Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI skshd 2013

Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia ________________________________________ (1) Bismillahirrahmanirrahim _________________________________________________ _____________________ _________________________________________________ _______________________ _________________________________________________ __________ ajk pelaksana dan guru gru sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Majlis selamat hari raya Tangan dihulur maaf dipinta Kuih bahulu tradisi kita

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di dataran perhimpunan skshd ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

(4) DOA Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz _______________ bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz. terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian, Lemang dihidang enak rasanya Nasi dagang pilihan kita Bingkisan kata bingkisan raya Tuan pengetua bermadah kata Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia____________________________________tuan guru besar untuk menyampaikan sepatah kata. Dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. Tuan pengetua. (6) JAMUAN Nasi beriyani menu utama Lontong dan soto tidak dilupa Kek dan biskut tersedia di meja Apa lagi jom jamu selera Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para tetamu bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga Skshd, jadi

jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para guru sendiri.

PERSEMBAHAN: Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Sambil berbual nikmati juadah Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh {1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ {2} Terima kasih diucapkan kepada __________________________ {3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua guru yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ajk pelaksanan atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini. Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai