Anda di halaman 1dari 6

Berita Semasa Uncategorized Kolej Vokasional Menggantikan Sekolah Vokasional Menjelang 2013. Apa Pandangan Anda?

Kolej Vokasional Menggantikan Sekolah Vokasional Menjelang 2013. Apa Pandangan Anda?
46 by Staff Berita Semasa on November 24, 2011 Share104

Kami menyokong pendekatan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaiktaraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional bermula tahun 2013. Satu dasar yang agak bagus bagi kami. Sebenarnya, pendidikan di Malaysia masih ketinggalan. Kita masih mengamalkan 70% akademik & 30% teknikal vokasional. Hakikatnya dunia hari ini & akan datang, kita sebenarnya memerlukan 70% teknikal vokasional dan 30% akademik dan perlu dilaksanakan seawal pendidikan rendah lagi. Kalau di negara maju dah lama amalkan konsep pendidikan yang sebegini rupa. Sebagai contohnya sistem pendidikan di Jerman.. Untuk ubah persepsi masyarakat yang cukup skeptikal terhadap teknikal & vokasional agak sukar buat masa ini. Sedangkan manusia ini dilahirkan, mempunyai kelebihan & kemampuan yang tersendiri. Jadi sejak daripada kecillah bakat& kemampuan mereka patut dicungkil & diberikan ruang yang secukupnya untuk perkembangan mereka.

Jadi dengan pelaksanaan dasar seperti ini, menggalakkan lagi golongan yang kurang ada kelebihannya daripada segi teori tetapi secara praktikal mereka sebenarnya ada kemampuan, dilatuh sehingga mempunyai kemahiran yang tinggi. Jikalau ada kelebihan di sesuatu bidang, latih mereka sehingga jadi pakar. Lebih baik daripada ajar banyak benda tetapi hanya tahu secara umum sahaja Jikalau sebelum ini banyak masalah sosial dikalangan pelajar, inilah antara salah satu sebabnya sistem pendidikan hari ini yang kurang mengendahkan mereka. Akhirnya mereka buat acuan mereka sendiri. Sehingga ada yang tidak mahu ke sekolah pun, sebab :

Sebab mereka dah jauh ketinggalan Sebab mereka dipaksa terima kebanyakan ilmu yang bukan mereka mahukan Danmereka punya masa yang banyak untuk dihabiskan setelah tak minat untuk belajar Bukan semua ada kemahiran mendengar yang baik, dan bukan semua mempunyai kemahiran praktikal yang baik Akhirnya disebabkan masa terluang itulah, mereka habiskan buat perkara yang tidak elok

Semua daripada kami pernah mengalami sendiri & menggunapakai sistem pendidikan yang ada hari ini. Daripada peringkat rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Oleh itu.. Jangan apabila dah terlewat, baru kita sediakan acuan secukupnya untuk mereka

Jadi dengan dasar baru ini, sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013 :

Kolej Vokasional : kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa Kolej Vokasional : 15 sekolah menengah vokasional dijadikan program rintis mulai tahun 2012 Kolej Vokasional : Semua pelajar di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun Kolej Vokasional : Meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik Kolej Vokasional : Pelajar akan perolehi diploma kolej vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun) Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua

Harapan kami cukup besar, semasa peringkat Diploma di Kolej Vokasional nanti diharap akan ada 2 peringkat peperiksaan seperti :

Higher National Certificate (HNC)

Higher National Diploma (HND)

Dan harapan kami diploma Kolej Vokasional ini akan ikut kurikulum antarabangsa dan semoga dapat diiktiraf sama seperti HND di UK. jadi, peluang kelulusan HND ini terbuka luas untuk diterima bekerja di seluruh dunia. Itu pendapat & saranan daripada kami. Yang penting akhirnya nanti, Malaysia akan mempunyai rakyat yang berkemahiran samada dalam bidang akademik ataupun dalam bidang kemahiran. P/S : Akhirnya, diharapkan pisang tak berbuah, dua kali. Lihat sahaja sebelum ini apa yang terjadi dengan dasar guru kerja 9 jam? Jadi diharap kementerian kaji betul-betul dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Ibaratkan anak anda yang menjadi bahan eskperimen bagi sesuatu dasar tersebut. Yang baik untuk negara, semestinya kami akan sokong PP/S : Apa pandangan guru-guru dan ibubapa dengan dasar Sekolah Vokasional dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional?
http://beritasemasa.com/kolej-vokasional-2013-sekolah-vokasional

Pak Ngah Jr.January 20, 2012 at 10:54 pm Kolej Vokasional (KV) menawarkan program vokasional hingga ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Tempoh pengajiannya ialah 4 tahun (8 semester). Bagi pelajar KV, mereka akan memasuki Tahun 1 selepas tamat Tingakatan 3 dan menamatkan pengajian mereka di Tahun 4 pada tahap diploma. Struktur kurikulum di KV adalah 30:70 (Akademik:Vokasional). Pelajar KV tidak menduduki peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun, komponen akademik dalam kurikulum KV adalah setara atau lebih baik daripada SPM. Sebagai contoh, Bahasa Melayu di KV adalah setara dengan Bahasa Melayu di peringkat SPM. Sehubungan dengan itu tiada isu bahawa pelajar tidak mempunyai kelayakan Bahasa Melayu jika mereka ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S atau memohon pekerjaan di sektor awam/swasta.

16Shaharuddin a rashidNovember 26, 2011 at 7:58 pm Sebarang pembaharuan yg dilakukan samada secara total atau bentuk penambahbaikan dlm sistem pelajaran nasional tentulah suatu tindakan yang baik dan dialu-alukan. Kolej vokasional atau voctech tersebut perlu seiring dgn nama dan objektifnya. Bukan sahaja rebranding tetapi restruktural secara total keseluruhan sistem kurikulum, permarkahan dan penekanan kursusnya agar seiring dgn matlamat semasa agar marketable, memenuhi keperluan modal insan spt mana yg telah dilaksanakan oleh negera maju spt Jerman, Jepun, Spore dsp. Enrolmennya perlu diambil dari pelajar lepasan upsr pada status lulus subjek pilihan spt M3, sains, BM. SKM tidak perlu diadakan lagi di sini sebaliknya murid yang agak slow tersebut dibenarmasukkan ke institusi spt ikbn, ILP, kolej komuniti yang menekankan kemahiran spt MLVK. Lebih 5% (20,000 murid) akan berpeluang

meneruskan pengajian berteraskan kemahiran spt ini (mlvk dsp). Komitmen KPM juga perlu ke tahap berani merombak jentera pelaksana dgn meletakkan BPTV berstatus jabatan dan sistem pensyarah n pengarah perlu dilaksanakan di peringkat kolej voctech tersebut. Perubahan secara total juga perlu meliputi tahap kursus seperti sistem semester; 4 tahun + 1 tahun pengantar untuk membolehkan mereka layak terus menerima diploma yg setaraf politeknik atau kolej. Tak perlu ikut tempoh dan peringkat umur tetapi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23AntiPOLITICIANNovember 24, 2011 at 6:35 pm bagi aku pendidikan vokasional dan kemahiran ni sgt pentingtapi kat malaysia ni dah byak dah institusi mcm tu,,,spt ILP, ADTEC, IKBN, KKTM, IKMsptutnya kerajaan tumpu pada institusi2 ni..supaya dpt melahirkan lbh byak tenaga mahir yg bekualitisistem pendidikan pengajian tinggi patut nya lebih kan hands on dari teori shajaspt di german mereka lbih mementingkan hands on sbb dari hands on ni la kita dapt memahami sesuatu teori itu..bedasarkn pengalaman akubyak engineer kat industri ni tau teori sahajasampai kat shop floor x tau ape2 langsung sbb x de pengetahuan teknikal. 39zanoraDecember 26, 2011 at 4:32 pm Sokong 100%. Semoga melahirkan pekerja2 mahir pada masa2 akan datang. Kementerian patut memperjelaskan hala tuju dan lepasan KV samada setaraf dgn SPM atau boleh melanjutkan pada peringkat lebih tinggi. Jgn memperjudikan nasib lepasan KV atau eksperimen lagi dan semua mesti mempermain kan peranan supaya objektif dicapai. Kepada diluar sana jangan memandang rendah pada lepasan KV kerana ia adalah projek perintis mengeluarkan pekerja mahir dari pilihan awal sehingga persaingan ke peringkat global ATAU sekiranya hanya lepas batuk ditangga, akan memperjudikan nasib belia yang keluar tanpa SPM.

KV best ouh , tadi ade motivasi pasal kerjaya . Cikgu SMV ni kata KV tak payah amik SPM, terus dapat diploma . Senang dapat kerja . Gaji lebih RM200 daripada orang lain . Syarat nak masuk KV , PMR sekurang-kurangnya dpat A, B, C .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu, bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa. Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Mohd Puad berkata kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik. Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun). Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya. Mohd Puad berkata antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin. Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA

http://www.mummynemo.com/2011/11/sekolah-menengah-vokasional-akandinaik-taraf-menjadi-kolej-vokasional-pada-2013/
Kolej Vokasional - projek perintis utk keluarkan student terus ke pasaran keje. so lps abis spm x perlu lg apply institut kemahiran yg lain mcm ilp, ikbn dll utk continue study sbb apa yg ada kat institut tu dah dibawa ke kolej vokasional. so hasil keluaran dr kolej ni mmg btl2 mahir la sbb 4 tahun menghadap bnd yg sama both teori dan praktikal. ikutkan abis expert dan mmg industri rmi cari. tp apa pun depends gak pd standard kolej tu sendiri sbb standard yg dikeluarkan oleh jpk just minimal level.

Perintis Kolej Vokasional


BPTV telah

BPTV telah menyenaraikan 15 buah sekolah menengah vokasional yang akan menjadi perintis Kolej Vokasional bermula tahun depan. Sebanyak 10 buah sekolah menengah teknik dikekalkan manakala 63 buah sekolah menengah vokasional lagi akan dinaik taraf kepada kolej vokasional bermula 2013.

15 perintis tersebut ialah: SMV ARAU SMV SUNGAI PETANI 1 SMV BALIK PULAU SMV SERI MANJUNG SMV SHAH ALAM SMV (ERT) SETAPAK SMV DATUK SERI MOHD ZIN SMT DATO' LELA MAHARAJA SMV KLUANG SMT MUADZAM SHAH SMV PENGKALAN CHEPA SMV KUALA TERENGGANU SMV KUCHING SMV BEAUFORT SMV LABUAN

http://muhaza.blogspot.com/2011/11/perintis-kolej-vokasional.html

Anda mungkin juga menyukai