Anda di halaman 1dari 2

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Bapa saudara Ahmad, Encik Yusri bin Awang, seorang pengusaha


kebun sayur-sayuran. Beliau memulakan kerjaya tersebut sejak 10 tahun
yang lalu. Pada masa itu, beliau secara suka-suka menanam sayur-sayuran di
sekitar kawasan halaman rumahnya . Sebagai seorang pengusaha yang
berwawasan dan gigih untuk berusaha, beliau mengambil langkah bijak
dengan memanfaatkan tanah -tanah terbiar yang tidak diusahakan. Tanah
tersebut dijadikan tapak pertanian bagi menanam sayur sayuran.
Anak-anak pokok sayur-sayuran diletakkan di tapak semaian atau di
dalam beg polibeg. Ini memudahkan anak-anak pokok membesar dan kuat
sebelum dialihkan ke tempat yang lain.
Pelbagai jenis sayur-sayuran
diusahakan di kebunnya termasuklah sawi, kubis, cili, kailan dan kangkung
serta bayam. Ramai pelanggannya membeli terus dari kebun beliau kerana
harganya yang lebih murah dan lebih segar jika dibandingkan dengan
tempat-tempat yang lain. Perusahaan beliau berkembang maju dari sehari ke
sehari.
Cita-cita dan harapan beliau adalah untuk membuka kebun sayursayuran di setiap negeri. Ini memudahkan pelanggannya mendapat sayursayuran di negeri masing-masing dengan harga berpatutan.

SOALAN LATIHAN
1- Siapakah bapa saudara Ahmad?

2- Mengapakah pelanggan gemar membeli sayur-sayuran dari


kebun beliau?

.
3- Sebutkan jenis sayur -sayuran yang diusahakan beliau.

4- Pada pendapat kamu, apakah nilai-nilai murni yang boleh


dicontohi dari Encik Yusri?

Anda mungkin juga menyukai