masalah/ peristiwa Pada sesi pengajaran yang telah dijalankan oleh saya, saya menghadapi masalah besar dalam proses pengurusan masa aktivti di dalam kelas. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah saya sediakan dalam RPH. Terdapat juga beberpa aktiviti yang terpaksa yang batalkan kerana kekurangan masa.

2. Analisis Masalah pengurusan masa terjadi kerana jumlah pelajar yang ramai. Tambahan juga kami hanya diperuntukkan masa selama 30 minit untuk mengajar satu kompenan dan isi pengajaran. Ini menyebabkan saya hanya sempat mengajar satu aktiviti sahaja dalam gerak kerja kelas untuk lebih menumpukan perlakuan dan teknik yang diguna pakai oleh pelajar adalah betul. Sepanjang sesi pengajaran saya, saya tidak sempat untuk melakukan aktiviti yang dirancang sepenunhya, kerana banyak masa yang saya guna untuk mengawal dan menyususn atur kedudukan pelajar semasa melakukan aktiviti agar keselamatan mereka terpelihara dan sistematik.

3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, saya telah mengambil beberapa langkah susulan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya :a) Saya berjumpa dan meminta tunjuk ajar daripada guru-guru di sini dalam proses menguruskan masa serta menyeragamkan dengan jumlah pelajar dan aktiviti yang akan dijalankan. b) Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil, supaya aktiviti dapat dijalankan dengan mudah dan cepat kerana pelajar dapat melakukan perlakuan dengan kerap.( tetapi bergantung kepada peralatan) c) Menyediakan alatan untuk aktiviti yang seterusnya supaya tidak perlu membuang masa dalam proses menyediakan alatan dan kawalan kelas

dapat ditingkatkan. d) Meminta tolong daripada pelajar untuk menyusun peralatan dengan arahan guru supaya menjimatkan masa dalam proses peralihan aktivti. 4. Tempoh tindakan susulan Saya akan cuba mengatasi maslah yang timbul ini secepat mungkin dalam minggu ini kerana pengurusan masa merupakan aspek penting dalam mencapai hasil pembelajaran yang diingini.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai