Anda di halaman 1dari 6

1

BUTIRAN AM

1. Nama Program : Mahasiswa Bersama Masyarakat
Bicara Ilmu Bersama Imam Muda Hassan
2. Nama Penceramah : Imam Muda Muhammad Hassan
( Juara Imam Muda 2)
3. Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail ( DTII )
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4. Tarikh : 18 Mac 2012
5. Hari : Ahad
6. Masa : 9.00 malam 11.00 malam
7. Tajuk : Tahajjud Cinta











2



TAJUK : TAHAJJUD CINTA

PENGENALAN
Setiap makhluk yang dilahirkan di dunia mempunyai rasa cinta. Rasa
cinta ini bukan sahaja dikurniakan kepada manusia tetapi termasuklah juga
haiwan. Cinta membawa maksud yang mendalam dalam kehidupan seseorang.
Seseorang manusia yang waras pasti mempunyai rasa cinta sama ada kepada
Allah, Rasul, ibu bapa, pasangan mahupun sahabatnya.
Cinta wujud apabila terhasilnya perasaan kasih dan sayang yang
mendalam. Perasaan ini membuatkan seseorang mempunyai sikap mengambil
berat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta orang lain. Perasaan
cinta ini juga mampu mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sama ada
menjadi semakin baik ataupun sebaliknya.
Dewasa kini, acapkali kita mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong
radio berkisarkan tentang cinta. Hal ini membuktikan bahawa cinta sangat besar
pengaruhnya dalam kalangan masyarakat kini terutamanya para remaja.
Ungkapan cinta yang sering kali disalahertikan menyebabkan sifat cinta yang
asalnya suci dan bersih menjadi hina.
Pengertian cinta itu sendiri sukar dibezakan batasan ataupun
pengertiannya kerana cinta merupakan salah satu bentuk emosi dan perasaan
yang dimiliki individu dan sifatnya begitu subjektif sehingga setiap individu akan
menafsirkan makna yang berbeza bergantung kepada penghayatan serta
pengalamannya.

3


ISI
Hukum cinta pada asalnya adalah harus tetapi ianya boleh berubah
menjadi haram atau halal bergantung kepada niat dan tingkahlaku seseorang.
Hukum cinta dikatakan menjadi haram kerana cinta mampu menarik seseorang
itu menghampiri zina dan sekaligus melupakan Allah S.W.T.
Dewasa kini, ramai manusia yang lebih menyukai perkara haram dari
yang halal. Sebagai contoh, diletakkan binatang yang haram iaitu babi dan
seorang perempuan seksi nescaya manusia akan lebih tertarik melihat
perempuan seksi yang sudah jelas haram atau berdosa memandangnya jika
dibandingkan dengan babi yang hanya haram apabila menyentuhnya tetapi halal
sekiranya memandangnya.
Percintaan biasanya menjadi asas kepada sesebuah perkahwinan dan
sekiranya kita menyukai seseorang, maka kahwinilah dia. Terdapat empat
perkara yang perlu diteliti dalam mencari pasangan antaranya harta, keturunan,
rupa paras dan agama pasangannya. Faktor agama menjadi keutamaan
daripada faktor-faktor lain kerana agama dapat menjamin kehidupan bahagia di
dunia dan akhirat.
Remaja zaman sekarang berdepan dengan pelbagai cabaran dalaman
serta luaran. Antaranya ialah cabaran globalisasi dan tidak terkecuali cabaran
dalam percintaan. Cinta yang hakiki adalah cinta pandangan hati kerana hati
memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang itu. Sekiranya baik
hati seseorang itu, maka baiklah diri seseorang itu dan demikianlah sebaliknya.
Selain itu, ungkapan yang seringkali kita dengar iaitu pandangan mata selalu
menipu, pandangan akal selalu tersalah dan pandangan nafsu selalu melulu
memberikan bukti yang kukuh bahawa cinta selain cinta pandangan hati mampu
memudaratkan sesorang.

