Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16100

KOTA BHARU, KELANTAN

Nama : NITHES A/L ANATHAN


No. K/P : 020402-01-1529
Angka Giliran : 2021082310324
Kod : GAPD 1032
Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : PENDIDIKAN KHAS
Nama Pensyarah : DR.ROS AYU BINTI ABDULLAH
Tugasan : TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF (INDIVIDU)
Tarikh Hantar : 12/4/2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA : NITHES A/L ANATHAN ANGKA GILIRAN : 2021082310324


KOD : GAPD 1032 NAMA KURSUS : ASAS
PEMBELAJARAN DIGITAL
PENSYARAH : DR ROS AYU BINTI
ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 12 APRIL 2022 TARIKH TERIMA DIISI OLEH PENSYARAH:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Nithes Tarikh : 12 APRIL 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

2
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah sayarujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 12 APRIL 2022

Halaman Perakuan

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : Nithes
NAMA PELAJAR : NITHES A/L ANATHAN
TARIKH : 12 APRIL 2022

3
ISI KANDUNGAN

BILANGAN BUTIRAN MUKA SURAT


1.0 PENGHARGAAN 5

2.0 TUGASAN PENULISAN

➢ 2.1 PENGENALAN 6

➢ 2.2 HARTA INTELEK 6

➢ 2.3 PENGURUSAN HARTA 7-8


INTELEK

➢ 2.4 KEPENTINGAN HARTA 8

INTELEK

➢ 2.5 KESIMPULAN 9

3.0 RUJUKAN 10

4
1.0 PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Bersyukur terhadap tuhan kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus
GAPD 1032 : Asas Pembelajaran Digital ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu
yang cukup mencabar sebagai bakal guru.

Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Insitut


Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang dan ruang kepada saya
untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya medapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya


Pensyarah Akademik Kursus GAPD : 1032 Asas Pembelajaran Digital, Dr.Ros Ayu Bini
Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna
kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr.Ros Ayu
kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa
sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna seperi rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan
ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Terima kasih diucapkan juga kepada semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam
setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita semua
sama-sama tiba ke destinasi gurunya.

5
2.0 TUGASAN PENULISAN

2.1 PENGENALAN
Dalam era ledakan teknologi maklumat komunikasi ini, tamadun manusia telah mengalami
satu revolusi yang baru iaitu ke arah globalisasi yang telah mengubah budaya manusia untuk
pengukuhan harta. Harta boleh dikategorikan sebagai satu kekayaan yang berwujud mahupun
tidak berwujud. Sebenarnya, kekayaan intelektual merupakan satu aset strategik yang penting
dan penggunaan yang efektif adalah salah satu kunci untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi
dan sosial Malaysia. Implementasi kekayaan intelektual dasar yang efektif dan sukses
merupakan salah satu langkah kunci untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih kompetitif
dan pada akhirnya memungkinkan Malaysia menjadi negara maju.

2.2 HARTA INTELEK

Menurut Wikipedia Harta Intelek atau dalam bahasa Inggerisnya adalah intellectual
property atau IP yang merupakan salah satu istilah yang merujuk kepada beberapa
jenis ciptaan fikiran berlainan di mana hak eksklusifnya diakui di bawah bidang undang-
undang berkaitan. Harta Intelek ini meliputi pelbagai aspek seperti aset tidak nyata
seperti muzik, penulisan dan karya seni; penemuan dan ciptaan; perkataan dan
frasa, simbol dan reka bentuk. Harta intelektual adalah satu terma yang digunakan bagi
perlindungan yang diberi oleh undang-undang untuk ciptaan-ciptaan yang telah dibentuk. Harta
Intelek ini juga terdiri daripada 7 kategori utama iaitu paten, reka bentuk industri, hak cipta, cap
dagangan, reka bentuk susun atur litar bersepadu, dan petunjuk geografi. Menurut pandangan
tokoh sarjana seperti Pandleton memberi kenyataan bahawa harta intelektual ialah berkait rapat
dengan hak eksklusif dalam sesuatu maklumat yang bernilai.
Menurut Yusri Mohamad Ramli (2007), harta intelek menurut pandangan undang-undang
Malaysia merangkumi harta industri dan hak cipta.Menurut Kementerian Perdagangan dalam
negeri dan Hal Ehwal Pengguna harta intelektual ialah sebagai harta dalam ciptaan intelektual,
terutamanya reka cipta teknologi dan hasil kesusasteraan dan kesenian. Harta intelek merupakan
hasil aktiviti dan kreativiti minda seseorang melalui disiplin yang ketat. Secara ringkasnya harta
intelek boleh diertikan daripada 2 aspek iaitu dari segi bahasa dan undang-undang. Dari segi
bahasa harta intelektual ialah sesuatu yang mengandungi semua barang yang berakibat daripada
latihan akal manusia seperti idea, ciptaan, sajak, reka bentuk manakala harta intelektual menurut
undang-undang pula ialah sesuatu yang boleh dituntut ke atas produk keintelektualan manusia.

6
2.3 PENGURUSAN HARTA INTELEK

Sebenarnya terdapat beberapa pertubuhan di peringkat global dan negara yang


mengawal dan bertanggungjawab ke atas hal ehwal atau pengurusan harta intelektual. Pada
peringkat dunia, badan yang bertanggunjawab ialah (WIPO) iaitu Intellectual Property
Organization manakala pada peringkat Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang harta intelek
dan bagaimana ia menggalakan inovasi produk dan teknologi, Pertubuhan Harta Intelek
Sedunia (WIPO) telah menetapkan 26 April pada setiap tahun sebagai Hari Harta Intelek
Sedunia. Bukan itu sahaja, harta intelek ini dikawal oleh satu sistem utama yang dikenali sebagai
sistem pengurusan harta intelek dan singkatan adalah (SPHI). Sistem ini merupakan satu sistem
integrasi untuk mengendalikan dan menguruskan maklumat berkaitan pendaftaran harta intelek
yang merangkumi keseluruhan prosedur pendaftaran. SPHI ini juga menawarkan pencarian dan
pemfailan secara atas talian kepada pelanggan bagi memudahkan urusan mereka. Di Malaysia
terdapat juga sebuah perbadanan harta intelek iaitu (MYIPO). Fungsi utama (MYIPO) ini adalah
untuk memastikan peruntukan undang-undang hak cipta dan harta intelek ditadbir dan
dikuatkuasakan sepenuh di negara ini. Perbadanan ini merupakan salah satu badan berkanun
yang bertanggungjawab terhadap sistem pentadbiran dan pembangunan sistem harta intelek di
Malaysia di samping bertindak sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP). Perbadanan ini lazimnya menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat di negara ini termasuk menyediakan perkhidmatan
pendaftaran harta intelek serta turut bertanggungjawab ke atas program kesedaran mengenai
kepentingan perlindungan harta intelek di negara ini. Antara objektif (MYIPO) ini ialah
mewujudkan satu sistem pentadbiran yang efisien, cekap dan berkesan bagi menggalakkan
program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek serta memperkukuhkan
perundangan harta intelek dan menyediakan khidmat nasihat mengenai harta intelek kepada
masyarakat. Visi utama (MYIPO) ini adalah menjadi sebuah organisasi harta intelek terbaik dan
Misi adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang
cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek. Dari sudut lain, pengurusan
harta intelek di Malaysia juga telah termaktub di bawah Dasar Harta Intelek Di Malaysia. Objektif
utama dasar harta intelek ini ialah untuk mewujudkan sistem perlindungan harta intelek yang
cekap dan berkesan untuk memastikan akses cepat dan mudah kepada perlindungan dan hak,
mewujudkan mekanisme penguatkuasaan yang cekap dan praktikal serta menyediakan
pembetulan dan penyelesaian untuk pelanggaran harta intelek dan mencegah pelanggaran. Bagi
pengurusan harta intelek di Malaysia juga terdapat sebuah Mahkamah Harta Intelek yang

7
merangkumi 15 Mahkamah Sesyen dan Enam Mahkamah Tinggi. Malaysia dilihat sebagai
negara kedua di ASEAN selepas Thailand yang mempunyai sistem mahkamah Khas bagi
melindungi aset harta intelek di rantau ini.

2.4 KEPENTINGAN HARTA INTELEK

Salah satu kepentingan utama harta intelek ialah dapat menyumbang kepada
pembangunan sosio-ekonomi negara. Pada arena antarabangsa sebenarnya terdapat beberapa
cap dagangan ternama yang melambangkan pertumbuhan sesebuah negara. Apabila dikatakan
dengan jenama tertentu maka ia terus sahaja dikaitkan dengan negara-negara khusus. Sebagai
tamsil jenama Nokia yang mengharumkan negara Finland, manakala jenama Samsung pula
membanggakan Republik Korea, sementara Sony, Matsushita, dan Toyota antara jenama lain
yang membanggakan negara Jepun pada peringkat antarabangsa. Di Malaysia PETRONAS dan
SELANGOR PEWTER telah memperkenalkan nama Malaysia ke mata persada dunia. Oleh hal
yang demikian, masyarakat Malaysia perlu yakin bahawa pembangunan harta intelek di Malaysia
mempunyai peluang atau potensi yang besar untuk menghasilkan jenama tempatan yang mampu
berdaya saing pada peringkat global. Kepentingan kedua harta intelek ini adalah untuk membawa
kemajuan dan kebahagiaan kepada masyarakat antarabangsa. Dalam konteks ini, karya-karya
seperti muzik dan filem yang menjadi medium utama hiburan kita dalam era globalisasi ini. Bukan
itu sahaja, kewujudan cap dagangan memberi keyakinan kepada masyarakat tentang kualiti
produk dan perkhidmatan dalam pasaran antarabangsa. Selain itu, paten-paten yang
berteknologi juga memberikan keselesaan kepada kehidupan kita. Memajukan pelaburan dan
menggalakan pemindahan teknologi asing merupakan salah satu kepentingan kewujudan harta
intelek di negara ini. Dalam konteks ini, dengan adanya harta intelek maka pelabur lebih
berkeyakin untuk melakukan aktiviti pelaburan kerana terdapat jaminan piawaian perlindungan
harta intelek tertinggi. Dengan ini mereka akan diberi perlindungan harta intelek yang dibawa ke
Malaysia. Pelabur-pelabur negara asing ini sebenarnya diberikan peluang untuk memperolehi
pulangan modal daripada pelaburan mereka dan terdapat juga saluran-saluran perundangan
untuk mendapatkan pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran. Implikasinya daripada
kedatangan pelabur asing ini ialah berlaku pemindahan teknologi.

8
2.5 Kesimpulan

Sebagai tamsil, dengan mendukung aspirasi Malaysia bagi menjaga harta intelektual ini
setiap lapisan masyarakat haruslah memainkan peranan dengan berkoleberasi antara satu sama
lain supaya Malaysia muncul sebagai Hab Harta Intelek terkemuka pada masa hadapan serta
memperkukuhkan daya saing negara paa peringkat global. Harta intelektual ini merupakan harta
yang tidak ternilai kepada peradaban manusia. Harta intelektual ini melambangkan keagungan
sesuatu tamadun manusia. Pendek kata harta intelektual ini merupakan khazanah yang tidak
ternilai kepada umat manusia dan perlu kita menjaga demi pelapis negara akan datang. Akhir
kata, “Amanlah Dunia Secara Digital”.

(1093 PATAH PERKATAAN)

9
3.0 RUJUKAN

5.2 Harta Intelektual. (2013, December 17). Penerbitan Multimedia Kreatif


https://fazaraicreative.wordpress.com/5-2-harta-intelektual/

Harta intelek 2021MalayWikipedia contributorsWikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Harta intelek - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Harta Intelek. (n.d.-a). Karangan Pelajar STPM.


https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/12/harta-intelek.html
Harta intelektual menurut fiqh Islam. (n.d.). Google Books.
https://books.google.com.my/books?id=ZeDOmbj_jboC&lpg=PA3&dq=harta%20intelek&
pg=PA3#v=onepage&q=harta%20intelek&f=false

Karangan Contoh Pengajian Am. (n.d.-b). (2013 Mei 7). Blogspot. KARANGAN CONTOH
PENGAJIAN AM: Pengiktirafan harta intelek memberi kesan positif terhadap
pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil untuk
mendukung pengiktirafan ini. Jelaskan pernyataan ini.
(karangancontohpam.blogspot.com)

Kementarian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bahagian Harta Intelek, 20
Februari 2003, h.1http://www. kpdnhq.gov.my

Khuzaimah, S. (n.d.). Harta Intelek. Scripd. Harta Intelek | PDF (scribd.com)

Pendleton, Intellectual property law in the People”s Republic of China, Butterworths, Singapore,
1984, hlm. 145

Pusat Pengurusan Penyelidikan Unit Harta Intelek. (n.d.-a). definisihartaintelek.pdf (utm.my)

Yusof, Zawiyah & Noor, Noor & Zainol, Zinatul & Mohd Noah, Shahrul Azman. (2003). Hak Harta
Intelek dan Multimedia: Kajian Undang-undang dan Pembangunan Sistem Pangkalan
Data Web. Download citation of Hak Harta Intelek dan Multimedia: Kajian Undang-undang
dan Pembangunan Sistem Pangkalan Data Web (researchgate.net)

Yusri Mohamad Ramli.Harta Intelek Menurut Syariat Islam.Sinar Rohani JAKIM, Januari/Februari
2007

10

Anda mungkin juga menyukai