Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Minggu Teknik dan Vokasional peringkat SMK Convent Green Lane telah diadakan
pada 10 hingga 14 April 2017. Perasmian dilakukan pada hari Isnin 10 April 2017 semasa
perhimpunan pagi yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Convent Green Lane, Pn Gurjeet
Kaur A/P Kabal Singh.

Antara pertandingan yang diadakan adalah meneka jumlah paku, kuiz, teka silang kata
dan pertandingan membina mock-up. Pertandingan-pertandingan tersebut diadakan di dalam
kelas masing-masing sewaktu mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk teknologi.

Pertandingan meneka paku dibuka kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dan
pemenang dipilih berdasarkan jumlah tekaan yang paling hampir. Bekas yang mempunyai
paku dipamerkan di luar bengkel Kemahiran Hidup semasa waktu rehat.

Selain itu, kuiz dan teka silang kata turut diadakan di dalam kelas sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Kuiz dibuka kepada pelajar tingkatan tiga manakala teka silang
kata difokuskan kepada pelajarn tingkatan dua.

Untuk pelajar tingkatan satu, pertandingan pembinaan mock-up telah dijalankan dan
pelajar bersungguh-sungguh menghasilkan mock-up yang terbaik. Mock-up yang dihasilkan
ini juga akan diambil kira dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Akhir sekali, guru-guru bidang Teknik dan Vokasional amat berterima kasih
terutamanya dari pihak pengurusan tertinggi sekolah. Tidak lupa juga sokongan daripada para
pelajar dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu. Diharap hal ini
dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Disediakan oleh,

..........................................................................

(MARDIANA BINTI CHE LAH)

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

SNK Convent Green Lane


Pertandingan Meneka Jumlah Paku

Kuiz

Teka Silang Kata

Pembinaan Mock-up

Anda mungkin juga menyukai