4



HURAIAN / KUPASAN

Biasanya masyarakat meletakkan perbezaan antara cinta dan kasih
sayang. Cinta biasanya lebih dirujuk kepada pasangan iaitu suami atau kekasih
manakala sayang pula berlaku secara umum iaitu kepada ibu bapa, saudara
atau sahabat. Hakikatnya, cinta dan kasih sayang merupakan komponen yang
tidak boleh dipisahkan kerana saling bergantungan. Di sini saya ingin
menghuraikan kebaikan dan keburukan cinta dalam konteks kehidupan remaja
kini.
Cinta boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu cinta kerana
nafsu, cinta pragmatis dan juga cinta altruistik. Cinta kerana nafsu boleh
mengakibatkan hubungan antara dua orang tidak terkawal dan emosi yang
menguasai akal fikiran menyebabkan tingkah laku seseorang menjadi spontan.
Cinta pragmatis pula terjadi apabila wujudnya keseimbangan dan keserasian
antara dua orang yang berkongsi suka dan duka manakala cinta altruistik
biasanya adalah cinta seorang ibu kepada anaknya yang disertai dengan kasih
sayang yang tiada batasnya.
Remaja dewasa ini kebanyakannya celik mata tetapi buta hati. Ini kerana
cinta dalam kalangan remaja biasanya merupakan cinta kerana nafsu atau lebih
tepat dikatakan sebagai cinta emosional. Cinta emosional ini mengandungi unsur
erotisme yang biasanya diungkapkan dengan cara berpegangan tangan dan
berpelukan. Sedangkan cinta rasional sebenarnya tidak didominasi oleh
perasaan yang kuat tetapi lebih kepada akal fikiran. Remaja sepatutnya perlu
mengawal hawa nafsu mereka supaya tidak tersasar daripada makna cinta yang
sebenarnya.
5



Dewasa kini, seringkali kita mendengar gejala sosial yang melibatkan
remaja antaranya kes rogol, lari dari rumah, mengandung luar nikah dan
sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan impak cinta dalam
kehidupan remaja. Cinta menimbulkan perasaan ingin berbuat apa saja yang
dapat membahagiakan dan menyenangkan orang yang dicintainya dan dengan
adanya tarikan seksual semasa bertemu dan bersentuhan menyebabkan para
remaja hanyut dalam khayalan masing-masing. Apabila nasi menjadi bubur,
remaja tersebut biasanya mengambil langkah mudah demi menutup pekung di
dada dan hal ini sekaligus meningkatkan lagi kadar jenayah dalam kalangan
remaja.
Cinta merupakan hal yang normal dalam kehidupan kita khususnya
remaja. Perasaan cinta yang dikawal dengan betul dapat menambahkan
keceriaan dalam kehidupan manusia. Selain itu, cinta itu sendiri mampu
mengubah tingkah laku yang progesif dan memotivasikan seseorang untuk
berubah menjadi lebih baik supaya dapat menarik minat pasangannya. Cinta
juga melatih seseorang supaya belajar mengenal dan menerima orang lain
seadanya serta saling melengkapi antara satu sama lain.
Perasaan cinta yang wujud antara ibu bapa dan anak pula dapat
mengutuhkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka. Dalam zaman modenisasi
sekarang ini ahli keluarga jarang sekali dapat berkumpul bersama tetapi dengan
adanya perasaan cinta ini, mereka masih mengambil berat dan bertanya khabar
walaupun tanpa bersua muka. Selain itu, perasaan cinta kepada Allah dan Rasul
melatih diri seseorang itu bersikap patuh dan taat pada ajaran agamanya.



6




KESIMPULAN
Makna cinta sebenarnya bergantung kepada tingkahlaku seseorang
individu itu sendiri untuk mencorak cinta dalam kehidupannya. Dalam mencari
makna cinta yang hakiki, seseorang haruslah menyucikan dirinya dahulu dengan
berzikir dan mengingati Allah. Dengan berzikir kita mampu menenangkan hati
dan fikiran serta menjauhi sifat-sifat terkeji.
Selain itu, tarikan pada pandangan pertama boleh berubah dan
berkembang menjadi cinta, tapi harus diikuti oleh proses selanjutnya iaitu
perkenalan dan penyesuaian diri tetapi haruslah menikut adab-adab dan norma
kehidupan. Perasaan cemburu yang wujud dalam cinta juga harus dikikis dan
disekat. Cemburu biasanya diperlihatkan oleh seseorang pada saat seseorang
merasa perhatian pasangannya beralih kepada yang lain. Cemburu juga
merupakan tanda egois dan kurang percaya pada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai